Tuesday, April 7, 2009

Mensidai muka di newspaper

Aisya, Ayu, Farin sedang berbual sakan balik dari test Jepun sambil menuju ke cafe.Tahu kenapa sakan? Sebab ni ekspresi 'boleh jawab' test jepun.Kalau 'tak boleh jawab'? Muka pun macam tak siap bila keluar kelas, berbual pun separuh ikhlas jer dengan kawan-kawan.Bukan sahaja menjawab sepatah malah menjawab separuh dari sepatah.Erk.HAHAHA.



Tiba-tiba Abg Jimmy tegur dari jauh arah bertentangan kami bertiga.
"Ooo glamer la tu"
Kami macam dah pasrah sebab, well dah orang cakap macam tu.Terima je lah.
"Kami memang glamer and femes pon" (Pergh selamba gila tapi, Cakap tanpa niat ok)
Lagi Abg Jimmy cakap

"Eley glamer la tu budak-budak tuh"

Perasaan pasrah jadi pelik.Aku pun sempat critical thinking, apa yang buat dia berani cakap camtu.HAHA.Sebab aku pakai tudung len macam ke hari ni? (Okey hari ni memang aku pakai tudung yang ada awning tu, kalau hujan for sure my eyelash tak akan basah).Kau pikir baik-baik sikit, bukan tudung saji okey? Aku tak sedia lagi nak buat evolusi tahap tu.Kami pun tiba-tiba macam pemurah nak bagi muka berkerut + blur + buruk sikit (Terima kasih cakap muka aku buruk) kat Abg Jimmy tanda kemusykilan.Lantas tersebul lah sebuah perkataan
"Kenapa Abg Jimmy?"

Dengan excited (Ceh, yelatu) Abg Jimmy pun membalas
"Aik takan tak tahu kot?"
"Tahu apa"
"La korang kan masuk paper sinar harian semalam"
"Siap posing konon-konon tengah baca poster""HAHAHA""Kesian tu pun tak tahu"


Mase tu muka buruk tiba-tiba jadi bersinar-sinar macam lampu candeliar.Ewah..Oh baru aku faham rupanya Abg Jimmy bercakap tentang muka aku, Ayu & Along yang tersidai dalam akhbar Sinar Harian tempoh hari sewaktu wartawan menemurah kami tentang Master Program Talk di UMP.(Tiba-tiba nak nyanyi lagu Lucky by birtney spears).Omaigod!
Omaigod! Omaigod!

HAHAHAPESALAKUNI.


Kami memang sedia maklum tentang tu, cuma tak tahu pulak bila news tu akan di publish.Ayu memang bersungguh nak pergi beli paper tuh.HAHA ada ke peniaga jual paper semalam? Biar ben? Kami pesan kat Abg Jimmy, kalau ada lagi paper tu kat rumah dia, ehem bawak-bawak la tunjuk kat kami.Kami memang penjakun sikit nak tengok muka kena sidai kat dalam paper.Jakun sikit je.(Padahal, dah macam musim spring kat dalam hati neh.HAHA.) Ala walaupun bukan masuk The Star punya paper tapi kau ada? HAHAHA.(Eh-eh kau ni main soalan kasar kenapa? tak takut dosa?) Okey-okey sebenarnya macam kurang termotivasi je nak conteng entry hari ni tapi teringat kisah tadi macam termotivasi sikit la pulak.Ecececece.

Sesiapa penah ternampak muka saya tu, boleh la kita bincang dengan lebih lanjut.(Kau nak bincang apa? Talk to the hand!) HAHA.Manala tahu kan boleh cakap tentang tudung yang aku pakai kurang sesuai dengan warna kulit aku ke, well banyak benda boleh di kupas.(Okey aku bergurau sahaja, kau relex jangan naik darah).Terus call emak, kalau-kalau ayah boleh dapatkan, tolong simpan.HEHE.

Abg Jimmy siapa?
Dia adalah anak taukeh gerai yang aku selalu makan dari diploma sampai ke degree.Sudah berkahwin tapi adik lelaki masih single.(Motif apa neh? apa neh? HAHAHA) .Okey aku boleh dikatakan sebagai regular customer dan agak rapat dengan ibu bapa Abg Jimmy neh.(Tak ada motif mengambil hati mentua di situ, anda sila paham sikit.AHAHA).Selera dan rasa nya memang macam kena banyak sikit dengan aku compare to other gerai yang bagi aku agak manis masakan mereka.Mungkinkah kerana orang pahang ? itu aku tak pasti.
Dan yang paling penting tahap kebersihan yang memuaskan hati aku.

Sumpah best kalau ada cable baik dengan mereka ni sebab aku boleh simply sms nak makan apa, dan akan mengambil order dari belakang sahaja.Macam VVIP gitu.(Bukan semua orang dapat kelebihan membership card neh).Eceh pandai la aku.Aku rindu makcik, lama dah tak nampak dia yang comel tu.Mesti sempat marah-marah aku sebab tak pergi datang rumah dia lepak-lepak kalau dia ada kat gerai.HEHE.Nanti saya pasti akan datang.Jangan tunggu. KAHKAHKAH.InsyaAllah cuti nanti ye.



Okey sudah promote newspaper Sinar Harian dan Gerai SS Cafe. Abg Jimmy di UMP.Ah tak ada apa sangat nak cerita sebenar nya (banyak macam ni kau kata takde?)
. Boleh bersurai, macam biasa hari selasa aku akan tidur awal sebab kelas punyala full.Penat.Titik.

6 comments:

  1. pekate kte msuk the star lak psni jahyah?

    ReplyDelete
  2. aritu aku nampak korang kat frontpage harian metro...
    tapi apesal korang tutup muka korang dengan paper haa??
    sila jawab!

    ReplyDelete
  3. erk? hahaha macam mana boleh kenal ? padahal tutup muka dengan paper? en dude anda salah kaunter.sila ke kaunter sebelah punya sebelah.

    ReplyDelete
  4. aisya.. g cari paper itu n scan.. boh lam blog..
    daku mau tgk.. hahha

    ReplyDelete
  5. HAHA dah dapat dah nanti I scan seriusssssssssss x bp comel sgt mase tu.HAHAHHAHA.

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com