Friday, July 30, 2010

Gelisah 3 bulan


Gelisah tentang masa depan
Aku perlu kuat untuk move on
Perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu?
Ya, kadang-kadang kita tak boleh dapat semua secara perfect!

Satisfaction yang kita cari tak sama bukan?


Aku perlukan sokongan dan motivator untuk produce sesuatu yang
berkualiti, gembira, dan ikhlas

Semoga keputusan ini dapat mengubah kepada perjalanan
yang lebih selesa dan lebih kilometer

lebih cepat dapat kurangkan gelisah, insyaAllah internal conflict juga akan menjadi lebih baik dan sihat,lebih tenang dan lebih ikhlas.
Kemudian boleh juga berfikir dan bersedia untuk lompat ke fasa kehidupan yang seterusnya?
hehe..insyaAllah.





Ya Allah murahkan rezekiku..hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untukku..

Thursday, June 17, 2010

Spain in Pain

Frust plak bila spain tak dapat score semalam.Kalah 1-0 dengan swiss walaupun main dengan cantik and vogue siap conquer game hampir 70%. Selalunya 12.30 am, aku dah ada dekat johannesburg tapi semalam pukul 2 lebih baru bleh fly sana, pergh penangan betul.HAHA.

Spain takda pilihan lain selain wajib menang next 2 coming match ni.Torres cepat-cepatlah get well soon darling (sket-sket injured,kurang makan tempe agaknya torres ni hmm) then perform tahap supersaiya okeh.Takpe-takpe I maafkan you, sebab semalam pon swiss punya gol macam gol low class je.Gol semput.EKEKE, main ganas plak tu, sikit tarik orang pastu jatuh kan orang.Kesian I tengok Iniesta cute tu asyik terlambung sini sana dah macam dia pulak yang bola.Agaknya swiss confius mana bola mana Iniesta yang kecik tu.HAHA.(Baik pula I siap maafkan torres ,walau tak berapa selera makan hari ni hahaha) Amaran, Jangan jadikan style rambut baru torres sebagai penghalang mara kejuaraan.Hakhakhak.

Pastikan kemunculan selepas ini main dengan lebih handsome dan selamba yaya sumbat gol bertubi-tubi okeh.haha over tau.Ini pertemuan swiss dengan spain kali ke 19, tapi swiss 1st time score pulak.malu! malu! Lucky kot as fernandes cakap,(si scorer swiss)


"They are technically a very good side and we were very lucky."
Gelson Fernandes, Switzerland midfielder.


Pergi kerja, kena buu pulak dengan adi, panas la kan.Haihs, siap wat tag picture swiss score goal kat fb.Sengal tak sengal dia tu? Duk diam-diam sokong England sudey.Bising pulak, padahal bukan sokong swiss pun.

Berbekalkan love spirit untuk Messi, dia harus lah score goal untuk malam ni untuk mengubat luka di hati ku ini.Tolong la belasah cukup-cukup dengan pak aji sung yang tak kurang hebatnya tu okeh darling.HAHA.Jom tengok argentina vs south korea jap lagi.
.
.
Please no more spain in pain.

Wednesday, June 16, 2010

What I am to you


Recently..


I got my tears drop and I hate it!..
I feel like I want to scream out loud until the mirror of you is broken into pieces!..
I hate myself of being naïve yet so egoist to you!..
I still thinking of you when I decide to not!..
I don’t care what it takes but I want you to know before I might have no chance in future!..
I hate for still repeating what I had done long time ago, how on earth I can forgot about it? And now suffering the same thing. So demn!..
I still want to say you are nice, but you hurt me. Nice people that hurt people?..
I hate to accept your unknown reason to make me feel this way, are you intend to do it on purpose or it just a simply bloody accident?..
I hate when you give hope and you ignore it!..
I hate when I remember and keep waiting for your own promises, but you never make it happen!..
I hate when I thought you will never showed up but you showed up!..
I hate when you thought you not deserved for me!..
I hate when you give sweet talk without thinking the big impact on me!..
I hate when I already felt strong enough to say it but then you crash the opportunity!..
I hate to accept that you will never understand why I hurt so much about you! Because you are not the one who is crying, you’re not the one who loved too much, and you're not the one who being ignored..
I hate when you being concern for a second and forgetting it in a second too!
I hate when I ask your friend, they said you are nice!..
I hate when I have to postpone my sorrow of you to let it go!..
I hate being burden this feeling; I want to get over it as soon as possible. Please, help me, give me some mercy to say something, and then I will walk away forever...
I hate when I can’t read, predict and chase you away!..
I hate for hold myself giving consideration to you but inconsideration to myself!..



born sincerely from the bottom of my broken heart,


i will cut down this rules and promise to myself it won't happen again in future!

Tuesday, June 15, 2010

Football? FWC of Heelism!

Lupekan kisah duka I yang sorrow tu wat seketika.Hehe tibe-tibe confess plak? Takde apalah. Heelism nowadays sangat behave.Tak rebut remote dengan ayah untuk tengok worldcup. HAHA believe it or not I tengok world cup dengan penuh passion okeh. (sila histeria sekarang! HAHA) Sampai game over, lagi-lagi kalau my favorite team main.Haruslah tengok tak berkelipkan, kalau tak bila lagi I nak hilangkan rindu dekat messi dengan torres.Ok abang steven gerrad kali ni tak masuk senarai sangat sebab I tak sokong england, kita rindu gerrard di lain waktu.HAHA.

Not that too obsess and addicted to football, means I takde la sampai berjaga malam nak tengok match, I tengok highlight news je atau baca paper untuk ambil tau result, but so far boleh je layan as I love liverpool in the first place since I really addicted to spice girl.Well mel-C penah campak jersy liverpool dia dekat konsert in wembely i mean konsert spice girl la waktu tu.I sambut tapi tak dapat "-_- Memang la sebab i tengok VCD je .HAHA.Maybe jugak sebab ayah die hard fan Liverpool. So match!


