Saturday, February 14, 2009

sumimasen dan ashiteru

jerman vs jepun vs sengalism

Setelah minggu ke-7, bermula la kelas jepun aku yang sebelum ni sebenarnya kelas jerman tapi telah di-convert-kan ke kelas jepun kerana ketiadaan & kesudiaan leturer nak mengajar.Tah hape-hape berkurun tunggu.Dah lari alignment schedule aku.Erk.

Bayangkan lah dah masuk minggu ke-7 baru start kelas pertama.Ok cukup jangan bayang lama-lama.Antara komen-komen yang terkeluar sebab perkara ini.

"Loh baik lepas konvo jek kita belaja JEPUN"
"Erk rugi tak amik kelas tamil hari tuh.Eh tapi ada ke?"
"Mesti banyak kelas ganti lepas ni.AAAAA tak suke!"
"Tah hape-hape CHMLS bukan nak mention dah pindah pejabat.Call pun tak dapat-dapat.Takut kena serang ke apa?"
"Em boleh tak lepas aku pergi honeymoon kat jepun je baru aku belaja? tak ada lagi lambat ke?"

Walaupun kami bengang tak terverbal.Eh yeke? padahal terverbal banyak-banyak kali.O ok sambung, kami pun pergi la ke kelas jepun dengan hati yang neutral ph 7.1st kelas kami belajar menulis, macam-macam bentuk ada, bentuk ikan, bentuk penyidai pakaian, bentuk huruf lam pelbagai posisi, bentuk arial umah atok aku pun ada.Tulis sampai naik jul***g mata neh.(Tak boleh cakap penuh takut termakan kata) HAHA.Pastu perkataan yang aku ingat adalah sumimasen and ashiteru.Ikuti perbualan 3 JAH dibawah :

Jahya : Sumimasen, Sumimasen, Sumimasen, (belajar menyebut)
Jahyu : (menjeling tanpa perasaan)
Jahya : Eh sumimasen tu macam mana eh? (muka penuh persoalan)
Jahyu : Eh kan ada maksud dia
Jahya : Er tak maksud nye sumi masin.Penah ke makan sumi masin? Sumi dah expired.
Jahyu : Hahahahahah sengal
Jahfar: Hahahahahah ..blur (tah hape-hape Jahya ni) -_-
Jahyu : Gile perosak bahasa jepun, ni ada gak yang kena layang tudung saji.Wes
jangan puan failed kan kite sudah.Extend semata-mata tuk jepun ni?
Jahfar: Erk extend?
Jahya : Ashiteru, Ashiteru, dalam bm apa eh? (muka penuh pertanyaan)
Jahyu : La i love u kan maksud dia?
Jahya : Tak lah tu dalam english dalam bm bukan ke "aci terus"?
Jahyu: huh?
Jahya : Aci jalan terus.Don belok-belok.Paham? tu makna panjang kalau singkat jadi Ashiteru.
Jahfar : Hahahahahah ..blur (tah hape-hape Jahya ni) -_-
Jahyu : Hahahahahah (bengang tak terverbal sampai rase nak sepak Jahya laju-laju)

Tahu tak lawak.Takpe saya tak nampak anda tak ketawa.Tapi sesukata hati saya lah kan.(Tetibe emo tak semena-mena).Padahal..Ok cukup.Meh nak cakap sikit.Eh taip sikit.

moshi moshi
kombanwa, hajimemashite.
watashiwa aisya desu.
UMP no gakusei desu.
semmon wa kompyu-ta-desu.
dozo yoroshiku.
wakarimashitaka
hakhak sumimasen ashiteru!! (tak kira nak sebut jugak)

.
.
.
Ape? Nak tanya eh?
siapa jah-jah diperbualan tadi? Tunggu the reveal jeng-jeng-jeng
Er napa? tak kelakar eh.Takpe buat-buat excited ok? (tolong ambik hati saya nanti pulang balik.)

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com