Monday, July 20, 2009

Benci-suka-benci-suka part 3

Darjah 6 umur 12 tahun.
Kerana sudah lama tidak mengendahkan arif dan mengelaknya, tiba-tiba suatu hari nazatul ternampak arif disekolah berborak dengan kawan baiknya hafeza.Mereka macam giat je berborak, nazatul tidak fikir apa kerana dia sibuk dengan komitmennya sebagai Ketua kelas.Nazatul tersenyum pendek, kerana melihat penampilan arif yang semakin hari sudah berubah dari selekeh kepada kemas.

Nazatul : *Huh dah pakai gel rambut..ermm not bad.

Disebabkan hafeza sedang mula nak menggatal dan bercinta monyet dengan kawan arif yang bernama farhan, kejadian berjumpa arif kerap pula berlaku.Mungkin juga nazatul dan arif ini ditugaskan ibarat posmen atau PA kawan baik masing-masing.Apabila farhan bagi surat directly pada nazatul, arif cuma memandang sahaja, bila farhan sudah tiada, baru arif bersuara;

Arif : siapa punya surat?
Nazatul : feza la.
Arif : Nak baca
Nazatul : Ee mana boleh!
Arif : Eleh kedekut!
Nazatul : Biarlah, asal? kau jeles?
Arif : Huh takda maknanya.

Dengan perasaan ingin tahu kadang-kadang nazatul terbaca surat farhan dengan pelbagai ekspresi dan emosi.Yang penting arif tak dapat baca.HAHA.Arif sudah tidak terlalu melampau nakal seperti dulu.Mungkin juga kerana faktor usia.Dalam diam nazatul terkadang busy body dengan perihal hafeza bersama farhan dan arif.Terselit perasaan cemburu, kerana hafeza pandai make friends dengan boys.Huh tak juga, mungkin sebab hafeza cantik dan sedikit gedik, menjadikan dia agak popular kat sekolah fikir nazatul.

Lama kelamaan nazatul semacam kagum dengan perubahan arif, yang senyuman nya semakin manis dan agak bergaya.sudah ada peminat pula si arif ni.Tak tahu kenapa perasaan tu datang, mungkin berasa senang? Nazatul suka sehingga tidak sedar akan memberi sebatang pen sebagai hadiah hari jadi arif yang akan datang.Tetapi dia berubah fikiran disaat akhir kerana malu dan ego nya terhadap arif.

Malang memang tak berbau apabila kawan nazatul merampas hadiah tersebut dan terus beri kepada arif.Memang marah dan malu gila nazatul waktu itu, tapi nak buat macam mana hadiah dah sampai ke tangan arif.Tsskk.


Nazatul tak habis-habis menyalahkan diri sendiri kerana takut akan respon arif yang negatif.Walhal memang dia tak layan arif pun selama ini, tiba-tiba mahu bagi hadiah.Memang gila!. apabila faizal, iaitu rakan sekelasnya giat mengusik nazatul sampai tergeram-geram dibuatnya, teringat pula pada si arif macam 2x5 je.

Dihari akhir persekolahan, yakni selepas tamat upsr, faizal seboleh-boleh mencari peluang untuk menangkap gambar dengan nazatul tetapi langsung tidak dilayan oleh nazatul.Tetapi faizal memang licik semasa nazatul sedang memujuk seorang guru untuk bergambar bersamanya faizal perhatikan dari jauh,apabila sampai waktu untuk bergambar, cepat-cepat faizal berlari kesebelah nazatul, maka terhasil la sebuah gambar mereka berdua.Mungkin faizal menyukai nazatul?

Dan hari menyedihkan pun tiba, apabila hafeza meminta arif menulis biodata dalam buku comelnya. Biasala dulu-dulu masa nak berpisah semua ada buku biodata.Disangka panas hingga ke petang rupanya tsunami ditengahari.Cis.

kawan sejati : hafeza, etc, etc,
kawan baik : etc, etc, etc:
kawan biasa : nazatul

Hancur luluh hati nazatul membacanya, siap dikatanya arif itu bodoh @#$%^ macam dulu.Nazatul mula membina balik tembok kebenciannya terhadap arif seperti dulu.Mungkin rasa tercabar kerana arif lebih mengangkat kawan baik nazatul dari nazatul sendiri.
.
.
.
Dan perkara paling sengal bila arif pun sebenarnya suka feza.Pakai ilmu apelah minah ni? !@#$% tsk.

