Monday, March 29, 2010

Pesta buku hanya tinggal kenangan

Pesta buku PWTC hanya tinggal kenangan yang tidak bertepi.Kini ku teruskan perjalanan mengorak langkah dengan menerima hakikat.Nampak? punya sadis gadis ini seperti ayat novel kau suka aku seksa. T__T.Baiklah mari kita menjadi serius sekarang ini.Ya saya baru sahaja bernawaitu mahu ke sana untuk mencari beberapa bf yang boleh dipakai.Yang tak boleh dipakai, boleh lalu ikut pintu belakang.Tak faham kenapa kena ikut pintu belakang,ia seperti formula yang rumit untuk diterangkan. Disebabkan kini saya telah tersedar akan kekurangan masa untuk bersosial maka,saya telah merancang masa depan dengan teliti untuk mencari bf.Telitilah sangat jah.. ayat nak power je.

Pada kekangan waktu yang terhad mana mungkin,saya dapat menyarung high heels, bersolek smokey eyes, berselendang ala-ala tiupan angin bayu membawa diriku..dan beratur mendapatkan tiket clash of the titans bersama rakan sebaya sambil bercerita tentang cara membuat asam pedas.Heh mana mungkin.Kerana itu saya telah mencari alternatif lain supaya saya tidak hidup terbosan-bosan menunggu train yang delay, stress dengan penumpang low civic dan sesak nafas menahan penangan bau tindak balas kimia semula jadi selepas tak sempat mandi.HAHAHA.

Kini saya atasi dengan membaca yang kadang kala membuat saya senyum sendirian,air mata bergenang dan bertenungan tajam kuasa supersaya di sudut 190 darjah pintu lrt tanpa sedar orang sekeliling pandang dengan penuh rasa kagum.KEKEKEKE. Perkara paling buruk adalah apabila saya overide train dan tiba lewat di destinasi cinta.Ini memang men-stress kan saya.

Oh mungkin saya patut sertakan bidalan ini, Banyak membaca,banyak overide lrt.HAHA.Tak tak, bukan itu maksud saya. Maksud saya kini saya cuba mengisi waktu kekangan sempit dengan membaca buku.InsyaAllah,saya percaya bacalah apa pun buku yang masih berlandaskan syariat,nescaya dapat membantu memajukan fikiran walaupun 0.01%.

Saya akui sudah lama tidak berbuat demikian.Maksud saya membaca dengan mukasurat yang beratus-beriban.Kalau bacaan ringan itu memang rutin kesukaan saya.Dulu,saya tahan duduk berjam membaca sampai teremosi.Emak juga emosi bila saya terlupa untuk menghulurkan bantuan kecemasan di dapur. HAHA.Tapi saya tidak boleh berbuat demikian semasa di universiti. Saya emosi bila mengadap buku 5 minit.HAHAHA.Saya tidak pilih untuk makan banyak untuk senang tidur,tapi saya pilih untuk membaca sampai tertidur.HAHA.Nampak sangat ke buku tu macam bubbly saya? .


Ceh.Nampaknya entry ini tidak boleh serius.Mari kita tamatkan disini secara serius.TATA.Oh lupa BF maksud saya disini adalah BookFeed, bukan seperti yang anda fikirkan.Heh.

2 comments:

  1. jangan sedih-sedih..nanti kita pergi amcorp mall borong buku..nak duduk bersila baca buku pun takpe..aku dengan nisah dah buat da pun..heheheh...

    ReplyDelete
  2. heheheh thanks tqa 2 mgu i niat nk pg.haha.t kita g shoooooooooooooooooooooooping sama2 k.thnx

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com