Dulu I macam tak boleh tolerate sangat dengan ayah tentang football.Selalunya kalau I tertekan channel yang ada football match mesti mak bagi isyarat mata suruh tukar channel cepat-cepat supaya ayah tak perasan.Atau isyarat apa-apa sahaja yang luckyly I paham.Ekeke.Kalau tak paham bukan ke parah namanye? HAHA see anak and mak kadang-kadang ter-drama queen plak.Kalau dia perasan.OMG! habislah.Semua end up masuk bilik pergi paris.zzzzzz kroh kroh kroh.HAHA.


Tapi


Sometime mood ayah baik, dia tukar channel bila cerita yang kitorang nak tengok tu tengah bagi laluan pada iklan.Tapi tapi kadang-kadang dia terlupa, selamba je sampai habis.HAHA.
This time? Im sooooooooo tolerate.Even support to the full blast! HEHE Ok nak tau siapa favorite player I? Jeng jeng jeng


lionel messi from Argentina.Dia pemain barcelona, cute plak tu haihs.Kesian messi kena peluk ngan marradona.ekeke.Dah-dah le tu, bagi I plak.HAHAHAHA korang ni nak gurau pun tak boleh kan.

and fernando torres from Spain.Dia pemain Liverpool.Handsome oh dia dengan rambut terbaru..tapi tu la nak ngorat pun dah dah ada wife n baby sorang.So chance I kat messi je la.Messi ni reti main bola je,English dia tak reti sangat, por qué my ammour? Haaa kan dah keluar my spanish ekeke, nanti I nak hired diri sendiri jadi cikgu messi,,I nak ajar dia cakap I love you je, So nanti dia boleh cakap kat I hari-hari.HAHAHAH.

So do the besssssssst guys!


FWC 2010 Spain team

FWC 2010 Argentina team

em.. i should get spain & argentina shirt/jersy
so any guys yang nak talk about football, i can listen u! HAHAHA *wink

Monday, June 14, 2010

Happy Birthday Heelism!


SELAMAT ULANG TAHUN KE-24


Ya Allah ku mohon semoga dimurahkan rezeki , dipanjang umur dan sihat-sihat selalu, semakin dipermudahkan segala urusan untuk menjalankan perintah-Mu dan meninggalkan larangan-Mu serta jauh dari penyakit lalai.

Semoga juga saya semakin sayang diri sendiri dan bijak merawat hati pada masa akan datang.Eh? kenapa ni? ntah suka hati la birthday saya *wink bukan birthday kamu.hehe.Saya juga berharap agar impian saya untuk sambung belajar juga menjadi kenyataan.Amin..

Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish dan mendoakan, semoga allah memberi balasan yang setimpal kepada segala kebaikan dan doa kalian.Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik dan prihatin.Im touching..sob sob sob.

Bestnya tengok cake dengan candle tu kan? Saya selalu berangan one day saya dapat sambut ulang tahun dengan sebijik cake bersama sejumlah lilin yang menyamai umur saya, dapat pakai topi kon yang cute tu, pakai mask yang comel tu and ada toys yang tiup2 bunyi pewit-pewit tu..and and and oh ada ribbon colourful keluar dari toys yang bunyi pop! tu bila bukak.hehe.Sweet kannnnnnnnn?

Childish ke? ni berangan je sebab saya tak pernah sambut birthday dekat university..sepanjang belajar..x pernah sekali pun..See? sebab time tu je mesti tengah cuti.. "-_- so i miss moment yang cute, naughty and full with surprises macam tu.


Hmm..Birthday paling meriah sambut when i was at 2 years old kot, and yang meriah skit pada umur 9 tahun.Tu jela kot.The rest biasa je and most of the time tak sambut pun.Oh time paling touching bila izan buat surprise buat cake birthday pada umur 22 tahun kot, untuk saya dan bawak datang rumah dengan sekotak pizza.hee.. seriously i never had that kind of surprised birthday! Thanks to my besgal yang sama-sama komplot waktu tu! U guys rocks! love ya!

i miss my childhood moment, yang mana pada waktu tu tak perlu memikirkan sangat soal kehidupan yang penuh dugaan ini.Dah 24? omg macam tak percaya je, how fast i grown up. eww scary.Dah la asyik still berkepit dengan mak and ayah lagi.Haihs.Whatever it is, syukran pada Allah kerana hamba-Mu ini masih dapat bernafas dibumi-Mu.Amin.

Wednesday, June 9, 2010

Persimpangan dilemma



Anda berada di mana?

Di persimpangan


Dah lama ke berada di situ?

Ya, lama dan bertahun..Saya penat diri kat sini lama-lama =(


Bila anda nak berhijrah?

Secepat mungkin, saya berkira-kira minggu ini yang terakhir saya berada di persimpangan ini.Doakan saya ya.


Apa yang anda harapkan?

Jika mengukur dari sudut hati, saya mengharapkan jawapan yang baik, yang terlihat masa depannya.Tapi kini saya perlu kuat untuk terima apa sahaja risiko kerana saya rasa sudah tiba masa untuk saya move on.


Anda dah habis usaha?

Saya tak menolak yang saya pernah berusaha, ya saya berusaha! Dan untuk buat semua ini game over, itu juga adalah usaha bukan? mungkinkah juga ini usaha saya yang terakhir untuk ini? Jadi tinggal lah tawakal yang mana Allah sahaja tahu apa yang terbaik buat hambanya.


Apa yang anda rasakan?

Oh dahulu saya menjerit dalam diam, saya pernah menangis dalam diam,
saya berharap dalam diam, malah saya berdoa dalam diam pada setiap hari dan kini saya sedang mengumpul kekuatan agar saya lebih tabah dan lebih kuat menghadapi ujian-Nya.Saya juga amat berterima kasih pada kawan rapat yang banyak memberi nasihat dan sokongan, walaupun adakalanya saya amat berdegil untuk tidak menurutinya.

Adakah semua perkara akan diketahui?
Tidak.

Apakah yang anda fikirkan?
Kebanyakan masa untuk perkara ini, saya hanya berfikir untuk perkara yang disebalik dari baik.

