Sunday, May 31, 2009

Hint anda di reject oleh si g.a.d.e.s


Hint anda di reject oleh si gades.Khas buat lelaki.Boleh baca sekadar gelak-ketawa atau secara membuka mata.Tiada paksaan hukuman gantung kalau tak baca.HAHA.Malah digalakkan tepuk-tepuk minda agar berada di paras sedar.

  1. Berkerut-kerut muka nak bagi no phone.HAHA tapi yang ni masih terlalu awal nak estimate.
  2. Message pendek-pendek ,jawab benda yang ditanya sahaja.Jarang kau akan mendapat pertanyaan dari si gades.
  3. Kalau kau call lambat je nak angkat, kadang-kadang kawan si gades yang angkat cakap dia pergi tandas, lepas pergi tandas dia nak basuh kain pulak, lepastu dia nak sambung study.HAHA.Padahal si gadis sebelah phone je.
  4. Atau kadang-kadang kau call banyak kali tapi dia tak angkat pon.
  5. Kebanyakan kali dia akan reply message kau sangat lambat, iaitu selang waktu yang lama sikit, sebab apa? sebab dia rasa banyak lagi benda lain yang penting selain kau nak bermanja tak bagi salam kat dia.MUAHAHA.
  6. Si gades akan showing words unimpress kalau dalam conversation, kau tak tahu pun general knowledge yang paling basic.Contoh : adoiyai general knowlegde je tu.
  7. Kau kalau dah pandai pon tak payah taip massage macam ni.free = friy, kita = itew exam = ehzem, terminator = termineter, atau dalam kata lain tak payah eja english dalam cara yang gedik eeeeii annoying gila.Jangan bagi nampak sangat kau bodoh english.Kalau nak tulis sangat pon pergi bukak dictionary dulu.
  8. Kalau kau minta gambar dia, tiba-tiba dia claim dia pakai walkie-talkie tak boleh mms.Padahal 3G beb handphone dia.
  9. Kau ajak dia keluar date tapi banyak betul alasan dia.Nak lawat ayam kat kg. la, nak basuh bumbung asrama la, nak ukur jalan la.Eh-eh over pulak.Nyampah ah aisya ni.
  10. Lepastu dia akan ajak kawan dia ramai-ramai kalau dia SETUJU keluar, jangan mimpi ah kau akan keluar berdua dengan dia.Kalau boleh satu classmate dia nak bawak.
  11. Kalau kau terserempak dengan dia masa dekat supermarket dia akan jalan laju-laju tak cukup tanah macam tengah marathon pon ada bila kau tengok, cakap dia tengah rushing.Atau kalau boleh dia nak menyorok belakang aunty-aunty yang big size atau mungkin dalam troli.HAHA.
  12. Dia tak akan heran pon kalau kau cakap kau nak letak jawatan sebagai CEO syarikat.Malah si gades akan berpendapat bahawa kau sangat berfikiran sempit dan yes nasib baik dia tak pilih kau, kalau kau macam tu maknanya masa depan dia mungkin boleh terjejas sebab fikiran kau yang terlalu depress desperate and yes stupid dam dam.HAHA.
  13. Kalau si gades bertegas untuk sesuatu perkara, kau tolong jangan bagi ayat ni : Yelah siapalah kita ni, yelah awak kan cantik, yelah saya kan hina. EEEIIIIWWW please lah, jangan tunjuk sangatlah kau ketagih simpati, tak macho ah.Kami akan pikir kau sangat annoying, dah habis modal nak berpendirian.
  14. Habis ah kau kalau si gades cuba testing IQ engkau pada tahap yang paling low, tapi kau tak dapat nak jawab atau at least kau takda jawapan yang boleh impress si gades di atas excuses kau.Ayok tak tau.
  15. Kau baru je kenal dia tiba-tiba kau message something yang berbaur cinta, rindu, sepi, sepak apa semua.Relax ah jangan gelojoh, nanti lagi si gades takut nak berkawan dengan kau.Belum sampai masa nak reject dah kena reject.Tak boleh AFUNDI MASUK dah, nehi-nehi sangat susah.
  16. Kalau kau call time salah waktu, memang kau sengaja lah cari -ve point untuk diri kau secara percuma.Tak payah ah call time masuk waktu maghrib ke, tengah azan ke apa ke.Kecuali kalau alasan kau sangat kukuh dan sangat urgent.Contoh : kematian.Eh tolong hormat sikit boleh tak? jangan main belasah je.Kau consider dulu benda yang patut sebelum kau contact dia.
  17. Banyak-banyak lah concern tentang current issue, kalau tak dia termuntah dalam phone nanti kalau kau asik nak bercakap perihal megi cintan, padahal baru je kenal.Eeii nehi-nehi.
  18. Kadang-kadang si gades impress kau sebab berani approach dia walaupun kau sekolah pun tak habis, padahal si gades ada master.Tapi kau better lah buka mata sikit, fikir akan possibility si gades tu akan terima kau tak kalau tak sekufu macam ni.So jangan over pulak terlalu awal, cuba dapatkan perspective dia dalam medium yang berlainan, kalau dia boleh accept, so why not kau cuba.Kalau dia seolah sangat berat, nak buat teman hidup, kau better angkat kaki sebab nanti kau juga menyesal tak dapat beli kan handbag sembonia setiap 3 bulan.Tapi walaupun kau tak habis sekolah tapi kau ada perniagaan yang bagus, possibility di terima itu mungkin ada, sebab tu aku kata kau kena risik-risik dulu.Sebab point yang dia nak adalah kamu ada stable financial dari segi pandangan dia dan akhlak kau.Sebab keperluan seseorang itu kadang-kadang berlainan.Eh ni macam bagi tips pulak.HAHA.
  19. Contoh si gades pakai line celcom, kau pakai line maxis, tapi kau tahu si gades pernah ada no maxis.Bila kau request suruh massage pakai no maxis dia taknak, walaupun kau nak beli kan dia no maxis free, dia tetap taknak.Last-last kau yang pergi beli no celcom.HAHAHA.Tak ada siapa suruh ok.Kadang-kadang kau janganlah over sangat sampai nak pakai 2nd line sebab gades tu, tak tentu pun dia terima kau kan? Si gades boleh sentap cerita pasal ni kat kawan-kawan dia.OVER NYE THAT GUY.Eeeiiww.
  20. Bila kau offer nak belikan dia cincin, or teddy bear besar namapos, dia cakap tak payah.Berkeras gila, sampai kau claim yang ni untuk persahabatan kita.Helo kau ingat si gades tu nak pakai ke cincin yang kau bagi atas dasar sahabat sahaja? Teddy bear besar mahal la tentu dia tak mahu terhutang apa-apa dengan kau.Walaupun kau kata tak payah rasa terhutang apa-apa.Ah tipu la kalau dia tak terasa melainkan memang MATERIALISTIK.Kalau boleh memang dia tak mahu simpan apa-apa pun pemberian dari kau.
  21. Bila kau ceramah panjang gila dalam sms atau foncall, tentang sebaik-baik lelaki adalah untuk menjadi suami kepada seorang perempuan, dan kau claim kau tiada apa-apa melainkan kejujuran apa semua, si gades diam je dengar dan boleh dengar sikit-sikit je 'em-em' sebagai respon dan last skali end up dia nak solat manghrib sebab dah masuk waktu.HAHA.Mesti kau sentap kan tak sedar kau dah buat something yang kau rasa macam blushing diri kau sikit.
  22. Tak payah lah nak bagi ceramah sampai si gades pegi buat loud speaker bagi semua roomate dengar sebab bosan nak dengar sorang-sorang kang letak kang kau kecik hati pulak.Kau faham kau dah di reject secara terangan, apa lagi, tak payah buang masa, bunga bukan sekuntum.Si gades tak heran pon setakat kau claim kau yang paling mulia kat dunia ni tapi semua orang tak nampak, and kau boleh dapat apa sahaja dengan senang contoh kereta vios, pekerjaan mantap, dan pekara lain kecuali cinta.Wow show off kau tu boleh ambik kutip simpan dalam hati je.Si gades tak akan bodoh sangat nak evaluate diri kau.Malah dia akan cakap kat kawan-kawan dia macam ni." Dia neh semua dah ada, lengkap tapi aku tak boleh terima dia, sebab tak rasa bahagia atau tak fun bila dengan dia".Maknanya adalah benda yang tak berapa match dengan si gades tu.
  23. Kau merokok kat kedai makan tak bagi salam kiri kanan, sedar-sedar asap rokok kau pergi hempap kat muka si gadis.Separuh mati si gadis tahan nafas, buat aksi tak selesa, pecah kepala fikir bakteria yang hinggap kat muka, dan fikir mungkin akan perlukan CPR dengan segera. Lepastu kau ada hati nak senyum kambing, ngorat-ngorat.Tak payah ah mimpi, kau memang 19999% di reject.HAHA.Nak merokok pun jaga sikit ah kau punya behavior.Kau kena ingat sikit rukun negara kita iaitu 'kesopanan dan kesusilaan' kau rakyat mana ni? Tak payah budget HOT!
  24. Kalau kau cuba bercakap tapi si gades seperti mengelak jauh dan semakin menjauh.Pergi tempat tak ada orang lepastu kau bau sikit badan kau tu, mulut kau tu, rambut kau tu ada kelimumur bersepah-sepah tak, gel rambut bergumpal ke, kutu berterbangan aksi bebas kat kepala kau ke? Kuku hitam dan panjang sampai boleh nampak bakteria lambai-lambai pada si gades.HAHA. Excuse me sikit.Haa ke baju kau yang pakai 4 hari tak basuh? tiba-tiba tak sangka akan terjumpa gades idaman hari tu.Aiseyman spoil ah nak bertindak secara romeo.Bersih adalah sebahagian daripada iman.Ingat nih.Tak hensem takpa, kau boleh nampak hensem dalam keadaan bersih.
  25. Kau mencarut tahap critical thinking sampai tak boleh tafsir dek manusia secara bebas tak bagi salam.Tiba-tiba kau sawan nak mintak no telefon awek yang berdekatan dengan kau yang dengar semua sumpah seranah kau macam si neknak tu.Tak payah fikir pun, memang si gades fikir kau adalah manusia yang tak akan ada dalam list dia, walaupun sebagai jiran tentangga.HAHAHA.Si gades mungkin fikir akan mati cepat kalau dapat orang macam kau, sebab tak sanggup kena hempap dengan kata-kata kau tu.Kau rasa kau cool kau buat macam tu?