Friday, July 17, 2009

Benci-suka-benci-suka part 2

Masuk darjah 4 sewaktu umur 10 tahun.

Arif tak pernah serik nak kacau nazatul, ada sahaja idea kat kepala otak dia tu nak sakitkan hati si nazatul ni.Disebabkan perasaan menyampah kat arif membuak-buak,nazatul tak pernah harap muka arif akan singgah di hadapan muka nya.Apatah lagi bertegur sapa.Walaupun disekolah.Dan kalau ikutkan hati mahu saja dia beritahu seluruh dunia bahawa arif tu memang jahat, mulut takda insurans dan semua orang tak payah kawan dengan dia.Tapi iyelah mak merekalah yang membuat mereka bertemu tanpa sengaja.Bila dihadapan mak masing-masing semua buat muka angel, konon takda konflik.Lagi-lagi si arif tu, ceh menyampah betul.Eee memang geram ah, rasa nak pergi pijak muka dia pun ada rasa nazatul dalam hati.


Petang jumaat, pergi pasar malam terserempak dengan arif dan maknya.Maka makcik sadiah dan makcik ani bertegur dan berborak sekejap sambil masing-masing memimpin tangan anaknya.Arif pandang nazatul dan tersenyum.

Nazatul : *Alamak isssk kenapa lah jumpa budak ni kat sini.Eeei menyampah.
Arif : *Pandang nazatul dan tersenyum
Nazatul : *Eee senyum-senyum plak menyampah aku *Menjeling tajam
Arif : Erk *Tersentap
Nazatul : wek! *Mengejek sorok-sorok agar tak dapat diketahui oleh mak mereka
Arif : *Sepak-sepak kaki nazatul
Nazatul : *Menjengilkan biji mata dan ekspresi marah mula terpancar
Arif : Kikiki *Gelak senyap-senyap, seolah puas dapat buli nazatul disitu
Nazatul : Ee!! *Ades bila la mak nak habis borak ni, esok-esok kan boleh sambung.Isk.
Arif : Sombong!!
Nazatul : *Menjeling tajam.Sambil menarik tangan mak sebagai isyarat tamatkan sesi perbualan.


Mereka berjalan arah bertentangan setelah selesai sesi berborak pendek.Nazatul sempat toleh ke belakang dan terkejut melihat arif melambainya.Rupa-rupanya arif tahu nazatul akan toleh ke belakang untuk melihat mereka.Rasa pelik, hairan dan marah pada arif dengan kelakuannya tadi.

Sempat juga mereka berekspresi dalam senyap, dengan ruang yang sempit, ramai orang dan sedang dipimpin tangan oleh mak mereka.Sedangkan terserempak di pasar malam pun nazatul nak termuntah, maka dia telah meletakkan arif sebagai senarai paling jauh dalam hidupnya.Inilah akibat selalu mengacau orang, mengejek tak tentu pasal serta menarik tudung nazatul sewaktu balik dari sekolah.

bersambung..

by Aisya&Heelism

Thursday, July 16, 2009

Benci-suka-benci-suka part 1

Suatu ketika dulu, sewaktu umur 8 tahun.

Makcik sadiah : Arif dah besar nanti nak jadi apa?
Arif : Erm?
Makcik Ani : Haa makcik tanye tu Arif nak jadi apa sayang?
Makcik sadiah : Jadi pilot best, boleh terbang lepas tu boleh kahwin dengan anak makcik.
Arif : Oh, haa yela arif nak jadi pilot.hee.boleh terbang kan mak kan?
Makcik Ani : Iyee..
Makcik sadiah : Owh baguslah macam tu belajar rajin-rajin tau
Makcik Ani : Haa nazatul pulak ? Jadi pramugari ye, nanti boleh terbang dengan arif.
Nazatul : Err, Hehehe, mak.. nanti akak jadi pramugari ke ?
Makcik sadiah : Ikut akak lah, boleh je sayang.

Di sekolah sewaktu darjah 2, nazatul dan rakan-rakan sedang bermain getah, tahu tak getah? ala yang lompat in, out and step tu, sambil menunggu kedatangan bas sekolah untuk balik ke rumah.Diperhati oleh arif yang semakin nakal hari demi hari.Kejadian mengusik dan membuli berlaku sehingga darjah 4 terhadap nazatul.Oh ya mereka juga berjiran malak mak mereka sangat rapat antara satu sama lain.

