Monday, April 27, 2009

Laundary war

Hari ni bangun pagi-pagi je histeria dalam keadaan bisu, sebab takut sangat melihat isi kandungan bakul laundary yang hampir mencecah bumbung langit ke 7.(Ceh nampak sangat tipu).Aku tarik nafas dalam-dalam dan terus declare 'laundary war' (Oo apa kau ingat declare couple je boleh?) dengan bengis nya.(Sempat selit).Aiseh man sekali teringat ayu cakap mesin basuh blok aku meroyan tak nak operate macam biasa.Then dengan gagah macam badang aku mengangkutla ke sana sini, mencari mesin basuh yang ok kat blok lain.Sangat thrill, kalau kurang sabar dah boleh jadi incredible hulk ke apa.Ini semua kerana sumpahan gurun sahara di UMP tempoh hari.(Alasan-alasan-alasan)

Lepas basuh baju dan jemur, terus balik ke bilik dengan keletihan tahap kayoh beca keliling negeri pahang.(Aik baru basuh baju, dah nak pengsan?) Tiba-tiba tersasul sebuah phrase berbunyi

"Uwaa penat nya taknak kawin lah macam neh"

Tak sempat pikir, terus tergelak roomates aku semua.Diorang lagi mahu tambah pain aku dengan cakap kata-kata berupa

"Habis tu kalau husband suruh basuh baju dia pakai tangan macam mana?"
"Kalau dia cerewet macam mana?"
"Kalau dia ugut, tak dengar kata boleh jadi isteri derhaka, macam mana?"

Haih horror nya situasi tersebut.Aku cadang nak buat berus baju macam selipar je, sebab boleh simply berus pakai kaki.(Sangat kreatif lah bukan?).Kalau banyak sangat baju tuh dan cerewet gila meh aku berus dengan muka-muka sekali.KAHKAHKAH.(Eleh berani ke kau buat?).Tak pon buat berus yang ada remote control, boleh aku jalankan tanggugjawab membasuh demand tersubut sambil menonton desperate housewives dengan control dari jauh.Waa hebat hebatlah idea aku neh.(Tiba-tiba rasa macam terharu sebab kata hebat kat diri sendiri).Jadi saya menyeru bakal-bakal isteri supaya bertindak kreatif dalam menjalankan tanggugjawab anda.Ops u better talk to the hand la aisya.

Adoyai dalam banyak-banyak kerja rumah aku paling lemah bab membasuh neh.Bukan apa aku seorang manusia yang sangat suka memanfaatkan technology development secara sepenuh hati jiwa dan raga.Cewah bagus tak orang macam aku yang sangat cinta pada teknologi?.Meh aku nak propose satu mesin basuh berciri basuh, kering, seterika dan siap lipat, kalau terror pergi buat mesin tu susun baju yang dah lipat tu dalam wordrobe elok-elok. Hush nak kena lempang ke apa neh kalau mak baca? .Hey hey si developer sila cipta macam yang saya nak neh, cepat sikit, surely i akan beli punya.Tak payah beli set tv hifi dan honda jazz dulu pun takpe. (Pergh biar betul? tekad gila perempuan neh)


Cakap pasal laundary, aku teringat masa form 4 masuk asrama buat pertama kali dalam hidup aku.Aku heran sangat kenapa aku basuh baju sangat lama.(Guna tangan).Padahal ada member aku datang lewat sikit basuh tapi dia habis dulu.Arghh aku sangat tension kenapa aku begitu lembap sekali, maka aku menangis sampai call mak dan suruh dia jawab persoalan yang susah dari test fizik tersebut. KAHKAHKAH. Mak sangat kesian dan terus memberi tips-tips membasuh baju dengan betul, cepat, bersih dan harum mewangi.Mak siap perli aku, supaya hentikan cara membasuh baju sampai nak kilat dan bertukar warna pada baju tersebut.Er anda tak paham? Mungkin aku nak baju yang aku basuh tu kembali macam kat kedai kondisinya. (Er emak bukan kah itu kreatif?) Banyak lah kau punya kreatif padanlah kau basuh baju berjam-jam itu horror tak hengat sekolah namanya.Sekarang aku sudah tahu dan terror, sebab basuh baju guna tangan dan otak.HAHA.(Ceh sempat lagi nak berdrama)






Ehem ehem.Okey sesiapa mahu masuk meminang saya, haruslah ada hantaran berbentuk sebuah mesin basuh terror dengan penuh kasih sayang.Kemudian baru saya percaya bahawa cinta kamu tulus ikhlas seindah mesin basuh baru automatic terror kita.
(Ah aku gurau la, tapi ada unsur serius 20% disitu) KAHKAHKAH.

Saturday, April 25, 2009

Adik

Entry kali ni khas buat satu-satunya adik yang aku ada kat dunia neh.Adik angkat tu cerita lain.Dia neh dah masuk belajar kat The Otomotif College seminggu dah.Siang tadi mak call, cakap adik pergi library buat assignment.Fuyoooooo.Terkojut den.Dah besar rupenya adik aku neh.Lama dia tunggu offer sambung belajar, sebab dah tak tahan sangat tunggu dia pergi gak kolej idaman dia neh.Tak apa walaupun tak dapat IPTA, janji dia minat apa yang dia nak buat tuh dan tak give up easily tengah jalan.Berani lah kau nak give up tengah jalan.Nak kena? (Ceh aku lupa adik aku pun budak silat). Anyway adik CONGRATULATION.You must try hard to accomplish your Diploma in Automotive Technology with flying colors, which is contain more and more bright color than me. InsyaAllah.Of course you can do it.You go bro.Hope your dreams come true.





Ah.Aku rindu sangat kat dia neh.Dia jela tempat aku gaduh dan ketawa.Dia sanggup main masak-masak dengan aku waktu kecik dulu.Malah aku pernah paksa dia main batu seremban, congkak dan barbie dengan aku.HAHA. Dia cuak dan nangis bila aku main pura-pura mati sebab gaduh dengan dia.Sebab selalu je ugut dia macam tu, dia dah jadi bijak sikit dengan geletek aku nak tengok aku mati tipu-tipu ke betul-betul.Cis kantoi.Dia sangat cermat simpan pemberian ayah sejak dari kecik lagi.Pantang nampak kereta mainan.Aku pernah jeles sangat-sangat bila ayah belikan dia control car yang besar sebab dia setuju untuk bersunat umur 5 tahun. Dah la ayah bawa aku sekali masa tuh.Mana aku tak hangin dan berpinar masuk kat toys'r'us tu.Mata aku selalu je bersinar bila jalan kat row barbie.Ibarat syurga buat kanak-kanak. Sesiapa sahaja masuk kat situ akan rasa gian tak nak balik.Serius neh (I tell U).Tak percaya boleh buat experiment dan rasa kan sendiri duit anda kering kontang atau anda mahu dengar budak melalak dan meragam 24 hours? Pilih-pilih.Sangat danger tempat tu.