Nampaknya sampai disini sahaja dahulu, tips daripada aku.Kalau ada lebey nanti aku selitkan lagi.Harap anda tak baca sampai meleleh air mata 4 tempayan lepas sedar diri.HAHA mana lah tau tiba-tiba ada orang nak buat entry hint anda di reject oleh lelaki pulak? EKEKEKE.Semua penulisan di atas adalah berdasarkan ideologi, dan pengalaman.Jangan show off yang kau sangat terasa, padahal aku tidak menuju kepada mana-mana individu, sampai kau nak serang aku ke apa.Fikir-fikir dan selamat beramah.Eceh macam pernah dengar je tagline neh.Uwaa esok dah weekdays..sob sob.
.
.
.
yang benar,
Weekend Lover Full Time.

Saturday, May 30, 2009

tag 6?



Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini, iaitu tito tenkiu bery much!


1. Dia peramah dan suka senyum.Yes i like that about U memang murah dengan senyuman.
2. Naughty guy, ehem u! Nehi-nehi notty.
3. Have a good taste about fashion, feewit.
4. Well as debater of course, he can throw anything in a good medium.
5. Sometime you create many excuses, haha but its cute, oh ya sometimes only ok.EKEKE


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih


1. Saya suka makan aiskrim! craving to haagen-daze so bad.Siapa nak belanja memang dia gorgeous.HEHE
2. Perenang berirama negara.HAHA susah betol kalau tak main tipu-tipu cute dengan anda, sebab anda semua memang comel dari saya.Ewaaaah.Nyampah kan? Ye, suka swimming buat irama syok sendiri.
3. Terlalu admire dengan mesin basuh automatik dari handphone 3G.
4. Mudah pecah.Tak faham sudah.
5. Anything berbentuk polka dot will do for my birthday.Eh apasal jadi tak tahu malu pulak neh.
6. Tak pernah sambut birthday dekat university! OMG teringin sangat nak pakai mask, topi cute and benda yang tiup-tiup tu, (Bukan trompet atau recorder kau biar betul)
7. Oh my birthday 14 june 1986.Salin dalam buku dan hati masing-masing.
8. I love heeeeeeeeeeeelss!
9. My foundation dah habis.Jom pergi shooping.Duit? fotostate la? HAHA.
10. Single. Peewit.EKEKEKKE.

RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'recepients' name here, along with their links.
4. let them know about this.


So,ini la blogger yang dapat Award dari saya :

izan
ayu
nisa


Monday, May 25, 2009

Hindustan

Nanti-nanti jangan terkekek dulu.Mentang-mentang la tajuk mengancam terus kau nak cop muka aku "kaki hindustan" eh? Ewaah.Sukati taw mulut takda insurans.Terjah tak bagi salam, nak kena?

eh aisya he, kia hua?

HAHAHA dah kuar dah ayok tak tau ayok.Semalam dengan hari ni boleh pulak la aku layan hindustan sampai berhingus bagai.Sudahlah aku ni orang nya 'mudah pecah a.k.a fragile'.Tengok shah rukh khan jatuh longkang pun nak menangis.Nyampah-nyampah.Tapi memang dah natural beauty I, what to do la kan? Memang tak boleh blah betul bila tengok meja penuh tisu.


HAHAHAPASALAKUNI.

Well tak tahu nak berhibur macam mana dah, busan betul jadi student rajin neh, dikala orang lain cuti di kampung halaman, aku disini ke kelas setiap hari dari jam 9 am -5.30 pm dengan redha. Okey sebut sekali 'redha' tu.Apasal comel sangat neh? Jawab sikit.HAHA.

Okeyla kan layan hindustan?


Apa? sikit pun tak pandang ? Langkah mayat dulu? Sanggup tengok iklan sabun basuh DAIA 44 kali dari tengok hindustan? Memang ah 'Gunala daia lupakan yang lain' memang kena sumpah dah dengan tagline mereka mana nak pandang hindustan.Kepada lelaki memang macam ni jawapan standard IEEE mereka.Sampai boleh claim dapat migrain kalau tv kat umah pasang hindustan, lagi-lagi kalau beli cd tu lagi anda kata 'tak boleh blah betul, jiwang namapos' .Kan? Kan?

Yang perempuan jangan nak tipu ah, takan sebelah mata pun tak pandang.Habistu masa kau kupas bawang kat dapur tu kau nyanyi lagu apa Jah oi.Kalau bukan besar-besar pun mungkin masa kecik-kecik dulu terpandang akak, dengan mak buat kenduri tisu depan tv.Ehe comel betul situasi tu.

Ah takyah malu la kalau tengok hindustan, bukan hina dan keji pun.
Paling bagus pun kau tak keluar buat benda tak bermanfaat demi masa depan dan negara.Er tak payah ulas lanjut kang dia neh buat intro lain ending lain.HAHA.Kenapa hindustan? Menurut pandangan aku tentang hindustan, jom terjah.

  1. Walaupun engkau tak puas hati macam mana hero hindustan semua pandai berlawan, lepastu memang tak nak kalah.

  2. Aik semua hero dan heroin suara sedap? Tak minum air asam jawa pun, boleh nanyi lebih bagus dari pelajar AF? HAHA.Dikira sebagai sangat terror kerana tanpa latihan mereka boleh menyanyi secara spontan tak mengira tempat, waktu dan keadaan.

  3. Walau engkau pelik, bila masa diorang pergi tukar baju time tengah nyanyi, lepastu selamba je sambung lirik.Tak pernah lupa lirik sikit pun.Ewah boleh register rancangan 'Jangan lupa lirik' ah lepas ni.

  4. Mula-mula menyanyi dalam hospital sakit puan, lepastu dekat atas gunung everests, tiba-tiba dah dekat dalam laut china selatan pulak.Aik peliklah bukan? ,sempat dia pergi menyanyi merata tempat, padahal nak naik beca pun tak cukup tambang.HAHA.

  5. Lama betul nak habiskan cerita, tidur bangun balik pun tak habis lagi, sampai termimpi-mimpi berada ditempat kejadian sekali.HAHA.