Arif : Hahaha yang tu pun tak reti
Nazatul : Sebok je !@#$%
Arif : Eley macam kau terror
Aisya : *menjeling
Arif : HAHA dah la, memang mak itam tak reti main
Nazatul : Eeeii husk husk tsk tsk, bodohnye budak arif ni *dalam hati dah habis sumpah seranah
Airf : Wei bas dah sampai kau takyah balik ah.Pakcik jalan je, semua dah naik.
Nazatul : Aaaaaaaaaa !@#$% aku rasa memang nak pergi bunuh je budak ni

Arif : Wek wek tak reti main sambil tarik tudung dari belakang
Nazatul : Woi! eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! kau ni!
Arif : HAHAHA kesian bengang..
Nazatul : Tsk tsk tsk, aku cakap kat mak aku!
Arif : Cakap? HAHAHA. Cakap tu macam ni lah, cakap cakap.HAHAH.Woi orang bagitahu bukan cakap! tu pun tak tahu.HAHAHA.
Nazatul : * Bergenang air mata, tunggu nak tumpah

Dengan teresak-esak menuju ke rumah, Nazatul bagitahu mak bahawa ada Arif sengal selalu kacau dia kat sekolah malah selalu sakitkan hati sambil mengejek yang bukan-bukan sampai rasa geram nak pecah hati dan tembak mati.Mak sedaya upaya memujuk anak gadisnya yang seorang dengan memeluknya, sambil memberi perjanjian bahawa nanti mak akan memarahi arif dan meminta nazatul yang teresak-esak berhenti daripada menangis untuk menjadi good girl.

Nazatul puas lepas mendengar kata-kata maknya malahan kalau boleh hendak saja dia menyuruh mak merotan arif dan mencubit serta melempang kuat-kuat sampai arif insaf dan melutut di hadapanya, tetapi dalam hati terselit wajah makcik Ani, iaitu mak arif yang begitu baik terhadapnya, maklumlah makcik Ani tak ada anak perempuan.Sejak hari itu nazatul tekad, akan membenci Arif selama-lamanya sampai mati.Mesti benci!


bersambung..

By :Aisya&Heelism

Wednesday, July 15, 2009

Mengidam

Mak memang comel, pergi hantar audio message
lepastu terus sawan nak call mak,
tanye sekali
macam mana mak boleh jadi terror camni? betulkah mak ni?
HEHEHE nanti I nak request mak nanyi lagu wonderpets KUIKUIKUI

Bosan tahap 8 sangat dah bila takde kuliah
Bila ada kuliah, macam malas nak pergi pulak
Bila tak pergi menyesal 88 hari.Ceh 1238!@#$%68
Sampai rasa nak pergi kuliah orang lain pun ada

3 hari berturut dinner luar dari UMP sebab layan roomate aku
punya mengidam.Pergh ni baru mengidam sebagai student

sebagai bakal ibu tak tau la nak cakap camner.Seram ah farin ni.

Layan jela kang dia lari nak masuk batu belah batu betangkup
kang mana nak cari kat gambang ni?
Tapi tula yang gemoknya siapa? tsk tsk tsk tsk

Hari-hari bukak blog lepastu termenung dekat new post button
lepastu wirelessengal buat hal
tibe-tiba semua window terminate tsk !@%^
lepas rasa menyampah terus turun kan lid half

bila malam gelisah gundah gulana

terfikir kenapa blog tak boleh update sendiri entry
HAHA

kat TC
kat gelas besar (permatang badak)

Saturday, July 11, 2009

Shopping with couple

saje buat thrill mase drive bosan drive 4 tyre.HAHA.
Darling Aisya & Boo Ayu

Hari rabu lepas aku dengan ayu keluar secara couple, sebenarnya nak memenuhi hasrat dia nak tengok transformers, kang dia kempunan kang pergi masuk batu belah batu betangkup siapa nak jawab kat mak dia? Pastu siapa pulak nak siapkan PSM dia? !@#%. Suppose farin pun join sebab dia la yang paling beria yang ajak tapi yelah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya banjir di tengahari.123456!@#% .

Tapi bila sampai kat megamall kuantan tak banjir pulak maka kami terus serang sales yang ada tanpa belas kasihan.Terkeluar semua hormon kalau tak beli kau memang gila.HAHA.Ya allah, jangan buat perbuatan ni bila keluar dengan bakal mak mentua nanti boleh jatuh tuduhan menantu gile sales.HAHAHA!@#$^ Ewah, kami bukanlah gile sales sampai pergi tarik rambut nak rebut sepasang heels comel, seulas bawang putih cute, sebungkus belacan, dan mascara maybeline. Erk pakai tudung macam mana nak tarik rambutlah? Nyampah ah aisya ni, ye kadang-kadang I pun menyampah sebab bila ada sales pun dia nak yang new arrival pastila benda tu takde diskaun?!@#$ .