Lepastu ayah frame pic kereta dan gantung kat bilik dia.Kereta mainan dia paling sayang sampai besar adalah jenis hotwheels.Banyak gila okey.Berbakul-bakul kereta mainan dia, kadang-kadang rasa menyemak je mainan dia tuh. Ayah hadiahkan dia basikal sebab dapat nombor 6.Oya kami pernah tukar chewing gum selepas dah kunyah dalam mulut, sebab nak rasa perisa masing-masing. (Euwww aku ke masa tuh?) HAHAHA aku pun macam tak percaya je.Senang sangat nak pujuk adik mase kecik-kecik dulu, pergi je mcdonals dan dia akan kembali happy.Kalau aku merajuk? mak aku cakap mucung mulut aku boleh sangkut hanger.Mcdonals pun tak jalan.Kalau adik dapat jam spiderman aku pun akan dapat jam the little mermaid.Seriusly dia banyak sangat mengalah dengan aku.Dia sanggup je pakai hp buruk yang dah macam boleh masuk muzium ke apa.(Eh i pun tak heran apa?.HAHA)Dia sangat jarang melawan cakap aku.Walaupun aku pernah ejek dia gemuk waktu dia darjah 4 dulu. KAHKAHKAH.Sekarang aku dapat balik sumpahan gemuk tuh.Argh !@#&**(^#%^2 CIS CIS.

Dia banyak sangat knowledge about car.Selalu share knowledge dengan ayah dan kadang-kadang dia boleh perbetulkan apa yang tersasul oleh ayah.Argh aku sangat hangin kalau tengok magazine mereka bersepah-sepah.(Rasa macam nak sumpah jadi tayar buruk pon ada jugak.)Paling aku suka buat bila mak suruh aku buat sesuatu, lepas tu aku suruh adik buat dan cakap mak yang suruh.EKEKEKE.Padan muka.Bila aku further study dialah yang teman mak dengan ayah kat rumah.Thanks sebab tengok-tengokan mereka dan rumah.Sooner will be my turn and you go for study pulak.Aku rindu nak tarik telinga dia dan suruh dia pergi kedai beli belacan, sayur, telur apa semua.Aku rindu nak rasa thrill dan sakit hati bila nak kejut dia dari tidur.(Rasa macam nak wrestling dia pun ada masa tuh)Aku paling selalu suruh dia basuh toilet dan buang sampah.Kalau dia tak nak buat memang aku akan merajuk secara comel dan hodoh dalam satu masa (Horror gile).I miss you so much. Belajar rajin-rajin okey.Sayang kamo secara banyak dan melimpah ruah.Walaupun selalu je cakap akak garang macam harimau dan selalu bising bila balik bercuti kat rumah.(Aku terima takdir dilahirkan pada tahun harimau, aaaaaaaummm dun blame me) Oya ayah ada belikan dia 125z lepas sekolah.Aku? hon basikal pon aku tak dapat.Sekarang dia bahagia dengan PSP dia.Kau rasa aku hangin tak?

Inilah Mahmud Shah bin Salehudin shah.Orang cakap adik aku hensem.Betul ke?

Pic masa muda-muda dahulu kala kat langkawi

Cintaku cintamu


Tetap dalam hati
siang malam menanti
tak jemu aku dibuai kerinduan

belum pernah ada getaran sebegini
memang benar aku dilanda
cinta kepadamu

Tahukah anda makna tersirat dari bait-bait di atas.Owh adakah begini perasaan cinta yang sebagaimana anda pernah lalui? Tell me.Tell me.Owh Owh perasaan apakah ini.(sedang sesat dalam diri sendiri).

(Apa kau ingat Aisya neh terror sangat nak cipta bait seperti itu?) Aku copy paste je sikit dari lagu cintamu - siti nurhaliza kenapa? kerana tak tahu macam mana dah nak taip perasaan teruja kerana boleh kembali ke pangkuan blog.Oh ya anda jangan expect sangat saya akan menulis entry berciri cinta setelah menghilangkan diri selama 6 hari, i guess.Kenapa? (Ah banyak la engkau punya soalan). Takan kau tak tahu? atau saja nak buat aku ulang-ulang ayat berciri
"alah bisa tegal normal" tersebut? Aik normal? KAHKAHKAH, yelah adakah aku akan jadi meroyan sana sini kalau aku sebut perkataan single? Ceh.Tentulah masih normal bukan? Cewaaaaah sangat kuatlah dia neh.Steady jer.HAHAHA.(Gelak profesor klon cicak man)

Well setelah aku histeria 8 hari kerana ketiadaan air di UMP,(Sumpah kau taknak tahu rupa aku histeria) kini aku kembali normal kerana dapat kembali mandi secara normal iaitu di bathroom, hostel bukan di bilik kuliah, di setesen minyak esso, di klinik, di tangki statik yang buat aku sakit kepala cari tempat nak letak towel kat mana kerana wall yang terlalu tinggi dan melampaui batas aku yang rendang neh, di pantai balok, di megamall, di genting highland, di ... okey cukup jangan over.Gila punya thrill 8 hari tersebut, thrill dari kau naik mesin-mesin permainan outdoor kat genting highlands tanpa separuh restu tersebut.

Puas hati cerita 8 hari thrill masuk paper, aku decide untuk bersara sambung entry 'emosi air' the series tersebut.(Walaupun sebenarnya ada reader yang request aku sambung series entry itu sebagai healing for the wounds untuk release tension) Kau biar betul, aku buat entry sikit punya emosi, kau kata entry aku berciri fun dan serupa enjoy the show.KAHKAHKAH. I love anda.(Ceh tetiba pulak).At least anda visit dan ada jugak yang nak baca.Terima lah love saya yang berterbangan banyak-banyak neh secara percuma.HAHA.


Sungguh anda sangat comel semasa membaca blog.(Boleh letak cermin depan komputer semasa baca blog Aisya&Heelism untuk intai diri sama ada comel atau tidak semasa membaca blog tersebut).Ewaah.Oh oh kalau buruk boleh buang cermin itu.Untuk elak nightmare. KAHKAHKAH.

One more paper to go on this 30th.Kemudian boleh teruja keriangan ikut burung terbang ke apa semua untuk declare no war againts final exam anymore.HUHU HAHA HEHE.Err mungkin aku akan facing final exam lagi tapi mungkin selepas 2 tahun akan datang di UK atau ausie.Cewaaah. Okey urusan tuh kita simpan dalam hati dulu.Walaupun macam tak penting sangat nak bagitau anda bahawa aku telah menonton 12 movie semalam.Pergh apakah makna semua neh? KAHKAHKAH. Maknanya bosan lah tahap dewa, peterpan, ungu (okey tipu) itu pun kau tak tahu ke? (Neh kalau mak ayah tahu neh agaknya time tu jugak dia suruh aku mengucap agaknya) HEHE excuse me mak, akak tengah cari mood study untuk next paper.*Grinning.Wallaweh.(Aisya boleh tak kau ingat tuhan sikit).

Mak jangan salahkan akak, salahkan Hardisk jiran sebelah neh dengan Hardisk ayu.Siapa suruh simpan cerita banyak melimpah ruah sampai anak mak neh jadi overdose tak sengaja.Sumpah aku tak suka kau sikit wahai external hardisk.Kau pergi main jauh-jauh sebelum paper last aku mula.Excuse me sikit.Shooh-shooh.Hah lagi satu mak kena salahkan connection internet sebab buat akak hampir pergi bunuh dia sebab *(&^%#@$%^&&* gile kerana di tag sebagai 'limited connection' cis cis cis selama 4 hari! Memang buat aku sentap histeria anemesia alzhameir betol.Ceh.Alahaaaaaaaaaaaaaai UMP.Apa lagi kau nak boikot? air? internet? final exam? (Eh-eh final exam?) Haish.Kalau kau nampak aku pegang pisau ke apa tu maknanya aku nak pergi bunuh dia la tuh.Baik kau jangan tegur ke apa nanti aku terus fragile kang susah pulak.

