Thursday, February 12, 2009

Aisya&Heelism ?

Attention!. Attention!. Attention!.

(Sila jangan tension)



Ok sekarang jam menunjukkan waktu 1.33 pm.Tahukah anda betapa saya menahan diri untuk memblog sejak bangun dari tidur tadi ? jam 9.45 pagi.Ok kantoi.Takpe saya memang seorang yang jujur.Ok cukup.cukup.Disebabkan kerja sekolah yang berlambak-lambak ; Baru sahaja menghabiskan ayat asignment SQA (Software Quality Assurance)


Deliverable document to specified person either Customer or PeopleSoft itself has been mention”


Terus dengan lari tak cukup tanah saya memblog dengan rasa excited.Saya baru mengigil-gigil menahan diri dari memblog.Lihat betapa kuat nya ’aura blog kepada saya baru-baru ini.Disebabkan sudah tidak tahan maka memblog lah saya pada waktu ini.HAHAHA.


Motif perenggan diatas hanyala sebagai intro sahaja.Ok kikis rasa nak lempang saya dalam 1 saat.


Berdirinya saya disini ;ok saya mentipu anda sedang duduk sebenarnya. Adalah untuk menjawab soalan di bawah.Kerana ramai readers saya bertanya akan maksudnya.Eh-Eh.Apa? ramai readers?.Tolong bagi saya perasan sekejap sahaja untuk entry ni.tolong tolong.Ya Allah ingat tuhan Aisya.jangan takbur dan sombong.Ok-ok.Ok je? Ah banyak cekadak la budak ni.Entry kali ini saya akan menjawab secara pukal untuk semua.


”Apa maksud HEELISM tu?”

|Aisya&Heelism|

Maksud Aisya : Aisya bermaksud nama manusia.Dimana lebih tepat jika dikatakan nama tuan punya blog. "Aaaaa".histeria sekejap dengan statement diatas.Ok cukup.Sambung.

Aisya adalah separuh dari nama lengkap tuan punya blog iaitu bermaksud bahagia.


Maksud Heelism: Digarab dari kata benda iaitu ’heel’ dalam bahasa inggeris.Dalam bahasa melayu pula bermaksud ’tumit’.Perkataan tipikal yang selalu anda dengar dari perkataan ini adalah ’high heel’ yang merujuk kepada kasut tumit tinggi yang tipikal nya di pakai oleh wanita.Lelaki yang pakai high heel? Ok out of the topic.titik.Saya harap anda pernah dengar dan menyebut nya.Sangat kesian jika anda tidak pernah tahu.Sila tanya jika tidak tahu nanti sesat jalan.


Apa pula ”HeeLISM” ? LISM tu apa?


Baiklah anda tak perlu google.Disini saya akan menerangkannya.Sudah sedia?
.

.

Tarik nafas dahulu.masih gugup.Ok sambung.

.

Kita mula dengan contoh maksud vocab dahulu
vendal : merosakkan atau memusnahkan
vendalism : suka merosakkan atau memusnahkan

Saya kira anda telah mendapat bayangan dari contoh diatas untuk mentafsir
heel :
heelism :



Bukti : Saya mempunyai lapan belas pasang kasut di rak kasut hostel saya.

Tidak termasuk kasut yang dirumah ibu-bapa saya.


Antara koleksi kasut yang baru pakai sekali dan tak pakaI-pakai lagi.



Ok.Sekarang semua boleh bersurai.

Saya mahu mengurangkan rasa excited selepas mengepos blog


Yang membenarkan diri,
EISYALISM



No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com