Tuesday, March 31, 2009

Ditaktor gigi besi

Serius nak bagitau anda saya tak suka entry bawah neh (Melihat sambil menjeling).Apasal? biasalah lumrah manusia nak suka atau tidak.Ah tapi kau tak payah ambik pusing sebab perkara ni tidak akan menjejaskan prestasi akademik dan kerjaya anda.Serius.Aku memang ditaktor disini jadi aku berhak buat keputusan.Eh-eh motif apa bagitau neh Aisya?.Motif pembunuhan.(Okey mentipu anda)

Waktu aku sedang mem-blender entry ni semua roomate aku dah sampai London.Jadi siapalah mereka kalau aku tak pergi join sekaki.Tentulah mereka boring tanpa I disisi.HAHAH.Jap je jap lagi I join you all.Now 9.30 p.m.Hari ni kelas full sampai pukul 6.So no wonder semua dah collapse dengan berdedikasi sekali.Plus

Hari ni kena submit buku exercise jepun dan drama jepun.Sudahlah berlakon seperti boleh mendapat anugerah bintang popular, lepas ditayangkan tak tahu nak sorok muka kat dalam poket siapa.Masa tu tiba-tiba rasa macam jadi kura-kura.(Yela jadi manusia tentulah tau apa-apa.Jadi kura-kura tentulah tak tau macam manusia tau apa-apa).Eh apasal ayat dia neh macam takda masa depan? HAHAHA.Apalah sangat dosa sebuah drama sampai aku pergi emo blush part 3 ni.Halah ayu dengan farin pun sama.Agaknya kalau ada helmet kat situ jugak diorang ratah nak bagi cover line muka sendiri macam kurang cute bila gelak tak dijemput kan? kan? kan?.Apa aku cakap neh?.Next!

Hari ni kena jawab aptitude test dari Company Internship.15 soalan tahap critical thinking super power 100 degree punya hot (I tell U).Kau paham-paham jela tentu-tentu soalan dia mencabar minda dan kecantikan aku neh.Eh-Eh.See-see.Dah la busy bla..bla..bla..tapi settle dah, kata orang bekerjasama itu penting.So formula tu la yang aku deploy tadi kat kelas SPM.HAHAHAH.(Apasal aku gelak? padahal tak kelakar pon).*Tak paham.Aku pun kompius kenapa dia nak bagi test lagi padahal aku dah confirm dapat pergi tempat tu.Oh mungkin dia nak suruh aku masuk kelas maths horror 18SG if aku tak boleh jawab agaknya.(Kalau kelas math Error sudah tentu tak sabar nak register).HAHA.Er harap-harap mereka tak investigate aku macam CSI or X-files dan dapat tahu yang aku sangat segan pada Math.Kalau dapat tahu serius aku pindah dari Malaysia.Ceh macam bran sangat.(Ok saya berguraula, anda serius sangat ni kenapa?) HAHAHA.



Hallamak.Lupa nak send email kat ayah tentang barang panas tu.Haish.(Aku pun macam tak
percaya aku buat-buat delay pasal barang ni).HAHAHA.Aisya ke tu?
.
.
.
.
Tadi balik kelas sempat layan satu movie sampai terpejam-terpejam mata ni.Sekarang I nak sambung pejam.Orang kata tak baik tangguh dan putus kan niat.Ceh macam bagus je bila menjawab bab ni.Kena macam bagus sikit supaya ....zzzzZZzzZZ..kroh..kroh..kroh.. (anda sambung sendiri, saya tak sempat nak jawab sebab mata dah pejam.)Serius.

Monday, March 30, 2009

Hati "akak i " bertanggo

Tumpang lalu (Lalu-lalang di hadapan blog sendiri dengan sangat sopan)

Terlambat update sebab terlalu banyak komitmen hari ni.Ops terlepas taip pulak.(Apahal macam gedik je ayat ni?) HAHAHABIARLA.Aku baru je habis buat reheasal untuk berlakon short video subjek jepun untuk esok dengan group aku iaitu JahYu, JahFar, JahTeng, JahBonYen. (Aik? Teng dengan Boon Yen pun masuk forum Jah?) .Ok tak kelakar next.

Save earth 1 hour + 22 hours
Semalam bilik aku tutup lampu jam 8.30.Aku farin dengan ayu solat isya' dalam keadaan gelap sambil disinari cahaya bulan mac nan idah.Eececece.Dengan larian tak cukup tanah selepas solat semua berlumba-lumba naik katil.(Ayohmat get set go!)HAHAHA.Sebelum beradu aku call mak kejap dalam 20 minit macam tu untuk menghilangkan bila terasa rindu by dafi, lepastu terus tidur tak belok-belok sampai ke pagi esoknya.TADAA..magik bukan?.Sudahnya kami memang support campaign tu dengan terlalu over excited tahap phase maintainance dalam software process.(Phase paling last.Kalau tak ingat pergi google sekarang) Bukan sahaja tutup lampu untuk sejam tapi untuk berjam-jam over-nya, sampai malam ni baru bukak.See-see? (Sambil catlwalk and pose every single angle macam kat pentas runaway).Sebenarnya kami kepenatan tahap critical thinking (I tell You) sebab tu collapse dengan cemerlang 4.00 flat.SERIUS.

Smk Lepar preview
Sabtu punya kes, aku jadi facilitator yang berdedikasi untuk mereka semua.Ececececeh.Aku punya group handle pelajar form 5.Seronok walaupun ada beberapa masalah yang memang in the list expected.Mula-mula cukup 40 orang, lepas habis bagi kumpulan tiba-tiba jadi 36 orang.Aik? Ah! tak payah aik-aik.Wahai adik kalau nak tahu apa yang kami deliver boleh stay, kalau tak nak pun takpe.Ada akak heran? Kau yang nak amik SPM, akak dah berkurun dah lepas SPM sampai terasa nak amik lagi pun ada.HAHAHA.Sebab SEKARANG rasa macam SPM tu senang je sebenarnya boleh jawab sambil menyiarap, pakai sunglas, sumbat MP3 dan makan fun fries. (Eh-eh over pulak dia neh).Jangan ikut jangan, kalau anda mahu hidup lama.Percaya lah.HAHAHA.Picas ada kat en.azhar single (Makluman ada 2 en.azhar dalam fac FSKKP.So 1 yang single, 1 lagi yang hensem 44x) HAHAHA.Kalau dah dapat nanti aku upload secara pukal sampai anda naik muak nak termuntah tengok.(Gile berani aku buat macam tu).

Part paling terharu-biru, sebenarnya malas nak share tapi orang kata sharing is caring so why not? EKEKEKE.