(T____________________T)






Okey grade 1 subjek dah tau."Haish nasib baik hensem".Phrase neh bukan aku cakap tapi all of the girls in my class pernah cakap kat sir tuh.HAHAHA.Anda memang comel apabila marah dan merungut dengan menyebut phrase di atas.Serius comel.But anyway im agree with the phrase sebab memang matching sangat.EKEKEKE.Tiba-tiba jadi kesian pada orang yang tak hensem.(Aisya kau boleh get out skang!).Ok boleh bersurai semua dan pergi tanya rakan anda sama ada anda hensem atau tidak.(Eh-eh dia neh).Tumpang lalu.



Sunday, April 19, 2009

Emosi air part 4

Masa neh aku tak nak siapa-siapa pun melainkan AIR!!
.
.
.
Walaupun steven gerrard propose aku, aku tak heran
Walaupun xabi alonso nak couple dengan aku time neh, aku bagi talk to the hand dulu
Walaupun keanu reeve nak bagi aku chance berlakon cerita I love Water dengan dia pun time neh, aku suruh dia tangguh dulu.
Walaupun Malaysia nak nominate aku sebagai miss universe pun aku sanggup tolak tepi.serius shit.
Walaupun UMP buat pengumuman batal Final Exam aku...
Err ye aku sokong!!!! pastu baru aku cari air.
Uwaaa nak air, air, air, air, air, air...


Aku yang emosi berair-air

Emosi air part 3

Toilet kat klinik aku mandi tempoh hari sudah kering kontang.Malam tadi aku gagahkan diri untuk menapak seorang diri bersama baldi dan toiletories ke blok kuliah.Merentas beberapa fakulti dan beberapa jabatan lain.Dan macam biasa ada orang yang sivik rendah ni pergi ketuk pintu toilet aku mandi tu macam nak pecah.Kau tahu tak perasaan mandi dengan terkejut-terkejut seorang diri? Huish mana aku tak terkejut, kot kot lah pintu yang aku kunci tu boleh terbukak.Aku pun tak tahu la macam mana nak explain kat orang bodoh macam tu.Maybe explain pun dia tetap jugak bodoh.Jadi tak payah explain baik aku selesaikan urusan aku dan pergi cepat-cepat lepastu kau pergi experience sendiri kat tempat aku mandi tu macam mana kondisi nya.

Aku tahulah, aku pergi mandi takda bf teman macam kau.Lepastu kau nak guna kuasa veto bf kau tu untuk ketuk-ketuk pintu macam nak pecah apasal.Kang aku pecahkan muka kau baru tau.Berlagak bagai la kau eh &*^^#$%!(&6! .Sumpah rasa macam nak sumpah kau jadi si tanggang ke apa kat situ.Ah baik aku sumpah kau jadi water park bagus jugak.Ciss nak tak nak aku mandi je la walaupun takut-takut jugak takda orang kat situ.Yang penting aku selesa.Balik aku jalan slow-slow menuju ke hostel sebab tak nak kasi sweating.Mungkin juga ada orang sangka aku enjoy bersiar-siar dengan baldi seorang diri macam perempuan gila ke apa.Ah sesiapa berani kacau aku memang aku cop muka kau dengan baldi aku ni.

Hari ni bangun pagi-pagi je dah hangin monsun barat daya dah aku.Kau pernah tak bangun pagi-pagi tension? Bukan tension pasal dah habis study ke belum,tapi tension pikir pasal lepas ni macam mana kau nak cari air. Bukak memo jeng jeng jeng UMP sediakan bas jam 8.30 pagi untuk aktiviti mencari air bersama.Thrill gile aktiviti yang di anjurkan neh, tapi aku tak dapat join sebab masa tu aku tengah beradu sambil mimpi tengah bergembira di sunway lagoon.Gile thrill macam baguskan?Tempat kau ada buat aktiviti neh ? jawab-jawab.HAHAHA.Aku tak larat nak beratur panjang-panjang kat tangki air macam nak beli tiket wayang kat KLCC tu, sampai turn aku je kang air dah abes, mahu aku tak bakar UMP neh? Aku jugak tak sanggup nak angkut sebaldi air turun naik tingkat 3 sebab nanti dah sampai atas tinggal separuh je air dalam tu.Aku tak nak jadi orang yang kurang bijak menghargai usaha aku.HAHAHA.Apasal kau gelak? Nak kena?

Sudah tentulah aku pergi tunjuk perasaanlah bukan, kat siapa? kat ayah dengan mak.Aku suruh mak pos laju air banyak-banyak kat sini.Tapi macam takda orang buat je.Aku mengadu kat ayah, nanti ayah bagitau reporter NSTP buat report datang UMP.Bagi bukak sikit kerajaan negeri Pahang neh.5 tahun ++ beb isu air tak pernah selesai.Ntah-ntah sampai cucu aku belajar kat UMP pun isu air tak selesai lagi.Pahang neh punyalah banyak air, boleh pulak setiap semester kami takda air.Member aku pergi mandi kat tol gambang, ada makcik kerja kat situ tutup air mase diorang sedang-sedang mandi kat situ.Eh-eh makcik neh pon.Low sivik jugak rupanya.HAHA kesian-kesian.Macam WTH !.Dia tak kasi student mandi kat situ.Bila ada orang luar singgah baru dia bukak balik air tuh.Adei.Hari ni baru MPP release memo cakap, buat aduan pada pihak tertinggi.HAHAHAHA wei apasal cepat sangat kau buat aduan? Apasal kau tak buat aduan neh sem depan je weh?

Aku pun tak paham kenapa perlu tunggu macam gurun sahara baru lori air nak datang.Ke kau nak tunggu UMP hangus baru nak panggil bomba? Oh oh ada unsur ugutan disitu.Tolong lah jangan tutup cafe kesian kat kami neh nak pergi makan.Kalau ada megamall, R&R, food court, kat depan UMP neh kami tak kesah sangat.Kami tak kesah pun makan pinggan polisterin sambil minum air bungkus plastik pegang sebelah tangan.(Yang sebenar nya tersangatlah kesah!!!!!! !&@^^#)Study? bukan topik utama masa study week.Tak berminat seriusly shit.Main topik kita adalah AIR dan student yang desperate.Peruntukan masa mencari air lebih lama dari aku fokus study untuk satu bab.Tension tahap extrem programming dah neh.



Arghhh esok dah minggu final exam!! Apakah nasib hari esok???

Friday, April 17, 2009

Emosi air part 2

Hari ini dah macam kritikal
Dekat blok memang dah kering kontang
Ramai orang berkeliaran dengan membawa baldi dan tuala
Adakah ini pesta baldi dan tuala
Macam comel semua berpakaian tidur berkeliaran
Macam dapat mimpi seram dan tiba-tiba berjalan-jalan dengan histeria mencari sesuatu
Mengapa pula admin KK3 pergi marah-marah macam bodoh sikit
Sebab orang pergi mandi dekat tandas mereka
Adakah sivik anda juga sangat low seperti perempuan semalam
Adakah anda buta kami sedang histeria mencari air
Kalau ada air banyak kami pon tak heran nak pergi mandi situ
Ulang lagi sekali tak heran, tak ada masa, dan tak berminat nak berdepan dengan anda
Dah darurat macam ni, janganlah semua mahu mencetuskan kontroversi berciri bodoh
Mengapalah masalah sejak 5 tahun lepas ini, tidak berkesudahan
Kenapa tiada lori tangki air datang membantu
Kenapa sesetangah staff pun macam kurang bijak nak faham situasi desperate kami



Pukul 2 akan ke pantai balok untuk gathering dengan budak kelas
Kalau aku mampu akan aku bawak balik pantai balok untuk semua warga UMP

Thursday, April 16, 2009

Emosi air

Again UMP ketiadaan sumber air, membuat aku emosi sikit sebab perlu bersabar dengan orang yang tiada sivik dan tidak katam softskills dengan cemerlang.Kenapa harus aku harus bersabar? Kerana cukup kesian dengan orang yang cukup ilmu untuk bertamadun tapi tidak mempraktikan serta dengan bangga nya menadah muka untuk orang lain menilai tanggapan negatif terhadap sikapnya. Kesian, serius aku kesian dengan perempuan tersebut.Sudahlah bersikap seperti itu, tidak pula tahu berbahasa.Haish muka je cantik, sopan satun kau tak reti guna.Jangan kau hiporkrit sudah, depan bf baik melimpah ruah, face off dari bf orang pun pikir 44 kali nak respek kau.But anyway cantik ke? HAHAHAHA.Excuse me sikit.Huh!

