Monday, March 16, 2009

gantung keluar a.k.a hangout






Tumpang lalu.

mana boleh tahan Jahyu dah update pasal beronggeng rokiah kat kuantan. Aku pun nak jugak hupdate.Tak kira-tak kira boleh eja tak?. Jahfar pun.Er jahfar? Jahfar tak pernah update sebab dia takda blog.Dia selalu blog dalam hati seorang diri.Readers dia tentula yang terdekat dengan hati iaitu para jantung limpa usus paru-paru dan buah pinggang.Erk buah ada pinggang? ok tak kelakar, move-move!

Sebenarnya kejadian mengeluarkan diri dari KOTAK UMP ni tak dirancang pun, pada hari jumaat kami kelaparan dan ketepuan otak membuat homework yang melimpah ruah, jadi terasa fikiran sangat sempit untuk teroka penyelesaian, sempit sangat tak muat nak gapai jawapan.Argh.. SQA punya assignment yang susah tahap critical thinking, SPM yang aku sakit hati cari template attachment untuk closure phase, MOBILE yang perlukan pc berciri canggih manggih, laju maju, untuk develop project.Eh-eh bukan ke aku tak datang lab mobile last friday? Ye aku tak datang kerana sakit telah terjah kedalam kepalaku tanpa izin.cepat kau minta maaf kat aku,cepat! HAHAHA ok-ok aku dah maafkan kau.Sebab kau lah aku TERPONTENG.

Nak dijadikan cerita, kami ter-rancang untuk ter-keluar sebab terasa macam ter-sudah lama tak ter-jalan-jalan.Aku pun tak henggat kurun ke brapa last aku tengok wayang (okey tipu).Tapi memang lama sangat-sangat.(aku takde part time lover nak ajak aku tengok wayang macam Jahfar) Erk..tak-tak aku tak komplen.Takpe-takpe nanti aku beli wayang tengok puas-puas, Ah tapi jangn nak mimpi la, wayang kulit cokia boleh la aku beli.(Aisya boleh tak tengok fulus kat purse ada brapa sen? pastu mengucap panjang-panjang ok?)Apa aku mengkrepek ni?


So AIM kami tengok wayang dengan jagung pop dan pergi karok.Sebab semua pun cerita macam tak best kami tengok cerita geng upin ipin, Pergh memang best la, aku dah lah susah sket nak impress animasi malaysia, yang ni memang aku thumbs up la! ganbate!!!!

Korang dah tengok? memang aku recommend pergi tengok sekarang gak! now-now! Kami punyala konsentrasi sampai tak habis pun jagung pop kami, di ulang jagung pop tak habis! aik biar ben, punyala tamak-tamak nak beli yang besar pastu separuh pun tak habis.Tengok-tengok aku pengfokus yang bagus kan (Ok jangan cakar blog aku).Pastu nak pergi karok tapi full pulak so, pergi jalan dulu penatkan kaki dan pergi melelehkan air liur.


Aku akhirnya tertewas dan histeria bila masuk kedai kasut nose dan ada paparan discount 50% (Tak payah bayang macam mana aku kena histeria) Terus terfalling chenta dengan sebuah kasut sampai termelting-melting kat situ jugak. Ya rabbi, mengucap-mengucap sebelum beli. Masa tu habis terblink-blink pancaindera aku macam lampu LCD.HAHAHA.Walaupun dah 44 kali fikir dan buat kajian, aku beli jugak akhirnya.Kan aku dah kata Jahyu memang pembakar semangat kentang aku.Tengok la dia pun beli jugak.

my new sweetheart,muah! no regret baby.

OMG pura-pura terkejut sebab tershooping.OPSS SORRY TERSHOOPING!

Pastu dah dapat, apa lagi catwalk pergila tempat karok cepat-cepat sebab takut pergi singah-singah lagi nanti kena gadai lipstik plak nak membeli.12 lagu kami karok, sampai jiran sebelah ngorat pun tak perasan.HAHAHA.Diorang siap snap pic kami, mase tu terasa macam betul-betul tengah buat konsert.Feeling habis melimpah ruah.Histeria jiran sebelah tengok kami.SIYES tak tipu.Sampai diorang nak amik signature kami, suruh sign dekat bahu.Tapi kami cool je dan profile rendah. (Eley padahal korang nak no fon kan? kan? kan?) KEKEKKEKE.Kau percaya ke?

Macam biasa lepas nyanyi terus berlari tak cukup tanah cari makanan.Ya Allah, kau tengok tu, isk-isk.Betul apa, masa nanyi tu dahlah keluarkan tenaga banyak, suara, gaya, pose, idea, nak luaskan ruang sempit otak supaya balik boleh buat assignment(ecececeh) mestilah lapar.Yang best nye aku dapat makan eskremmmmmm, yaaaaahhooo.com.my! (Ya allah kesian betul budak ni jakun macam tak pernah makan ais krim seumur hidup, tengok la pastu histeria nak habiskan, mula la cari mulut orang lain untuk disumbat.)KAHKAHKAH.Maaf pada si mangsa.

Sebab semacam tak sempat kami tapau je,pastu pergi terminal Jahyu nak beli tiket balik kg. sebab sabtu ni kenduri kawen abg dia.Pastu ter-singgah bazar depan terminal dan ter-beli sehelai shawl yang bling-bling.Pastu balik histeria nak buat gaya ala-ala siti pakai selendang.KAHKAH siyes jadi!(Pose gaya siti tak boleh sidai sebab nanti semua nak amik pic aku masuk melody) HAHAHA.


peringatan : shawl yang ni bukan beli satu percuma satu ok.
Adik manis bersama menjeling.Ni cilok kat Jahyu punya blog.

Overall nya aku happy sebab dapat hangout tengok wayang, makan jagung pop, makan eskrim sundae strawberry, makan nuggets dengan sauce bbq, beli heel dan shawl.Pastu aku pun histeria tengok duit dah kering kontang.HAHAHA padan muka aku yang comel.Balik before tidur sempat tengok cerita the day after tommorrow.BEST-BEST.Nak tengok kasut Jahyu ? pergi tengok sendiri.
.
.
.
.
Now tengah histeria sambung membuat homework yang banyak melimpah ruah.Tak percaya? boleh keluar.HAHAHA.tengok-tengok.Takut tak?

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com