Tapi bila dengar kata-kata its really worth, comfort, cantik and affordable dari ayu terus bangun bayar dan tutup cadangan.Ewah macam nak masuk election pulak.Dah lah tak payah berdrama so much, beli pun sebab desperate kaki dah melecet sebab pakai wedges baru.Padan muka @#$%&.Nasib mak takda kalau tak memanglah I kena puji.HUH !@#y^&.

Lepas tengok tranformers kami bersenda dan bergurau sambil mencuci mata.Ah tapi barang yang kami beli hari tu memang the very-very worth.Eleh padahal memang nak belanja pun sebab dah start sem baru.Takde lah i mean yang out of the list.Oh memangla kau suka putar ayat bagi orang pening.Yelah supaya at the end kita akan buat hipotesis memang kita semua pembelanja yang berhemah.Okey la I taknak show off benda yang dibeli as a result.
semua ayu punya harap maklum.HAHAHA.
Jangan bagitau mak, shhhh.

Oh-oh but yang paling best bila ayu belanja makan chicken chop for my birthday treat.Heee thanks ayu.I love u, I tau ayu dah kaya sekarang, jadi marilah kita kerap-kerap buat birthday treat, boleh tak kalau qada' yang lepas-lepas skali? HAHAHAHA.For sure I will masukan nama ayu untuk election miss universe!
Ayu yang kaya belanja chicken chop, & jus mangga gelas besar tu kami share.Jumpe group megsya merayap kat mall time weekdays.Isk isk.Wedges yang terpaksa buat I invest 1 lagi new pair.Kasut jahat.@#$^&8

Friday, July 10, 2009

Blog berbunyi ting tong!

Ting tong!
Assalamualaikum, eeeeeeee rindu nyeeeee, sumpah rindu, rindu macam nak suruh optimus prime tolong cium kan blog and cium korang jugak.HEHEHEHE.Maaf, sebab lama tak update sebab I pergi vacation ke rumah sendiri selama 3 minggu dengan percuma.Ceh macam menang kuiz pulak.HAHA.Jom skodeng berita terkini Aisya&Heelism.Ceh datang tiba-tiba nak bagi berita terkini budget artis betul ah dia neh.@#$%^&


1. Telah berada di bumi UMP pada 7 july.Disambut dengan kesesakan student junior baru dan ketiadaan air.Pergh syabas beta!
2. Penulis terlupa bahawa beliau mempunya blog.Tak tahu lah mak bagi makan apa entah kat rumah sampai terlupa dekat blog.Ha tengok pergi salahkan mak sendiri? tsk vugue678ujenbdhi betul ah mak masak sedap sampai rasa macam takda blog tapi sebenarnya ada.HAHA maknanya kena cepat kahwin untuk mengelak penyakit alzhamier, pada yang tak tau boleh bagi point ni kat mak suh cari calon cepat-cepat.!@#$%*
3. Mak dah pandai nyanyi lagu wonderpets.Yeay!! lepastu kalu mak suruh buat something mesti ugut mak nyanyi dulu.KAH KAH KAH kesian mak, tula siapa suruh comel sangat tau nyanyi lagu wonderpets kan dah kena.EKEKEK.Apa yang penting? kerjasama!
4. Dah ada international pasport.Yelah I mana lupa daratan, eh tempat asal, tak baik you.Bukankah megan fox satu nationality dengan I? Ya ya ya di Jawa timur kami pernah berebut tempe suatu ketika dulu.Bukankah sangat comel perbuatan merebut tempe tersebut? KAH KAH KAH.Macam biasa buat lawak gelak sendiri.

