Friday, March 13, 2009

Peng-anti lelaki

Cite basi walaupun dah basi aku masih terasa fresh dan histeria bila dapat tahu.


28 february 2009

Nabilla adrina selamat bertunang bersama pasangan.


0 false false false MicrosoftInternetExplorer4

Kawan baik mase dari darjah 6 lagi yang tersangat anti lelaki bakal mendirikan rumah bertangga pada 1 ogos 2009.


Histeria aku dia buatnya dapat berita macam ni.Dalam kehisteriaan aku mahu mengucapkan tahniah, semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keredhaan illahi.Amin.Aaaaaaa betul ke ni nabilla?

  • Dia sendiri tak percaya dia dah tunang dan bakal berkahwin.
  • Dia paksa aku datang jugak majlis nikah dia kalau tak nanti dia.. haih korang tak akan dapat imagine apa dia nak buat pada aku.
  • Dia diantara segan dan tidak segan meminta aku belikan present wedding dia berupa mircowave.Aku tengah korek akal mana nak cekau duit.Yang terbayang hanya wajah ibunda dan ayahanda.HAHAHA.
  • Dia selalu tanya aku, soalan yang susah aku nak jawab contoh ”Kau bila lagi?”
  • Dia selalu buat aku histeria bila bercakap dengan dia, aku rase dia patut ganti syafinaz bila dia bersara dari jadi cikgu vokal.
  • Dia selalu nak beat aku time exam kat sekolah dulu dan buat aku histeria nak belajar tamak-tamak.Bila dapat result kami akan histeria sama-sama.HAHA.
  • Dia selalu suruh aku masuk larian balapan.Sebab lepas lari aku akan histeria kepenatan macam nak koma dan dia pun sebagai anggota st.john ambulan menunjukkan keperihatinan beliau kepada aku konon-konon sebab kalau aku tak lari dia tak ada pesakit nak rawat dan terasa boring.HAHA ada ke patut? (Aku pun tak percaya aku boleh lari-lari masa hari sukan, ni cikgu paksa aku masuk tapi apakan daya, aku dapat no 2! Nak bangga sikit.HAHA)
  • Dia selalu buat aku histeria bila nampak anjing balik dari sekolah sama-sama dengan dia.Dia pun terkejut histeria macam mana aku boleh lari laju gila dari dalam track dan dari member aku ain yang pernah diisytihar sebagai olahragawati sekolah bila anjing kejar kami.HAHA.Oooo baru kau tahu aku pemecut sebenar! Huh riak nya aku, ah cuba kau suruh aku lari sekarang, belum sampai kiraan 3 aku dah lari jugak tapi lari pergi tidur.HAHAHA.Stupidos punya anjing sampai sekarang aku histeria nampak kau tahu!.
  • Dia tak suka aku cakap dan gedik-gedik dengan lelaki.Kalau aku buat dia akan menyampah tahap extreme programming sampai dia nak hapuskan lelaki tu tapi bukan hapuskan aku.HAHAHA.Tapi aku tak buat pun kan nabilla? Manalah aku reti gedik? Apa tu gedik ? tak reti-tak reti seyes!(dun slap me).


Huh tapi akhirnya kau dulu dipertemukan jodoh, aku pun gembira akhirnya kenyataan kau ”taknak berkahwin seumur hidup” telah kau renyuk-renyuk kan dan buang jauh diperantauan.Puas aku pujuk kau dari dulu lagi, supaya melihat ”kahwin” dalam perspektif yang positif diatas syariat agama sehingga kau membentak bantah aku secara degil dan akhirnya.. alhamdulillah..Aku tengah histeria kegembiraan dan terkejutan diatas keputusan kau ini.


  • Aku akan rindu nak gelak dan menangis dengan kau.
  • Aku akan rindu nak paksa-paksa kau tidur rumah aku dan rasa masakan aku dan tambah banyak-banyak kali.
  • Aku akan rindu kau selalu nak buat aku marah sampai tergelak.
  • Aku akan rindu nak belajar naik kenderaan awam dengan kau, sampai kau dengar je aku komplen tak sudah-sudah.
  • Aku akan rindu nak menari sama-sama sambil tengok cd konsert spice girls, konon-konon kita ni spice girl malaysia.Aku geri dan kau emma a.k.a baby spice.Port selamat rumah aku sebab parents aku kerja.HAHA.
  • Aku pun akan rindu nak jeles-jeles tengok koleksi gambar spice girls yang kau dapat.
  • Aku akan rindu jugak usik kau sampai kau blushing marah gila kat aku sampai aku terhegeh-hegeh pergi pujuk kau.HAHAHA.
  • Aku akan rindu tengok kau terblushing-blushing bila family aku bawak kau jalan-jalan dan pergi makan-makan.


Aku suka kawan dengan kau.Aku pun takda kakak dan adik perempuan, sebab kau seorang yang sangat tabah melalui ujian getir seawal waktu sekolah, kau tegas dan tahu apa yang kau nak walaupun kau ni memang degil macam batu lesung.HEHE.Op-op dah nak jadi isteri orang kena berlemah lembut, kau kan nak lalu bawah pedang nanti (Bakal husband kerja tentera udara, er kenapa tak lalu bawah kapal terbang ke? ).Sejak aku pindah sekolah form 4 dan pindah rumah kita dah jarang nak jumpa-jumpa.Sampai kau pindah rumah jugak dan sambung belajar di UM.


We make it nabilla! Sama-sama dapat masuk U.Jom histeria sambil bertango!!



InsyaAllah sebelum kau nikah ni kita jumpa dan berongeng sepuasanya sebelum kau bergelar isteri orang.Sebab lepas kau dah kahwin kita dah tak boleh macam-macam lagi kan.? Kau pun memang nak baby cepat-cepat kan? Mesti kau dah busy lepas ni.Macam kelakar je melihatkan keadaan kau yang sedang jatuh cinta dengan tunang sendiri.HIKHIK.Al-maklumalah PENG-anti lelaki sedunia dah jatuh cinta.KAHKAHKAH.Tapi aku sedar tuhan itu maha kaya dan berkuasa keatas hambanya.Lihat sahaja miracle yang terjadi pada sahabatku ini.


Mesti kau histeria gembira masa dia propose kau kan? Yela kenal pun tak lama.Aku plak yang melting ni apasal? HAHAHA.

Menghitung hari menuju hari bahagia.Sweet nya..hmm termelting melimpah ruah



(T________T)

Love u and miss u secara banyak!





No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com