Okey walaupun banyak walaupun , hindustan adalah antara cerita yang mampu mengangkat emosi sampai kau rasa macam flying withouth wings.

Kalah cerita hollywood. Sumpah tak tipu.Kalau tak macam mana kaum wanita boleh meleleh air mata, tapi bila orang tanya tak ngaku?.HAHA.Kadang-kadang hindustan boleh mencipta satu suasana suspen dan dekat dihati
, lagi-lagi bila kita menonton dengan mak kita, tiba-tiba ayah datang hulur kotak tisu.Lepas tu main tuduh-tuduh tak ngaku siapa perlukan tisu.Ayah gelak sorang-sorang lepas tu kita buat muka buruk cakap ayah ni potong stim, cut feeling.


Sambil tengok, leh salin tips-tips mana yang penting, macam part romantik yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan kita.Eceh.Habis cerita boleh diskusi dengan emak.HAHAHA.Ehem bukan apa, pergi ambil iktibar yang patut.Sangat menyentuh hati pembawakan emosinya.Biarkan sahaja kalau wanita nak tengok hindustan, takyah sakat banyak, anda juga yang untung.Tiba-tiba pasangan anda jadi romantik tak tentu pasal, before ni punya lah macam tunggul kayu.Ia juga mengajar penonton untuk menghargai 'sesuatu'.

Susah nak tengok orang gagah perkasa macam amir khan tu nangis in realiti, so mari kita singkap sikap common lelaki sebenarnya bila hidup mereka penuh bunga cinta dengan wanita.Tapi hindustan nowadays sangat sexy, disamping tadah air mata boleh juga tadah air liur.

Sudahlah handsome, body pewwit, pandai nanyi, pandai lawan, pandai elak, romantik pulak tu.Termelting-melting makcik yang menonton.Nak harap pasangan macam tu, dalam mimpi pun suam-suam kuku nak datang.Jadi biarlah kaum wanita melayan perasaan mereka sebentar, bagi ruang untuk mereka ekploitasi anugerah yang tuhan beri ini.Adakalanya ia dapat mentenangkan perasaan, yang anda sendiri tak faham kenapa.Ah memang pun wanita complicated.Kaum adam tak perlu nak terlalu faham sangat-sangat kenapa, jalankan tanggungjawab anda untuk mencintai kaum hawa sudah mencukupi.


Aku bukanlah terlalu obses dengan hindustan tapi kalau setahun tak tengok rasa rindu pulak.MUAHAHA.



Kuch-kuch hota hai..


.


.

Ha..sudah.

Saturday, May 23, 2009

Pindah ke gold coast Ausie

Semalam iaitu bersamaan hari jumaat aku dan roomate aku telah berpindah ke gold coast, untuk persediaan sem baru di university of griffith.Hooreyy.Ewaaah sukati je buat statement tak ada copyright taw.Gila punya jauh tu padahal tinggal 1 sem je lagi.Okey tak baik tipu pembaca nanti berdosa.Ampun-ampun.Yang ke Ausie tu kita tengok 2 tahun lagi okey.Ecececece.HAHAHA.Aik kenapa gelak? Serius ah serius.


Dari KK3 C4308 kena pindah ke KK1 C14105.

Fyi kami kena pindah ke blok budak lelaki.Aiyoh lemah betul dengar, sebab dah boleh terbayang dah suasana kerahan kerja membersih yang perlu dibuat.* Menangis dulu 3 tempayan (T_________________T).

Sebelum mengangkut barang call dulu emak, pergi mengadu.(Ceh baru kena pindah dah mengadu memang kuat sentap betul ah dia neh) Habistu takan nak pergi mengadu kat 999.Lepas mengadu, komplen, sentap apa semua, emak cakap sabar, masa transfer barang tu berzikir banyak-banyak, ingat Allah.Ya rabbi, gulp terdiam aku kena smash dengan emak macam ni.HAHAHA.Yelah masa tu kemas-kemas barang pun dah penat, kelas pack 9 pagi - 5 ptg, balik dah penat.Makan kat cafe tak sedap, koop pukul 2 pun tak bukak lagi.Wowo banyak betul songeh? Sebagai manusia biasa aku berhak nak rasa macam ni.Kalau rasa terjejas boleh keluar dari sini.Now.HAHA.Ayok tak tau.


Siap sewa kereta okey sebab tak larat nak menapak, naik lrt, naik bas apa semua nak pergi C14.Eh-eh terover pulak.Kalau kau tengok barang aku, mesti kau tanya, ni memang tak nak balik sampai bila-bila ke? atau Kau akan tanya, ni je ke barang? apasal tak bawak sekali meja makan, mesin basuh, vacum, tv apa semua? HAHAHAHA.Nak kena eh? Meh sini.

Sebelum angkat barang, hari khamis malam tu dah pergi tengok bilik, bising-bising. Aik? HAHA, yelah kotornya bilik budak lelaki ni.Tak tahu nak describe dengan kata-kata.Ayohmat get set go! Ting ting ting.Aku, farin dengan ain bertukar jadi bibik yang elegan lagi sofitiskated.Mengemaslah kami macam boleh diiktiraf jadi bibik profesional ke apa.Sapu dekat 10 kali, padahal bilik sekangkang kera je pun.Ades nasib baik tak tahu siapa tuan punya bilik.Kalau tahu nak masuk dalam list REJECT SHOP.HAHAHA.

Kerja mengangkat bermula dari jam 9.30 malam lagi.Bawa turun kat cafe sampai jam 11.15 malam.Tu pun ada lagi barang tak bawa turun lagi.Tiba-tiba jam 10.30 hujan.Uwaaa habis basah barang yang ada kat cafe masa tu.*Menangis lagi 3 tempayan.Sadisnya terkedek-kedek turun pergi alihkan barang.Lambat dah basah dah pon.Mencabar minda, emosi dan fizikal betul.Jam 11.15 ambil kereta letak barang untuk transfer ke c14, 3 trip sampai jam 1 pagi.Dah jam 12 tiba-tiba kak guard pergi kunci jalan shortcut.*Menagis lagi 3 tempayan sebab kena lalu jalan jauh.

Walaupun hujan,

aku redah je angkat barang. Dah tak kisah basah, comot, foundation cair, muka mengerikan, bulu mata palsu tercabut, heels apa semua.(Eh jap HEELS? HAHA memang cari nahas diri sendiri je ah). Kalau ada orang nak ngorat masa ni pun, tak layan.Serius.*Tapi sempat cakap esok jam 12 mengorat balik.HAHAHA.Masa ni rasa rugi je tak pergi cari pakwe dulu-dulu.Kalau tak boleh dia tolong sekali.Sweetkan?EKEKKE. Ceh tapi tak apa, tengok dah siap kemas dah, sikit habuk pun takda, shining je, decorate pun dah settle, dah lah angkat barang separuh mati dari tingkat 3, naik turun dekat 15 kali.Lepastu drive lagi sendiri, bawa naik balik barang ke tingkat 1.Comel betul lah, apasal comel sangat neh, tabah dan steady je tak mengharapkan bantuan gentleman pun.PEEEWITTT.*wink *wink


Lepas angkut barang histeria kelaparan, penatnya nauzubillah nasib tak perlukan CPR ke apa, sebab last makan jam 12.30 tengahari.Pastu pergilah drive ke gambang point pergi beli makanan jam 1.30 pagi.(Comel betul drive lagi sendiri walau penat gileeeeeeeeeeer).Eh tapi sebelum makan tadi nampak macam dah kurus je,HAHA sesiapa berani nak tambah statement kurus? Aku mana penah kurus, berani kau, nak kena?HUHU HAHA HEHE .

Balik terus pengsan tak sedar diri. Okey dah settle semua, hari-hari seterusnya kita boleh skodeng bakal suami yang pergi balik masjid hari-hari. Erk? Tempat sangat strategik nak skodeng.Nak join? HAHA.Esok kita pergi ECM beli teropong okey? Oh walau penat gilers, aku happy sebab ada mesin basuh kat aras blok aku.Unbelievable.Ini seperti suatu penghormatan buat pecinta teknologi mesin basuh automatik. Network pon takda la sesengal C4 dulu.
*Menangis 3 tempayan lagi sebab terharu.
.
.
.
.
Oh en.aziman telah menyerahkan kad walimatulurus kak fatin liyana dan pasangannya kepada aku untuk serah kepada kawan-kawan yang lain.Jemputlah datang 30 hb ni kata en.aziman.Terharu I sebab ...er masa dah habis.
.
Okey cite dah habis nak pergi memanfaatkan air mata 12 tempayan, untuk pinang sultan melaka. Cerita 'fighting' aku postpone dulu.Maaf atas kepenatan yang melampau dan jadual yang pack sesak nafas.