Apakah perkara yang anda rasa sukar untuk ini?
Teka teki
mentafsir tindakan dan Berterus-terang



Monday, May 24, 2010

Am I able?

past few years i'm waiting
past few months i feel hope
past few days i'm so excited about to go 'THERE'
but
past few hours i feel so sad
.
.
.
about discover something

the hope make me more alive
then now it turns into more suffer

am i able to afford it..
again?

Ya allah, only you know the best for me.

Friday, May 14, 2010

Friday, May 7, 2010

Mainan Jiwa

Oh banyak nak cerita,
Tapi ini antara yang sukar dicerita..
dan mungkin tak akan dicerita.. *wink

.
.
hey,'you'..
yes y.o.u!
Listen this..
(Oh i really wish u could hear)
.
.
.


Tajuk Lirik/Lagu: Mainan Jiwa
Artis: Rini AF7

Semanis vanilla
Di atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu..

Selembut mentega
Yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja..

(*)
Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..

Halus karamel
Dihidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu

Senyaman aroma
Dari cangkir latte
Perasaan tenang ku denganmu..

(Ulang *)

Yang kau pendamkan dihatimu buatku..

(Ulang *)

Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Oh.. Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Apa sebenar..
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naif

Ataupun sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita

Apakah sebenar-benarnya.. Katakanlah..
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..


p/s: I fall in love with this song.Its mean!!.Anyway I like the effort showed by farina being sexy, Its really working babe! How bout u guys seduction secret weapon? Haha.Please don't answer here.Enjoy the hint with the video.*wink




Monday, April 26, 2010

Damn Serious

Sudah 3 orang cakap







'Nampak SEMAKIN berisi la'


OMG.This is damn serious!
nice stress huh?
i.HATE.me

T______________T

Wednesday, April 14, 2010

Tak sempat beli ikan bilis,Ini serius!

Hi blog

Aku stress

Engkau strees tak?

Aku dah tak suka drive,walaupun lesen 'P-PECUT' belum tamat masa untuk aku bergelar pemandu F1.HAHAHA.Sebab aku penat nak drive hampir 3 jam setiap hari dah menempuh 8 kali tol,dihiasai trafic jammed yang agak membanggakan.

Aku sibuk

Sampai tak sempat menghulurkan bantuan kecemasan di dapur bersama emak.Malah kadang kala emak yang tolong iron kan baju kerja dan mengemaskini bilik anaknye ini.(Mengemaskini membawa maksud,bilik dah kemas,nak kemaskan lagi je.Macam 'update' tahu?) HAHAHA.Penulis ini paranoid gila dikatakan 'tidak kemas'.Pathetic bukan?

Apa kurangnya ayah, tidak kurang apa-apa,memang hensem habis.HAHA(tetibe). Ayah juga selalu mengulurkan bantuan CPR seperti tolong isikan air untuk bekal aku, check air kereta, panaskan enjin kereta, membuka pagar garaj dan kadang kala, mengisikan minyak kereta dan men-top-up kan touch n go anaknya ini.kepada ayah yang baik hati bolehlah juga men-top-up kan lagi touch n go anakanda yang semakin hari semakin susut nilainye macam tak cukup zat sahaja.Bak kata bidalan, semakin banyak top up semakin hensem ayahanda.!@#$%^^&.

Oh dan yang paling terharu adalah apabila ibu dan bapa tertidur menunggu kepulangan anaknya di ruang tamu sehingga jam 1.10 pagi, hampir sebulan..mungkinkah saya perlu menurunkan katil mereka ke ruang tamu? Heh.

Kali ini betul-betul telah mencabar fizikal dan metal aku.Terima kasih tak terhingga kepada mak ayah dan rakan-rakan yang bagi semangat.Aku dah nak corupt sebab itu tajuk pun kedengaran romantis.Sekian berita.


Pagi berupa nenek kebayan
Tengah malam berupa cinderella jadi-jadian

Aku rindu normal dan kecantikan! bye.


Wednesday, March 31, 2010

Mimpi yang pelik lik lik

Malam tadi saya bermimpi membuat rail kereta api atau nama bakunya jalan kereta api.Saya tak faham kenapa dalam banyak-banyak mimpi saya perlu buat jalan kereta api ("-_-) .Apa-apa pun ia suatu pengalaman yang luar biasa.Saya redha.Anda pernah buat jalan kereta api? Heh mungkin selepas ini saya akan masukkan perkara ini dalam resume saya kelak.KAHKAHKAH.Ini adalah jalan kereta api yang lama,bukan jenis electronic macam lrt atau monorail.No no no no.Aik emosi?

Saya bertanyakan pendapat pada rakan tapi mereka merasakan saya bakal dipinang oleh Jurutera Keretapi.Masalahnya saya langsung tak nampak kereta api atau sentuh kereta api dalam mimpi tersebut.Kalau pembuat jalan kereta api..er macam dah berlambak je..yang macam buat jalan raya.Yang pakai baju glow in the dark warna hijau striking tu.HAHA ok jangan panjangkan hal ini.Boleh jadi stroke.

Dan satu lagi, kesinambungan mimpi tersebut, saya dipanggil 'JAH' oleh unexpected person. Jika anda mengikuti saya, bukan ikut ke pasar malam ke apa tapi mengikuti blog neh anda akan faham siapa JAH dan bagaimana ia dibentuk (pemberitahuan secara malu2 rabbit, saya tak berapa ngam dengan cat T____T) Heh who cares?

Baiklah mari kita sambung.

Saya ingatkan dia akan memanggil saya "daaaaaaaaaaaaaarrling ling ling ling" (Sebutan panjang 6 harkat diikuti tone yang pudar di pengakhirannya, ceh gedik gila siap bagi procedure HAHA) T__T tapi...... ku sangkakan sayang sampai ke petang rupanya petir di tengahari. HAHAHAHA. Ini sangat tidak dijangka.Saya pun apa lagi terus sebak tak semena-mena pergi takung air mata 3 tempayan.

.
.
Tak ada apa sangat mahu bercerita dengan anda,tapi saya rindu membelog.Hah bacalah cerita yang tak ada apa-apa sangat ni.Anda bagaimana???? Pernah mimpi yang pelik-pelik seperti menganyam laptop !@#$%^&*(..hehe.Mari sharing.
.
.
Mungkinkah malam ini saya akan bermimpi membuat jalan kapal terbang pula?
.
.
Awww..Jurutera airplane? itu sangat cute! hew hew.

