Wednesday, March 31, 2010

Mimpi yang pelik lik lik

Malam tadi saya bermimpi membuat rail kereta api atau nama bakunya jalan kereta api.Saya tak faham kenapa dalam banyak-banyak mimpi saya perlu buat jalan kereta api ("-_-) .Apa-apa pun ia suatu pengalaman yang luar biasa.Saya redha.Anda pernah buat jalan kereta api? Heh mungkin selepas ini saya akan masukkan perkara ini dalam resume saya kelak.KAHKAHKAH.Ini adalah jalan kereta api yang lama,bukan jenis electronic macam lrt atau monorail.No no no no.Aik emosi?

Saya bertanyakan pendapat pada rakan tapi mereka merasakan saya bakal dipinang oleh Jurutera Keretapi.Masalahnya saya langsung tak nampak kereta api atau sentuh kereta api dalam mimpi tersebut.Kalau pembuat jalan kereta api..er macam dah berlambak je..yang macam buat jalan raya.Yang pakai baju glow in the dark warna hijau striking tu.HAHA ok jangan panjangkan hal ini.Boleh jadi stroke.

Dan satu lagi, kesinambungan mimpi tersebut, saya dipanggil 'JAH' oleh unexpected person. Jika anda mengikuti saya, bukan ikut ke pasar malam ke apa tapi mengikuti blog neh anda akan faham siapa JAH dan bagaimana ia dibentuk (pemberitahuan secara malu2 rabbit, saya tak berapa ngam dengan cat T____T) Heh who cares?

Baiklah mari kita sambung.

Saya ingatkan dia akan memanggil saya "daaaaaaaaaaaaaarrling ling ling ling" (Sebutan panjang 6 harkat diikuti tone yang pudar di pengakhirannya, ceh gedik gila siap bagi procedure HAHA) T__T tapi...... ku sangkakan sayang sampai ke petang rupanya petir di tengahari. HAHAHAHA. Ini sangat tidak dijangka.Saya pun apa lagi terus sebak tak semena-mena pergi takung air mata 3 tempayan.

.
.
Tak ada apa sangat mahu bercerita dengan anda,tapi saya rindu membelog.Hah bacalah cerita yang tak ada apa-apa sangat ni.Anda bagaimana???? Pernah mimpi yang pelik-pelik seperti menganyam laptop !@#$%^&*(..hehe.Mari sharing.
.
.
Mungkinkah malam ini saya akan bermimpi membuat jalan kapal terbang pula?
.
.
Awww..Jurutera airplane? itu sangat cute! hew hew.

Monday, March 29, 2010

Pesta buku hanya tinggal kenangan

Pesta buku PWTC hanya tinggal kenangan yang tidak bertepi.Kini ku teruskan perjalanan mengorak langkah dengan menerima hakikat.Nampak? punya sadis gadis ini seperti ayat novel kau suka aku seksa. T__T.Baiklah mari kita menjadi serius sekarang ini.Ya saya baru sahaja bernawaitu mahu ke sana untuk mencari beberapa bf yang boleh dipakai.Yang tak boleh dipakai, boleh lalu ikut pintu belakang.Tak faham kenapa kena ikut pintu belakang,ia seperti formula yang rumit untuk diterangkan. Disebabkan kini saya telah tersedar akan kekurangan masa untuk bersosial maka,saya telah merancang masa depan dengan teliti untuk mencari bf.Telitilah sangat jah.. ayat nak power je.

Pada kekangan waktu yang terhad mana mungkin,saya dapat menyarung high heels, bersolek smokey eyes, berselendang ala-ala tiupan angin bayu membawa diriku..dan beratur mendapatkan tiket clash of the titans bersama rakan sebaya sambil bercerita tentang cara membuat asam pedas.Heh mana mungkin.Kerana itu saya telah mencari alternatif lain supaya saya tidak hidup terbosan-bosan menunggu train yang delay, stress dengan penumpang low civic dan sesak nafas menahan penangan bau tindak balas kimia semula jadi selepas tak sempat mandi.HAHAHA.

Kini saya atasi dengan membaca yang kadang kala membuat saya senyum sendirian,air mata bergenang dan bertenungan tajam kuasa supersaya di sudut 190 darjah pintu lrt tanpa sedar orang sekeliling pandang dengan penuh rasa kagum.KEKEKEKE. Perkara paling buruk adalah apabila saya overide train dan tiba lewat di destinasi cinta.Ini memang men-stress kan saya.

Oh mungkin saya patut sertakan bidalan ini, Banyak membaca,banyak overide lrt.HAHA.Tak tak, bukan itu maksud saya. Maksud saya kini saya cuba mengisi waktu kekangan sempit dengan membaca buku.InsyaAllah,saya percaya bacalah apa pun buku yang masih berlandaskan syariat,nescaya dapat membantu memajukan fikiran walaupun 0.01%.

Saya akui sudah lama tidak berbuat demikian.Maksud saya membaca dengan mukasurat yang beratus-beriban.Kalau bacaan ringan itu memang rutin kesukaan saya.Dulu,saya tahan duduk berjam membaca sampai teremosi.Emak juga emosi bila saya terlupa untuk menghulurkan bantuan kecemasan di dapur. HAHA.Tapi saya tidak boleh berbuat demikian semasa di universiti. Saya emosi bila mengadap buku 5 minit.HAHAHA.Saya tidak pilih untuk makan banyak untuk senang tidur,tapi saya pilih untuk membaca sampai tertidur.HAHA.Nampak sangat ke buku tu macam bubbly saya? .