"KAK I nak signature dengan biodata dengan no fon sekali ye?"
"Er akak bagi email jer okey nanti contact akak through email"
"Ala saya tak reti lah guna email, bagi la no fon.Plz,plz,plz"
"Erm betul ke ni? erm okeylah"
"Yes! tenkiu akak malam nanti kita call tanya pasal math mod"
"Erk!"

Hamik kau, memang speechles crying in a river aku masa tu.Serius punya suspen tak tahu nak ubah muka kesian tahap macam mana dah sebab muka aku memang set in default macam muka comel.HAHAHA.Cuba kau bayangkan kalau 10 orang call nak tanya pasal math mod.10 orang lagi call nak tanya pasal fizik.Tu tak termasuk lagi yang 16 orang.Boleh extend 2 tahun aku kat sini.(Ya allah, jauhi la aku dari extend terlalu lama.fuh kiri-fuh kanan).Mintak-mintak la line selalu busy je waktu diorang call.HAHAHAHA. (Hey-hey aku bergurau jela, Fuh susah betul jadi orang feymes ni).Blush.Aisya talk to the hand!!

Oya fyi, tadi aku pergi shooping tingkap pasal HP.(On9 je pun).Tapi aku tak berapa reti sangat nak usha.Al-maklumlah sejak-sejak pakai hp 0.1G ni mana aku heran pasal current release model hp kat market sebab aku ingat aku kena pakai hp zaman parameswara ni sampai ada orang panggil aku"opah".Ku sangkakan hujan di tengah hari rupa-rupanya panas hingga ke malam.HAHAHA.


Tapi saya telah falling cinta dengan samsung soul.Oh! (Love-love terbang di atas kepala secara banyak)
.
.
.
.
.
.
Entry gopoh-gapah ni disediakan oleh manusia yang sangat sleepy.Tidur jom.Kombanwa.
Kroh-kroh-kroh-soul-kroh-soul-kroh-kroh.

Saturday, March 28, 2009

Tidak ter-speech

Ok kena taip laju-laju ni sebab esok I ada program interaksi siswa di SMK lepar, pahang sebagai seorang fasilitator.(Sejak bila guna I-I pulak ni).Kau tengok, isk-isk rajin nye.Cuba kau tanya dia neh dah tahun berapa? Dah final year pun sibuk nak ber-aktiviti berciri kemasyarakatan dan keperihatinan.Cewah.HAHAHA.

Ekceli, along yang ajak join if tak busy.Dia tak kasi aku tengok movie dengan gian la tu agaknya, yela tak baik untuk kesihatan dan kecantikan if terlalu obeses.HAHA.(Apa neh?) Then aku pun dengan tak bersalah pergi masukkan nama Jahyu dan Jahfar sekali.Padan muka, biar diorang tak dapat keluar dating.HAHAHAH (Gelak jahat macam profesor klon).6 final year student merelakan diri men-join aktiviti junior PETAKOM.(Sebenarnya ini adalah pemantauan dari mantan, Kau percaya? HAHA shut up if tak percaya).Me, ayu, farin, along, mekna dan alin.Jangan risau anda pasti dapat menonton wajah mereka-mereka di blog comel ini in future.Meeting tadi sangat lambat nak start sampai aku start bersuara baru nak mula .(Kau tengok, punyalah garang dia neh, pergi takut sikit).So far ok, kita tengok esok macam mana.

Oya part neh paling best (I tell You).Dah sedia? Ehem-ehem

Mak : Hello akak dah makan ke?
Aku : Belum lagi, tak sempat.
Mak : La kenapa tak makan lagi, kesiannya lewat dah ni, busy eh? (Comel betul mak aku ni)
Aku : Ha busy sikit esok ada program kat Lepar.
Mak : Pukul berapa habis?
Aku : Petang kut dalam kul 7 camtu.Kenapa mak?
Mak : La Mak ingat nak datang kuantan tidur sana.Bla bla bla..
Aku : *Speechless. SERIUS?
Mak : Jap eh ayah nak cakap.
Ayah : Kaklong ayah nak datang esok, ayah dah rindu sangat dah kat kaklong.Nak tidur sana.
Aku : Hah ye..akak pun rindu jugak, eeeeeeeeee best nya.Betul ke neh ayah?
Ayah : betul..bla bla bla

Since ayah kata maybe akan sampai dalam jam 6 or 7 petang aku suruh ayah consider balik.Yela sampai je dah malam lepas tu esok dah nak balik.E tak best la cenggitu, sekejap je tak dapat pau banyak-banyak.HAHAHA.(Hey-hey tolong malu sikit eh).Ah aku gurau je la.Then selepas meeting conference dengan ayah aku kejap live on call, ayah pun decide datang next week, bersamaan waktu mak tak kerja half day on saturday, dapat datang awal sikit.Aku yang tamak neh lagi suruh ayah datang hari jumaat.HAHA (Tak sedar diuntung betul, dush-dush).Aku macam dengar tersekat-sekat ayah aku nak jawab setuju.HAHA.Mesti ayah aku antara kompius nak jawab sebab well my ayah neh really workholic.Dia je pekerja yang suka kumpul cuti banyak-banyak.Kalau ada award cuti paling banyak yang masih tak guna mesti ayah aku menang.Confirm!! I tell You.


Ayah : Akak nanti send ayah msg or email eh.
Aku : Er untuk apa ayah?
Ayah : Ayah nak belikan hp baru untuk akak neh, nanti akak bagitau la model apa ok.Budget dalam RM $$$.$$ (Dirahsiakan demi keamanan sejagat).(Sumpah aku mempuji-puji dan meter kasih sayang terhadap ayah naik ke tahap next to maximum).
Aku : *Speechless. SERIUS? (Histeria in mute sound 30 second sambil bertanggo)



(Buat-buat cool padahal mengelupur tak percaya kata-kata ayah)
Okey boleh bersurai semua.Nak tidur ber-dreaming-kan hp.Tepi-tepi.

Friday, March 27, 2009

laundary war vs hot earth

Tepi-tepi
.
.
.
Cuba teka apa terjadi pada bakul laundary saya? Pergi zoom in 100 pixel sekarang jugak! HAHA.Ha yela semalam kau punya mengkantoi kan aku.Hari ni mission accomplish.Nak berlagak sikit.Tepi-tepi.Manalah dia neh tak berlagak, dia punyalah high spirit pergi tergedek-gedek bawak bakul laundary comel dia tuh pergi ke opposite blok dia buat laundary.Sudahlah jauh, tingkat 3, bertrip-trip pulak tu.Kalau lah washing machine kat blok kat aku tak rosak, setiap hari aku buat laundary.Ececece.Hey-hey nak basuh apa everyday kat washing machine rm2.00 per entry tuh? (dah macam bayar parking pulak).Sudahlah tidak ber-husband, tiada komitmen penting nak basuh hari-hari.Aik? Apasal engkau main kasar guna word husband neh?

