Tuesday, February 24, 2009

Emo

Konbanwa.

Sudah baca entry lepas? Nampak kah penulisan aku yang tidak seperti biasa? Walaupun korang tak perasan tapi aku perasan.Memang la sebab aku yang tulis entry.Tah hape-hape.Eh-eh ?(Apasal aku neh emo semacam jek?) ok abaikan.Kalau tak suke, takyah baca.Takda paksaan.Aku takkan bunuh orang yang tak baca entry aku neh.TITIK.HAHA.Yup memang ada orang kata aku "emo" hari ni.Buktinya :

8.30 mlm ke library.Jauh dan menapak pulak tu.Pergi dengan farin.Cari buku vb.net mobile application takde.Frust.Pergi search e-book free yang aku dah salin url nya sebab tak boleh download kat hostel.Budget boleh download kat library.Tapi watdehel! access denied UMP blocking "kids time wasting" memang *&^%$#! .Tak paham aku banyak sangat wsite nak block.Budget semua student berfikiran kuning.Apalah guna ilmu yang berlambak-lambak kat internet tu tapi tak boleh access? Buat la filtering ke? takde alternatif ke? Tak faham aku orang-orang yang tak full utilize technology yang ada depan mata ni dan tinggal klik je.(Takan la aku nak install Software kat pc library lak, dah la pc sengal)

Then aku pergi kaunter nak pinjam buku, pastu aku nampak buku bertimbun-timbuk kat meja kaunter yang maybe tak susun lagi kat rak buku.Then aku pun mula kan dialog;


Aku : En. buku tak susun lagi ke? Sebab buku yang saya nak takde pon.
Kaunter : Awak cari kat mana?
Aku : Kat atas la bahagian subjek mobile (takkan kat toilet lak)
Kaunter : Awak cari kat rak yang ada ribbon warning tu ke? (buku kat situ tak boleh pinjam)
Aku : Saya cari kat rak yang buku available la. (Elo aku tak bodoh tahap maksimum lagi la nak pergi cari buku kat situ.Elo aku tahu baca warning ok?)
Kaunter : Sebenarnya bukan tak susun lagi tapi system kami ada masalah sikit.Sepatutnya minggu ni dah siap.Tapi awk boleh la datang 1 minggu - 2 minggu lagi tengok dah ada ke belom buku tu.
Aku : huh? lambatnye.(Gile sekejap kenapa tak cakap 2-3 bulan lagi ? WOI dah minggu ke 9 la!! ko tak manage buku lagi ke?.Kesian gile management korang.Cari la alternatif bukan nya ada perpustakaan negeri pahang depan tol gambang tu.Budus! Tau la bukan ko yang belajar, boleh lak camni.tah hape-hape!)
Kaunter : Datang sini naik apa? Best tak libary baru ni? (nak cover alasan la tu)
Aku : Jalan kaki, best? emm tak best sebab buku yang saya nak takde.(Sangat direct.HAHA)
Kaunter : Tak rasa apa-apa ke jalan kaki malam-malam camni? Nampak apa-apa tak?
Aku : Nampak la orang naik keta tak bagi tumpang.
Kaunter : OO bukan nampak kete jalan sendiri eh?
Aku : (tah apa-apa dia nih tak kelakar pon.tak jadi lawak ko tu.) Dah la student tak boleh bawak masuk kenderaan kat sini.Kedekut kan UMP ni?
Kaunter : Eh boleh la.
Aku : Yeke boleh? biar betul?
Kaunter : Boleh lepas office hour.
Aku : Yang tu tau la.Kedekut.Sian student panas nak menapak jauh.
Kaunter : Kita bukan apa taknak nanti sesak dengan student and staff.
Aku : Tapi student ada hak dan berhak kan?
Kaunter : Memangla berhak tapi tu la nanti menyesakkan.
Aku : Tapi universiti lain boleh je kan.
Kaunter : Em. (tak sempat nak jawab aku dah potong ayat dia)
Aku : Ok la terima kasih.bye. (Terus blah dengan laju, Takde masa nak dengar explaination ko yang nak asik menang je dan betul.Fikiran sempit!)

Student ke staff yang selalu nak ke libary sebenarnye? Tah hape-hape pentingkan diri sendiri jek.Student lah hirarki yang paling bawah sekali kat sini eh? patut la pun keluar newpapar pasal ump ****** rupanya camni management nye.i see-i see.

Pastu message masuk.Antara yang aku reply:

ok bye.xnak msg.
tgh buat keje.bye.
not now.bye.

.
.
.
selebihnya?
tak jawab call dan tak reply sms

HAHA Jahat tak aku? Maap la ye.At least i have mention.Kalau aku da tak reply tu tak payah la susah-susah nak call dan tanya macam-macam okey? leave me alone jek.Aku tak suka mention banyak-banyak kali.Tolong berfikir secara bijak dan kritis.

p/s: priority received sms on that occasion is low.see? i even consider the priority first, not just abondon the msg ok.Don't miss understand me baby.

Oklah baik aku pergi tido kalau tak, meleret-leret entry ni sampai korang pun rasa nak tarik-tarik rambut aku kan? Daripada jerawat naik kat muka aku secara pukal baik aku calm down dan berzikir banyak-banyak dulu.Sekian.
.
.
.
Aku yang emosi.

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com