Tuesday, March 3, 2009

Jambatan tak siap

hoyeeh-hoyeeh-hoyeeh.(sambil bertango lalala)
.
.

Akhirnye habis bab marketing subjek technopreneurship aku baca.Terror tak? (Bukan ke sepatut nya aku bersyukur? Aisya ingat tuhan ingat tuhan isk-isk tolong jangan malu kan diri sendiri boleh tak.HAHA.) Alhamdulillah..ye aku sangat bersyukur kerana dapat mengahkan diri habiskan satu bab walaupun dah rasa meronta-ronta nak tutup buku dari petang tadi.Hep-hep tak baik itu ilmu Aisya!.Okay okay sebenarnya aku ada test technopreneurship khamis ni, sebab tu study bagai. (Padahal ada lagi beberapa bab tak habis baca lagi.Jangan berlagak ok?).Apa-apa pun doakan aku yep para readers tercinta.Yep diulang sekali lagi, para readers tercinta.

Di sebabkan weekend kami tak pergi kemana-mana,(Alasan je ni) tiba-tiba masa tengah study aku pun keluar kan mentol bercahaya kepada roomateku tertera " Jom makan sms " malam ni.HAHA nampak sangat aku tak khusyuk masa tu.Isk-isk. Err.. bukan maksud nya nak makan sms hp tapi makan di Restoran sinar mesra, tempat favourite lepaking kami melepaskan rasa mengidam yang pelbagai level.Ya Allah, ayat apakah ini seperti hilang pedoman.Tak sangka pulak roomateku semua setuju.(Ingat saja je nak test diorang tu tahan godaan tak, ternyata kalah.EKEKEKE). Kami pun bertolak kul 10, Ya Allah macam manalah kan badan tak solid kalau makan pun dah pukul 10.Isk-isk.Sebab nak tunggu ain habis meeting petakom kena lah pergi kul 10.Kalau tak kul 8 tu dah pergi dah.(alasan-alasan-alasan)

Di sms

Masa kami masuk je restoran tu tiba-tiba semacam ada segerombolan pakcik lewat umur yang macam pandang pada kami dan mempelawa kami duduk dengan mereka.(Ini bukan perasan tapi kenyataan ok, kerana mereka menggunakan body language yang sangat jelas) Eeuw please la no way, mereka itu semacam dah berumur dan sudah berkahwin lah bukan? Kalau tak berkahwin lagi pun mungkin sudah terlalu bujang yang sangat lama tempohnya.Boleh tak anda memperlihatkan kelakuan yang setaraf umur anda?, huh tak faham betul, anoyying gile kerana siap bermain-main mata lagi.Nyampah tau tak!.

Kemudian sudah la tergelak-gelak kuat di restoran dengan suara yang tak berapa nak macho, boleh la pulak mengorat kami. Siap bertukar tempat duduk untuk mendekati di table kami dan cakap-cakap ngorat.Subhanallah, paling tak best bila banyak sangat mata-mata yang memandang ke arah table kami berempat (Jahyu,Jahfar,Jahin,Aisya).Kami sangat malu seperti kami yang mengudang kontroversi ini berlaku.Apakah salah, kami comel bergaya dan masih tidak berkhawin? HAHAHA.Ello pakcik, anda sangat menjengkelkan okay, tak nampak ke kami tak berminat? Boleh tak pergi sekolah khas dan ambik subject body language? Aarrgh tension nya, kami mahu makan dengan aman ok? bukan dengan pencemaran telinga dan mata.

Pencemaran telinga : Mengeluarkan kata-kata ngorat dan gelak yang tak terkawal.
Pencemaran mata : Kelakuan menjengkelkan dan keserabutan diri dan wajah mereka.(seperti tajuk di atas, baca sendiri.)