HAHAHAKUPUNKOMPIUS.

Penuh ampaian, sambung mensidai kat bilik.Dah macam kubu laundary war tempat aku dengan Jahyu. (Macam kedai bundle pun ada rupa jugak) HAHAHA.Well FYI, if aku tak pergi meng-laundary-kan diri 4 weeks pun i still got clothes to wear.(Amaran : Ini belum pernah terjadi okey).Apasal kau tak percaya? Kau nak pinjam pun ada lah jugak baju nak bagi.SERIUS.(Neh kalau ayah aku tengok memang dia bagi aku cuti beli baju setahun kot) HAHAHA.Tolong-tolong tak sanggup terima hukuman juvana itu, wahai ayahanda yang hensem lagi arif.(Hey Aisya motif apa neh?)

Cukup-cukup.Mak kata jangan riak, tak baik.


Eh, guys esok jangan lupa tau.Apa kau kata?.Esoklah jam 8.25 tu kau get ready lah dengan pyjama, socks and topeng mata tidur kau tu okey, (Apa kena mengena?Mengenanya if U prefer tidur at that time).HAHA, kan kau nak support campaign save earth, from global warming selama sejam kan? kan?.Semakin kurang penjanaa tenaga elektrik, kadar CO2 emission juga semakin berkurangan.(konon-konon macam hipothesis masa belajar sains kat sekolah dulu).Ausie dah buat campaign neh since 2007, so now Malaysia pun dah join up.(Thumbs up sikit la dear bagi full support).Tiba-tiba nak penuhi piawaian blog ISO kasi informative sikit.Cewah.Eh kau jangan goggle standard tu confirm tak jumpa.KAH KAH KAH.

the earth hour
28 March 09
8.30pm-9.30pm

Oya.Ada reminder sikit ni.Yang tengah drive and riding tu janganlah turn off lampu kenderaan anda pulak secara tiba-tiba.Malas aku nak cakap pasal akibat dia.Sebab aku nak korang still dapat baca blog aku neh, belum habis lagi baru nak mula.(Muka serius tahap ph 8.9 semasa mengetuk papan kekunci, I tell U)
.
.
.
.
Aku happy hour sebab no more penghuni in my bakul laundary.Hip-hip hooorraayyy! Ada konvo untuk ni tak? HAHAHAHAPESALAKUNI. Lebih baik anda masuk shelter masing-masing sebelum dia neh paksa-paksa anda baca blog dia lagi secara mengganas.

Thursday, March 26, 2009

tag 5?

HAAAAAAAAAA kena taged lagi dari nisahBlur memang sah dia ni 'Pengila tag'.Tolonglah cik nisah anda masih muda.Eh-eh tetiba pulak.Okeylah disebabkan Im quite free today, Eceh.Asal dengan blog je banyak la kau punya free.Pergi tengok bakul laundry kau tu sikit, lepas tu zoom in 100 pixel terdekat.HAHAHA.Tapi anda jangan worry sangat masalah peribadi ni sikit pun tak akan menjejaskan anda.Duduk je situ diam-diam dan start baca ke bawah neh;

My top 10 most favorites foods:
1. Vanilla ice cream, It must i tell u.
2. HL fresh milk
3. Laksa asam
4. Bihun sup with kick sambal kicap
5. Tom yam
6. Ikan.Im lovin it.Tak percaya sudah.
7. Cekodok pisang.Apsal tak puas hati?
8. Jus apple!!
9. Nugget mcd with BBQ Sauce
10. Kuah kacang, buat aku drolling.Isk.

10 things i love doing:
1. Listening to the music
2. Shooping!
3. Blogging la, apa tu pun tak tahu?
4. Cooking if ada orang nak makan, see-see.Ehem.
5. Menjajah internet, semua aku swim sambil drink.
6. Menjajah diri sendiri.HAHA.Eh apasal muka kau berkerut?
7. Jadi desperate nak tengok desperate houswives.
8. Reading.I tell U seriously.Apasal tak percaya?
9. Shopholic + horlicks = Tak paham
10. Having conversation with full expressive.Huh?

5 things i love doing when i'm emo:
1. Makan ice cream
2. Muhasabah diri dan berangan diri dan flash back diri.HAHA.
3. Reduce talking, it really less.Serious.I tell U.
4. Crying 1 swimming pool.Volume 1 je.
5. Sleeping beauty.Kau percaya lah.

5 things i love doing when i'm happy:
1. Makan ice cream lah.Tanya sekali lagi kena belanja tak kira!
2. Tiba-tiba buat romantik.Eh-eh Takda kena mengena.HAHA.
3. Melihat masa depan with senyuman indah serta tanam bunga dalam hati.Ceh.
4. Tiba-tiba rajin mendak-dadak.U can't imagine how.Horro sangat.
5. Karok jom.Lagi horror.HAHA.

10 addicted playlists:
1. Cintamu - Siti nurhaliza
2. Aku dan dirimu - Bcl & Ari laso
3. Tanpa - letto
4. Over it - katherine mcphee
5. When im with you - Faber drive
6. Over you -Daughtry
7. Hot - Avril lavigne
8. Ku bahagia - Melly goslow
9. Beep - PCD
10.
Rasulluah - The zikr

Person i want to tag:
Semua sekali termasuk mak ayah yang jauh diperantauan sana.Ewah.Padahal kat sel je pun.

Wednesday, March 25, 2009

O bulan

march 24,2009 jam 23:18:26
Tiba-tiba hp aku bunyi, masa aku tengah syok-syok layan cerita titanic. (Aisehmen cut feeling betul) Macam aku kenal je nombor ni.Lepas dengar suara terus aku cam.Ok hampir 2 tahun tak terima panggilan dari nombor ni.Sangat terkejut monkey comel, tapi macam biasa aku malas nak histeria, buat penat je nak histeria banyak-banyak kali sebab lately selalu histeria, nanti 'histeria' tu dah jadi semacam tak best pulak bila digunakan kat next phase. Er boleh eh macam tu? So aku rajinkan diri nak show off cool plak. HAHAHAHA.Anyway thanks for the call.Ingat I ke? (Hey-hey your words tu,Kasi volume low sikit.Pergi Malu sikit.)
.

Kenapa tiba-tiba bulan ada kat sini neh? Sekarang masih bulan mac.So what?


Balik je dari test jepun terus lari lintang pukang tonton 3 movies Yeebaa angree-angree! (Kau tengok tu, dia neh suka sangat laju-laju bila bab macam ni.ISK-ISK.) iaitu B13, Role models, n Titanic.

