Friday, July 17, 2009

Benci-suka-benci-suka part 2

Masuk darjah 4 sewaktu umur 10 tahun.

Arif tak pernah serik nak kacau nazatul, ada sahaja idea kat kepala otak dia tu nak sakitkan hati si nazatul ni.Disebabkan perasaan menyampah kat arif membuak-buak,nazatul tak pernah harap muka arif akan singgah di hadapan muka nya.Apatah lagi bertegur sapa.Walaupun disekolah.Dan kalau ikutkan hati mahu saja dia beritahu seluruh dunia bahawa arif tu memang jahat, mulut takda insurans dan semua orang tak payah kawan dengan dia.Tapi iyelah mak merekalah yang membuat mereka bertemu tanpa sengaja.Bila dihadapan mak masing-masing semua buat muka angel, konon takda konflik.Lagi-lagi si arif tu, ceh menyampah betul.Eee memang geram ah, rasa nak pergi pijak muka dia pun ada rasa nazatul dalam hati.


Petang jumaat, pergi pasar malam terserempak dengan arif dan maknya.Maka makcik sadiah dan makcik ani bertegur dan berborak sekejap sambil masing-masing memimpin tangan anaknya.Arif pandang nazatul dan tersenyum.

Nazatul : *Alamak isssk kenapa lah jumpa budak ni kat sini.Eeei menyampah.
Arif : *Pandang nazatul dan tersenyum
Nazatul : *Eee senyum-senyum plak menyampah aku *Menjeling tajam
Arif : Erk *Tersentap
Nazatul : wek! *Mengejek sorok-sorok agar tak dapat diketahui oleh mak mereka
Arif : *Sepak-sepak kaki nazatul
Nazatul : *Menjengilkan biji mata dan ekspresi marah mula terpancar
Arif : Kikiki *Gelak senyap-senyap, seolah puas dapat buli nazatul disitu
Nazatul : Ee!! *Ades bila la mak nak habis borak ni, esok-esok kan boleh sambung.Isk.
Arif : Sombong!!
Nazatul : *Menjeling tajam.Sambil menarik tangan mak sebagai isyarat tamatkan sesi perbualan.


Mereka berjalan arah bertentangan setelah selesai sesi berborak pendek.Nazatul sempat toleh ke belakang dan terkejut melihat arif melambainya.Rupa-rupanya arif tahu nazatul akan toleh ke belakang untuk melihat mereka.Rasa pelik, hairan dan marah pada arif dengan kelakuannya tadi.

Sempat juga mereka berekspresi dalam senyap, dengan ruang yang sempit, ramai orang dan sedang dipimpin tangan oleh mak mereka.Sedangkan terserempak di pasar malam pun nazatul nak termuntah, maka dia telah meletakkan arif sebagai senarai paling jauh dalam hidupnya.Inilah akibat selalu mengacau orang, mengejek tak tentu pasal serta menarik tudung nazatul sewaktu balik dari sekolah.

bersambung..

by Aisya&Heelism

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com