Wednesday, May 20, 2009

Siap tak siap

Waa tak sangkanya banyak betul respon daripada entry lepas.I juga mendapat soalan bertubi-tubi dari ym,skype dan secara realiti (Ceh.Bajet artis cetak rompak betul la dia ni)HAHAHA.Kan dah kata tak menuju kepada mana-mana individu.Sumpah tak tipu.Tapi terima kasihlah kerana membaca *lap air mata*.Takpe-takpe sama-sama lah kita sedar diri.Ada sesiapa rugi? Kalau ada boleh angkat tangan, mengaku cepat.Untuk membuat pembayaran hutang kepada Aisya&Heelism sila ke kaunter 99 untuk mengambil no giliran anda.(Ewaah ingat kau anak donald trump ke jah oi).HAHAHA.Ok tutup kes.

Semalam pergi kelas dengan muka tak siap, sumpah tak siap.Sebab mata pun dapat bukak 30% luas sahaja daripada biasa, tapi masih steady menuju ke kelas.Nampak sangat dia neh rajin, memang steady ah aisya neh.(Apa ni baru perenggan pertama dah busan dah.Kuar kang baru tau kata anda dalam hati)HAHA.Dalam kelas aku sorang je buat bising tak bagi salam, bersin dan berhingus tanpa skala.Eeeeii apa ni, geli ah.Tapi macam tak perfect je kalau tak tulis sekali pasal hingus sebab nanti tak suspen.Mata pun berair, banyak kali lap supaya tak tumpah atas keyboard (T__T).Masalahnya bukan air mata menangis rela, tapi yang ni versi tak ajak pun nak keluar juga.Kepala pulak rasa macam nak pecah kena hempap langit ke apa.


Honestly aku pergi kelas semalam macam tak berapa concentrate apa cikgu ajar.Aik sir dapat title cikgu plak.Aku tak boleh absent dah, hari tu dah cuti sampai 5 hari, kang tak dapat seat exam, takan nak seat kat muka diorang pulak.(Hoo melampau ni nanti I feymes tak tentu pasal pulak, dahlah I ni humble)Ececece.Lepas habis kelas semalam memang malas dah nak ingat rupa bilik macam mana, berapa km, latitude berapa, ukuran apa semua, yang tahu makan ubat dan terus booooomm..pengsan tak sedar diri tak bagi salam.Memang tak larat sangat.Pukul 8 baru sedar,aik dah malam? Lepastu bangun masak untuk ayu, kemas dan buat laundary dan basuh tangga hostel dan mop bumbung bangunan.Eh ter-over pulak.(Boleh jadi calon menantu pilihan *kesat air mata) Lepastu ada hati nak buat entry baru tapi tak siap sebab takut selsema teruk lagi kalau tidur lewat.

Tapi tapi sempat berborak dengan seseorang di ym yang tak habis-habis ingatkan aku suruh add kat facebook.Ye, yelah andalah selamat datang ke Aisya&Heelism.Cuti-cuti malaysia ni bolehlah start jadi blogger.Nanti boleh serang tanam lalang, ke halia apa semua.MUAHAHA.

Teringat pulak masa chatting dengan aizar, kawan lama masa form 2.Selain menyerang cerita misteri dia dengan tuuuuutt(sensored)tak bagi salam (Kau jangan ingat aku lepas pandang semua entry kau) dan tak agak-agak terus serang sampai tercungap nak jawab.MUAHAHAH.Tapi kita comela aizar kan *Terharu sebab sampai hati cakap macam ni* sebab kita fobia dengan makhluk yang sama (mahkluk apa, perlu dirahsiakan demi kesejahteraan hidup penulis) dan emak kita selalu cakap benda yang sama, (sejibik sangat) sampai kita rasa mak kita ym jugak macam kita ym sama-sama.Padahal mak kita tak pernah ada id ym.Oh dia masih single and available.(Aizar nanti kau bank-in untuk upah)HAHA.


Semalam merupakan hari 'fighting'

Nak tahu kenapa? Nak tak? Nak tak? Okey kira sampai 3 tak angkat tangan taknak tulis.1 2 3! haa memang tak ada rupanya.(Bajet feymes ah aisya ni semua nak baca blog dia, nyampah).Untuk kisah tu nanti aku tulis entry lain.Ni cerita aku dengan mat salleh, bukan anak salleh tapi dengan orang putih la.Tak percaya takpe, siapa baca nanti kenalah.(Eh eh emo lak dia neh).Ya ini hal serius nanti kau akan tau macam mana orang luar cuba berlagak pandai tahu semua tentang kita di Malaysia dan tak teragak-agak menjajah minda kita dengan ilmu sainstifik untuk menentang apa yang telah ditetapkan oleh agama.Bodoh betul manusia tu.Jangan harap ah aku akan diam.Kau ingat english aku busuk, aku nak mengalah? Aku tak fight back? no no no such way.Aku bukan macam tu.Aku akan buat sampai kau yang rasa kau patut back off dalam hidup aku dan bawak sepanduk ; saya menyesal kerana fikir awak narrow minded dan tak berjaya impress awak, ye saya yang busuk sebenarnya.HAHAHAHAHAHA.

Ayok ayok aisya dah marah.Siapa nak jawab?
takda siapa.Padan muka.



AND


Kepada yang kena tolak a.k.a reject

Aku faham memang susah nak terima hakikat, lagi-lagi yang pedih.Tapi setelah anda membuat keputusan untuk menerimanya dengan redha, kenalah redha.Yakni percaya ada hikmah disebalik perkara itu.Aku rasa kau dah jelas dan boleh berfikir secara rasional tapi kenapa masih terdetik nak buat perkara tak wajar yang engkau tahu walau macam mana pun jawapannya tetap negatif.(Aku nak berusaha lagi la aisya oi).Anda direject.TITIK.Faham?.Kalau kau redha kenapa kau end up macam kononya kau paling mulia dimuka bumi ni.Excuse me sikit.Tak heran pun dengan harta yang kau show off.HAHA.Maaf kalau aku terlanjur bicara sampai kau terasa.Kita sesama umat menyedarkan apa yang kadang-kadang dibatasi oleh perasaan.Semoga allah memberi petunjuk kepada kita semua.Eh fyi ia berkaitan dengan si admirer roomate aku sebanyak 70% dan aku 30%.So hoho jangan buat cite jeng jeng jeng dengan I.Tak suka taww..
.
.
.
.
.
Oh ya anda pencinta crocs? Boleh dapati dari sahabat saya di sini dengan free postage.Its a duty free crocs! sweet sangat! crocs comel! crocs comel! lelong-lelong.(Ceh sempat uji bakat diri sendiri). Waa makin maju husna.Tahniah-tahniah.

Monday, May 18, 2009

Hutang

Kebanyakan orang secara rawaknya pernah mengalami kesempitan wang bukan? Dan kita akan mencari orang terdekat untuk membantu kita meringankan beban dalam erti kata lain berhutang. Kalau tidak pernah itu saya kira sebagai satu bonus tuah buat anda kerana anda memang berada didalam golongan yang berada.Tahniah-tahniah.Bila kita sentuh bab wang kebanyakan individu akan meletakan isu ini sebagai isu yang sensitif.Macam isu jerawat landing kat muka kau tak bagi salam. Betul? Okey kita akan bercakap tentang orang yang berada didalam golongan yang sederhana dan kebawah dimana perbelanjaan wang digunakan tanpa sewenag-wenangnya.

contoh :
bukan seperti engkau pergi jalan-jalan dengan awek kau tiba-tiba dia ternampak sepasang heels LV berharga RM20 000 di pavilion dan meronta-ronta manja menginginkan nya dengan duit anda.Lantas anda terus masuk ke butik tersebut dan membayarnya dengan selamba yaya tanpa setitik peluh pun menitik kerana atas dasar sayang tersebut.Er sayang ke?