Remember? You jump, I jump.

Tiba-tiba mood romantik naik mendadak-dadak sampai paras beku, aisberg.(Pergi salahkan movie titanic tu) Lepas tu romantik sorang-sorang pasang lagu aku dan dirimu by Ari lasso & Bcl. (Sebab lagu My heart will go on takda) Ecececece.Lepas tu ter-flash back movie B13 dengan innocent, yang hero dia tu sumpah hensem.Even dia kena flying kick lepas tu terfly sana-sini pun nampak hensem.Serius.HAHA.Eh-eh boleh tak bawa berzikir banyak-banyak, lepas kau cakap orang hensem tak tentu pasal neh kenapa? Kau ingat readers kau tak jeles ke? HAHA.Ok-Ok sumimasen readers hensem-hensem-desu.(Sila ambik 'rasa' kena mempuji ni sekejap).

Remember?
You jump, I sleep.
.
.
.
.
Sleep dengan mengemas perasaan supaya tak bersepah-sepah.

Tuesday, March 24, 2009

Moshi-moshi

Lately hari semakin panas, memang kalah spf 15 yang aku guna hari-hari maybe kena up yang spf 150 punya foundation.Pakai payung pun rasa macam tak pakai.
Malam pun terasa panas.Rasa macam nak pergi beli swimming pool balloon yang boleh tiup-tiup tu letak kat bilik.Kalau panas terjun je dalam tu.Nak tido dalam tu pun boleh, apatah lagi kuak letang yang tak seberapa.
Rasa macam nak pergi buat rivision dan homework dalam shower pon ada.
.
Tiba-tiba malam ni hujan.Setelah sekian lama tak menghujankan UMP.(Syukur-syukur)
.
Esok ada test bahasa jepun (Mesti aku histeria kalau tak dapat jawab, dah agak dah, HAHA.)
.
Tensen, lampu bilik aku tiba-tiba nak berkelip-kelip macam LCD rosak.Budget aku suka?
.
Study laju-laju pastu jalan-jalan kat blog laju-laju jugak, Amik hangin laju-laju.(Sempat tu)
.
Esok kuliah full sampai kul 8-6.(Jangan komplen, jangan ponteng tak baik!)
.
Tadi kat lab SQA nama aku kena panggil 3 kali oleh puan.Sebab nama saya best ke puan?
.
Project mobile tak siap lagi (T____________________________T) Uwa.
.
Buat sekian lama nya saya telah men-top-up kan hp sendiri dengan penuh kasih sayang hari ini.Thanks ayah telah mentopup kan akak 3 kali berturut-turut.Sampai tertunggu-tunggu masa nak credit habis.HAHA. Supaya dapat topup kan sendiri (OO kau berlagak eh.HAHA tunggu sikit masa lagi.Tengok la macam mana kau histeria.)
.
Semua dah tido.Nak tido jugak.ZZZZZZZZZZZZZ kroh-kroh.moshi-moshi.

Sunday, March 22, 2009

Segamat wedding

Keletihan 1G.
.
.
Dah bagitau kan arituh nak pergi segamat, sebab wedding abang ayu.Ok sepatutnya gerak kul 9.00 pagi tapi ter-lajak bangun,a(Ter- maksud nya tak sengaja ok) HAHA alasan. Biasalah weekend sickness macam korang tak pernah kena jer, Eley dahla tu ngaku jer la.kan? kan? kan? Sudah la takda air kat blok, punyala aku dengan farin jadi traveler mencari air dengan penuh ke-tension-nan.Haih dari aku masuk UMP sampai dah nak expired jadi student pun masih tak settle lagi pasal air kat UMP ni.Nasib lah aku ni buat-buat alah biasa tegal biasa (Eh betul ke?)


My first plain shawls dengan adik sayang

Al-kesimpulannya bertolaklah kul 9.39 pagi.2 kereta je dari UMP.1 keta me,along,farin and jamie (Farin punya abg sayang) and keta 2 Ijat and faizal (Ayu punya abang sayang).Aku takde abang sayang so aku bawak adik sayang je iaitu along HAHAHA.Ijat tu aku tak tau la dia ada sayang sayang ke tak sebab tu kawan faizal pastu dia tu macam malu-malu blushing jer, tangkap pic pun taknak (Save sikit aku punya camera memory kad)HAHA oit-oit tak baek kedek tak baik-tak baik.Ingat Allah aisya.Ingat Allah.Macam Ijat tu heran je dengan kau punya camera.AGAGAGA.

Kanan ni Ijat.Ni jer pic paling besar dapat snap mase dia khusyuk makan.

Sampai-sampai je macam biasa aku akan kena hug dengan mak ayu ketat-ketat ciuman bertubi-tubi.HAHA.Eh-eh ni bukan komplen ye, habistu ni apa? Ni..er takda apa-apa.Tapi aku suka.TITIK.Meriah jugaklah wedding abg ayu ni, al-maklumlah 1st time ada kenduri besar-besar.Tahniah-tahniah.Sudahlah pulak tu pengantin di hidangkan dengan tarian zapin dari budak-budak comel.Sumpah jeles, macam nak buat je kat wedding aku nanti.(Nanti?).HAHA apa akal lah kan nak buat tarian zapin kat selangor.Lepas tu macam jakun-jakun tengok outfits budak zapin tu terutama diorang punya crown tu.Mengigil sangat-sangat mengidam nak try letak kat atas kepala.Serius.HAHA lepas bodek-bodek secara comel dapat jugak rasa.TADA.

Puteri gunung-gurun, Puteri gunung ledang, Puteri gunung-ganang,Puteri gunung-genting


Tengok tu, jeles-jeles nak jugak
Er kenapa akak-akak yang over excited neh, Pergi malu sikit.

Lepastu bertolak ke UMP jam 6 ptg.Ada ke mak dia suruh tido sana.Saya bukan tak nak makcik nanti saya asyik nak duk atas pelamin jer, nanti sampai ke sudah makcik tak boleh nak kemas bungkus pelamin tu kang.HAHAHAHAHA.Makanan? Memang best, kan aku dah cakap mesti best punya lah.Punyalah banyak lauk sampai tak tersempat nak rasa semua tapi sempat makan untuk yang 2nd round before balik.EKEKKEKE.Aku salute betul lah orang kg.Ayu nih.(Felda palong timur) Hubungan kemasyarakatan dorang sangat tinggi macam KLCC.Dahlah lauk banyak ada bermacam-macam jenis kuih dan kerepek sumbangan mereka, dan ada pula band kugiran.Rasa macam nak test power je secara live tapi malaslah aku kan low profile.KAHKAHKAH.(Dun slap me).Tak baik-tak baik mempopularkan diri kat kg. orang lain, nanti yang dah feymes tu nak letak mana kan? kan? kan?.Nampak sangat aku neh full of consider person.HAHAHA.


