Thursday, July 16, 2009

Benci-suka-benci-suka part 1

Suatu ketika dulu, sewaktu umur 8 tahun.

Makcik sadiah : Arif dah besar nanti nak jadi apa?
Arif : Erm?
Makcik Ani : Haa makcik tanye tu Arif nak jadi apa sayang?
Makcik sadiah : Jadi pilot best, boleh terbang lepas tu boleh kahwin dengan anak makcik.
Arif : Oh, haa yela arif nak jadi pilot.hee.boleh terbang kan mak kan?
Makcik Ani : Iyee..
Makcik sadiah : Owh baguslah macam tu belajar rajin-rajin tau
Makcik Ani : Haa nazatul pulak ? Jadi pramugari ye, nanti boleh terbang dengan arif.
Nazatul : Err, Hehehe, mak.. nanti akak jadi pramugari ke ?
Makcik sadiah : Ikut akak lah, boleh je sayang.

Di sekolah sewaktu darjah 2, nazatul dan rakan-rakan sedang bermain getah, tahu tak getah? ala yang lompat in, out and step tu, sambil menunggu kedatangan bas sekolah untuk balik ke rumah.Diperhati oleh arif yang semakin nakal hari demi hari.Kejadian mengusik dan membuli berlaku sehingga darjah 4 terhadap nazatul.Oh ya mereka juga berjiran malak mak mereka sangat rapat antara satu sama lain.

Arif : Hahaha yang tu pun tak reti
Nazatul : Sebok je !@#$%
Arif : Eley macam kau terror
Aisya : *menjeling
Arif : HAHA dah la, memang mak itam tak reti main
Nazatul : Eeeii husk husk tsk tsk, bodohnye budak arif ni *dalam hati dah habis sumpah seranah
Airf : Wei bas dah sampai kau takyah balik ah.Pakcik jalan je, semua dah naik.
Nazatul : Aaaaaaaaaa !@#$% aku rasa memang nak pergi bunuh je budak ni

Arif : Wek wek tak reti main sambil tarik tudung dari belakang
Nazatul : Woi! eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! kau ni!
Arif : HAHAHA kesian bengang..
Nazatul : Tsk tsk tsk, aku cakap kat mak aku!
Arif : Cakap? HAHAHA. Cakap tu macam ni lah, cakap cakap.HAHAH.Woi orang bagitahu bukan cakap! tu pun tak tahu.HAHAHA.
Nazatul : * Bergenang air mata, tunggu nak tumpah

Dengan teresak-esak menuju ke rumah, Nazatul bagitahu mak bahawa ada Arif sengal selalu kacau dia kat sekolah malah selalu sakitkan hati sambil mengejek yang bukan-bukan sampai rasa geram nak pecah hati dan tembak mati.Mak sedaya upaya memujuk anak gadisnya yang seorang dengan memeluknya, sambil memberi perjanjian bahawa nanti mak akan memarahi arif dan meminta nazatul yang teresak-esak berhenti daripada menangis untuk menjadi good girl.

Nazatul puas lepas mendengar kata-kata maknya malahan kalau boleh hendak saja dia menyuruh mak merotan arif dan mencubit serta melempang kuat-kuat sampai arif insaf dan melutut di hadapanya, tetapi dalam hati terselit wajah makcik Ani, iaitu mak arif yang begitu baik terhadapnya, maklumlah makcik Ani tak ada anak perempuan.Sejak hari itu nazatul tekad, akan membenci Arif selama-lamanya sampai mati.Mesti benci!


bersambung..

By :Aisya&Heelism

3 comments:

  1. hee.. tak sabar tunggu kesinambungan cerita ini...
    smbg cpt2... =)

    ReplyDelete
  2. hehe, orait nisah i akan tulis sampai habis.ngeeeeee t u tengok i boleh dpt award penulis trang tang tang yang baik gitu x? ahaks,haha annoying.Wtfun.

    ReplyDelete
  3. ahaha.. boleh2..
    i akn jd addicted reader story u neh.. =P

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com