Bukan-bukan, tapi ia lebih menjurus kepada terus mencari alternatif mengelak dan berfikir pantas daripada peluru pepandu akan kebaikan meninggalkan perempuan berciri gila duit tak sedar diri, rupa tak seberapa siap untuk berpasangan dengan anda yang telah banyak hutang kerana dia.HAHAHA bukankah begitu jika sudah geram? Tak payah tipu, itu sikap tipikal yang harus anda rasa.

Kalau tak rasa dan terfikir? Ayok,memang sah gambar anda berada di bawah katil seorang bomoh.Pergi cek cepat, aik semua cukup? oh barangkali gambar di fb,fs telah dicetak untuk kegunaan menjampi seranah.(HAHA habisla semua akan men-delete gambar sebenar masing-masing) Sekarang anda sudah dapat sedikit gambaran bukan? Membantu orang yang berada dalam keadaan terdesak dan kesusahan sangat disayangi oleh Allah.Tahniah kerana anda telah memberi satu pertolongan yang mulia serta ikhlas.Ikhlas tak? ha cube cek pakai statescope sikit kat hati anda tu.

Disamping memberi, tahukah anda pemiutang juga sangat berharap pembayaran balik dapat dilakukan dengan kadar segera? Lagi cepat lagi bagus. (Lagi-lagi student macam saya nih, manolah eden ado income) Mungkin kedengaran seperti tidak ikhlas tapi engkau tahu ke disebalik senyuman yang menghulurkan pertolongan itu ada isu pecah kepala fikirkan perbelanjaan yang harus disekat demi belas kasihan sesama umat? Engkau tahu? Engkau kisah? Yang kau harap semoga dia bagi pinjam sejumlah wang yang kau mahukan sebab dia nampak macam senang, ada mak bapak supporter dan isu wang macam angin bayu je bagi dia.(Ceh sempat pulak bermain dengan angin).Dalam erti kata lain, mungkin dia tak kisah.Dan kau rasa waktu itu isu bayar balik belakang cerita.

Dalam ajaran Islam, hutang-piutang adalah muamalah yang dibolehkan, tapi diharuskan untuk extra hati-hati dalam menerapkannya.Kerana hutang boleh menghantarkan seseorang ke syurga, dan sebaliknya juga menjerumuskan seseorang ke neraka.Tidak kiralah hubungan sedekat suami isteri atau saudara mara, atau pakwe makwe.Kita mana tahu hati dia sama ada tegar atau tidak menghalalkan walau 10 sen. (Malu sikit ah kalau kau asik mintak awek kau support kau, apasal la si wanita ni tegar sangat? angkat kaki je dengan orang tak tahu malu macam ni.)

.
.
.



Kalau engkau adalah golongan itu, tolong lah ubah jajahan minda berciri pentingkan diri tu.Disebalik kau harus bersyukur, kau juga perlu bersedia mensiapkan muka setebal yang mungkin (Tebal comforter dikira nipis dalam isu ini, HAHA mungkin setebal tayar kapal terbang lebih bagus) kerana:

1. Perlu mendidik diri berhadapan dengan pemiutang dari semasa ke semasa sehingga pembayaran hutang langsai.Dalam erti kata lain, kau tak perlu pergi belajar sampai masuk universiti semata-mata nak tuntut ilmu mengelak.Tak payah.

2. Walaupun kau malu sampai naik merah muka dah macam trafic light (Yang sebenarnya takut, sebab tak ada duit nak bayar) kau harus mendidik diri untuk maintain-kan kau punya hubungan dengan si pemiutang.Ni tiba-tiba seabad sekali pun kau tak pernah nak tanya khabar dia. Tahu-tahu dia dah kembali kepada maha pencipta.Ayok, tak tau.Ooo kau mentang-mentang dah dapat, sepah dibuang eh? Malu sikit ah dengan diri sendiri.Kau jangan sampai si pemiutang anggap kau insan tak mengenang budi.Apasal kau takut sangat? Dia bukan along nak pergi kikis biji mata kau sebab tak bayar hutang, dia kan saudara kau juga.

3. Pemiutang akan sentiasa mengingati anda.Walau anda membuat pembedahan plastik sekali pun dia tak akan pernah lupakan anda lagi-lagi kepada penghutang yang berhutang nilai besar.Nilai besar itu bergantung kepada si pemiutang untuk meletakkan jarak nilai yang dirasakan besar.Faham? Kalau engkau bersifat empathy, engkau mungkin akan faham apa yang saya maksudkan disini.

4. Mendidik dan mendisiplinkan diri untuk meletakkan tarikh bayar.Bukan nak suruh anda pecah kepala buat detail akaun, gantt chart, atau ambil ijazah perakaunan sebab nak bagi tarikh definately bayar balik, sebaliknya anda hanya perlu taksirkan atau anggarkan sahaja bila tarikh yang anda rasa, boleh bayar balik hutang tersebut.Apabila anda mempunyai target maka kesusahan mencipta ketebalan pada muka dapat dikurangkan, selaras usaha murni anda untuk tidak menangguh menyelesaikan isu sensitif ini.Tapi dengan syarat sekurang-kurangnya melafazkan tarikh bayar balik dihadapan beliau sendiri.(Sah-sah! ceh macam akad nikah pulak) Supaya ia terlekat dalam minda masing-masing sebab nanti engkau nak main-main pun engkau akan fikir malu dan janji kau kepada dia.

5.Menunda-nunda hutang padahal mampu adalah kezaliman. (HR. Thabrani, Abu Dawud).

6.Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari.(HR. Baihaqi). Ayok.Salin-salin.



Oh ya
kita tak boleh terlalu berlapang dada atau mensempitkan fikiran tentang si pemiutang kerana masing-masing ada adabnya :

7. Beliau faham anda didalam kesusahan dan telah mempertimbangkan keputusan sebaik mungkin untuk memberi pinjaman kepada anda.Termasuk risiko yang bakal dihadapinya.Disini beliau yakin kerana Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam membayar hutang (tidak menunda-nunda). (HR. Bukhari, Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi).

8. Tidak terlalu kejam untuk tidak memberi ruang kepada anda untuk membayar balik.Adab yang lain nya sebaiknya memberi tempoh pembayaran kepada yang meminjam agar ada kemudahan untuk membayar. (HR. Muslim, Ahmad).

9. Tapi mengharapkan berita baik daripada anda.(Boleh rujuk point no.2).Dalam kata lain jangan sampai tak nampak bayang.

10. Mungkin beliau sentiasa mendoakan anda supaya murah rezeki, dijauhi malapetaka dan dipermudahkan urusan.Disamping mengharapkan anda dapat menunaikan janji anda kepadanya.

11. Tak berapa pandai nak buat muka tebal meminta anda membayar hutang.(Sedangkan sepatutnya anda yang bermuka tebal)Kau ingat si pemiutang suka terhegeh-hegeh mintak hutang kat kau? Excuse me sikit, kau jangan tak tahu sebahagian daripada mereka menghabiskan masa berfikir macam mana nak mintak hutang dekat kau dengan cara paling sopan tanpa menjejaskan air muka kau.Nampak? nampak? orang mulia akan sentiasa fikir cara paling mulia untuk mendekati orang yang mungkin terlupa akan pertolongannya suatu ketika dulu.Jadi kau tak berasa malukah dengan orang seperti ini yang masih mengangkat darjat engkau walau dia dalam kesusahan? - kerana Si pemiutang hendaknya menagih dengan sikap yang lembut penuh maaf. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi).



contoh lain situasi :
Selepas kau main nyorok-nyorok dengan pemiutang, dan sudah lama tak bagi salam, tiba-tiba kau terjah minta nak pinjam sedikit wang lagi.Ewaah kau memang jenis manusia kulit nipis ah, padahal selang beberapa bulan tu kau dah syok tukar handphone baru, beli perfume anna sui dan apa semua lepastu kau tadah muka lagi mintak wang.Sebab sawan lupa nak bayar hutang kolej.Lepas si pemiutang cakap takda duit dah, kau pergi beralih mintak kat ayah dia pulak.Mentang-mentang ayah dia baik, kau boleh buat manja-manja tumpang sekaki minta topup selain hutang.Aik topup pun kau mintak kat ayah orang lain? Disini kau dah konfius, mana ayah kau mana ayah orang.HAHA kesian.Lepas dapat sekali, buat lagi, almaklumlah orang yang kau sasar tu memang ada income.Yang paling tak boleh blah lepas kau buat perangai macam ni separuh mati kau suruh orang itu jangan bagitahu mak bapak kau.Kau rasa enjoy? Tapi engkau tahu tak atas perbuatan kau ni MUNGKIN boleh menimbulkan rasa 'wondering' pada hati wanita lain? Yakni keluarga atau isteri beliau? Ayok....fikir-fikirlah apa bentuk bencana yang bakal kau salurkan kepada mereka? .Dosa macam mana pulak? Janganlah kau berfikiran sempit selain mementingkan diri sendiri, kau tak pikir pihak lain? kau jaga sikit la kelakuan kau tu.Memang buruk dari batu lesung.Eh aisya marah? bukanlah kan aku kata ini contoh.contoh.