Overall nya im happy.Thanks ayu sebab jemput.Buat lagi and jemput me lagi ok.Next siapa pulak kawen? jeng-jeng-jeng.Oklah malas nak bebel panjang-panjang.(Ni kau kata pendek? pergh!) HAHA.Layan je pic yang aku sidai tu.Letih.Letih sebab makan-memakan, tengok-tengok orang, bercakap-cakap, mempuji-puji, drive dengan rela dan berangan tak sudah.HAHAHA ok-ok aku get out sekarang jugak.Relex korang jangan sound aku.Terima kasih sebab baca walaupun entry kali ni sangat plain and flat skrin.Aku pun manusia biasa yang terkadang bermalasan dan hangin mendayu-dayu keletihan.


adik manis
Dengan abang sayang mereka :

faizal n ayu amik berkat ke? Yang tak tahan tu bukan kat pelamin tapi kat bilik.Apa cer?
Jamie n farin yang sangat rajin melayan keletah budak-budak sampai dorang tak makan saman, makan nasi jer.HAHA.

Saturday, March 21, 2009

Modal-model

Tahu tak lately aku kekurangan dadah bersosial? Mesti tak tahulah bukan, lagi mau tanya.HA HA HA. Kini aku berusaha pulih secara ansuran, tanpa membiarkan blog berpeleseran bersepah-sepah lagi (Berpeleseran satu tempat je.Tengok-tengok dah kembali update.HAHA.), tanpa membiarkan inbox penuh sampai tertumpah-tumpah lagi (Aik?), tanpa membiarkan hp rasa kurang kasih sayang, tanpa membiarkan fs terasa sepi mendadak-dadak lagi.HAHA.

yeah ganbatte kudasai aisya-san!

Selepas entry "Jambatan tak siap" kalau korang perihatin lah kan, aku telah membiarkan blog aku terbiar selama 11 hari.Diulang ye, blog terbiar selama 11 hari.Kau percaya? HAHAHA.

Er ye saya telah kembali ke pangkuan anda setelah invisible selama 11 hari.11 je.


Ok-ok saya paham mesti anda fikir saya cuti kahwin bukan.ye betul.Eh maksud saya..saya tak bermaksud apa-apa dan saya masih tidak berkahwin lagi.HAHAHA.(Aku pun akan terkejut monkey kalau aku kahwin waktu camni) Saya juga telah menerima banyak surat amaran supaya kembali berkasih sayang dengan blog sendiri dan tidak membiarkan blog berpeleseran tak tentu arah porak peranda.Betapa saya seperti kacang lupa kulit nak makan.(Memang pun aku tak akan makan kacang sebab tak tersuka).Membiarkan dia sendirian sepi tanpa teman.(Owh romantik rupanya aku neh.KIKIKI)

Aku buzy okeh.Ada antara hari aku diisi dengan;

1.Buat homework melimpah-ruah

2.Download movie mendadak-dadak

3.Menonton movie dengan gian

4.Pikir masa depan dengan kritis HAHA.(Okey mentipu anda)

5.Tak berapa rajin nak rajinkan diri

6.Terasa hilang kasih sayang dengan semua perkara secara sekejap tapi sangat digit


Ok terima kasih semua sebab masih baca, sebenarnya tak ada modal nak tulis entry tapi nak berlagak juga nak penuhkan entry, sebab nak buktikan kat blog, kasih sayang telah naik meter secara tiba-tiba.HAHAHA.TATA semua boleh masuk blog masing-masing dan teruskan kehidupan seperti biasa (Ayat apa neh?).Nite.

.

.

.

.

P/s Sebenarnya takut tak boleh tidur macam kes hari khamis lepas.Bukankah aku sangat tak suka membazir waktu tidur? HAHA.Ya Allah, mengucap-mengucap, ingat tuhan Aisya.

Friday, March 20, 2009

KOMEN HISTERIALISM

Attention-attention-attention!
.
.
Elo boleh bagi perhatian kejap tak? (Pergh ayat!)
Baca kuat-kuat sikit statement kat bawah ni.Kuat lagi.Lagi-lagi-lagi.LOL.HAHA.

"BLOG AISYA&HEELISM DAH BOLEH KOMEN"

hoyeh-hoyeh-hoyah-lala-lala-lala (Menaip blog sambil bertango dan bersalsa) Ewah-ewah.
Setelah aku menukar 4 baju blog (Sweating) Tadaaa..akhirnya aku pilih untuk fix aku punya komen entry, sebab aku tak berkenan dengan template lain.(eh-eh cerewet nya, kau pergi buat sendiri template blog! baru kau tau mengigil ke tak.)HAHA.Ok-ok bertenang semua, saya telah memenuhi permintaan anda untuk mengepos komen berciri kepujian romantik di blog saya secara rasmi pada hari ini.Sila-sila-sila lepaskan apa yang terbuku selama ini di hati anda.KAHKAHKAH.
.
.
stop bertanggo jap.Fuh penat.
.

Tadi adik aku call, lama betul borak-borak dengan dia sampai credit dia habis.HAHA.(Aik? sampai hati kakak buli adik sampai macam tu? ) No-no-no dia dah dapat duit pocket dan bukan selalu pun call kakak dia neh.Lagi-lagi macam histeria je bila dengar dia dapat PSP dari ayah.Ngeh-ngeh siap la balik nanti.Dia cakap nak belanja kakak dia makan kat big apple, (Kau tengok adik aku punya lah baik, isk-isk, buat aku terharu mendadak-dadak, apa motif disebalik tu pun aku tak mampu nak fikir dah.HAHA.) Kemudian kakak dia boleh lagi tambah request suruh belanja ice cream haagen-dazs.(Buat-buat takda sifat kejam) HAHA aku sure mengigil dia nak bayar kalau aku dying mintak tu.Apa nak buat dengan build in natural beauty kakak dia neh, kakak dia consider la mintak sundae strawberry je dengan tak bersalah.

Dia dah penat tunggu offer, nak masuk T.O.C bulan 4 ni.Anyway belajar rajin-rajin kalau dapat masuk.Jangan asik nak main-main jer.(Beranilah kau fail, dia takkan dapat imagine apa kakak dia nak buat kat dia nanti huh!) gerun tak?
mestilah kan.Ada bran ke cakap tak gerun? Nak kena? Oyya masa adik aku call tadi dia kata, kenapa akak jawab macam pending? macam mamai? Huh? Er akak tengah pilih layout blog neh.Aik dari tadi ke? Cerewet betul kakak aku ni.Ha amik kau! Aku terus stop searching.HAHA.Eh lupa plak adik aku kirim salam kat kawan-kawan kakak dia.