Monday, March 29, 2010

Pesta buku hanya tinggal kenangan

Pesta buku PWTC hanya tinggal kenangan yang tidak bertepi.Kini ku teruskan perjalanan mengorak langkah dengan menerima hakikat.Nampak? punya sadis gadis ini seperti ayat novel kau suka aku seksa. T__T.Baiklah mari kita menjadi serius sekarang ini.Ya saya baru sahaja bernawaitu mahu ke sana untuk mencari beberapa bf yang boleh dipakai.Yang tak boleh dipakai, boleh lalu ikut pintu belakang.Tak faham kenapa kena ikut pintu belakang,ia seperti formula yang rumit untuk diterangkan. Disebabkan kini saya telah tersedar akan kekurangan masa untuk bersosial maka,saya telah merancang masa depan dengan teliti untuk mencari bf.Telitilah sangat jah.. ayat nak power je.

Pada kekangan waktu yang terhad mana mungkin,saya dapat menyarung high heels, bersolek smokey eyes, berselendang ala-ala tiupan angin bayu membawa diriku..dan beratur mendapatkan tiket clash of the titans bersama rakan sebaya sambil bercerita tentang cara membuat asam pedas.Heh mana mungkin.Kerana itu saya telah mencari alternatif lain supaya saya tidak hidup terbosan-bosan menunggu train yang delay, stress dengan penumpang low civic dan sesak nafas menahan penangan bau tindak balas kimia semula jadi selepas tak sempat mandi.HAHAHA.

Kini saya atasi dengan membaca yang kadang kala membuat saya senyum sendirian,air mata bergenang dan bertenungan tajam kuasa supersaya di sudut 190 darjah pintu lrt tanpa sedar orang sekeliling pandang dengan penuh rasa kagum.KEKEKEKE. Perkara paling buruk adalah apabila saya overide train dan tiba lewat di destinasi cinta.Ini memang men-stress kan saya.

Oh mungkin saya patut sertakan bidalan ini, Banyak membaca,banyak overide lrt.HAHA.Tak tak, bukan itu maksud saya. Maksud saya kini saya cuba mengisi waktu kekangan sempit dengan membaca buku.InsyaAllah,saya percaya bacalah apa pun buku yang masih berlandaskan syariat,nescaya dapat membantu memajukan fikiran walaupun 0.01%.

Saya akui sudah lama tidak berbuat demikian.Maksud saya membaca dengan mukasurat yang beratus-beriban.Kalau bacaan ringan itu memang rutin kesukaan saya.Dulu,saya tahan duduk berjam membaca sampai teremosi.Emak juga emosi bila saya terlupa untuk menghulurkan bantuan kecemasan di dapur. HAHA.Tapi saya tidak boleh berbuat demikian semasa di universiti. Saya emosi bila mengadap buku 5 minit.HAHAHA.Saya tidak pilih untuk makan banyak untuk senang tidur,tapi saya pilih untuk membaca sampai tertidur.HAHA.Nampak sangat ke buku tu macam bubbly saya? .


Ceh.Nampaknya entry ini tidak boleh serius.Mari kita tamatkan disini secara serius.TATA.Oh lupa BF maksud saya disini adalah BookFeed, bukan seperti yang anda fikirkan.Heh.

Friday, March 26, 2010

Life is always about making a choice rite sweetheart?

Play hard to get
or
Simply give up



Oh its remind me about quote on the mug 'No successful cause without effort'

by the way thanks for still keep it
You know who you are
*wink

Wednesday, March 24, 2010

Something..

There's a reason why people say we shouldn't expect too much,
no one wants to see someone they care about end up disappointed.

We instinctively act to protect our own from being hurt,
and do what we can to make the right choices for people we love.

But the reason we have expectations in the first place,
is because we want to aim as high as we can.

Because when you love someone, there's no limit to what you can accomplish.
.
.
.

I wish i could..

Thursday, March 18, 2010

10.00 pm


Its 10.00 pm already and I still at the office

T__________T


Have to stay back to rush over dateline.

Takutnya nak menuju ke tempat parking kereta
Hari ni dahla parking jauh sebab tak ada tempat dah.

Tempat tu gelap,sunyi, seriously rasa tak sedap hati pulak.
.
.
.
ya maybe akan sampai park area lrt ampang dalam pukul 11.pm.
Then i have to drive pulak sampai rumah.tsk tsk tsk.


Ya allah peliharalah hamba-Mu ini.

Wednesday, March 17, 2010

Kalau mak suka,mak mentua pun suka.!@#$%^

Sabtu lepas.
Ikuti perbualan anak gadis dan ibunya didapur.

Mak : Kak tolong potong sayur ni?
Gadis : Semua?
Mak : Ye semua
Gadis : Ok,er mak akak rasa nak pakai papan potong tu.
Mak : Nak buat apa?
Gadis : Nak potong... sayur.
Mak : Hish mana ada orang potong sayur guna papan ni
Gadis : Boleh mak,tengok ni.Senang kan? Boleh potong 3 skali gus...easy,rapid and safe!
Mak : Hish mana ada orang potong sayur kacang macam tu, macam ni ha..(Sambil demo, for those yang dah biasa, will know the ancient teknik I pictured about)
Gadis : Oh ok.(Cuba buat cara mak ajar) emm tapi kan..macam sama je
Mak : Potong tu biarlah sama panjang, ni panjang pendek, nanti mak mentua cakap apa lah anak dara potong sayur tak sama panjang.(Mengalihkan pandangannye dari gadis)
Gadis : (Sambung potong sayur cara dia..Hehe sementara mak tak pandang)Er..sama la ni mak,lebih kurang je.Cuba tengok ni, camni kan kan kan?
Mak : *Diam,sambil perhatikan gadis
Gadis : Mak...camnikan saiz dia? Habistu tak akan nak pakai pembaris? bukan ke kita boleh aplikasikan kalau kita jumpa alternatif lain mak?
Mak : Tak cantik,cube potong macam mak ajar tu..Cuba buat macam ni, bukan nye terpotong jari pun.
Gadis : Tapi risiko security tetap ada..(Selamba je sambung potong sayur cara dia)
Mak : Kalau mak tak suka,mak mentua pun tak suka tau.
Gadis : *Haa sudaaaaah..dah masuk bab mentua pulak.Servis bertukar tangan,eh tak servic bertukar teknik.Teknik turun menurun dari zaman hang tuah i guess.(Potong macam mak ajar)
Mak : Ha kan boleh tu.(*Encouraging sound)
Gadis : Hmmm boleh..tapi lambat.(I always did my way kalau masak sorang-sorang.She wouldn't know what kind of engineering technic i will use for cooking skills.Janji siap,but then after dengar hypothesis baru, i was like whoatthefun?..tak pernah terfikir tentang ini.Jauh sekali.)
Mak : Takpe belajarlah..
Gadis : Er..ok ok..