Agaknya kalau aku kurang kesabaran dan tak nyanyi lagu 'subhanallah' dalam hati tadi memang dah lama kut kau tersangkut kat shower tadi kena penangan flying kick aku neh.Dah lama aku tak bukak silat.Kau jangan.Well nak buat macam mana, aku baik lah bukan? KAHKAHKAH.Aku pasrah dengan kebaikan aku neh.Okey anda tak payah muntah sebab anda boleh tulis statement macam ni secara bebas di mana-mana juga, tiada restriction tapi anda ingat sikit sivik tuh.Bukan honda civic.Kau biar betul, kalau tak tahu sivik tu apa boleh call aku anytime.

Hari ni dah macam orang nomad, pergi situ sana sini histeria mencari air.Nasib baik ending dengan berjumpa air.Kalau tak memang aku angin la-nina nanti banjir pulak UMP neh.HAHAHA. Adoiyai tak habis-habis isu air kat UMP neh.Aku tengok admin bagi memo pun macam ayat dia copy paste je dari memo-memo lepas.

Dulu kau jangan tak tahu, sampai kat bilik kuliah aku pergi cari air, siap pernah tumpang mandi kat bilik air lecturer kat fakulti lagi.Hari ni aku mandi dekat dengan klinik.Esok lusa aku tak tahu lah nak korek air kat mana lagi.Naya je nanti aku buat emergency call bomba bagi buat hujan lebat macam cerita hindustan kat UMP.Aku rasa macam nak call sekarang pun ada neh.Boleh kita mandi untuk stock seminggu terus.Dekat kuantan neh manalah ada sunway lagoon ke, desa water park ke, Bukit merah lake town water park ke, Okey muktamad tiada theme park.(Apasal aisya? kalau takda air kena pergi water park ke?).HAHAHA, suka hati aku lah.Tengah emosi neh.Kerana air mood study pun effected.Huwaaa banyak gila kena baca SQA neh.Berpinar dah mata neh macam kena tidor jer rasa.Eceh banyaklah kau punya drama.




Ya Allah tabahkanlah hati ku menerima dugaan-MU.Berikan lah aku kekuatan dan ketenangan menghadapinya.Amin.

Tuesday, April 14, 2009

celcom vs maxis

Tadi jam 11.20 pergi tengok kawan-kawan present PSM kat astaka.Ramai yang dah habis awal.So far tengok muka diorang macam okey jer happy dan tak ketat.So it means ok la tuh mereka punya PSM.Congrats!.Anyway you guys good luck semoga dapat markah yang best-best nanti.I am happy for you all.Walaupun korang berdepan dengan cabaran lalu lalang lalat depan muka tadi masa tengah present.Aku pun tak paham apa motif lalat tu buat kat astaka. Mungkinkah para pensyarah salurkan mereka sebagai external challenges pada anda? Apa aku cakap neh? apa neh?.

Tapi serius aku pun hanggin monsun timur laut je bila dia terbang sana sini macam aku enjoy the show ke apa.Tak concerntrate aku nak tengok PSM korang.Rasa macam nak sepak laju-laju, lepastu bakar, lepastu pergi blender, lepastu langgar dengan bajak, lepastu pergi curah asid kat badan lalat tu.Geram-geram dengan polution beciri seperti ini.Huh emo nya aku.HAHAHA.Eh tercerita banyak pulak.Back to the main point tajuk kita pada hari ini.


Then balik dari tu, pergi ke cafe untuk mencari makananlah bukan? takan nak shooping kasut pulak.Dekat entrance cafe ada satu team buat promotion hotlink, dari jauh aku nampak dah macam hangin sikit-sikit sebab tiba-tiba ter-flash back tentang maxis yang suke je tipu-tipu orang.Aku tak tau la engkau pernah kena tipu ke tak.Tapi aku dengan Jahyu memang pernah. Serius bengang !@&*(#$%^QA(&* .(Ayok kan dah keluar bahasa-bahasa encrypted.)Haish.Dari jauh kami dah meluahkan perasaan lapok benci terhadap maxis.Sampai je kat entrance ada one guy neh try to approach kami dengan bertanya


"Adik sekarang guna line apa?"
"Ceeeeeelcccccccccooommm"
"Meh la cuba hotlink ni"
"Taaaknaaak mahal, lepastu tipu orang"
"Apa? tipu? meh sini"

pergh serius dengan gedik dan eksennya aku dan Jahyu menjawab dengan begitu bangga sekali tanpa memandang muka that guy sesaat pun sambil berlalu.Terasa macam kat atas pentas runaway sambil tata macam princess, tapi menang pilihan raya.KAH KAH KAH.Hamik-hamik, macam nak balas dendam pon adalah kan. EKEKEKE.Ye aku tetap dengan pilihanku celcom.MUKTAMAD tiada talian hayat lain.

Tahu kenapa aku tak suka maxis?

1. Credit cepat habis argh !@#$^&
2. Tak sempat buat call pun, sms je dah habis credit cis! !@#$%78()*
3. Bila redeem point, tolak point cara macam tak bijak dan tak pergi sekolah.Basic math pun tak tahu ke?.Customer macam aku tak bodoh sangat kalau nak tipu okey.
4. Tipu rate secara senyap, berdosa kau tahu, tipu orang?
5. Tipu pelanggan, dengan statement topup sebelum tarikh bla bla dan dapat free credit rm $$, tapi tak masuk pon,Big fat LIAR!!
6. Call maxis center kena charge? WTH!
7.
8.
9.
10.Mahal

Point 7,8,9 adalah sama seperti point 10.Merah sebagai petanda alergic,Biru sebagai tanda cinta.

sekian, pergilah bangga dengan service provider masing-masing.Janji jangan cakap pasal maxis depan aku.Talk to the hand aku consider.KAHKAHKAHKAHKAH.

Mencoba

Tajuk filem seterusnya adalah MENCOBA.

Mari kita mencoba untuk serius mengulangkaji pelajaran.Kurangkan main dan kontroversi tingkatkan prestasi.Ewah.Hep-hep serius-serius.Kau tengok pic atas tu pun seriuskan? pandang macam tak nak pandang je.Jeling menjeling separauh jalan je.Motif apa neh? nak buat muka serius jadi tak? HAHAHA.Garang kan? kan? kan?