Dik pakailah celcom, murah sikit.Pastu boleh call akak hari-hari.HAHAHA (kejam gile?)

hah tunggu apa lagi? Pergi uploadlah komen anda secara pukal.Jangan tunggu lama-lama nanti anda kerinduan.HAHAHA.Eh-eh apasal aku punya blog ada semacam unsur-unsur riak ni? Nyampah-nyampah.Dahlah pergi edit title blog besar-besar lepas tu tukar warna hijau striking.(motif?) HAHAHA.
.
.
.
.
Esok ke segamat.
Yeay dapat makan best-best.
Jahyuuu im coming!!

Tiba-tiba terajin,Nah malas nak cerita panjang.Tatap kasi panas sikit.



tag 4?


Daku di tag lagi sekali dari nisahBlur.Err you punya previous tag pun I tak seberapa sempat nak jawab lagi dah kena tag baru.Apa nak buat dah You suka baca blog I tak kan lah I nak halang pulak.Jangan paksa diri tau, I tak jual dadah di sini.HAHA.Eh-eh kenapa ayat macam berlagak je dia neh? Biasala tu kalau dah kehausan kepujian.HAHAHA.

Okeh-okeh tag kali ni semacam menarik bagi aku.Jom kita terjah.Zaassss.
The award goes to.. (Drum roll and suspending sound) jeng jeng jeng jeng..



1. The nap lover
Jahyu, nisahIsmail n aisyah (Yang aisya ni dahlah duduk depan dalam kelas lepastu selamba dek je dia tidur depan dekan lagi.HAHA.Tahniah kerana terlalu berani.)
2.The singer
Aisya n nisahBlur.Selalu budget ada studio rakaman sendiri.HAHA.
3.The creative one
NisahIsmail n Aisya
4. The dramatic one
Aisya n Nana.HAHAHA Oo kau nana isk-isk.Mereka ada jual dadah ke? KAKA.
5. The intense one
NisahIsmail ggrrrr..
6. The akward one
Jahyu confirm!!!! AGAGAGA.
7. The chill one
Semua chill tapi Nana paling top sebab kau kuat dan gagah bershopping-shopping dan berjalan-jalan.
8. The mushroom lover

Jahfar! Semua pun dia nak yang ada cendawan.Serius!
9.The sheltered one
Tqah n Nana.Sikit-sikit nak balik.Sikit-sikit homesick.HAHAHA.
10. The smart one
Jahyu versi awalan diploma.Memang smart memang skem habis I tell U.
11.The evil mastermind
NisahIsmail n Aisya.Korang suke buat benda-benda pelik dan trang-tang-tang.Ingat misi desperate dulu? HAHAHA.Gile.
12. The fatty
Aisya n nana n nisahBlur.Mereka tak capai berat ideal lagi.Mari sama-sama ke slimworld.HAHAH.Wei jangan lupa pakai korset.Janga down.jangan-jangan kita memang comel sangat-sangat-sangat.
13.The gangster

NisahIsmail ggrrr... Aik lagi sekali.Memang mantap la kau nisah.Salute skit.Ai-ai chip.HAHA.
14.The saviour
NisahIsmail n Aisya n Tqa.Terkadang terberani mensound.
15. The hot one
NisahIsmail n Jahyu? Kau percaya? Jangan-jangan.HAHAHA
16.The technology literate
Tqah n nana.Mereka memeliki something-something yang canggih manggih.Ketinggalan zaman kurun ke 6 aku.HAHA.
17.The smitten one
As n Jahyu.Hati terlalu lemah lembut lembik.Wes-wes kasi gagah perkasa sikit.HAHA.Minum tongkat ali banyak-banyak.
18. The one that won't take your crap
Jahyu.Berani kau? HAHAHA.
19. The confused one

NisahBlur.Tengok nama la beb tapi lagi advance dan OK dari Jahyu.HAHAHA.Eleh korang setuju kan? Kan? kan?
20. The party animal

Kedua-dua nisah.Banyak sangat koleksi berupa animal.
21. The referee
Aisya, Tqah n Nana. Nah kad merah.Keluar padang sekarang.Hamik kau!KUIKUI.Jangan judgementalism, jangan-jangan.
22. The whip whielder
Jahfar! kesian Jahyu setiap hari pergi mengadu kat pusat kebajikan.Kurangkan kelajuan dan kekuantan semasa terpukul jahyu out of control.Padahal jahyu buat lawak je pun.EKEKE.Poor ayu.
23. The loud one
Tqah - sebab suara high picth.NisahIsmail n Aisya.
24. The good driver
Aisya-aisya-aisya-aisya-aisya.HAHAHA.
25.The not so innocent one
Jahyu!! memang jadi sangat-sangat.
26. The quiet one
As n Jahfar.Shhssssss..sila diam ini shopping complex.HAHA.
27. The arrogant one
As versi mula-mula daftra UMP.Hehe Jangan marah eh sayang.
.
.

Mengetag semua buddies in my blog list.Ha jawab-jawab jangan hipo-hipokirit.HAHA.

underneath kelapa

Pukul 6 tadi pergi hantar ayu balik naik bas balik ke kg.segamat kat gambang, lepas tu terus meluru ke pasar malam dengan Jahfar, along dan faizal (Abg sayang kepunyaan Jahyu).Semacam dah lama tak pergi pasar malam, tentula bukan pergi membeli ikan, ayam, sayur, belacan, bawang sebab takda kepentingan lagi.ewah-ewah ayat? (Tengoklah beberapa tahun lagi akan menjadi aktiviti wajib untuk aku like aunty-aunty.HAHAHA)

Jiwa aku sangat bergetar bila lalu kat gerai yang jual air kelapa. Hampir tergoda, dug dap dug dap, menghitung keputusan nak beli ke tak nak- nak beli ke tak nak?

Tiba-tiba zassss..

Terpancar satu memory berupa kelip-kelip yang masih tidak lost dalam otak aku.Suatu ketika dahulu di pasar yang sama dan di gerai yang sama dan air kelapa yang mengoda-goda telah membuat aku falling chenta.(suspen kan?)Terus aku membeli dan minum, lepas tu dua minggu demam selsema akibat penangan air kelapa.Hamik kau!.(Aik ? Bukan ke orang minum air kelapa sebab nak hilangkan panas badan?) Memang sengsara, aku dan tisu memang berkawan rapat-rapat sangat waktu tu.

Pastu kau rasa aku beli tak?