Moral :Kalau mak suka.Mak mentua pun tentu suka.
KAHKAHKAH.ingat hipothesis ni.Tak payah nak
berbalah sangat dengan alternatif lain.She had a reason why.

Monday, March 8, 2010

Abang hensem makan yogurt!

Saya kenal yogurt waktu darjah 4
Masa tu tak tahu pun nama benda alah tu = yogurt
Nampak senior hensem makan dalam bas sekolah
Meleleh-leleh saliva dibuatnya..
Habis basah baju sekolah (over tau)
I control je.
Habis tak akan nak terjah, "hey hensem mintak sikit tu.."
HAHAHA.
Gila apa? habis saham ASB I.

Sepanjang dalam kelas
Nampak cikgu pun dah macam yogurt
Tunggu nak balik umah je
Nak minta dekat emak banyak-banyak secara tamak
MUAHAHAHA.
Kalau emak tak kasi nak minta kat jiran tetangga
Sampai macam tu weh
Macam sedap gile tengok yogurt waktu tu, creamy and tasty.
Jakun gile haku.

1st time makan.yuks.
Masamnya terlukis di wajah ku.
Ceh nampak je menyelerakan, tapi rasenya menjengkelkan.
Hoh ok ada ke rasa makanan menjengkelkan?
whatever..

Lama-lama baru suke,
Macam semakin hari semakin sayang, eceh
Sebab yogurt all the time macam makanan healthy untuk orang dewasa sahaja

Sekarang dah dewasa, malah dah nak tua.
Memang makan yogurt untuk kembali muda.
Kalau boleh nak habis muda macam darjah 4 tu.

Jom makan yogurt! My fav Flavor all the time tentu la PIC from marigold!

HAHABIS.

Thursday, February 25, 2010

1431H

Salam Maulidur Rasul


Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya, terus terpelihara dan sentiasa di terangkan hati untuk menerima hidayah-Nya agar terbimbing mencari sinar cinta syurga.




Amin.

ARAHAN

Baca dengan penuh keimanan.
.
.
PELAJAR LI DI ARAHAN PULANG KE UMP GAMBANG

PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI SELURUH SEMENANJUNG,
ANDA DIARAH PULANG KE KAMPUS GAMBANG PADA: 2 MAC 2010

TUJUANNYA ADALAH BAGI MENJALANI PROGRAM MY3s PENILAIAN INSTRUMEN KEMAHIRAN INSANIAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN PBMSK YANG AKAN BERLANGSUNG DI KOMPLEKS SUKAN PADA 3 MAC 2010

BAS UMP AKAN MENJEMPUT PELAJAR DI PUSAT-PUSAT PENGAMBILAN BAGI MEMBAWA PULANG KE KAMPUS. SILA BERKUMPUL MENGIKUT KAWASAN YANG TELAH DI TETAPKAN




Memang macam dah nak terblender jantung dapat tahu ni masa balik meeting dengan client.Terus virus 'x' merebak dalam tubuh tak bagi salam.Actually im quite worry with the boss if he knows I am going to cuti 3 hari, sebab everybody in here semua tengah crazy sibuk kejar dateline.(Bayangkan macam tengah berlari sambil buat kerja secara serius)T_________T.

OMG, I don't have the courage, because I think I dapat letak diri dalam kasut dia.Maknanya..ok tak ada masa nak explain.Maybe even dia bagi pun dia akan macam separuh bagi je tapi dia memang understding.I tell you.Sebab disembark je dalam kereta otw balik meeting he start giving me the task.Tak sempat sampai ofis lagi tu.

Kawan-kawan lain semua dah start apply cuti.Urgh balik buat muka kesian bersungguh-sungguh dahulu kalau muka tu siap dan macam boleh pakai, baru pergi jumpa minta cuti.!@#$%^&.I know its ridiculus and last minute,but tak tahu what will i get if i ignore this.Maybe penjara 3 hari? HAHAHA.

Rasa macam tak seronok nak pergi.
Kalau ikutkan kata hati memang tak nak pergi.
This 2 weeks memang tough.
A lots of work loading sampai rasa nak 'hang'.
I do sampai rumah pukul 10 malam several time.
.
.
I always been at outside paling minimum 13 hours/weekdays for working.T___________T.
.
.
.
.
.
Mencari jodoh apatah lagi?



Wednesday, February 24, 2010

Annoying psycho

Dah lama dah tahan, hari ni macam ter-entry pulak

Anyway I don’t care pun for whatever you do and go
Sikit tidak menjejaskan

Tapi

It was like very annoying when you start to show off you ‘prosperity’
Konon nyelah properity hihi.

Seeking any attention? From me?
Sorry, will not ask you till the end of the world

I don’t find any reason. It is over.

Memang excellent at annoying people heh? Do I care? *claps*
.
.
.
Whatever psycho! HAHAHAHA.
.

SYA!
Ok ok ye,ingat allah.(tumpang lalu)

Tuesday, February 23, 2010

My boss and I?

Even though my boss was not here

I mean physically in office

But still, i felt like he is watching over me or skodeng-ing me from somewhere
sama je if dia ada and if dia tak ada feel like dia ada.!@#$%^&*AGAGAGA.

keep asking the progress and giving the task through our "virtual office" skype/email/sms

now you tell me how to "mengular"?

