Monday, March 2, 2009

Karnival megasale Jom Masuk U di UMP

Shooping brocher =P

Sabtu lepas ada karnival Jom masuk U yang berlangsung di UMP.
Timb.PM pun datang untuk merasmikan karnival untuk bahagian zon pantai timur.
Memang UMP pagi-pagi buta dah buat announcement through speaker kat setiap blok hostel suruh turun memeriahkan karnival tu.Kuat okey, speaker tu depan bilik aku jer pulak tu.Nak berdarah telinga tahan nak memelihara telinga comel aku ni.(Kenapa aku macam mengarang laporan lawatan sambil belajar ni?) nyampah-nyampah.HAHAHA.Ok sambung laporan seterusnya.

Macam biasalah weekend.Ala weekend sickness yang pagi-pagi tu, macam korang tak pernah kena jek kan? Takpon korang hipokrit.Bangun kul 11 pastu bila awek tanya cakap bangun kul 9 kan? kan? kan? KAHKAHKAH.Standard deviation lah tu.Er keluar dah formula statistic aku.


Kami memang sangat cintakan waktu tidur kami walaupun sesaat tak nak membazir.


Nampak tak? betapa jimat nye kami sebab tidak suka membazir.Tapi apabila terganggu nya waktu fokus jimat tidur kami yang ke 44 kali.Kami pun bangun tak semena-mena mandi tanda memberontak.HAHAHA.(Padahal bangun terus pegi mandi tu maknanya lapar dan nak mencari makanan).Ya Allah apa kes lah aku bangun-bangun cari makanan? Isk-isk Aisya boleh tak bawak mengucap?.Orang bangun pagi-pagi ingat tuhan bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup di dunia lagi.Errk.Ok-ok aku memang suka sound diri sendiri.


Kami pun terus la menuju ke tapak karnival.Tapi list target paling atas adalah tapak tempat makan-memakan.HEHEHE.Yela bukan senang UMP nak bagi makan free, lagi sekali adik-adik kita harus guna pepatah; jangan suka membazir.Kami pun makan dengan budak-budak sekolah sekali.Ramai nya budak-budak sekolah (Semacam jakun sebentar, macam tak pernah pergi sekolah lah bukan?).Aku meramalkan agaknya dari seluruh pelusuk pahang datang kat sini, sebab bas-bas sekolah juga tersangat lah banyak sampai semacam nak menjual bas second hand pon ada lah jugak.Ok tak kelakar next!

Kemudian nya kami pun pergi la kompleks sukan meninjau booth-booth IPT yang ada kat dalam situ.Ada 20 booth IPTA dan 21 booth IPTS kut la.Ada gak nama IPTS yang aku tak tahu rupanya wujud kat malaysia ni.Kira bagus la kerajaan buat event macam ni disamping memperkenal kan IPT masing-masing dapat jugak aku info secara pukal pasal R&D, short course, scholarship etc dan etc.Aku banyak survey program master, InsyaAllah kalau ada rezeki memang ada niat nak sambung master program, tapi aku prefer nak sambung kat oversea, konon-konon nak merasakan enviroment lain.(Ecececeh).University mana, masih dalam research lagi.(Tu dia)
.
.
Jap boring la pulak, lari setempat jap.
.
Tengah terhegeh-hegeh mengusha tu adalah jugak beberapa orang kakitangan yang in charge pergi tanya soalan yang tak patut kat aku neh,

Adik ni tingkatan berapa? Nak sambung bidang apa?

Huh korang rasa patut ke aku ditanya soalan yang susah tahap PHD tu? patut ke? patut ke? Adess.Aku siap search kat google cari info aku kena buat muka apa time camni.(Okey tipu) Aku nak je jawab tingkatan 10 tepu ! KAHKAHKAH tapi tula aku manalah mahu merosakkan nama ump bukan? Maka, aku dengan sangat sopan memberi kenyataan penuh kesabaran dan keikhlasan pada orang-orang yang tak berdosa tu.Macam biasa tak payah explain panjang-panjang, memang sudah termaktub natural beauty aku.Wooo wooo Aisya boleh tak jangan riak kat blog sendiri?

Aku melihatkan ramai orang-orang semacam pergi megasale pun ada kat karnival tu.Nak tahu sebab apa? Sebab diorang punya cara bawak goodies bag tu, macam ada karnival megasale seluruh malaysia yang berpusat kat UMP.HAHAHA.Serius, banyak sangat goodies bag mereka ok? Tak cukup sebelah tangan, dua-dua belah diorang guna, nasib tak guna kaki jugak.Er apakah? Walaupun panas sangat sangat aku mengirakan berbaloi la sebab dapat jugak free notebook, penssss, bookmark dan file.(Macam budak sekolah la gembira nya, lagi-lagi Jahyu gembira sampai bertango).Bila tengok benda ni, rasa macam berjuta jugak la kut goverment invest nak running program besar macam ni.

Anyway, congrats gov ganbate!.

Acronymn : Kami = Jahyu, Jahfar, Aisya


Sekian,


yang menyediakan laporan

_______________________
(Pustakawan tingkatan 10 tepu)



No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com