5. Dengan bangganya nak bagi tau bahawa I telah drive ke KL twice!!! yes with a guidance, bukan GPS la, mak and my bestgal.HAHAHA kenapa rasa riak sangat ni.HAHAHAHA padahal !#$%^ kl je pon.Memang ah aisya ni suka show off SS.
6. Flowers decoration!! yeeeeee dah buat and ayah sangat supportive siap pergi shopping vase dekat IKEA.
7. Dating with izan, wani and ain.Pergi shooping kat KL and tengok wayang.Waa bestnye lama tak buat eksesais ni.See I dah buat some of my drolling things wish list.
8. Izan even sleep over kat rumah and we story-mory all the day non-stop like aunty-aunty.Sampai berpeluh mulut.HAHAHA.Seriuosly i got a blast!
9. Kenduri kesyukuran menjadi kenduri pertunangan.HAHAHA.Sukati je tetamu nak tukar nama kenduri tau.Lepas tu sibuk belek jari I nak tengok cincin tunang 1qwe@#$%^&. tsk tsk tsk penat I explain rasa macam nak panggil CNN bagi betul kan keadaan melalui media. Salah I ke tak tunang sekarang? Ada sesiapa sudi? Eceh.
10. Rupanya I tak sangka mak I ada ciri-ciri seorang JPJ tersorok dalam diri dia.Habis yang I drive pergi KL tu tak sempat nak dengar radio dah ada radio JPJ tambahan pergi enterframe. Tak sangka I bakal menduduki ujian JPJ banyak kali lagi selepas ini.Tsk tsk tsk.
11. Walaupun mak macam JPJ yang comel, tapi worth it bila dia ajak pergi jalan sama-sama.Sebab yeay nanti dia akan beli kan barang.Pergi belajar buat muka comel + seposen.Nanti dapatlah kasut heels baru ke, baju baru ke HAHAHA.
12. Tak sangka Edie Britt dalam desperate housewives dah pass away and dia ada anak lelaki yang agak hensem.Owhhhhhhh..
13. Setiap hari jam 5 akan menonton spongebob.Walaupun tak faham kenapa patrick rasa no 24 itu kelakar, I pun gelak jugak, bukan apa takut patrick kecik hati kalu I tak enjoy the show.!@#$%^.
14. Akan merindui rancangan mari bertaranum dan mari mengaji.Tsk tsk tsk.Sambil lipat kain kita juga boleh join the show macam kita yang ada kat dalam tv tapi sebenarnya tak.isk cakap ape neh?
15. Akan merindui saat membuka almari mak dan membincangkan perihal baju kesukaan dan baju kurang kasih sayang.Wah boleh bukak topik 'baju dan tahap kasih sayangnya' dalam rancangan ek eleh!.HAHAHA.
16. Rindu nak bagi cadangan kat emak masak cekodok bentuk love.Tapi saya tahu mak tak akan buat.tsk tsk tsk.Kalau sesiapa berjaya buat boleh lah sms saya.
17. Rindu nak rebut remote control dengan ayah.Kesian masa I di rumah semua I conquer, tapi you allz jangan salah sangka I bukan penjajah gigi besi.I kesian tengok ayah terpaksa tengok cerita hindustan.Padahal lepastu I tertidur.HAHA.
18. Perkataan paling nyampah nak sebut kat rumah adalah mengejut adik bangun tidur.Kalau boleh nak cakap tidur je, takpe, minggu depan baru bangun.Tapi sekarang dah rindu tak tahu nak shout kat siapa pulak.HAHAHA.Kalau shout kat rumate kompen I takde gigi umur 23 habis kena tampar.
19. I tak suke pemandu-pemandu jalan raya di KL, semua selfish, mentang-mentang I ada lesen 'PECUT' semua tak gentle.I suka lagi pemandu di kuantan, walaupun most of them kurang disiplin nak pakai seat belt.
20. I even tak dapat nak drive 80km/h kat KL, kalau kat kuantan 120km/h ++ pun boleh capai.KAH KAH KAH malah I tak berani sebab nanti JPJ I marah.
21. Sempat berpuasa di bulan rejab bersama mak dan ayah.Err masa ni, I selalu masak nasi kat rumah tapi masak lauk di kedai, sampai ayah confuse bila I claim I yang masak.HAHA tapi at the end I bongkar rahsia, sebab kalau tak mesti berdosa.tsk tsk tsk.

22. Oh I dah dating dengan optimus prime 2 kali.HEHEHE.



Jangan risau bila dah sampai UMP, masakan mak dah tak ada so I akan sentiasa ingat bahawa I ada blog.HAHAHA.Kehidupan di semester misteri ini sangat bosan, maka I wish akan jadi seorang yang lebih produktif.Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi produktif!! ye produktif!! Kalau tak produktif, kemungkinan menternak badak dalam diri adalah tinggi.Dan itu sangat scary, lebih scary dari scary movie !@#$%*. Sekian.Nak tarik blog atas katil tidur sama-sama.






 
design by suckmylolly.com