Crap, i don't have the answer

lepas solat pun, cepat-cepat kembali ke pangkuan office, wondering if he had message me..

same goes with hand phone
Oh this is very new to me, because i am the one who always campak-campak the phone,like sometimes i don't know where in the world its hiding until its SOUND me.EKEKE.Oh I remembered that i used to give my phone to my friend for using my free sms with her BF several time.!@#$%^&*()

Because i don't know how to bedal the benefit i got.KESIAN GILE ! T_______________T


Now? Have to ensure it has credit and battery,letak depan mata.stranger pun dah start calling regarding the task, other stranger? VERY LUCKY if i pick up AFTER 12 midnight.HAHA.

Gosh macam bercinta!
Tapi bercinta-kah cik HEELISM?

er..ok thats it, HE PM me already.TATA.



Sunday, February 7, 2010

Ingatiku dan hutangku dalam doa mu.

Soalan 1: Bangga tak bila dapat bagi pinjam duit dekat orang yang dah bekerja, walhal anda masih belajar?
Jawapan 1: Tak.

Soalan 2: Bila dia dah mampu, tapi masih tak langsaikan hutangnya, anda rasa apa?
Jawapan 2: Semoga Allah bagi hidayah dekat dia.Takan nak pergi cubit gigi dia?

Soalan 3: Malu tak nak minta hutang dekat orang sebab anda terdesak?
Jawapan 3: Malu macam tengah naked.!@#$%^

Soalan 4: Bengang tak bila dia perlukan duit baru dia ingat anda?
Jawapan 4: Nyanyi lagu akem, eh tak tak, Urut dada sahaja, selawat banyak-banyak.Berangan sahaja esok ada orang bagi bunga dekat stesen lrt secara romantis untuk alih stress.HAHA.Kantoi engkau stress.

Soalan 5: Kenapa bila takda duit je dia cari anda?
Jawapan 5: Mungkin dia ingat, hamba memiliki mesin pencetak duit dan pencetak muka terbengkalai.

Soalan 6: Rasa apa bila tak dapat tolong dia?
Jawapan 6: Rasa serba salah + masin telur asin sikit-sikit.

Tapi ada seorang sahabat ingatkan;
"Jangan sesekali menyesal diatas pertolongan dan kebaikan yang pernah awak buat"
"Terima kasih awak =) "

Soalan 7: Ada apa-apa pesanan penaja?
Jawapan 7: Bawak-bawaklah muhasabah diri, doalah semoga diterangkan hati untuk terima hidayah dan ilmu tentang hutang.Orang berbudi kita berbahasa.Gunakan jalinan umat dengan sebaik-baiknya.



Ehem, "Ingatiku dan hutangku dalam doa mu", ada sesiapa penyanyi yang berminat nak buat album tajuk ni? Boleh sign agreement dengan saya.HAHAHA.


I am phew

You've been living for 23 years, 7 months, and 24 days.
You were born on a Saturday.
Your date of conception was probably 21st September 1985.
You've seen 6 leap years.
Your Zodiac Sign is Gemini.
Your Chinese Zodiac Sign is Tiger.
Your Ruling Planet is Mercury.
Your Birthstone is Pearl.
Your Birth Flower is Rose.
Your Birth Tree is Fig Tree.
Your Birth Number is 8.


Time till your next Birthday 126 days 10 hours 29 mins.
Birthday Countdown
Your Lucky Color is Yellow or White.
Your Lucky Day is Wednesday.
Your Lucky Number is Five.
Since your birth, as an average human being, you have approximately
Drunk 3455.6 gallons or 12958.5 litres of water.
Eaten 35419.9 pounds or 16066.18 kg of food.
Slept 2699.69 days or 7.4 years
in your life.


Since your birth 8639 days ago,
Your heart has beat more than 895691520 times.
Your heart has pumped more than 65397230 litres or 17278000 gallons of blood.
Your kidneys have filtered more than 1468630 litres or 388755 gallons of blood.
You have breathed more than 186602400 times.
You have inhaled more than 89923351 litres or 95029000 quarts of air.
Your breathing has generated more than 7775.1 kg or 17140.87 pounds of Carbon dioxide.
You have blinked more than 116108160 times.
Your mouth has produced more than 8207.05 litres or 2159.75 gallons of saliva.
Your body has shed more than 16068.54 grams or 35.42 pounds of skin.
You have lost more than 863900 strands of hair.
If you hadn't taken single haircut, your hair would be more than 142.85 inches long today.
If you hadn't cut your fingernails a single time, they would be more than 28.5087 inches long today.
If you hadn't cut your toenails a single time, they would be more than 16.4141 inches long today.

Saturday, February 6, 2010

Make-up-make-up

Sudah lama tidak bercakap perihal make-up dengan rakan sebaya.Make-up dengan perempuan ibarat irama dan lagu.Jika cuba dipisahkan maka..kejap nak fikir....ok fine tak ada ayat nak goreng anda HAHAHA.Kalau tak buat rasa nak kena siku tak boleh ke?

Tak percaya?

Habistu siapa yang melekukkan eyeshadow mak suatu ketika dulu? Siapa yang terpatahkan lipstik mak suatu ketika dulu? lepastu berdiri depan cermin senyum sana senyum sini, tiba-tiba nyanyi lagu spice girls pulak depan cermin sampai lenguh mulut nyanyi sambil senyum-senyum? siapa? siapa? KAHKAHAHKAH.Eleh buat-buat tak mengaku pulak.HAHA.Kuat nya berangan hendak menjadi cantik dan dewasa secepat mungkin sebab bosan dengan rutin harian ke sekolah selama 12 tahun.T_______________T.

Tapi,bila dah dewasa pula terasa cepat sangat waktu berlalu, sehingga rasa macam nak sekolah tadika balik sebab takut memikirkan ketabahan hati dan iman untuk menempuh cabaran yang makin hari makin sukar dan besar.Gaaah memang macam inilah kehidupan yang semakin hari mematangkan kita.