Kalau ada air kelapa suam dah lama aku beli 1 tong.(Kau tengok tu tamak haloba betul.Bukan ke dia ni dulu tersangatlah benci akan air kelapa? ) Ok i repeat again ayat ni dari "entry jambatan tak siap" - Tu Tu la orang kata, jangan benci nanti jadi sayang dan kita akan mahu setiap hari serta terjadi kenyataan pula.KAHKAHKAH. Lepas tu kalau tak habis, bagai histeria cari orang minum sama-sama sebab taknak membazir.Aik? Padahal mesti korang cakap "tah hape-hape nak beli air kelapa pun kena buat calculation decison making.Euw complicated betul life budak ni.Rembat sudey" kan? kan? HAHA aku tau-aku tau.Kantoi!. Kau tau kenapa? Sebab aku sensitif terhadap air atau ais yang tak well condition. Maksud aku "tak masak".Dan tak semena-mena aku akan mendapat flu yang horror.HUHU tak ada ciri-ciri robustness betul.

Sebab hati dah nak histeria mengidam, maka aku membeli dengan bercirikan innocent.
"Taknak ais satu ye"HEHE.
(warning diri sendiri : Sila tanggung aral melintang yang datang meluru-luru nanti sendirian!)



Jahyu
Tadi Jahyu call suruh drive carefully hari sabtu ni ke segamat lagi-lagi kat jalan 'pudu' menuju ke rumah dia tu.Dia takut aku terlanggar lembu.Dia pesan bawak 80 km/h je max, tapi aku cakap ok maybe aku bawak 18 km/h je nanti.(Jangan buat-buat terkejut monkey ok) Pergi segamat buat apa? Abang Jahyu kahwin.Pastu pesan lagi suruh bawak camera, sebab takut pic dia takda nanti.Ades macam risau nak pergi berkhatan.Erk.Dan dia juga tengah histeria pikir nak pakai tudung apa dengan baju dia nak pakai hari sabtu ni, Sebab semua tudung yang dia bawak semua out of matching.EKEKEKE .Jahyu susah-susah pakai tudung saji je la.Unik dan exotic lagi.Aww.

Hari rabu
Aku tak ter-pergi kuliah.Awalan "ter" - merujuk perbuatan tak sengaja dan innocent.HAHA.Hep-hep mentang-mentang dah super duper senior nak tunjuk stripe pulak.Er serius aku takda pun baju stripe.(Jangan percaya).Jahyu n Jahfar pun ter-ponteng.(kau tahu-tahu je la kalau dah satu bilik) Maybe keletihan sangat kut sebab lately menyiapkan homework yang banyak melimpah-ruah.(Alasan-alasan-alasan) alhamdulillah SQA dan SPM dah settle tinggal presentation dan 2 lecture je lagi Kot.YES-YES.Tapi masih histeria dengan projek mobile dan technoprenuership yang masih tak ending-ending lagi.

Hari khamis
Semangat pergi kuliah tapi alangkah tak suka nya aku bila kuliah kensel.Arrghh..tensen.(Sejak bila aku tak suka kuliah cancel? ) HAHA.

Hari jumaat
Lab mobile application development.Nak datang ke nak ter-ponteng? HAHAHA.Datang-datang last week aku tak datang pun en.aziman tanya.Ye saya paham sangat saya student favourite en kan? kan? kan? since diploma lagi kan? kan? kan? EHEHEHE (blush).HAHAHA.
.
.
.
Tuuuuuuuutttt..
(Semacam sound tv yang habis siaran.Kau ingat bunyi apa?)
OK semua boleh bersurai sebelum semua rasa nak koyak-koyak kan blog AISYA&HEELISM.

Monday, March 16, 2009

tag 3 ?

Ni tag dari Jah ori.Tahu tak kenapa JAH ORI? sebab dia je ada nama original filzah yang orang convert ke Jah.Bukan macam Jahyu and Jahfar yang 'JAH' mereka adalah yang cetak rompak.EKEKEKE.Sape setuju sila catwalk sekarang! NOW! wow-wow.

Sebenarnya ada lagi satu tag dari nisah tapi tak kesempatan nak buat sebab kena capture pic katil.Al-maklumlah aku punya hp kan 0.1 G, tak secanggih hp korang ye tak? Nanti aku buat tag tu, aku postpone dulu ok cayang.


TAG TITLE : WEDDING PLANNING

1.how old are you?
Obviously still young and dangerous 22
2.are you single?
Yes, and oyya available too.(blush)
3.At what age do you think you'll get married?
Er, soalan susah ni, range 25-26, kalau ada orang pinang aku la kan, kalau takde aku pergi pinang org.erk jaga-jaga sape2 yang bace, mana tahu i pergi pinang u nanti (blush).AGAGAGA.
4.Do you think you'll be marrying the person you are with now?
Are you curious? jeng jeng jeng
5.if not, who do you want to marry?
Argh soklan susah aku tak sempat study lagi.Sebab ramai yang beratur (Muntah puas-puas) taktau yang mana satu hahaha (padahal..er takde ape-ape)
6.who will be your bridesmaid & bestman?

My bestfren, perhaps atau siti nurhaliza pon boleh kalau dia free.
7.do you want a garden/beach or traditional wedding?
oldies extreme pure traditional and garden consider cute.
8.where do you plan to go on honeymoon?
disneyland that takes 366 days to build or abu dhabi.Aku nak pakai baju cinderella dan kasut kaca sambil berenang di red sea dengan my hubby.Hubby kena pakai baju angkasawan! xkira-xkira!

9.how many guests do you think you'll invite?
500 x 2, including my readers, datang tau heeeeee.
10.will that include your exes?
yes-yes-yes ofcourse.Biar ternganga mulut dan menyesal tak sudah dan histeria 44 malam.KAHKAHKAH.well best man win!
11.how many layers of cake do you want?
darling can we make it to 25 layers, as i will get marry on 25. HAHA Dun slap me.kiss me.

