Sunday, February 15, 2009

Contengan hari Ahad

Ngantuknye.Serius ngantuk.
*yawn*yawn.


  • Bakal main cikgu-cikgu
Saya baru sahaja habis studi Software Quality Assurance bab 1 dan 2 untuk test pada hari selasa ni.Bab 3 dan 4 masih belum sentuh lagi.Malas nak baca tunggu cikgu Jahyu dan cikgu Jahfar ajar nanti.Aik? Cikgu? Yup kami memang suka main cikgu-cikgu memandang kan kami tak terjerumus amik bidang pendidikan maka kami selalu jek syok sendiri mengajar. (sebenarnya nak kata, kami selalu study group je) Biasala ayat intro mesti baeeekk punyaaa sampai readers rasa nak koyak kan blog saya.Koyaklah sila koyak jika boleh.HAHAHA.Ok ketawa 3 harkat je cukup.(Padahal tak kelakar pon );Apa pun doakan saya ye kawan-kawan.


  • Bakal study laju-laju
Minggu depan pun ada test subject Technoprenuership.Sentuh pun tak lagi.Lecture langsung tak bagi hint yang mana masuk, sama je macam puan Bar, Err..maaf ini sekadar rintihan hati yang tak terkawal kerana mengantuk.Maafkan saya.Sudahnya kami pun study dengan tak bagi hint pada beliau-beliau nanti.Sampai saya terkesima melihat Jahyu study dengan macam-macam posing maut tadi.Jahfar pula study macam mati perasaan (boleh ke perasaan mati?) Tapi tula hp takda camera kalau tak boleh snap dan upload.(Kalau nak kena lipat dengan Jahyu buat la sya! ) Huh apakah mereka peduli? Kalau aku fail padan la muka aku yang comel ni kan ? kan? ; sila jangan sepak muka saya.Ini adalah aset terbesar.So jum malam ni Study laju-laju semua jangan sampai kena saman sudah.Errkk.Gambante! (Sila sebut selaju 200 km/h)


  • Main masak-masak
Tengah hari tadi kami se-rommate tak turun cafe pun beli lunch.Sebaliknya kami main masak-masak dalam bilik tadi.Padahal tak boleh memasak dalam bilik.Siapa bagitau felo meh nak korek biji mata pastu nak bagi ayam makan.padan muka.Menu hari ini telur masak kicap.Disebabkan semua terlalu lapar sampai tak terverbal, maka terlupa la kami mengambil gambar ; (padahal korang tak heran pon kan?) kekekeke.Yang paling unik hari ni semua main masak-masak dalam keadaan sedih sadis.Kenapa? Sebab Jahyu potong bawang sampai buat air mata kitorang tumpah melimpah-ruah.Sampai menangis berjemaah kami semua.Dahsyat betul penangan pemotong bawang.Haha.Er apasal? tak kelakar ke?


  • Bakal merempit dengan sopan
Malam ni nak amik Tqa yang baru pulang dari kampung halaman mencari ketenangan dan terus pergi makan malam.Alaaa tapi sticker "P" kesayangan tertinggal pula kat rumah haritu.Ada readers kisah ke aisya? "P" melambangkan pecut, popular dan pengantin.errr pengantin? apakah? tah lah saya pun tak paham. Jadi saya tidak boleh hidup galak tanpa sticker cute tu. (Padahal cuak dengan JPJ) macam hari tu saya men-drive dengan penuh kusyuk sampai tak dapat nak tangkap ada sekatan JPJ di depan.Memang lari tak cukup tanah bertukar driver ; (er boleh berlari ke dalam kereta?) Kami semua notice yang JPJ memang nampak kereta kami stop kat tepi jalan. Semua cuak.Sampai kat JPJ je semua buat muka yang sangat comel dan menkelip-kelip kan mata cantek selaju 200 km/h memandang JPJ.Rupanya JPJ nak cek kami pakai seat belt atau tidak je.Belakang pun dia cek jugak. Kalau tak pakai seat belt Jahyu ada pakai belt seluar.Erk.Ok abaikan.Sudah malu kerana melalut dari main point.Tula akibat imaginasi di luar kawalan.


  • Kekejaman terhadap hp
Jam menunjukkan 5.30 ptg tapi satu sms pon saya tak reply.Kenapa? entah la saya dah rase kurang kasih sayang dengan hp saya.Mungkinkah ini simptom-simpton mahukan hp baru? (wahai ayahku yang hensem apa khabar? i love u! nak hp baru *wink *wink) eh-eh-eh.HAHAHA nampak sangat jujur tapi masih tak desperate.Hp saya juga kematian sementara pagi tadi; err maksud saya battery tiada tenaga sampai waktu petang baru saya perasan akan kematiannya.Isk-isk kejam-kejam.Lihatlah betapa saya tidak berkawan dengan hp.Nanti saya buat entry tentang kasih sayang antara hp dan saya.Tunggu eh.Sebab saya pernah basuh hp saya sampai padan muka saya, KONON nak tunjuk yang saya sangat pembersih.HAHA.Anda pernah basuh hp? best ! cubalah.
.
.
.
Sebenarnya entry ni untuk menghilangkan ngantuk tahap extreme programming seketika tadi.Kerana saya telah meng-head-bang-kan kepala saya secara luar kawalan minda sehingga menjejaskan natural beauty saya seketika ;Er nak termuntah dah ke? Ok boleh bersurai semua.
.
.
Sekian.zzzZZZZZZzzzZZzz.

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com