Tiba-tiba macam dah termasuk double line.Baiklah kembali kepada pangkal jalan topik kita tentang make-up.Ecececeh..kenapa make-up? Lelaki dengar je 'make-up' terus rasa stress,leceh,beban,sentap dan ntah hape-hape.Betulkah? Lor padahal bukan anda yang make-up pon.WTFunny.

Sebab mentality dah set dengar je make-up terus ada opera cina prompt error message depan muka dia. KAHKAHKAH. Padanlah anda rasa macam gelisah sekali.Takut berkepit dengan opera cina, bukan dengan fasha panda eh tersasul plak op op.. siti nurhaliza lah maksud aku.Hish.Engkau sampai bila nak berdendam dengan produk garnier ni Jah? HAHAH.Tak tak,tak dendam pun (Nada sumpah tipu).


Untuk pengetahuan anda, perempuan make-up bukan untuk suka-suka tetapi untuk keyakinan mereka.Supaya apabila bercakap dengan siapa-siapa dia mengharapkan agar orang tersebut tidak melilau-lilau mata sambil tersilau tengok muka dia.HAHA.Serta mengemukakan soalan yang meruntum sanubari keyakinan dia.

Contoh
"Kenapa bibir you kering kemarau ni?"
"I silau lah tengok muka you ni,you pakai minyak apa ye?"
"I dah kira jerawat you dari pagi tadi total = 33 biji jerawat, banyak nyeee scary I.!!"


Perghhhh kalau dapat soalan maut macam ni memanglah keluar berita surat khabar muka depan "seorang gadis mencatat rekod tidak keluar rumah selama setahun".Engkau jangan gelak tapi ini benar.(Saya pernah mengalaminya!T__T) Lagi-lagi apabila soalan datang dari sang jejaka. Memang rasa nak nangis 20 sungai, tak pun tiba-tiba nak emo dekat semua orang, lepastu cakap "budget hensem n hotlah mamat ni, nyampah!!" HEHEHE. Make-up ini termasuk lah menepek bedak dekat muka dan memakai lipbalm, ini saya kira sebagai kategori make-up yang paling minimum.Kategori lain termasuklah lipstik, blusher, eyeshadow, mascara, eyeliner yada..yada..yada..semua tu.

Ada juga perempuan yang tak sentuh make-up sebab kurang yakin.Aik apa kau cakap ni aisya kejap cakap sentuh make-up untuk keyakinan yang ni pulak ...haish.HAHA rileks jangan stress baca blog I.Ada juga sesetangahnya 'takut' sentuh make-up kerana 'takut' dengan komuniti expectation.Takut difikirkan 'over' dan kuat melaram.HAHA.I tak tipu sebab penah tanya rakan-rakan yang lain.Ada sesetangah nya kerana takut mencuba sebab takut jadi semakin tidak cantik dan hampir kepada kejadian opera cina jadi-jadian.T___T takutnya.Kerana ber-make-up juga perlu kan pengetahuan asas dan beberapa teknik yang betul.Termasuklah tempat dan penggayanya.

Tapi yang paling penting berani mencuba dan yakin itu adalah asas kepada tunjang keteguhan keyakinan yang ingin dia bangunkan tu.Tak susah pun hendak mendapatkan sedikit info asas make up,boleh baca magazine, internet atau tanya sahaja pada kawan-kawan yang dah pakar.Saya sendiri akan pastikan diri kemas, wangi dan menarik dalam erti pengayaan pakaian dan membawa muka yang siap.Bukanlah maksud yang terlalu kompleks cuma, sekadar tahu etika berpakaian, macam mix & match yang lebih menjimatkan dan tidak nampak pucat serta tidak bermaya.Saya mahu nampak fresh dan energetic semasa jumpa client dan berurusan dengan orang lain.Saya bukanah diantara yang pandai bergaya dan bermake-up tetapi sedikit sebanyak pembacaan dan pemerhatian dapat membantu dengan baik.

Anda suka berurusan dengan orang yang cantik? Saya suka!

Sampaikan menjeling-jeling nyorok untuk lihat buat kali ke-dua.HAHAHA.Kerana saya terpesona dengan cara dia potray diri dia.Bayangkan dengan penampilan yang cantik, body language yang superb, body gesture yang baik, senyuman yang menawan, bersih dan wangi.Secara tak langsung cahaya keyakinan dia akan keluar dari pembawakan dia sendiri, Sambil berkata "kerana dirimu begitu berharga.." HAHAHA apasal tibe-tibe?

Memang sudah lumrah manusia suka kepada perkara yang cantik-cantik (Oh disini anda jangan salah faham tentang muka cantik dan diri cantik ok?) Orang yang melihat kita pon akan rasa bermaya dan seronok dengan energy serta aura yang kita bawa sendiri.Sebab elemen-elemen ini mampu mempengaruhi energy orang lain secara tidak langsung.Maka mereka akan jadi seronok berurusan dengan kita.Saya pasti anda juga pernah mendengar tentang 'first impression' yang banyak mempengrauhi visualisation dan pemikiran seseorang.Jadi terpulanglah pada kita semua bagaimana kita mahu membawa 'keyakinan' sebagai separuh daripada pembangunan insan.


Eh banyak pulak dah membebel.HAHAHA hambik janji palsu ku semalam, ku tunaikan dengan penuh kasih sayang.EKEKEKE.
.
.

Allah telah mengurniakan 'kecantikan' kepada kita, maka kita pelihara-lah ia dengan rasa syukur.Semoga ia sentiasa sihat dan digunakan kepada jalan-jalan yang di-redhai Allah.InsyaAllah.

Yang Terbaik

Dah ter-falling dengan lagu marsha.Hari-hari rasa nak dengar.Who knows me very well, akan tahu how many time, i will play the song that i addicted.KAHKAHKAH.Sampai kesian orang lain turut ter-falling dan terhafal sekali.Tapi mereka selalu membawa muka pasrah yang sangat comel.Thats why i likeeeeeeeee =p
.
.

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Chorus
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih


Friday, February 5, 2010

Rindu dan gile

Rindu dah tak berbelah bahagi lagi



Tapi stress tahap 4 tingkat buat mood haku = null;

final result: conteng blog = error!