Masa untuk serius

21/04/09 : SOFTWARE QUALITY ASSURANCE
23/04/09 : SOFTWARE PROJECT MANAGEMENT
30/04/09 : MOBILE APPLICATION DEVELOPMENT

Jadual final exam terakhir untuk ijazah sarjana muda aku.Yes! tiada final exam lagi selepas neh. Yeeeeeeeeeeeeehaa.Pheeeewwitt.Student course lain final year 1 paper je, tapi macam biasa fakulti aku selalu bagi student dia pasrah dan terlopong tengok orang lain balik awal.Alah bisa tegal biasa sudah aku dengan situasi ini sejak zaman diploma dahulu kala lagi.Eceh.Jangan komplen jangan, nanti tak dapat restu jawab pekse.HAHA.Jadi kawan-kawan marilah kita berdoa untuk kejayaan bersama.Semoga hati terang dan tenang untuk menerima pelajaran.Amin. InsyaAllah.

Good luck guys!

Sunday, April 12, 2009

Sebelum study week bermula

Ala terlepas hari ahad nak update blog, tadi kejar blog tapi tak sempat jugak.Gila laju dia lari.Fuuuh..Kau pernah main kejar-kejar dengan blog sendiri? (Macam biasa intro kalau tak thrill tak best lah bukan?) KAH KAH KAH.Tapi kalau betul pernah, sila snap pic dan send email pada saya sebagai bukti bagi terbeliak sikit mata neh sebab selalu bagi soalan thrill pada anda semua sampai histeria nak jawab.

Hari sabtu lepas kami pergi ronggeng rokiah dengan Jahyu,Jahin dan Jahlong.Aik? HAHAHA apasal nama mereka pun ada Jah neh? Apasal neh? Kompius-kompius.Excuse me, suka hati I la.Actual plan nak pergi dengan Jahfar n Jahyu tapi Jahfar sibuk pulak dengan komitmen baru beliau mencari decoration untuk hantaran kahwin abang kepada BF dia.Then kami teruskan sahaja misi 007 tersebut tanpa dia dengan beberapa perkara kejadian aneh dan angelic sangat.(I tell You)


Perkara 1
Mula-mula pergi beli tiket along balik terengganu, lepas tu pergi Megamall tengok wayang dan window shooping.Ecehh ye ye oh je.Mase nak naik parking pusing-pusing 4 tingkat kat megamall tu aku berdrama queen kejap memberhentikan kereta secara tiba-tiba.Habis cuak semua dalam kereta takut ter-reverse ke belakang.HAHAHA.Hebat tak aku buat drama 'just kidding' macam tuh? thrill gile kan? kan? kan? Sebenarnya aku pun pura-pura cool padahal risau juga, sebab enjin macam nak mati, so aku pergi la tukar gear.Tak pernah-pernah pulak macam ni sepanjang aku drive.Tapi takpe, bila lagi nak thrill. Tak payah susah-susah pergi theme park, atau genting ke apa, naik mesin-mesin mencari keseronokan berciri mencabut nyawa tersebut.


Perkara 2
Pergi beli tiket wayang cerita "He just not that into you" semua pelakon-pelakon hot.Along yang suggest nak tengok cerita neh.Serius aku dah lama tak tengok genre romance kat wayang.Not bad cerita dia.Pada sesiapa yang single dan dah steady di sarankan tengok.Sebab boleh bagi lelaki terpikir sikit sebab-sebab kenapa perempuan terlalu concern pada perkara remeh temeh dan apa yang selalu mereka bual kan dengan kawan baik mereka dan juga beberapa perkara berkaitan pikat-memikat.HAHAHA.Oyya ada juga couple anoyying yang bersandiwara sebaris dengan seat kami, membuat kami rasa 'vibrate' geli geleman terdengar dialog-dialog manje mereka.Eeeuuwww.Along saksi paling kuat kena tempias.Sumpah geli.Yuks!.Kalau nak bersandiwara meluat sila pergi sejauh 100 km dari orang ramai.Kami tak selera okey!!!@@##**&&^%$)(*


Perkara 3

Pergi window shooping dan tershooping.HAHAHA.Maknaya tak sengaja, nak buat macam mana manusia tak pernah lari dari ter-eksiden.Ah time macam neh banyak lah kau punya alasan drama.Along dan ain grab 2 baju, Aku sehelai.Jumpa pulak en.azwan a.k.a supervisor PSM dan pensyarah aku dengan wife dia.Punyalah dia heran macam mana aku boleh sampai ke sini.Selalu je en.azwan tak percaya aku boleh bawak kereta walaupun kurang ketinggian default.Ceh see the orang lah.HAHA.Cakap je la nak suruh belanja pizza.Apasal aku neh susah sangat nak pilih baju? cuba korang jawab sikit.Eh-eh lari topic next!


Perkara 4

Kemudian beransur ke ECM, jalan-jalan lagi sebab ain nak beli big apple.Then ayu masuk the body shop cari produk penjagaan bibir sebab nya bukan untuk mengedik tapi untuk prevent supaya jadi lebih healthy.Lately aku having conversation dengan ayu pasal lips care camne nak bagi nampak fresh dan sihat macam angelina jolie tu.(FYI angelina ada insuran lips , kau boleh cube pergi musnahkan lips dia dengan tonyoh vaselin expired, tak rugi, nanti dia dapat pampasan) .HAHAH.Apa neh punya jeles sampai menghasut orang? Bawak mengucap sikit aisya.Well remaja lah bukan cakap pasal neh dengan girlfriend.HAHAHA.Memang sangat remajalah terbang duit sana sini lepas beli lips scrub, lips care dan lips remover apa semua.Tapi tak apa invest untuk keyakinan dan kesihatan itu sangat berbaloi bagi aku.'kerana diriku begitu berharga'.Ewwwwaahh.Pandai menjawab.Okeh sekarang ada rutin baru 3 kali seminggu scrub dan daily apply lips care tuh.Lecehkan jadi wanita? Yang penting jangan "Menang membeli, Alah memakai".HAHAHA.




Perkara 5
Dah habis cop duit kat ECM pergi cop duit kat giant pulak, pergi belanja barang dapur, ikan, bawang, belacan, bunga cengkih, daun sup.Fuyyoo gila dahsyat aku belanja.Okey tak ada kepentingan lagi nak belanja berciri emak-emak.Hanya belanja barang berciri instant remaja.HAHAHA.Biasalah tu, habis tu kau nak suruh aku masak atas muka Jahyu? .Ha jawab-jawab.EKEKEKEKE.Kang dia cop muka aku dengan kuali, naya aku.Dah le solo lagi neh.(Apa aku cakap neh? apasal aku cakap macam neh? apesal comel sangat cakap macam ni?).HAHAHAH.Aku along dan ayu sempat beli shawl sehelai.Situ memang murah.I tell you, rasa macam nak beli semua.Tapi tak apa tak baik tamak nanti aku kena puasa sampai raya lak nak cover allowance.


Perkara 6

Lepas shopping, terasa lapar sangat-sangat (Ooo kau masa shopping tak heran pasal perut, yelah of-course la lapar mata bukan?) kami singgah makan di SMS (sinar mesra seafood) sebelum kembali ke pangkal jalan sebagai student berdedikasi ke UMP.Pergh ayat tak nak kalah.(sila delete kalau tak suka).HAHAHA.Masa neh aku macam heran Jahyu pergi bukak pintu kereta, padahal macam dah lock tadi. Lepas tu apa lagi berbunyi sakan siren kereta tersebut, dah macam ambulans pun ada.Semua pandang kami okey.Serius mendapat perhatian yang sangat lama lagi umum meriahnya.Aku pulak cari kunci kereta tak jumpa-jumpa sampai along tolong carikan dalam handbag sendiri lagi.HAHAHA.Apa lagi terus blah dari tempat kejadian dengan rakusnya, sebab tak tahu nak sorok muka kat dalam baju siapa.Sumpah malu, naik pink muka.

