Anda berada di mana?
Di persimpangan
Dah lama ke berada di situ?
Ya, lama dan bertahun..Saya penat diri kat sini lama-lama =(
Bila anda nak berhijrah?
Secepat mungkin, saya berkira-kira minggu ini yang terakhir saya berada di persimpangan ini.Doakan saya ya.
Apa yang anda harapkan?
Jika mengukur dari sudut hati, saya mengharapkan jawapan yang baik, yang terlihat masa depannya.Tapi kini saya perlu kuat untuk terima apa sahaja risiko kerana saya rasa sudah tiba masa untuk saya move on.
Anda dah habis usaha?
Saya tak menolak yang saya pernah berusaha, ya saya berusaha! Dan untuk buat semua ini game over, itu juga adalah usaha bukan? mungkinkah juga ini usaha saya yang terakhir untuk ini? Jadi tinggal lah tawakal yang mana Allah sahaja tahu apa yang terbaik buat hambanya.
Apa yang anda rasakan?
Oh dahulu saya menjerit dalam diam, saya pernah menangis dalam diam, saya berharap dalam diam, malah saya berdoa dalam diam pada setiap hari dan kini saya sedang mengumpul kekuatan agar saya lebih tabah dan lebih kuat menghadapi ujian-Nya.Saya juga amat berterima kasih pada kawan rapat yang banyak memberi nasihat dan sokongan, walaupun adakalanya saya amat berdegil untuk tidak menurutinya.
Adakah semua perkara akan diketahui?
Tidak.
Apakah yang anda fikirkan?
Kebanyakan masa untuk perkara ini, saya hanya berfikir untuk perkara yang disebalik dari baik.
Apakah perkara yang anda rasa sukar untuk ini?
Teka teki mentafsir tindakan dan Berterus-terang
No comments:
Post a Comment