12.when do you want to get married, morning or evening?
I prefer early in the morning, after subuh? jangan lambat2kan perkara baik.(^_^) cepat-cepat syg!
13.name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Oh-oh Of course cintamu by siti and ketulusan hati by anuar zain! and kidy songs the more we get together! request tambahan aku nak jahyu nyanyi lagu dangdut cintaku 100% live kat wedding aku.
14.do you prefer fine dining or just normal spoon & fork n knife?
both of it, i will consider the options for my adorable guest.wink.
15.champange or red wine?
Ya allah apa ni? ofcourse plain water, easy to serve and very healty lah bukan?.kan kan kan?
16.honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
right after the wedding, heeee jom syg fly right away before we get buzy.HAHA.
17.money or household item?

household, please my kindly guest i would like to receive an automatic washing machine and robotic mop macam dalam cerita wall-e tu.Nak-nak-nak.oya microwave sekali ok.
18.how many kids would you like to have?
Er depends on OUR economics, maybe 4.Er 4? Kena beli MPV la pulak.
19.will you record your honeymoon in DVD/CD?
sure why not, nanti boleh tunjuk kat my grandchild, hey-hey your granny so hot and cun that time.KIKIKI.sweet je ur granny kan.?
20.whose wedding plan would you like to know?

gantung keluar a.k.a hangout






Tumpang lalu.

mana boleh tahan Jahyu dah update pasal beronggeng rokiah kat kuantan. Aku pun nak jugak hupdate.Tak kira-tak kira boleh eja tak?. Jahfar pun.Er jahfar? Jahfar tak pernah update sebab dia takda blog.Dia selalu blog dalam hati seorang diri.Readers dia tentula yang terdekat dengan hati iaitu para jantung limpa usus paru-paru dan buah pinggang.Erk buah ada pinggang? ok tak kelakar, move-move!

Sebenarnya kejadian mengeluarkan diri dari KOTAK UMP ni tak dirancang pun, pada hari jumaat kami kelaparan dan ketepuan otak membuat homework yang melimpah ruah, jadi terasa fikiran sangat sempit untuk teroka penyelesaian, sempit sangat tak muat nak gapai jawapan.Argh.. SQA punya assignment yang susah tahap critical thinking, SPM yang aku sakit hati cari template attachment untuk closure phase, MOBILE yang perlukan pc berciri canggih manggih, laju maju, untuk develop project.Eh-eh bukan ke aku tak datang lab mobile last friday? Ye aku tak datang kerana sakit telah terjah kedalam kepalaku tanpa izin.cepat kau minta maaf kat aku,cepat! HAHAHA ok-ok aku dah maafkan kau.Sebab kau lah aku TERPONTENG.

Nak dijadikan cerita, kami ter-rancang untuk ter-keluar sebab terasa macam ter-sudah lama tak ter-jalan-jalan.Aku pun tak henggat kurun ke brapa last aku tengok wayang (okey tipu).Tapi memang lama sangat-sangat.(aku takde part time lover nak ajak aku tengok wayang macam Jahfar) Erk..tak-tak aku tak komplen.Takpe-takpe nanti aku beli wayang tengok puas-puas, Ah tapi jangn nak mimpi la, wayang kulit cokia boleh la aku beli.(Aisya boleh tak tengok fulus kat purse ada brapa sen? pastu mengucap panjang-panjang ok?)Apa aku mengkrepek ni?


So AIM kami tengok wayang dengan jagung pop dan pergi karok.Sebab semua pun cerita macam tak best kami tengok cerita geng upin ipin, Pergh memang best la, aku dah lah susah sket nak impress animasi malaysia, yang ni memang aku thumbs up la! ganbate!!!!

Korang dah tengok? memang aku recommend pergi tengok sekarang gak! now-now! Kami punyala konsentrasi sampai tak habis pun jagung pop kami, di ulang jagung pop tak habis! aik biar ben, punyala tamak-tamak nak beli yang besar pastu separuh pun tak habis.Tengok-tengok aku pengfokus yang bagus kan (Ok jangan cakar blog aku).Pastu nak pergi karok tapi full pulak so, pergi jalan dulu penatkan kaki dan pergi melelehkan air liur.


Aku akhirnya tertewas dan histeria bila masuk kedai kasut nose dan ada paparan discount 50% (Tak payah bayang macam mana aku kena histeria) Terus terfalling chenta dengan sebuah kasut sampai termelting-melting kat situ jugak. Ya rabbi, mengucap-mengucap sebelum beli. Masa tu habis terblink-blink pancaindera aku macam lampu LCD.HAHAHA.Walaupun dah 44 kali fikir dan buat kajian, aku beli jugak akhirnya.Kan aku dah kata Jahyu memang pembakar semangat kentang aku.Tengok la dia pun beli jugak.

my new sweetheart,muah! no regret baby.

OMG pura-pura terkejut sebab tershooping.OPSS SORRY TERSHOOPING!

Pastu dah dapat, apa lagi catwalk pergila tempat karok cepat-cepat sebab takut pergi singah-singah lagi nanti kena gadai lipstik plak nak membeli.12 lagu kami karok, sampai jiran sebelah ngorat pun tak perasan.HAHAHA.Diorang siap snap pic kami, mase tu terasa macam betul-betul tengah buat konsert.Feeling habis melimpah ruah.Histeria jiran sebelah tengok kami.SIYES tak tipu.Sampai diorang nak amik signature kami, suruh sign dekat bahu.Tapi kami cool je dan profile rendah. (Eley padahal korang nak no fon kan? kan? kan?) KEKEKKEKE.Kau percaya ke?

Macam biasa lepas nyanyi terus berlari tak cukup tanah cari makanan.Ya Allah, kau tengok tu, isk-isk.Betul apa, masa nanyi tu dahlah keluarkan tenaga banyak, suara, gaya, pose, idea, nak luaskan ruang sempit otak supaya balik boleh buat assignment(ecececeh) mestilah lapar.Yang best nye aku dapat makan eskremmmmmm, yaaaaahhooo.com.my! (Ya allah kesian betul budak ni jakun macam tak pernah makan ais krim seumur hidup, tengok la pastu histeria nak habiskan, mula la cari mulut orang lain untuk disumbat.)KAHKAHKAH.Maaf pada si mangsa.

Sebab semacam tak sempat kami tapau je,pastu pergi terminal Jahyu nak beli tiket balik kg. sebab sabtu ni kenduri kawen abg dia.Pastu ter-singgah bazar depan terminal dan ter-beli sehelai shawl yang bling-bling.Pastu balik histeria nak buat gaya ala-ala siti pakai selendang.KAHKAH siyes jadi!(Pose gaya siti tak boleh sidai sebab nanti semua nak amik pic aku masuk melody) HAHAHA.


peringatan : shawl yang ni bukan beli satu percuma satu ok.
Adik manis bersama menjeling.Ni cilok kat Jahyu punya blog.

Overall nya aku happy sebab dapat hangout tengok wayang, makan jagung pop, makan eskrim sundae strawberry, makan nuggets dengan sauce bbq, beli heel dan shawl.Pastu aku pun histeria tengok duit dah kering kontang.HAHAHA padan muka aku yang comel.Balik before tidur sempat tengok cerita the day after tommorrow.BEST-BEST.Nak tengok kasut Jahyu ? pergi tengok sendiri.
.
.
.
.
Now tengah histeria sambung membuat homework yang banyak melimpah ruah.Tak percaya? boleh keluar.HAHAHA.tengok-tengok.Takut tak?
 
design by suckmylolly.com