.

.
.

Kesemua perenggan ditulis dengan niat bukan untuk menuju kepada individu tertentu.(Kalau makan cili terasa pedas ye tak, kalau tak pedas-pedas? HAHA tak tau la nak cakap apa meh makan cili melalui mata, azab ke tak? hoho Ya Allah aku gurau je).Ia ditulis berdasarkan pengalaman dan ideologi sendiri serta sedikit fakta yang jelas berdasarkan hukum agama.Bukan bermaksud semua yang dikatakan adalah benar belaka dan tidak pernah salah.Yang benar dan fakta itu kita pelajari okey.

Kerana saya juga manusia yang tidak sempurna, yang masih mengharapkan bimbingan dan teguran.Jika saya dibetulkan maka saya sangat berbesar hati,tetapi jika komplen yang menjatuhkan sorry sikit.Lagi-lagi apabila saya menulis perkara yang tidak menjejaskan orang lain.Memang nak kena ah.Siapa suruh sawan tak bagi salam.Apa yang kurang kita tambah.Mari kita membuat pendekatan yang baik dan berkongsi apa yang dirasakan ada hikmahnya.Wallahualam.










Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa (yang berutang) di dalam hatinya tidak ada niat untuk membayar utangnya, maka pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yang memberi piutang. Jika masih belum terpenuhi, maka dosa-dosa yang memberi utang akan dialihkan kepada orang yang berutang.” (HR. Baihaqi, Thabrani, Hakim).

_____________________________________________________________

Rasulullah pernah menolak menshalatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan utang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali utangnya.” (HR. Muslim).

Sunday, May 17, 2009

Random weekend lover

Ok great! i forgot my FB password, and hundreds of friends are queuing to be approved.*Sigh. Myspace account? dah berkulat dah rasanya.HAHA.Wait im going to join you all asap.Oh while writing this im here alone lone ranger kesepian.(Ceh bunyi macam desperate lak, no! no!).Everybody go out for a date, date and date.Ok fine im still gooooood.

Can't believe tomorrow is monday, where i have to attend class from 9.00 am- 5.30 pm.Lambatnya nak weekend love lagi.Helpzzzzzzzz.Oh oh tak baik complaint banyak-banyak nanti ilmu tak berkat ya Allah, but seriously man i need rest, some sort of vacation at gold cost maybe? (Ceh demand betol ah kau ni, sabah sarawak pon tak sampai lagi.)

Movie marathon didn't catch my eyes anymore, same goes to the IM.Whats wrong with me? Am i having tooo remaja removing agents?.no wayyyyy kutip balik, kutip agent tu!!

Oh ye congrats to khairul hakimi and ain&fazil (my diploma classmate) for your enggagemnet.Memang shock ah dengar news ni.Tenganga mulut macam kena masuk peluru pepandu ke apa ntah.Maybe dah sampai seru eh?.InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar.Amin.All the best guys.

Okey la im going to have a date with ... jugak heeee eley ingat korang aje boleh date? Err tapi macam mana nak date neh, dah lupe la pulak.HAHAHA.Macam neh : 17 mei 2009 tadaa siap dah my date.EKEKEKE.Ah rindu nya nak hangout dengan izan, wani & ain! KL don't go anywhere im going to chocking you extremely MUAHAHAHA.






Yang kurang betul, iaitu banyak salah,
Aisya&Heelism
"the girlfriend of spiderman"

Dearest izan

Happy 23rd birthday!
to my bestgal Siti Nurhanizan binti Aani

Hope all the year through mean the most to you
thanks for being so nice to me
im even not able to describe it by words
hanya Allah dapat membalasnya InsyaAllah

hope all the joys and tears we share along the time bring more robustness to our friendship
I love you so much
Izan tunggu sya balik nanti kita tiup lilin sama-sama.Can't wait to see you!

Friday, May 15, 2009

Course

Kursus Asas Keusahawanan Siswa
7 - 13 mei 2009
Sweet Beach Resort
Tok bali, Pasir puteh, Kelantan


3p Industry Based Program
ASP.NET
4 mei - 12 jun 2009
FSK 4B, UMP
Gambang, Kuantan, Pahang



Will update A.S.A.P!

Rindu anda secara banyak

*tired*

Kursus asas keusahawanan siswa

Jadual yang pack



Saya telah menjalani hari-hari yang produktif selama seminggu kecuali pada 14 mei 2009.Telah memonteng kelas ASP.NET dengan alasan sangat penat.Program 3P pun dah call suruh datang kelas jugak petang tu, tapi tahukah anda saya akan ke kelas untuk tidur dan membuat muka buruk sepanjang berada di kelas? Jadi sebelum semua histeria nak suruh saya blah dari kelas, baik saya tak payah pergi langsung.Harap encik yang rindukan saya itu boleh bersabar.(Ceh pandai-pandai je)

Saya telah mengambil keputusan untuk menyertai kursus asas keusahawanan siswa anjuran JHEPA UMP di TOK BALI, pasir putih, KELANTAN last minit. Untuk menganalisa diri sama ada berpotensi untuk menjadi usahawan atau berpotensi untuk menjadi belanjawan.HAHAHAHA.Ceh apa kau ingat aku tak berat hati ke nak tinggalkan kelas 5 hari? Berat-berat hati, berat lagi barang aku bawak balik dari pergi kursus.EKEKEKE.Biasalah tu tak dapat di bendung, saya bukan pemboros tapi membantu usahawan melariskan perniagaan mereka.Cewahh.HAHA.Ayat memang tak boleh blah.

Overall saya sangat berpuasa hati dengan aktiviti yang dijalankan, kecuali ada beberapa perkara berkaitan penginapan yang agak kurang selesa dan perlu di perbaiki lagi dari semasa ke semasa, supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada sesi kali ke 9.InsyaAllah.
Puan Faridah antara panel pertama yang memberi talk pada malam 7 mei 2009

Muka siap separuh selepas perjalanan lebih kurang 7 jam.Lama dan penat tapi masih excited.Hijau dan unggu bendera negara mana eh? Oh ya sebelum sampai ke tok bali, kami ada berhenti makan di setiu kot.Ayu tanya makcik kat gerai neh

"makan layan diri eh"
"Lauk kari ada tu"


Aik kari? Tetiba terjah kari pulak.HIKHIKHIK.Masa tu makcik tu ambil masa juga la nak menjawab, tak pasti dia tak faham atau tak dengar.Muka dia sangat blur.


Sahabat baru dari kiri Hidayah, Umi, Zaharah(classmate), Su, Ayu (mem buruk), dan Ana.Oh hanya 7 orang puteri sahaja yang menyertai kursus ini selainnya adalah para putera.Hish macam tak masuk je, selainnya adalah peserta lelaki.KEKEKEKE baru nampak kami special.Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 41 orang.


Sempat skodeng pada hari pertama.Gambar curi.By ayu.Eceh padahal nak skodeng kekasih hati.Yela, masa ni muka masih ketat, tak kenal lagi.Nak senyum pun separuh separuh, takut-takut berani, tapi kalau masih boleh buat muka comel adalah dikira sebagai satu perkara yang boleh dibanggakan.ceh.Masa ni muka dah longgar sebab dah pecahkan ais dengan mereka.Ni gambar pagi jumaat jam 8.30 pagi selepas breakfast.Tu-tu yang pakai baju coklat tu, pewwit sikit.Hai awak.HAHAHA.

