Monday, April 27, 2009

Laundary war

Hari ni bangun pagi-pagi je histeria dalam keadaan bisu, sebab takut sangat melihat isi kandungan bakul laundary yang hampir mencecah bumbung langit ke 7.(Ceh nampak sangat tipu).Aku tarik nafas dalam-dalam dan terus declare 'laundary war' (Oo apa kau ingat declare couple je boleh?) dengan bengis nya.(Sempat selit).Aiseh man sekali teringat ayu cakap mesin basuh blok aku meroyan tak nak operate macam biasa.Then dengan gagah macam badang aku mengangkutla ke sana sini, mencari mesin basuh yang ok kat blok lain.Sangat thrill, kalau kurang sabar dah boleh jadi incredible hulk ke apa.Ini semua kerana sumpahan gurun sahara di UMP tempoh hari.(Alasan-alasan-alasan)

Lepas basuh baju dan jemur, terus balik ke bilik dengan keletihan tahap kayoh beca keliling negeri pahang.(Aik baru basuh baju, dah nak pengsan?) Tiba-tiba tersasul sebuah phrase berbunyi

"Uwaa penat nya taknak kawin lah macam neh"

Tak sempat pikir, terus tergelak roomates aku semua.Diorang lagi mahu tambah pain aku dengan cakap kata-kata berupa

"Habis tu kalau husband suruh basuh baju dia pakai tangan macam mana?"
"Kalau dia cerewet macam mana?"
"Kalau dia ugut, tak dengar kata boleh jadi isteri derhaka, macam mana?"

Haih horror nya situasi tersebut.Aku cadang nak buat berus baju macam selipar je, sebab boleh simply berus pakai kaki.(Sangat kreatif lah bukan?).Kalau banyak sangat baju tuh dan cerewet gila meh aku berus dengan muka-muka sekali.KAHKAHKAH.(Eleh berani ke kau buat?).Tak pon buat berus yang ada remote control, boleh aku jalankan tanggugjawab membasuh demand tersubut sambil menonton desperate housewives dengan control dari jauh.Waa hebat hebatlah idea aku neh.(Tiba-tiba rasa macam terharu sebab kata hebat kat diri sendiri).Jadi saya menyeru bakal-bakal isteri supaya bertindak kreatif dalam menjalankan tanggugjawab anda.Ops u better talk to the hand la aisya.

Adoyai dalam banyak-banyak kerja rumah aku paling lemah bab membasuh neh.Bukan apa aku seorang manusia yang sangat suka memanfaatkan technology development secara sepenuh hati jiwa dan raga.Cewah bagus tak orang macam aku yang sangat cinta pada teknologi?.Meh aku nak propose satu mesin basuh berciri basuh, kering, seterika dan siap lipat, kalau terror pergi buat mesin tu susun baju yang dah lipat tu dalam wordrobe elok-elok. Hush nak kena lempang ke apa neh kalau mak baca? .Hey hey si developer sila cipta macam yang saya nak neh, cepat sikit, surely i akan beli punya.Tak payah beli set tv hifi dan honda jazz dulu pun takpe. (Pergh biar betul? tekad gila perempuan neh)


Cakap pasal laundary, aku teringat masa form 4 masuk asrama buat pertama kali dalam hidup aku.Aku heran sangat kenapa aku basuh baju sangat lama.(Guna tangan).Padahal ada member aku datang lewat sikit basuh tapi dia habis dulu.Arghh aku sangat tension kenapa aku begitu lembap sekali, maka aku menangis sampai call mak dan suruh dia jawab persoalan yang susah dari test fizik tersebut. KAHKAHKAH. Mak sangat kesian dan terus memberi tips-tips membasuh baju dengan betul, cepat, bersih dan harum mewangi.Mak siap perli aku, supaya hentikan cara membasuh baju sampai nak kilat dan bertukar warna pada baju tersebut.Er anda tak paham? Mungkin aku nak baju yang aku basuh tu kembali macam kat kedai kondisinya. (Er emak bukan kah itu kreatif?) Banyak lah kau punya kreatif padanlah kau basuh baju berjam-jam itu horror tak hengat sekolah namanya.Sekarang aku sudah tahu dan terror, sebab basuh baju guna tangan dan otak.HAHA.(Ceh sempat lagi nak berdrama)






Ehem ehem.Okey sesiapa mahu masuk meminang saya, haruslah ada hantaran berbentuk sebuah mesin basuh terror dengan penuh kasih sayang.Kemudian baru saya percaya bahawa cinta kamu tulus ikhlas seindah mesin basuh baru automatic terror kita.
(Ah aku gurau la, tapi ada unsur serius 20% disitu) KAHKAHKAH.

2 comments:

  1. adulahai ais..

    eh ais agak2 la kan,
    orang dulu2 merungut basuh pakai tangan..nak mesin tukang basuh baju..

    orang sekarang merungut2 pakai mesin..nak mesin super auto mcm ur wish tu..

    so, sure ada punye nanti..tunggu je ye ;)

    ReplyDelete
  2. dude :
    ala org dulu, sekarang neh dah tua.Mereka pun akan sokong my requirement neh secara membuta tuli (I tell u) HAHA.

    Kalau takde org macam i yang demand, technology pun bleh pupus macam mana pupus nya spesis dugong di dunia ini.

    So, to industrial engineer please take note ASAP because i really wish to using it for up coming 3 year.

    DUDE if u jumpe satu please contact me ASAP.Seriously!

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com