Kerana diriku begitu berharga..Terima kasih photoshop.HAHAHA.

Perkara 7
Along tiba-tiba histeria bila dapat tahu hp dia takda dalam handbag aku.(Dia tumpang sebab tak bawak beg plastik letak purse and hp).HAHAHA.Okey aku guraulah.Aku punya resah gelisah pikir tak akan nak patah balik kat SMS tadi,Ahh kejadian tadi pun tak habis malu lagi.Along punya ayat histeria bukan dengan macam risau pasal hp, tapi lagi risau pasal abah dia marah.Last-last jumpa dalam beg plastik giant.Dah le silent mano lah nak dongar adik manis oi.Ades suspend betol la along neh.Lepas neh kena belajar bawa handbag okek? Kalau taknak handbang bawak beg galas pun cukup manis dah .Akhirnya kami sampai ke UMP dengan tenang hati dan rasa macam nak tercabut dah kaki neh.Tengok cermin tak jugak kurus-kurus.HAHAHAHA.


Sampai bilik terus collapse dengan cemerlang.

Saturday, April 11, 2009

entry panjang

Hari ini aku bangun jam 7.45 pagi okeh, ye kalau anda tak percaya aku lagi tak percaya.Sudah maju-sudah maju.(Clap your hand sikit-lah)EKEKEKE. Sebenarnya ada peristiwa di sebalik batu.Semalam aku berhempas pulas menyiapkan assignment terakhir en.jiman sampai terlupa nak makan.Eceh kau kata? Serius neh.Lepas dah submit, baru lah histeria mencari makanan, sebab masa tu tak payah cakap la punya lapar sampai boleh dengar perut sendiri nyanyi lagu tanggo, perut Jahyu lak nyanyi lagu cintaku 100%, perut Jahfar lak lagu Tomok ntah apa ntah tajuk dia tak berapa nak ingat sangat.Tak penting pun nak ingat wat masa neh.HAHAHA.


A Flash-based Mobile Learning System for Japanese Language as A Third Language



Jam 5, kami jelitawan ber-3 meluru-luru mencari makan.(Ya allah apa rupa-lah jelitawan sangat rakus mencari makanan?)Okeh tiba-tiba macam rajin je nak pergi cari makan jauh-jauh, (Bukanlah jauh sampai ke kuantan tuh) usha punya usah Fac Electric ada buat event kat kilang depan hostel.Kami pun jalan dengan steady nya, sampai-sampai terus kecewa sebab gerai makanan sangat kurang.Boring-boring tak bernafsu kat benda lain dah masa tuh, nak makanan sahaja!.Kau tengok tuh ya Allah aisya ingat Allah-ingat Allah.Dalam-dalam kecewa tuh aku terbeli jugak secawan cendol.Ntah kenapa cendol padahal sebelum ni memang tak heran habis. Se-kurun boleh kira berapa kali je makan cendol.Jahyu pulak beli kueh 3 bijik.Kami lepak-lepak sekejap menikmati keindahan alam UMP dan manusia-manusianya. (Apa engkau ingat kami terlalu rakus mencari makanan?) HAHAHA.Sambil berbual mesra meluahkan aktiviti yang bakal dilakukan pada masa hadapan di UMP.Aik? UMP lagi? nampak sangat kasih sayang kami terhadap UMP tak berbelah bahagi.KAH KAH KAH.

Lepas pergi beli nasik bungkus kat cafe, tiba-tiba Jahyu ajak makan roti canai kat cafe.Owh sudah lama lah bukan aku tak melepakkan diri di cafe.Sambil membasuh-basuh mata, haissh lama okeh tak buat kerja neh, kerana terlalu sebok dengan komitmen belajar.Eceeeeeeh.Lepas makan kami dengan slow-motion pergi tinggal kan cafe, sebab macam sedih nak tinggalkan pusat syurga makanan tersebut.HAHA weh bila masa pulak jadi syorga neh.Naik bilik Jahyu pasang cite kartun IGOR.Sambil tengok nasi bungkus aku dengan tak bermaya.KEH KEH.Jahyu suruh makan takut sejuk nanti tak sedap.Aku pun ikutlah cakap dia,tapi hanya 7 suap berjaya aku telan daripada nasi berbukit tuh.(Aku tak pernah ambik nasi berbukit apatah lagi bergunung-ganang tapi sebab tadi aku order nasi goreng maka terhasil-lah nasi goreng berciri gunung tertinggi dalam polisterin).

Aku pernah cakap kat Jahyu, boleh tak order makanan panas tapi nak nasi separuh jer? sebab selalunya memang aku tak habis makan nasih penuh.Tapi Jahyu kata tolong jangan malu kan dia, time dia buat order.HAHAHAHAHA.So aku tak pernah lagi order nasi goreng kampung separuh.Yang aku berusaha nak habiskan adalah dengan meng-invite orang-orang yang dekat dengan sekliling aku untuk makan bersama.Romantik bukan? HAHAHA.Padahal Jahyu and Jahfar dah sedia maklum taktik aku tuh kalau tak habis makan.Isk-isk-isk.Oh oh lepas menonton kartun IGOR tak habis tersebut aku telah faling in sleep secara tidak sedar.HAHAHA.Adoiyai.Bila tersedar sambung balik tengok.Last-last aku surrender dan naik katil pada jam 9.30 malam.Ternyata nasi goreng aku yang masih tinggi dalam polisterin itu statik sampai pagi ini.Inilah akibat sekeping roti canai telur yang tak berdosa tersebut.

Saya tahu anda boring baca entry neh, tapi siapa suruh bacalah bukan? Bila aku terlalu termotivasi macam buat project mobile sampai tak ingat nak makan tersebut tiada siapa dapat membedung lagi.HEHEHE.

Sekian mahu pergi bersiram kerana selepas ini akan pergi berjalan-jalan dengan Jahyu dan Along untuk release tension sebelum final exam bermula dan untuk hooorey last kuliah hari khamis lepas.





Entry neh tak siap lagi nanti aku sambung.Nak pergi ronggeng rokiah dulu.

Thursday, April 9, 2009

call inspiration&idea



(Sedang mendail nombor telefon idea, tet,tet,tut,tet,tut)
Kring kring kring kring (Ini bunyi call-in la kau ingat apa?)
Please left your message, I'm on my way to Aisya&Heelism (Voice message)
"Hello hey-hey idea boleh tak tolong datang cepat sikit? Jangan terhegeh-hegeh sangat boleh tak? Boleh histeria aku nanti.Lama dah I tunggu you.I need you A.S.A.P.You got it? Bye.



I need inspiration to touch-up my mobile project for presentation elements *Sigh.Oyya anyway good luck final test enterprenuership malam ni guys.
Gambatte kudasai!


Tuesday, April 7, 2009

Mensidai muka di newspaper

Aisya, Ayu, Farin sedang berbual sakan balik dari test Jepun sambil menuju ke cafe.Tahu kenapa sakan? Sebab ni ekspresi 'boleh jawab' test jepun.Kalau 'tak boleh jawab'? Muka pun macam tak siap bila keluar kelas, berbual pun separuh ikhlas jer dengan kawan-kawan.Bukan sahaja menjawab sepatah malah menjawab separuh dari sepatah.Erk.HAHAHA.