MC majlis secara terkejut.Tiba-tiba aku dinobatkan sebagai MC anugerah bintang popular pada malam tu.(Percayalah kalau nak).Tiba-tiba je ketua darjah suruh aku jadi MC sebab pagi tadi dah turn lelaki, kawan-kawan yang lain semua AFUNDI aku.Ceh.Padahal nak escape.Aku keluar je la dengan redha, bantai je cakap dengan tak ada skrip apa semua.Bila ingat-ingat balik macam aznil hj.nawawi pun ada.Okey nampak sangat nak riak.Keluar skang!


Kejadian di perkarangan Istana Jahar, Kota Bharu.Masa ni kami ada assignment berkumpulan iaitu menganalisa perniagaan disitu.Em nak cerita ke tak eh? Budak yang terbaring tu main basikal kat area-area ni, tiba-tiba dia terjatuh, lepas tu si danny (pakai baju putih belang) zasssss pergi selamatkan budak tersebut.Waaa macam berciri superhero la lebih kurang.Tapi yang peliknya orang-orang sekitar situ tak heran pon dengan keadaan budak neh.Aku dah pelik, eh kenapa penduduk kat situ buat tak endah je, kenapa mereka ni kurang sivik, kenapa sikap mereka macam ni, eeii kesian nya kenapa tak ada orang tolong?

Dalam tak sempat nak jawab soalan sendiri diatas, tiba-tiba ada seorang makcik yang berniaga berhampiran situ pergi tegur budak tu.Dia tanya " napa mung ni?" Tapi budak tu tak jawab.Pastu makcik tu cakap lagi "tak payah layan dia ni dik, dia memang macam ni, dia ni perempuan bukan lelaki"
Lepas tu danny cakap kat budak tu nak pergi solat kat masjid berhampiran dan tinggalkan dia disitu terbaring mengelupur.Aku kesian sangat tengok budak neh.Sejurus selepas guys dan danny pergi, budak tu dengan selamba yaya nya bangun dan kayuh basikal dengan muka tak berperasaan.

Ceh apa motif budak tu? Oh oh what? Danny mendukung seorang perempuan? Omg Omg.Bestnya dia.Ciss tak guna saja je nak ambik kesempatan ke atas makhluk hensem tersebut (Okey kantoi).Tapi serius muka budak tu tak macam perempuan langsung.Percubaan untuk 'kejadian' kami tak menjadi.HAHA.




Inilah pasar SITI KHADIJAH yang sangat popular di KB.Bahagian jual barang-barang basah, tingkat satu jual barang kering macam serunding, keropok, pastu atas lagi jual baju macam kain pasang, tudung, telekung, batik dan sebagainya.Fuhh memang tadah air liur la tengok kat situ.



Hari ke dua, bergambar dengan kak zainun urusetia KAKS (pinky one) Birthday dia masa neh.
Main game buat-buat kapal.Lepastu jual kat urusetia.Ehem untuk kapal layar saya telah mengaut keuntungan sebanyak RM 8000.Ada gaya pengusaha kapal agaknya aku neh dan telah di interview sebagai usahawan yang berjaya mengekalkan kualiti dan kuantiti kapal layar.Phewwit sikit.

Petang pergi jalan-jalan kat pantai tok bali.Sangat sweeeeeeet.Fyi Tok Bali terkenal dengan tempat mendaratkan ikan.Masa jalan-jalan kat pantai pun ada orang menjaring ikan.Anak siapa neh? Main lompat-lompat tak bagi salam.Yang kiri tu matair si Ayu, yang kanan tu matair siapa entah, tapi nama dia rizal.Pemalu gila mamat neh.Boleh bilang dengan jari je berapa patah perkataan dia cakap.

Ni yang comel ni matair siapa pulak? HAHA matair diri sendiri.Lagi-lagi yang kanan tu.Pewwit.Ceh sempat merendekMerendek juga, pewwit sorang pun sorang la.Ah ada kau kesah?
Okey aku sapu dua-dua sekali.
Apasal comel sangat nih.Walau jauh diperantauan tak pernah lupa untuk berindu-rinduaan dengan belog.Rasa macam nak sms dengan belog pun ada masa neh, nak tanya khabar tapi coverage sangat teruk dan buruk.Hadiah buat belog.Nah amik,cpcp! i love u.
Group presentation.Terdiri daripada sam,Ebi AF eh silap azmi, hafiz, faizal, aku, azmeer.Serius macam Ebi AF haunted man kan muka azmi tu.Nak signnnnnnnnnnnnnnnnn.HAHAHA.Fyi ramai artist dalam kursus ni cth Ebi AF, Danny x-factor, rusdi ramli dan aku noreen aziz, ceh nak jugak tanak kalah betol.

Baiklah lagu seterusnya yang akan saya dendangkan adalah Ah rindu lagi, by amelina.HAHA jangan harap la.Fyi muafakat enterpise telah mendapat tempat pertama untuk presentation bersama MARA dan juga dinobatkan untuk kumpulan terbaik.Feeeeeeeeewwwit.Thanks for your cooperation guys.Apasal comel sangat kumpulan kita neh asyik menang je.HAHAHA.(Aisya kau boleh keluar skang ikut pintu belakang).
Puan faridah cakap muka danial ni macam danny x-factor.Yang duduk macam our senior nama abbas yang currently buat master kat UMP.Waa banyak betul orang terkenal dalam kursus ni.Ayu cakap muka penceramah ni macam ayah aku.Biar betol ekau ayu? hee penceramah ni suka gelak sorang-sorang tapi takpa sebab dia pakai volvo canggih dan dengan pemurahnya menjemput kami menaiki kereta beliau.
Ehem-ehem my beloved lecturer, En aziman pun bagi talk juga.Cayalah.My co-supervisor, my lecturer, my evaluater PSM.Dia memang expresive dan terlalu banyak idea di kepala and he is different from other lecturer, sebab ada unique id.(Eh tak payah drag subject database dalam ni boleh tak ?, bosan ah kau ni aisya.)
Ye saya faham saya sorang je student kesayangan encik.Ngeh ngeh jangan jeles semua.Dia dah bagi warning dah.ayok tak tau, ayok..
Perenang berirama negara.Ni la antara aktiviti melepaskan gian kami diwaktu segang.Sedang bincang bentuk persembahan untuk next competition di olimpik.



Lepas main polis entry dalam air.HUHU HEHE HAHA.Lepas tu main batu seremban pulak.Sangat mencabar minda dan emosi okey.Tak percaya anda boleh cuba sendiri.
Kita main spot orang-orang yang mengantuk untuk hilangkan mengantuk sendiri.Lepas tu gelak sorang-sorang macam orang hilang masa depan.Formula yang sangat efektif.
Hari terakhir program.Berposing lagi dengan para urusetia Kak zainun dan kak Lia 1 dan 2 dari kiri duduk.Thanks for being such a nice urusetia.

Dah sampai rantau panjang,jauh nya perjalanan 2 jam dari tok bali. 1 2 3 ayohmat get set go, shooooping!! huu lumba main shooping-shooping.Siapa duit paling kering, dia lah yang paling padan muka.HAHAHA.Tak puas pun jalan-jalan sebab bagi masa 2 jam je.Kedek betul plus minus masa untuk solat dan makan maka sejam je la boleh cuci mata.Balik duduk dalam bas 10 jam.Amik kau! sampai UMP tercinta jam 2.30 pagi.Esoknya ponteng kelas.Hoooray.

Beli kat wakaf che yeh dan rantau panjang, untuk persedian masa depan.(Ceh untuk hari raya),masa neh memang rasa nak histeria je tengok barang-barang murah kat situ, tapi muka masih steady walau muka penuh cahaya dolar $$$$$.HAHA.Apakan daya mak bapak finance hanya disalurkan sebanyak ini sahaja.

