Dengan kadar segera aku membawa diri ke pejabat pos jaya gading bersama ayu untuk mengepos present birthday ayah yang ke-50 28 februari ni.Before masuk pejabat pos ada seorang pakcik bagi angka giliran kat aku, myb dia amik dua kot tadi.Syukran pakcik.Then aku pun masuk la tunggu dengan penuh debaran menanti giliran.Al maklum la ni first time aku buat keje mengepos camni selalu ayah yang buatkan.( Padan muka aku, sebab semua nak suruh ayah tolong, kan dah berapa tak tahu.)Kebetulan Jahyu pun nak pegi pos surat apply Intership program dan kad kahwin abang dia kat bf dia tu.Nasib Jahyu ada.(tah hape-hape aku ni pegi pejabat pos nak takut, eleh padahal ayu pun takut gak sebenarnya) ngaku jela.HAHA.
Aku & Ayu: (menunjukkan bungkusan dan surat-surat)
kaunter: dik kami tak terima pos laju ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Aku : huh kenapa? (aku dah jadi pelik dan nak emo)
kaunter : sebab sistem kami rosak ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Aku : erk, habistu macam mana ni?
Kaunter : kena pergi pejabat pos besar ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Ayu : kat kuantan tu ke? (Adess!)
Aku : (Adus!, ya allah sabarkan hambamu ini.sabar-sabar Aisya)
Kaunter : Em a'ah ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Aku : (dah buat muka separuh cun dan bagi ruang ayu untuk nego pulak)
Ayu : Bagi saya setem RM1 3 keping
Kaunter : (bagi setem kat Jahyu) ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Ayu : terima kasih.(dan terus macam nak pergi)
Kaunter : Eh, dik bayar la dulu. ( tak senyum dan tak say sorry pun!)
Ayu : Er, sori-sori, nah (Muka control ayu dan malu)
Aku : (apelah Jahyu ni ingat ni pusat kebajikan ke? hakhakhak, sengal betul, eh-eh tetiba aku teringat bahawa aku, harus stay in character.) Letak la notice ke apa ke bagitau customer takda service pos laju, takda la nak tunggu lama camni !(sambil berlalu blah.Erk.bahaya tak aku?)
Ayu : Sya, kuat lagi cakap tu kuat lagi. (Pembakar semangat kentang aku!)
Tak sedar aku hampir semua orang kat dalam tu tengok aku, Ah peduli apa aku, mesti dorang semua sokong aku terutama pada orang-orang yang nak buat pos laju kat situ.Nasib baik aku tak mengamuk laju-laju je kat kaunter tadi.Buang masa laju-laju aku je menunggu.Arrghh.
Pastu aku dengan ayu pun bergegas ke kuantan.Susah gile cari parking, tawaf bapa kali, tapi tak dapat pahala pun, huh? Ok abaikan.Pastu masuk pejabat pos tu, perghh takda lagi ramai rakyat dalam tu? pastu air-cond macam tak function jer, macam ada musim summer plak dalam pejabat pos tu.Aku pun amik la no giliran.Arrgghh tension nye lama lagi dari current no.Tunggu punya tunggu ada kakak sebelah kerusi ayu bagi angka giliran kat kami.Thanks akak! Then ada abg tu duk pandang je aku dengan Jahyu, cuak je ingat apa la tadi rupanya dia pun nak bagi no angka giliran kat kami.HEHE thanks abg! euuwww aku cakap thanks je "abg tu aku remove ok?" (tula lain kali kawal-kawal sikit imiginasi tu). Pastu akak sebelah Jahyu suh aku tanye kalau nak buat pos laju kat bahagian mana sebab dia kata biasa orang amik no ni nak bayar bil.Aku pun dengan muka innocent pergi la tanye kat kaunter ada tertera pos ekspress dan aku pilih penjaga kaunter lelaki;
Aku : Salam, en. em..saya nak buat pos laju macam mana yek?
Kaunter : oo..kat sini la.Barang apa ni? (sambil senyum)
Aku : er.. beg. (tetiba tersuka dengan suasana)
Kaunter : beg sekolah ke? (sambil senyum lagi)
Aku : huh? err boleh la dikatakan sebagai beg sekolah. (senyum jugak)
Kaunter : em jap.Boleh la.(meraba-raba parcel aku, erk maksud aku dia nak rasa la ringan ke tak, paham?) sambil tersenyum padaku.Owh..
Aku : Berapa ye?
Kaunter : RM 7.10 (sambil senyum lagi)
Aku : oo ok.terima kasih (sambil senyum tambah manis sikit lagi.haha)
Kaunter : sama-sama ( membalas senyumanku dengan redup sekali.redup?)
HAHA.Nampak tak? Pekerja camni la aku impress, senyum je kat aku, hilang sikit rasa mendidih aku tadi.Senyum kan satu sedekah.Tak sangka lak aku ramai pulak menderma angka giliran tadi.4 kali tu.Nape eh? Sebab aku pendek ke? ke sebab ayu jangok? (Aisya tolong kawal imaginasi anda!) Ok cukup apa-apa pun thanks pada manusia yang baik hati dan buat kerja dengan ikhlas tu.Murahkan senyuman ok.Kalau yang tak cantik tu pun nampak sweet jek if senyum ikhlas.Ni dah la tak cun tak senyum, tak ikhlas, emo lak tu.Memang !@@#$%. (eh-eh aku lak terlebey emo) Abaikan, aku dah macam hilang arah tujuan je this week.So mayb ni antara simptom-simptom awal.
moral of the story :
- Sampai je, pergi tanya terus kat kaunter ada perkhidmatan pos laju tak?
- Buat muka comel, supaya orang ramai menderma angka giliran lebih mereka
- Sewa keta yang air-cond well function. (supaya Jahyu tak bebel banyak)
- Selalu bawa sun-glass everywhere you go, sebab cuaca sangat panas.
- Jangan takut memperli management yang poor! we deserve! "customer always right"
- Jangan bawa kereta laju-laju walaupun kita nak settle benda laju-laju (lately kalu tak cecah 120 km/h memang tak sah, kalau mak tau memang aku dah kena gelek laju-laju dengan kete.Akak minta sorry mak.)
- Bila dah ada anak pergi ajar anak buat urusan di pejabat pos, wpun masa diorang tadika.err ok tukar bila dah 18 tahun.Jangan manjakan anak anda! macam Jahyu tu.Erk sian kena tuduh.
No comments:
Post a Comment