Darjah 6 umur 12 tahun.
Kerana sudah lama tidak mengendahkan arif dan mengelaknya, tiba-tiba suatu hari nazatul ternampak arif disekolah berborak dengan kawan baiknya hafeza.Mereka macam giat je berborak, nazatul tidak fikir apa kerana dia sibuk dengan komitmennya sebagai Ketua kelas.Nazatul tersenyum pendek, kerana melihat penampilan arif yang semakin hari sudah berubah dari selekeh kepada kemas.
Nazatul : *Huh dah pakai gel rambut..ermm not bad.
Disebabkan hafeza sedang mula nak menggatal dan bercinta monyet dengan kawan arif yang bernama farhan, kejadian berjumpa arif kerap pula berlaku.Mungkin juga nazatul dan arif ini ditugaskan ibarat posmen atau PA kawan baik masing-masing.Apabila farhan bagi surat directly pada nazatul, arif cuma memandang sahaja, bila farhan sudah tiada, baru arif bersuara;
Arif : siapa punya surat?
Nazatul : feza la.
Arif : Nak baca
Nazatul : Ee mana boleh!
Arif : Eleh kedekut!
Nazatul : Biarlah, asal? kau jeles?
Arif : Huh takda maknanya.
Dengan perasaan ingin tahu kadang-kadang nazatul terbaca surat farhan dengan pelbagai ekspresi dan emosi.Yang penting arif tak dapat baca.HAHA.Arif sudah tidak terlalu melampau nakal seperti dulu.Mungkin juga kerana faktor usia.Dalam diam nazatul terkadang busy body dengan perihal hafeza bersama farhan dan arif.Terselit perasaan cemburu, kerana hafeza pandai make friends dengan boys.Huh tak juga, mungkin sebab hafeza cantik dan sedikit gedik, menjadikan dia agak popular kat sekolah fikir nazatul.
Lama kelamaan nazatul semacam kagum dengan perubahan arif, yang senyuman nya semakin manis dan agak bergaya.sudah ada peminat pula si arif ni.Tak tahu kenapa perasaan tu datang, mungkin berasa senang? Nazatul suka sehingga tidak sedar akan memberi sebatang pen sebagai hadiah hari jadi arif yang akan datang.Tetapi dia berubah fikiran disaat akhir kerana malu dan ego nya terhadap arif.
Malang memang tak berbau apabila kawan nazatul merampas hadiah tersebut dan terus beri kepada arif.Memang marah dan malu gila nazatul waktu itu, tapi nak buat macam mana hadiah dah sampai ke tangan arif.Tsskk.
Nazatul tak habis-habis menyalahkan diri sendiri kerana takut akan respon arif yang negatif.Walhal memang dia tak layan arif pun selama ini, tiba-tiba mahu bagi hadiah.Memang gila!. apabila faizal, iaitu rakan sekelasnya giat mengusik nazatul sampai tergeram-geram dibuatnya, teringat pula pada si arif macam 2x5 je.
Dihari akhir persekolahan, yakni selepas tamat upsr, faizal seboleh-boleh mencari peluang untuk menangkap gambar dengan nazatul tetapi langsung tidak dilayan oleh nazatul.Tetapi faizal memang licik semasa nazatul sedang memujuk seorang guru untuk bergambar bersamanya faizal perhatikan dari jauh,apabila sampai waktu untuk bergambar, cepat-cepat faizal berlari kesebelah nazatul, maka terhasil la sebuah gambar mereka berdua.Mungkin faizal menyukai nazatul?
Dan hari menyedihkan pun tiba, apabila hafeza meminta arif menulis biodata dalam buku comelnya. Biasala dulu-dulu masa nak berpisah semua ada buku biodata.Disangka panas hingga ke petang rupanya tsunami ditengahari.Cis.
kawan sejati : hafeza, etc, etc,
kawan baik : etc, etc, etc:
kawan biasa : nazatul
Hancur luluh hati nazatul membacanya, siap dikatanya arif itu bodoh @#$%^ macam dulu.Nazatul mula membina balik tembok kebenciannya terhadap arif seperti dulu.Mungkin rasa tercabar kerana arif lebih mengangkat kawan baik nazatul dari nazatul sendiri.
.
.
.
Dan perkara paling sengal bila arif pun sebenarnya suka feza.Pakai ilmu apelah minah ni? !@#$% tsk.
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah cerita ini based on true story??
ReplyDeleteheeee
waaa,bestnye cite benci-suka-benci-suka ni *claps*
ReplyDeletehehe kak sya ngn arif ni macam chuck and blair in gossip girl laa..
hehehe