Tiba-tiba Abg Jimmy tegur dari jauh arah bertentangan kami bertiga.
"Ooo glamer la tu"
Kami macam dah pasrah sebab, well dah orang cakap macam tu.Terima je lah.
"Kami memang glamer and femes pon" (Pergh selamba gila tapi, Cakap tanpa niat ok)
Lagi Abg Jimmy cakap

"Eley glamer la tu budak-budak tuh"

Perasaan pasrah jadi pelik.Aku pun sempat critical thinking, apa yang buat dia berani cakap camtu.HAHA.Sebab aku pakai tudung len macam ke hari ni? (Okey hari ni memang aku pakai tudung yang ada awning tu, kalau hujan for sure my eyelash tak akan basah).Kau pikir baik-baik sikit, bukan tudung saji okey? Aku tak sedia lagi nak buat evolusi tahap tu.Kami pun tiba-tiba macam pemurah nak bagi muka berkerut + blur + buruk sikit (Terima kasih cakap muka aku buruk) kat Abg Jimmy tanda kemusykilan.Lantas tersebul lah sebuah perkataan
"Kenapa Abg Jimmy?"

Dengan excited (Ceh, yelatu) Abg Jimmy pun membalas
"Aik takan tak tahu kot?"
"Tahu apa"
"La korang kan masuk paper sinar harian semalam"
"Siap posing konon-konon tengah baca poster""HAHAHA""Kesian tu pun tak tahu"


Mase tu muka buruk tiba-tiba jadi bersinar-sinar macam lampu candeliar.Ewah..Oh baru aku faham rupanya Abg Jimmy bercakap tentang muka aku, Ayu & Along yang tersidai dalam akhbar Sinar Harian tempoh hari sewaktu wartawan menemurah kami tentang Master Program Talk di UMP.(Tiba-tiba nak nyanyi lagu Lucky by birtney spears).Omaigod!
Omaigod! Omaigod!

HAHAHAPESALAKUNI.


Kami memang sedia maklum tentang tu, cuma tak tahu pulak bila news tu akan di publish.Ayu memang bersungguh nak pergi beli paper tuh.HAHA ada ke peniaga jual paper semalam? Biar ben? Kami pesan kat Abg Jimmy, kalau ada lagi paper tu kat rumah dia, ehem bawak-bawak la tunjuk kat kami.Kami memang penjakun sikit nak tengok muka kena sidai kat dalam paper.Jakun sikit je.(Padahal, dah macam musim spring kat dalam hati neh.HAHA.) Ala walaupun bukan masuk The Star punya paper tapi kau ada? HAHAHA.(Eh-eh kau ni main soalan kasar kenapa? tak takut dosa?) Okey-okey sebenarnya macam kurang termotivasi je nak conteng entry hari ni tapi teringat kisah tadi macam termotivasi sikit la pulak.Ecececece.

Sesiapa penah ternampak muka saya tu, boleh la kita bincang dengan lebih lanjut.(Kau nak bincang apa? Talk to the hand!) HAHA.Manala tahu kan boleh cakap tentang tudung yang aku pakai kurang sesuai dengan warna kulit aku ke, well banyak benda boleh di kupas.(Okey aku bergurau sahaja, kau relex jangan naik darah).Terus call emak, kalau-kalau ayah boleh dapatkan, tolong simpan.HEHE.

Abg Jimmy siapa?
Dia adalah anak taukeh gerai yang aku selalu makan dari diploma sampai ke degree.Sudah berkahwin tapi adik lelaki masih single.(Motif apa neh? apa neh? HAHAHA) .Okey aku boleh dikatakan sebagai regular customer dan agak rapat dengan ibu bapa Abg Jimmy neh.(Tak ada motif mengambil hati mentua di situ, anda sila paham sikit.AHAHA).Selera dan rasa nya memang macam kena banyak sikit dengan aku compare to other gerai yang bagi aku agak manis masakan mereka.Mungkinkah kerana orang pahang ? itu aku tak pasti.
Dan yang paling penting tahap kebersihan yang memuaskan hati aku.

Sumpah best kalau ada cable baik dengan mereka ni sebab aku boleh simply sms nak makan apa, dan akan mengambil order dari belakang sahaja.Macam VVIP gitu.(Bukan semua orang dapat kelebihan membership card neh).Eceh pandai la aku.Aku rindu makcik, lama dah tak nampak dia yang comel tu.Mesti sempat marah-marah aku sebab tak pergi datang rumah dia lepak-lepak kalau dia ada kat gerai.HEHE.Nanti saya pasti akan datang.Jangan tunggu. KAHKAHKAH.InsyaAllah cuti nanti ye.



Okey sudah promote newspaper Sinar Harian dan Gerai SS Cafe. Abg Jimmy di UMP.Ah tak ada apa sangat nak cerita sebenar nya (banyak macam ni kau kata takde?)
. Boleh bersurai, macam biasa hari selasa aku akan tidur awal sebab kelas punyala full.Penat.Titik.

preview cuti-cuti kuantan

Remember my exciting matters last week? yeahhhhh-yeah.(Seruan excited neh sebab tu jadi camni).My last weekend sangat productive.Sampai hari ahad malam kena telan ubat batuk dan selsema.(Tengok-tengok hyper sangat sampai makan angin dan makan makanan tak henggat korang).Sangat tired dan terus pengsan dengan cemerlang.Ceh padahal tak drive pon.Jadi pemandu pelancong yang bagi salah jalan adalah.KAH KAH KAH.Tapi takpe ayah tak marah.Apalah besar sangat dosa sebuah sign board.(Eh-eh tetiba nak salahkan sign board).

Even though tired.Im really happy! Thanks ayah.
Dah lama tak rasa vacation macam ni, walaupun akak macam sedikit blur why kuantan? why? why? why? HAHAHA.This time tidur memang best sangat.Eh kau pergi vacation sebab nak cerita pasal tido ke? (Sila bercakap dengan tangan!).

Miss u ayah, mak and adik.

Later on I update the story ok.Got some stuff to settle down first.Esok ada final Jepun and technoprenuership presentation and business plan submition.Wish me luck guys.


rindu belog jugak muah!
(Sedang pelok belog dan cium dia 3 kali)

Siapa neh? sumpah comel.Dah la pandai berlakon, pemandu pelancong yang cemerlang, sayang belog melimpah ruah macam kekasih awal dan akhir pulak tuh.Eceh.Dah-dah merepek dah.KAH KAH KAH.Tumpah lalu dulu.Rindu anda.

Friday, April 3, 2009

Laptop depan hari

Tepi-tepi.Nak tunjuk laptop baru.
.
.
Concepts by Nikita Buyanov show off sikit laptops for HP-Intel.Ada tempat carrying untuk make-up macam kat tempat CD-ROM tu, lepastu kan kau boleh tukar mode cermin kat skrin untuk tengok make-up kau okey tak if ada smart guys lintas depan.HAHAHA.Then ada built-in nail printing.Ni aku tak prefer, kalau buit-in pemotong kuku aku suka.


Hp perfume, erm memang solid habis lah design dia.Memang aku suka, maybe lagi best kalau dia boleh provide perfume built-in sekali.HAHA.Semua kau nak built-in, lepas ni kau pergi buat laptop built-in dapur gas pulak.Tengok sikit gempak ke tak, boleh masak atas laptop.HAHA.

Hp mama untuk aunty-aunty.Maybe aku boleh suggest yang bagus sikit.Cuba Hp pergi buat collaboration dengan Sembonia, Bonia, LV ke bagi laku sikit laptop handbang neh.