Hari ni drive laju gile, memang terbukti maksud sticker 'P' merah aku."Pemecut Pro".Hambik! Siapa buli aku harini semua aku sentap!.Takda istilah tak apa.Istilah boleh blah adalah.KAHKAHKAH.Dan!!! aku makan banyak dan bawak muka tak siap 98.9% ke tempat kerja hari ni.This is so not me! T________________T.Baiklah mari pergi london untuk terapi minda.ZZZzzZZzz kroh kroh.


Janji palsu, esok ada entry baru yang mengandungi lebih 100 patah perkataan.Angkat kaki.

Thursday, February 4, 2010

My honesty

You..

I am sorry for everything

I never meant to do this to you,never
Your wounds seems to heal a lots,
Even the pain is just to real

I know you can, as the time fly..

Allah knows the best for us

If you are happy,I will happy for you..


Congratulation for your Love Marriage soon!


Thanks for your invitation
But I can't promise as we are apart too far away
One thing for sure, I will pray for your happiness

I know there something hiding from your words
But there nothing to think about more
That was the best for us
Thanks for the friendship

See you soon with your wify
and
Welcome to Malaysia again
.
.
.
InsyaAllah.

Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah..

After all worried..


Alhamdulillah
.
.

Semoga Allah terangkan hati kita semua, untuk menerima hidayah-Nya
Amin

Sunday, January 24, 2010

Hati bunga

Malam tadi dah tertidur dengan hati yang berbunga.Bila bukak hati nampak banyak sangat bunga sampai melimpah ruah.Dah lama sangat tak tidur dengan bunga,asyik tidur dengan bantal je.T______T Kehkeh,anyoyingkah? whatever..

I am happy, thanks for made my day.
.
.
Alhamdulillah

Saturday, January 23, 2010

Mendung

Hari ni rasa bosan sebab I rasa mendung.Dah 3 hari rasa mendung selari dengan cuaca kat sini.Macam ni la kehidupan yang bagaikan roda impian tu.Cuma takda menang duit dan pilih huruf.Huh? Minggu lepas adalah minggu gembira, kemudian sebelum tidur, I mula risau apa yang akan I sedih pada minggu ini.Tak tahulah siapa ajar, supaya siap-siap fikir perkara minggu depan.Kalau tahu akan menangis, rasanya nak menangis siap-siap sahaja sekarang, supaya minggu depan tak payah nangis dah sebab minggu ni dah nangis.Boleh tak jangan koyakan blog I?.KAHKAHKAH.Sekarang sudah tahu.T____T.Demikianlah cerita roda.Kesimpulannya,hormatilah orang tua.(Tetiba).
.
.

Huh? Memang elmo betul minah ini.
Okeh kejap, pergi lap hingus jap kjahd swhd.
.
sambung

I tak berapa berkhasiat.Mood juga merundum.Tak boleh fokus setajam mata pisau masa buat kerja, setajam mata hati sahaja yang mampu.hwg!@#$%^&*.Rindu dekat blog memang melimpah ruah,tapi tak tahu nak tulis apa, macam blur tahap 8.4 Farenheit ke apa entah.Last week ada perkara happy berlaku.I harap semoga ia menjadi titik permulaan dan bakal diberkati dalam keredhaan-Nya.Tak boleh nak cakap sekarang, sebab semuanya masih awal.Mari kita usaha dan jangan jadi LOSER.HAHA.Terima kasih kepada segelintir kawan yang memahami dan banyak bagi 'resourse' sebagai tanda sokongan.Kita lihat bagaimanakah ending kisah NUR KASIH ini.EKEKEKEKE.

Baiklah cik heelism tulis blog tapi macam tak nak beritahu.Nak beritahu tapi tak boleh beritahu.Kalau bagi siku agaknya baru dia nak beritahu? HAHA ok tak kelakar.Memang aku mendung.Dah nak pergi angkat baju, sebab dah mendung.Jumpa lagi semasa sunshine keluar.

Thursday, January 7, 2010

Entry bosan

Baiklah nampaknye ada pula beberapa orang wartawan !@#$%^&& yang tertanya-tanya tentang Shawls Heelism, yang bila pakai je terus cakap WALA CANTIKNYE DIRIKU BEGITU BERHARGA HARUS BELI LAGI SECARA BANYAK.HAHA.Tak percaya sudah nama kau dolah........(jangan lupa lirik zaman kanak-kanak)..Maka akan diusahakan untuk memenuhi permintaan hati rakyat.Ewah.I akan beritahu anda kelak ye.Jangan ke mana-mana.Pastikan anda kembali dan mengunakan kuasa hujung jari untuk membeli di sini.Ting!

Oh ya, I masih status single student lagi,masih belum berkerja, sedang praktikal dan masih papa kedana.KAKAKA kalau tak mention tak boleh ke? macam tak boleh sebab nanti kot kot ada yang ajak kahwin, I takda duit lagi.!@#$%^&* Harap maklum.Ini lawak.Jangan dare tanya siapa ajak kahwin.Sebab ini lawak,Oh benci kena explain.

Collegues macam mana? mereka I semua mengancam.Terror and very nice.My boss pun, sangat kind, futurist and intelligent.So, sangat bersyukur kerana berkerja dengan enviroment yang macam ni.Rupanya I spend 13 hours di luar rumah.T______________T.Tssskk.Penat.Semoga semuanya terus sukses.Untuk kawan-kawan UMP yang baru mula practical, Goodluck!

Facebook buat masa ni macam tak cukup vitamin.pasif + no feedback.Sorry, cuma I boleh confirm kan siapa yang add sebagai kawan.Emm siapa-siapa yang dah queue lama tapi tak acceptable tu I wonder,siapa.Its okey kalau tak kenal, add and tegur I, but if tak kenal tapi add and macam loser boleh merangkak ikut pintu ignore okeh.Kalau setakat nak increase listing baik tak payah, baik pergi tolong emak buat cekodok lagi bagus, dapat pahala.

Elmo ke kak? KUIKUI tidak.Rasa macam boring je entry neh.Baiklah saya sendiri akan keluar ikut pintu belakang sekarang.KEHKEHKEH.

 
design by suckmylolly.com