Saturday, February 6, 2010

Make-up-make-up

Sudah lama tidak bercakap perihal make-up dengan rakan sebaya.Make-up dengan perempuan ibarat irama dan lagu.Jika cuba dipisahkan maka..kejap nak fikir....ok fine tak ada ayat nak goreng anda HAHAHA.Kalau tak buat rasa nak kena siku tak boleh ke?

Tak percaya?

Habistu siapa yang melekukkan eyeshadow mak suatu ketika dulu? Siapa yang terpatahkan lipstik mak suatu ketika dulu? lepastu berdiri depan cermin senyum sana senyum sini, tiba-tiba nyanyi lagu spice girls pulak depan cermin sampai lenguh mulut nyanyi sambil senyum-senyum? siapa? siapa? KAHKAHAHKAH.Eleh buat-buat tak mengaku pulak.HAHA.Kuat nya berangan hendak menjadi cantik dan dewasa secepat mungkin sebab bosan dengan rutin harian ke sekolah selama 12 tahun.T_______________T.

Tapi,bila dah dewasa pula terasa cepat sangat waktu berlalu, sehingga rasa macam nak sekolah tadika balik sebab takut memikirkan ketabahan hati dan iman untuk menempuh cabaran yang makin hari makin sukar dan besar.Gaaah memang macam inilah kehidupan yang semakin hari mematangkan kita.

Tiba-tiba macam dah termasuk double line.Baiklah kembali kepada pangkal jalan topik kita tentang make-up.Ecececeh..kenapa make-up? Lelaki dengar je 'make-up' terus rasa stress,leceh,beban,sentap dan ntah hape-hape.Betulkah? Lor padahal bukan anda yang make-up pon.WTFunny.

Sebab mentality dah set dengar je make-up terus ada opera cina prompt error message depan muka dia. KAHKAHKAH. Padanlah anda rasa macam gelisah sekali.Takut berkepit dengan opera cina, bukan dengan fasha panda eh tersasul plak op op.. siti nurhaliza lah maksud aku.Hish.Engkau sampai bila nak berdendam dengan produk garnier ni Jah? HAHAH.Tak tak,tak dendam pun (Nada sumpah tipu).


Untuk pengetahuan anda, perempuan make-up bukan untuk suka-suka tetapi untuk keyakinan mereka.Supaya apabila bercakap dengan siapa-siapa dia mengharapkan agar orang tersebut tidak melilau-lilau mata sambil tersilau tengok muka dia.HAHA.Serta mengemukakan soalan yang meruntum sanubari keyakinan dia.

Contoh
"Kenapa bibir you kering kemarau ni?"
"I silau lah tengok muka you ni,you pakai minyak apa ye?"
"I dah kira jerawat you dari pagi tadi total = 33 biji jerawat, banyak nyeee scary I.!!"


Perghhhh kalau dapat soalan maut macam ni memanglah keluar berita surat khabar muka depan "seorang gadis mencatat rekod tidak keluar rumah selama setahun".Engkau jangan gelak tapi ini benar.(Saya pernah mengalaminya!T__T) Lagi-lagi apabila soalan datang dari sang jejaka. Memang rasa nak nangis 20 sungai, tak pun tiba-tiba nak emo dekat semua orang, lepastu cakap "budget hensem n hotlah mamat ni, nyampah!!" HEHEHE. Make-up ini termasuk lah menepek bedak dekat muka dan memakai lipbalm, ini saya kira sebagai kategori make-up yang paling minimum.Kategori lain termasuklah lipstik, blusher, eyeshadow, mascara, eyeliner yada..yada..yada..semua tu.

Ada juga perempuan yang tak sentuh make-up sebab kurang yakin.Aik apa kau cakap ni aisya kejap cakap sentuh make-up untuk keyakinan yang ni pulak ...haish.HAHA rileks jangan stress baca blog I.Ada juga sesetangahnya 'takut' sentuh make-up kerana 'takut' dengan komuniti expectation.Takut difikirkan 'over' dan kuat melaram.HAHA.I tak tipu sebab penah tanya rakan-rakan yang lain.Ada sesetangah nya kerana takut mencuba sebab takut jadi semakin tidak cantik dan hampir kepada kejadian opera cina jadi-jadian.T___T takutnya.Kerana ber-make-up juga perlu kan pengetahuan asas dan beberapa teknik yang betul.Termasuklah tempat dan penggayanya.

Tapi yang paling penting berani mencuba dan yakin itu adalah asas kepada tunjang keteguhan keyakinan yang ingin dia bangunkan tu.Tak susah pun hendak mendapatkan sedikit info asas make up,boleh baca magazine, internet atau tanya sahaja pada kawan-kawan yang dah pakar.Saya sendiri akan pastikan diri kemas, wangi dan menarik dalam erti pengayaan pakaian dan membawa muka yang siap.Bukanlah maksud yang terlalu kompleks cuma, sekadar tahu etika berpakaian, macam mix & match yang lebih menjimatkan dan tidak nampak pucat serta tidak bermaya.Saya mahu nampak fresh dan energetic semasa jumpa client dan berurusan dengan orang lain.Saya bukanah diantara yang pandai bergaya dan bermake-up tetapi sedikit sebanyak pembacaan dan pemerhatian dapat membantu dengan baik.

Anda suka berurusan dengan orang yang cantik? Saya suka!

Sampaikan menjeling-jeling nyorok untuk lihat buat kali ke-dua.HAHAHA.Kerana saya terpesona dengan cara dia potray diri dia.Bayangkan dengan penampilan yang cantik, body language yang superb, body gesture yang baik, senyuman yang menawan, bersih dan wangi.Secara tak langsung cahaya keyakinan dia akan keluar dari pembawakan dia sendiri, Sambil berkata "kerana dirimu begitu berharga.." HAHAHA apasal tibe-tibe?

Memang sudah lumrah manusia suka kepada perkara yang cantik-cantik (Oh disini anda jangan salah faham tentang muka cantik dan diri cantik ok?) Orang yang melihat kita pon akan rasa bermaya dan seronok dengan energy serta aura yang kita bawa sendiri.Sebab elemen-elemen ini mampu mempengaruhi energy orang lain secara tidak langsung.Maka mereka akan jadi seronok berurusan dengan kita.Saya pasti anda juga pernah mendengar tentang 'first impression' yang banyak mempengrauhi visualisation dan pemikiran seseorang.Jadi terpulanglah pada kita semua bagaimana kita mahu membawa 'keyakinan' sebagai separuh daripada pembangunan insan.


Eh banyak pulak dah membebel.HAHAHA hambik janji palsu ku semalam, ku tunaikan dengan penuh kasih sayang.EKEKEKE.
.
.

Allah telah mengurniakan 'kecantikan' kepada kita, maka kita pelihara-lah ia dengan rasa syukur.Semoga ia sentiasa sihat dan digunakan kepada jalan-jalan yang di-redhai Allah.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com