Hp Eco boleh baca bar code.Boleh baca tahap keimanan jugak.HEHE.
Yang ni best sebab kau boleh pijak laptop kau.(Serius tak ramai yang buat kerja pijak-pijak laptop ni).Pastu boleh tau berapa berat kau.Kalau overweight memang hancur la laptop kau tu.Kau percaya? HAHAHA.

Yang ni pun best, boleh tukar casing ikut environment.Kalau suka environment dalam laut, kau boleh rendam laptop kau dalam laut.HAHAHA.Serius memang canggih.

Yang ni kau boleh gulung-gulung skrin laptop.Pergh flexible habis.Bukan baju je kau boleh gulung, malah laptop pun boleh gulung dan lipat.



Agak-agak anak kau nak demand yang mana nanti? HAHAHA.

Mobile punya pasal

3.56 a.m

Aku masih berjaga buat kerja sekolah.Yang lain semua dah sampai London.Tiba-tiba malam ni mood nak pergi London macam takda.Maybe nak pergi Abu Dhabi pulak.HAHAHA.Ok sebenarnya aku tak mengantuk lagi ni, pelik betul la mata ni, mungkinkah kerana didorong perasaan TERUJA TANGGO menunggu kedatangan ayahanda, ibunda dan adinda pada malam neh? .Yeah-yeah tak sabar nya.Jangan jeles.Ayah kalau dah rindu memang dia tak tunggu aku balik, tapi dia yang datang Kuantan.Baguskan? I love you ayah.Eceh.Masa ni lah kau nak lebiu-lebiu eh.Meh sini kau nak tarik sikit telinga tu.HAHA.

Hari ni pagi-pagi pergi kelas SPM, lepastu pergi makan sebab nak buat project mobile kat lab.Al-maklumlah nak buat kat komputer aku nanti zaman 2020 baru siap agaknya.HAHA.Lepak dengan ayu, gile focus macam gian sangat buat project ni.Niat memang macam kurang bermotivasi nak pergi kelas en.jiman, tiba-tiba dengar suara dia kat lab.Hallamak (terpandang sesama sendiri aku dengan ayu). Kantoi en.jiman nampak 2 orang pelajar yang berdedikasi sedang menyiapkan project beliau. HAHA.Lepas kena tunjuk ajar dan motivasi, en.jiman bergegas ke kelas meninggal kan kami.Kami pun mula-mula macam hooray.(Biar ben dia tak perasan? KIKIKI). Lepas tu dia masuk balik lab dia kata " Eh awak bukan kena pergi kelas saya ke sekarang?" HAHAHA AMIK KAU!.Pergi la jugak akhirnya dengan sangat termotivasi melimpah ruah.GAGAGA.

Dah pukul 3.30 otak dah jam, sebab project pon jam.Asyik tak jadi, ayu blur, aku pun ikut jugak blur (Nampak sangat aku neh kawan yang baik, malas cite). Otw balik ada promoter bagi ubat gigi darlie percuma.Ayu sangat happy melimpah ruah.(Sanggup jalan tempat panas sebab nak lalu kat promoter tu.HAHA).Konon-konon nak pergi pasar malam petang tadi, tapi tak jadi.Aku baca artikel pun dah naik pusing 360 darjah mata neh,(Kantoi mata boleh pusing-pusing).kejap-kejap baca lagi sebab tak paham.Patutlah aku tak paham-paham sebab aku dah terpejam.HAHAHA.Lepas ayu tegur baru aku perasan rupanya aku dah tertidur.KAH KAH KAH.(Eksen gile taknak mengaku)

Malam pergi belajar mobile dengan Zairie dan ditemani Zubir dekat cafe.Thank you guys.Balik sambung buat sampai neh baru stop update blog kejap sebab tangan macam dah nak hang.Ingat nak basuh baju tapi sebab terlalu focus jadi macam kurang rajin.Ceh.Pandai betul berdrama.Mak suruh kemas barang-barang tak pakai suruh bawa balik, em tapi tak kemas lagi.Maybe kalau bagi tupperware mak, dia dah puas hati kot.(Mak sebenarnya nak tanya pasal tupperware kan? kan? kan? tapi taknak kecilkan heart akak kan?, Eley-eley.).

Oyya semalam mak call

Mak : Bla..bla..bla..Em apa lagi eh,lupa la nak cakap.
Aku : Mak, nanti next time mak tulis la dulu nak cakap apa tau, EHEHE.
Mak : Ingat ni meeting ke?
Aku : HAHAHAHA.Bla..bla..bla..
senyap jap.
Aku : Em mak, akak lupala nak cakap apa.Nanti la kita jumpa.
Mak : Ok, nanti jangan lupe tulis nak jumpa mak.
Aku : Huh? jumpa mak?
Mak : Yela,mak kan nak datang sana, nanti akak tulis la nak borak apa dengan mak.
Aku : *Speechless + blur 20 second.(Pandai betol, mak aku kena kan aku balik).

Hey-hey pergi tidur la, esok lab pukul 10 pagi.Selawat banyak-banyak.Esok jumpa lagi en.jiman tunjuk progress project.Selamat menerima motivasi baru dari en.jiman esok.HAHAHA.Okeh ni entry berciri flat jam 4++ pagi.Aku pun dah low battery.Nak pergi charge dulu.TATA.salam.


Wednesday, April 1, 2009

Vending machine sony

Anda pernah beli air tin atau kit kat kat vending machine? Kalau tak pernah, pergi la try at least sekali seumur hidup.Nanti boleh tulis dalam diari "Hari ni aku beli vanilla coke di vending machine dengan teruja nya sebab ni first time exp, tu pun Aisya&Heelism suruh try at least sekali seumur hidup" HAHAHA.

Sebab manala tahu kan kot-kot lepas ni kau nak guna yang ni plak.Takda la jakun sangat nanti.HAHA.

Ni nama nya 'Sony Access'.Sony electronics join dengan zoom system untuk launch vending kiosks ni kat Atlanta's mall georgia, Flatirons kat Boulder, Colorado, dan kat The Santa rosa mall kat santa rosa, california.Mereka akan set up banyak lagi kiosk kat bandar bandar lain.

Sony vending kiosk ni menjual multiple format untuk sony recodable media, macam headphones, Walkman MP3 players & CD players, batteries, Sony Pictures DVD & UMD videos, Sony digital cameras, Sony music CDs, Vaio PC accessories & PlayStation games and PSP players.Hebat tak?


Hi-tech machine ni guna touch panel.Lepastu dia track product guna sensor dan internet connectivity.Anda agak-agak bila sony nak set up benda ni kat Malaysia?.Yela beli PSP macam beli kit kat jer, pergh!.
Nak satu letak kat rumah boleh tak? Tapi vending machine yang jual kereta.Honda, Fiat, Alfa, Toyota, BMW ke.HEHEHE.Tak pon yang jual maid.(Ya allah mengucap sikit aisya).Kalau kat malaysia la agak nya tak sempat nak capai 1 pembeli dah 44 kali siren alarm bunyi kerana percubaan merompak.Aiseh.

Kau tengok la sekarang ni belog dia dah jadi macam informative jakun sikit.Nak capai piawaian standard IEEE sikit.HAHA.Yela benda-benda yang aku jakun nanti aku letak kat sini.Nanti boleh jakun sama-sama.Takda la buruk sangat bunyi nya kalau "Aisya&Heelism sorang je yang jakun" HAHAHA.
Well nothing impossible kan.
 
design by suckmylolly.com