Ceh.Nampaknya entry ini tidak boleh serius.Mari kita tamatkan disini secara serius.TATA.Oh lupa BF maksud saya disini adalah BookFeed, bukan seperti yang anda fikirkan.Heh.

Friday, March 26, 2010

Life is always about making a choice rite sweetheart?

Play hard to get
or
Simply give up



Oh its remind me about quote on the mug 'No successful cause without effort'

by the way thanks for still keep it
You know who you are
*wink

Wednesday, March 24, 2010

Something..

There's a reason why people say we shouldn't expect too much,
no one wants to see someone they care about end up disappointed.

We instinctively act to protect our own from being hurt,
and do what we can to make the right choices for people we love.

But the reason we have expectations in the first place,
is because we want to aim as high as we can.

Because when you love someone, there's no limit to what you can accomplish.
.
.
.

I wish i could..

Thursday, March 18, 2010

10.00 pm


Its 10.00 pm already and I still at the office

T__________T


Have to stay back to rush over dateline.

Takutnya nak menuju ke tempat parking kereta
Hari ni dahla parking jauh sebab tak ada tempat dah.

Tempat tu gelap,sunyi, seriously rasa tak sedap hati pulak.
.
.
.
ya maybe akan sampai park area lrt ampang dalam pukul 11.pm.
Then i have to drive pulak sampai rumah.tsk tsk tsk.


Ya allah peliharalah hamba-Mu ini.

Wednesday, March 17, 2010

Kalau mak suka,mak mentua pun suka.!@#$%^

Sabtu lepas.
Ikuti perbualan anak gadis dan ibunya didapur.

Mak : Kak tolong potong sayur ni?
Gadis : Semua?
Mak : Ye semua
Gadis : Ok,er mak akak rasa nak pakai papan potong tu.
Mak : Nak buat apa?
Gadis : Nak potong... sayur.
Mak : Hish mana ada orang potong sayur guna papan ni
Gadis : Boleh mak,tengok ni.Senang kan? Boleh potong 3 skali gus...easy,rapid and safe!
Mak : Hish mana ada orang potong sayur kacang macam tu, macam ni ha..(Sambil demo, for those yang dah biasa, will know the ancient teknik I pictured about)
Gadis : Oh ok.(Cuba buat cara mak ajar) emm tapi kan..macam sama je
Mak : Potong tu biarlah sama panjang, ni panjang pendek, nanti mak mentua cakap apa lah anak dara potong sayur tak sama panjang.(Mengalihkan pandangannye dari gadis)
Gadis : (Sambung potong sayur cara dia..Hehe sementara mak tak pandang)Er..sama la ni mak,lebih kurang je.Cuba tengok ni, camni kan kan kan?
Mak : *Diam,sambil perhatikan gadis
Gadis : Mak...camnikan saiz dia? Habistu tak akan nak pakai pembaris? bukan ke kita boleh aplikasikan kalau kita jumpa alternatif lain mak?
Mak : Tak cantik,cube potong macam mak ajar tu..Cuba buat macam ni, bukan nye terpotong jari pun.
Gadis : Tapi risiko security tetap ada..(Selamba je sambung potong sayur cara dia)
Mak : Kalau mak tak suka,mak mentua pun tak suka tau.
Gadis : *Haa sudaaaaah..dah masuk bab mentua pulak.Servis bertukar tangan,eh tak servic bertukar teknik.Teknik turun menurun dari zaman hang tuah i guess.(Potong macam mak ajar)
Mak : Ha kan boleh tu.(*Encouraging sound)
Gadis : Hmmm boleh..tapi lambat.(I always did my way kalau masak sorang-sorang.She wouldn't know what kind of engineering technic i will use for cooking skills.Janji siap,but then after dengar hypothesis baru, i was like whoatthefun?..tak pernah terfikir tentang ini.Jauh sekali.)
Mak : Takpe belajarlah..
Gadis : Er..ok ok..


Moral :Kalau mak suka.Mak mentua pun tentu suka.
KAHKAHKAH.ingat hipothesis ni.Tak payah nak
berbalah sangat dengan alternatif lain.She had a reason why.

Monday, March 8, 2010

Abang hensem makan yogurt!

Saya kenal yogurt waktu darjah 4
Masa tu tak tahu pun nama benda alah tu = yogurt
Nampak senior hensem makan dalam bas sekolah
Meleleh-leleh saliva dibuatnya..
Habis basah baju sekolah (over tau)
I control je.
Habis tak akan nak terjah, "hey hensem mintak sikit tu.."
HAHAHA.
Gila apa? habis saham ASB I.

Sepanjang dalam kelas
Nampak cikgu pun dah macam yogurt
Tunggu nak balik umah je
Nak minta dekat emak banyak-banyak secara tamak
MUAHAHAHA.
Kalau emak tak kasi nak minta kat jiran tetangga
Sampai macam tu weh
Macam sedap gile tengok yogurt waktu tu, creamy and tasty.
Jakun gile haku.

1st time makan.yuks.
Masamnya terlukis di wajah ku.
Ceh nampak je menyelerakan, tapi rasenya menjengkelkan.
Hoh ok ada ke rasa makanan menjengkelkan?
whatever..

Lama-lama baru suke,
Macam semakin hari semakin sayang, eceh
Sebab yogurt all the time macam makanan healthy untuk orang dewasa sahaja

Sekarang dah dewasa, malah dah nak tua.
Memang makan yogurt untuk kembali muda.
Kalau boleh nak habis muda macam darjah 4 tu.

Jom makan yogurt! My fav Flavor all the time tentu la PIC from marigold!

HAHABIS.
 
design by suckmylolly.com