Friday, April 3, 2009

Mobile punya pasal

3.56 a.m

Aku masih berjaga buat kerja sekolah.Yang lain semua dah sampai London.Tiba-tiba malam ni mood nak pergi London macam takda.Maybe nak pergi Abu Dhabi pulak.HAHAHA.Ok sebenarnya aku tak mengantuk lagi ni, pelik betul la mata ni, mungkinkah kerana didorong perasaan TERUJA TANGGO menunggu kedatangan ayahanda, ibunda dan adinda pada malam neh? .Yeah-yeah tak sabar nya.Jangan jeles.Ayah kalau dah rindu memang dia tak tunggu aku balik, tapi dia yang datang Kuantan.Baguskan? I love you ayah.Eceh.Masa ni lah kau nak lebiu-lebiu eh.Meh sini kau nak tarik sikit telinga tu.HAHA.

Hari ni pagi-pagi pergi kelas SPM, lepastu pergi makan sebab nak buat project mobile kat lab.Al-maklumlah nak buat kat komputer aku nanti zaman 2020 baru siap agaknya.HAHA.Lepak dengan ayu, gile focus macam gian sangat buat project ni.Niat memang macam kurang bermotivasi nak pergi kelas en.jiman, tiba-tiba dengar suara dia kat lab.Hallamak (terpandang sesama sendiri aku dengan ayu). Kantoi en.jiman nampak 2 orang pelajar yang berdedikasi sedang menyiapkan project beliau. HAHA.Lepas kena tunjuk ajar dan motivasi, en.jiman bergegas ke kelas meninggal kan kami.Kami pun mula-mula macam hooray.(Biar ben dia tak perasan? KIKIKI). Lepas tu dia masuk balik lab dia kata " Eh awak bukan kena pergi kelas saya ke sekarang?" HAHAHA AMIK KAU!.Pergi la jugak akhirnya dengan sangat termotivasi melimpah ruah.GAGAGA.

Dah pukul 3.30 otak dah jam, sebab project pon jam.Asyik tak jadi, ayu blur, aku pun ikut jugak blur (Nampak sangat aku neh kawan yang baik, malas cite). Otw balik ada promoter bagi ubat gigi darlie percuma.Ayu sangat happy melimpah ruah.(Sanggup jalan tempat panas sebab nak lalu kat promoter tu.HAHA).Konon-konon nak pergi pasar malam petang tadi, tapi tak jadi.Aku baca artikel pun dah naik pusing 360 darjah mata neh,(Kantoi mata boleh pusing-pusing).kejap-kejap baca lagi sebab tak paham.Patutlah aku tak paham-paham sebab aku dah terpejam.HAHAHA.Lepas ayu tegur baru aku perasan rupanya aku dah tertidur.KAH KAH KAH.(Eksen gile taknak mengaku)

Malam pergi belajar mobile dengan Zairie dan ditemani Zubir dekat cafe.Thank you guys.Balik sambung buat sampai neh baru stop update blog kejap sebab tangan macam dah nak hang.Ingat nak basuh baju tapi sebab terlalu focus jadi macam kurang rajin.Ceh.Pandai betul berdrama.Mak suruh kemas barang-barang tak pakai suruh bawa balik, em tapi tak kemas lagi.Maybe kalau bagi tupperware mak, dia dah puas hati kot.(Mak sebenarnya nak tanya pasal tupperware kan? kan? kan? tapi taknak kecilkan heart akak kan?, Eley-eley.).

Oyya semalam mak call

Mak : Bla..bla..bla..Em apa lagi eh,lupa la nak cakap.
Aku : Mak, nanti next time mak tulis la dulu nak cakap apa tau, EHEHE.
Mak : Ingat ni meeting ke?
Aku : HAHAHAHA.Bla..bla..bla..
senyap jap.
Aku : Em mak, akak lupala nak cakap apa.Nanti la kita jumpa.
Mak : Ok, nanti jangan lupe tulis nak jumpa mak.
Aku : Huh? jumpa mak?
Mak : Yela,mak kan nak datang sana, nanti akak tulis la nak borak apa dengan mak.
Aku : *Speechless + blur 20 second.(Pandai betol, mak aku kena kan aku balik).

Hey-hey pergi tidur la, esok lab pukul 10 pagi.Selawat banyak-banyak.Esok jumpa lagi en.jiman tunjuk progress project.Selamat menerima motivasi baru dari en.jiman esok.HAHAHA.Okeh ni entry berciri flat jam 4++ pagi.Aku pun dah low battery.Nak pergi charge dulu.TATA.salam.


2 comments:

  1. hehehe...mak pun pndai ekk kenekan org

    selamat bermotivasi utk siap kan project awak :)

    ReplyDelete
  2. ha tu la tau x pe.tq eiza! awk pun selamat bermotivasi buat smua kerja.Gambatte kudasai!

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com