Highlight.
1. Setiap hari breakfast nasi, nasi, nasi dan nasi.
2. Walaupun penempatan di kelantan tak terlalu terancang, tapi rumah mereka sangat besar-besar I tell you.
3. Batik di sana sangat cantik.seriusly.
4. Banyak usahawan tempatan di kelantan terutama orang melayu.Sangat Impresed.
5. Banyak kedai emas milikan melayu di kelantan, dan ramai makcik-makcik memiliki barangan kemas yang besar-besar.Pergh.
6. Banyak pakaian tradisonal yang memukau pandangan dan nafsu.Harga? affordable dan murah.
7. Banyak sign board bertulisan jawi dan kalimah suci.
8. Keropok lekor sangat sedap.Mahu lagi..
9. Banyak sangat pengusaha perniagaan bundle dan barang-barang nya sangat superb.
10. Kalau cakap luar, biding harga tak semurah yang dijangkakan.Jadi semasa shooping sila salotape rakan anda sebelah yang boleh cakap kelantan sebagai peranan tawar menawar.
11. Kami telah membuat persembahan penutupan secara senyap tapi gundah gulana didalam.Serius persembahan itu aku akan ingat sampai hujung nyawa.Sangat malu sampai tak tahu dah nak sorok muka dalam baju siapa.Tu la siapa suruh tak prepare, malamnya asik sangat berjalan-jalan ke wakaf che yeh.HAHA.Bagus betul kami sangat sporting sampai sengaja tadah malu secara lebat. Tapi guys semua support.Thanks sebab bagi semangat dekat 7 orang puteri neh.Ecececeeeh.



Okey sudah lapar selepas buat entry panjang-panjang.Jom makan.Ala ayu nak pergi dating, ain pun pergi dating, petangnya farin pulak nak pergi dating.Ceh berdating la aku dengan sebuah komputer.Sob sob sob.

Tuesday, May 5, 2009

menghitung hari-hari slide

Sejak balik rumah akhir-akhir ini hidupku terasa penuh.Tiba-tiba limpahan love berterbangan semakin banyak sampai tak sempat nak kutip dan simpan.Lantas tercetuslah suatu kehidupan berciri muka longgar dan mandi tak basah, makan... er makan mesti kena kenyang kalau tak kenyang nanti akan menjadi shrek, ya dan itu sangat horror.(Ceh ayat bukan main lagi,semain-main tak nak mengaku kalah).

Begitulah lain nya cerita kehidupanku yang penuh dan separuh.(Er penuh bermakna lengkap bersama ibu bapa, separuh bermakna dengan si dia, Ah kena tipu, KAHKAHKAH 1-0).Maksud saya separuh bersama saya sahaja.Okey tak faham tak apa sebab tak ada final exam untuk entry ini, jadi tak perlu susah-susah study.(Huhuh engkau nak cerita apo ni jah, lempang lelaju kang).

Okey macam ni, setelah kembali ke pangkuan ibu bapa aku telah diberikan sebuah pemberian yang sangat comel dan canggih.(Ceh nampak sangat aisya neh jakun).Oh ya daripada ayah, bukan dari jiran sebelah rumah ayu.Remember the last last and last time ayah promise nak bagi something pada adorable daughter dia neh. Apa? tak dengar, kuat sikit sebut, ya ya ya handphone.HAHAHAHA.Saya sudah dengar, cukup-cukup tak perlu jerit-jerit.(Boleh baling pasu bunga di komputer masing-masing).

Pada hari ahad lepas ayah telah membawa kami sekeluarga ke butik Sony Ericsson berhampiran Leisure Mall Cheras.Aku telah menjadi terpinga-pinga kenapa dibawa ke mari.(Penipu sangat padahal dalam hati dah bertanggo lala, bersalsa,break dance dan histeria di tempat kejadian).Tapi alah masih buat muka ketat, biasalah nak tunjuk cool.Dengan tak beri salam terus menerpa ke arah model-model hp disitu.Lepas tu terus ada amoi menerpa ke arah aku mem-promote hp yang mahal-mahal kat aku.(Apa kau ingat muka aku ni mahal?, ya sebab tu la dia tunjuk model yang sesuai dengan muka mahal aku ni, tapi sayang nya aku tolak mentah-mentah) HAHAHA, habistu tak akan nak pergi tolak muka amoi mentah-mentah pulak.Macam tak berbaloi je.Padahal? Er aku je yang tahu.(Ceh bukan apa sangat nak rahsia-rahsia pun)


Lepastu macam ada konflik harga di tempat kejadian bersama ayah.Tapi masih steady.Disebabkan ayah yang recomend brand neh aku pun layan je, sebab siapalah aku nak demand.But actually ayah tak kisah, still bagi chance untuk buat choice.Lepas 20 minit usha dan pheewit hp;


ayah : So kaklong nak yang mana?
aku : huh? Err (Pandang ayah, mak dan adik)

ayah : pilih antara yang row ni (tunjuk 6 pilihan)

aku : betul ke ni ayah? boleh ke, ayah kata tadi ......

ayah : tak apa amik je

aku : Emm (pandang mak)

mak : amik je, amik je (sambil merampas 1 phone di row pilihan tadi) untuk tunjuk pilih yang tu.

ayah : yang mana?

aku : (ayok ayok tak tau, yang mana neh? isk isk) susah gila nak jawab

mak : amoi sekejap aa, anak saya memang susah nak buat pilihan, nak beli pun lama.

amoi : haiyo tak apa, lama pun tak apa....... (sambil membebel untuk convince kan aku)

aku : Em yang ni la (muka terus longgar 1 saat selepas itu)


taaadaaa!!!


peachy pink W595 limited edition

Comprehension


So samsung soul hanya tinggal kenangan.Remember with whom I fall in love with?.Ayah penah menyaksikan hp kawan dia tercempak jauh dan laju but still boleh guna and it is by Sony Ericsson.Plus it provide sliding model yang paling bagus compare to samsung & nokia.Ayah pilih originality sebab certain tough reason, thats why pergi beli kat butik dia, sebenarnya aku tak kesah pun nak beli kat mana-mana, asal murah lagi best.HAHA ayat standard IEEE.

ayah : So macam mana?

aku : er macam mana apa?

ayah : yelah macam mana, nak masuk dalam mesin basuh lagi ke?

aku : HEHE, er...taaaaaaaakk

ayah : Jangan sampai kawan ayah perli 'pembersih betul anak kau ni, hp pun dia nak basuh'

mak : kalau masuk mesin basuh lagi, gunalah public phone

aku : Eer akak rasa future feature kena buat water resistance la kan ayah?

ayah : HAHAHA, eleh takut lagi la tu makna nya.

aku : (sumpah tak akan masuk lagi dalam mesin basuh, masuk dalam hati je.Ceh)

summary

Dari comprehension di atas, aku rasa ayah suruh aku pakai hp neh sampai ke hujung nyawa, sebab tu dia pilih sony yang boleh tercempak selaju 200km/h dan setinggi 400 m serta yang penting masih boleh digunakan.KAHKAHKAH.Ye saya faham maksud tersirat itu.


Anyway

Apa pun I love you ayah! Thanks sangat.Fyi aku telah mendapat present birthday dengan begitu advance sekali.Seriously not even once ever in my life asking for handphone.Ayah yang nak bagi sendiri.I never ask.If i ask what will happen? everyone will collapse in no time.HAHAHAHA.Kerana aku akan request sebuah hp yang berciri hp + mesin basuh auto intelligence.EKEKEKEK.Emak sangat comel kerana telah memberi semangat untuk kuasa memilih dengan selamba yaya nya.HAHA.Padahal mak pun nak tapi tak dapat.Tapi mak tak heran, heran sikit je kan? dan buat-buat tak heran EHEHE.Lepas tu kami jalan-jalan di leisure mall.Seronot nya!


Oh!!


R306 white flip

Adik juga telah mendapat birthday present berciri flip juga.[ 3 MEI 2009 ] Walaupun jeles, tapi tak jeles sangat.HAHAHA.(Eh ayat apa neh?).He is more than deserve.Happy birthday adik.Sweet 20.I love you so much.Aku ada lekatkan birhday card dekat peti ais.Nanti akak dah kayo boleh beli kad birthday yang ada muzik pulak.(Ceh, ingatkan nak bagi hadiah kereta ke apa, HAHA).Kalau bagi pun, bagi satu hari je, esok dan selamanya aku pulak pakai kereta tu.HEHE Ah aku gurau serius je la.

tumpang lalu dulu.Nite dan nah bunga untuk anda semua.Ececececeh.



Tomorrow : Pleasure sick of ASP.NET (class 9 am-5 pm) *sigh
 
design by suckmylolly.com