Sehingga Jahyu yang tadi nya rungut lapar sangat-sangat dah menjadi hilang selera dengan pencemaran segerombolan pakcik-pakcik tu.Jauh sekali nak panggil abang, mind you rasa nak panggil atok pon ada tadi.Dimanakah pengangan rukun negara malaysia yang mereka selalu sebut sewaktu di perhimpuan sekolah dulu? " kesopanan dan ketatasusilaan".Adus ingat-ingat la tuhan, anak bini di rumah pakcik.Kenapa perlu memperlihatkan kelakuan seperti itu? Menyimpang jauh dari kesesuian umur anda.Eh kalau sesuai pun kami tak layan okay,jika dengan cara tak berhemah dan diri yang tak terurus itu.Sangat geli-gelaman lah kami semasa makan.HAHAHA.Sudah sampai ke dalam kereta nak balik pun mereka boleh lagi nak panggil-panggil kami.Ya Allah macam apa je.MELUAT. Nasiblah mereka tidak mengekori kami balik.Syukur,Alhamdulillah cuak juga pada mula nya.(biasalah aku punya imaginasi kan kadang-kadang terlampau hyper sampai ke kurun 24 aku pikir kan apa bakal terjadi diatas kesinambungan kejadian di sms tadi)HAHAHAHA.

Di esso

Aku rasalah kan Jahyu tu sebab sampai tak selera kena usik dengan mereka-mereka tadi boleh la pulak nak isi minyak kereta dengan minyak diesel.Aku pun pelik tahap monkey, kenapa lah Jahyu ni pergi amik pam yang tertera "diesel" dan selamba je picit pam tu.Lepas aku tegur baru dia perasan, tapi dalam perasan-perasan tu rupanya dia tak tahu yang kereta pakai petrol biasa jek.Erk biar ben??? KAHKAHKAHKAH gelak 120 km/h aku mengenangkan kisah si JAHYU dan PAM DIESEL.Lawak sungguh la kawan aku yang satu neh.Nasib baik la bukan, dia tak tanya kalau isi guna minyak urut pun boleh eh?.Memang la nak kena sepak laju-laju masa tu jugak.

Kesimpulannya, disebalik peristiwa menjengkelkan tu aku terhibur jugak dengan lawak sengaja si Jahyu malam ni.Kami punya la rasa annoying sampai tak sempat pun nak snap pic masa makan tadi.

Oya

Aku juga melihat ada pasangan yang membenarkan anak mereka berlari-lari main tak pakai selipar di restoran tu.Tak pakai selipar ok? Ello ko tak takut ke anak ko kena jangkitan pada kaki dan kulit.Kotor ok, banyak bakteria di situ.Lepas tu boleh la pulak Jahyu bukak cerita pasal kawan dia, sangat bangga tak pakai selipar pergi ke mana-mana.(Er perlu ke bangga?) Sudah nye mereka menggelarkan budak bangga itu sebagai orang asli.Mesti la bercorak teruk tapak kaki dia bukan? Sudah dapat ku bayangkan.(Lihat la bila aku tak dapat kawal imaginasi aku neh.Haih.Aisya talk to the hand!).

Aku nak pesan awal-awal,


Anak ku sayang, jika pergi ke mana-mana luar rumah wajib pakai selipar ye sayang. WAJIB.Ibu tak suka sayang bawak bakteria banyak-banyak kat rumah okay.Mungkin nanti ibu perlu mop 3 kali sehari, lain la kalau ayah ada hired maid untuk ibu atau membelikan ibu mesin mop yang sangat alergic pada kekotoran macam dalam cerita wall-e tu.Kalau ada pun tetap kena pakai selipar di luar rumah! TITIK!.

yang sangat mengambil berat,
Ibumu yang menawan hati.








HAHAHAHA.Agak-agak anak aku baca tak nanti? Apesal la aku neh, agaknya terlebey makan kismis kut.(Kismis menjadi makan kegemaran aku lately, padahal dulu tersangatlah membenci kismis.) Tu la orang kata, jangan benci nanti jadi sayang dan kita akan mahu setiap hari serta terjadi kenyataan pula.KAHKAHKAH.Kalau macam tu boleh tak aku nak membenci seorang pilot doktor jurutera arkitek ceo........Aisya talk to the hand!

Er ok, tumpang lalu.Salam.Nite.

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com