Ala terlepas hari ahad nak update blog, tadi kejar blog tapi tak sempat jugak.Gila laju dia lari.Fuuuh..Kau pernah main kejar-kejar dengan blog sendiri? (Macam biasa intro kalau tak thrill tak best lah bukan?) KAH KAH KAH.Tapi kalau betul pernah, sila snap pic dan send email pada saya sebagai bukti bagi terbeliak sikit mata neh sebab selalu bagi soalan thrill pada anda semua sampai histeria nak jawab.
Hari sabtu lepas kami pergi ronggeng rokiah dengan Jahyu,Jahin dan Jahlong.Aik? HAHAHA apasal nama mereka pun ada Jah neh? Apasal neh? Kompius-kompius.Excuse me, suka hati I la.Actual plan nak pergi dengan Jahfar n Jahyu tapi Jahfar sibuk pulak dengan komitmen baru beliau mencari decoration untuk hantaran kahwin abang kepada BF dia.Then kami teruskan sahaja misi 007 tersebut tanpa dia dengan beberapa perkara kejadian aneh dan angelic sangat.(I tell You)
Perkara 1
Mula-mula pergi beli tiket along balik terengganu, lepas tu pergi Megamall tengok wayang dan window shooping.Ecehh ye ye oh je.Mase nak naik parking pusing-pusing 4 tingkat kat megamall tu aku berdrama queen kejap memberhentikan kereta secara tiba-tiba.Habis cuak semua dalam kereta takut ter-reverse ke belakang.HAHAHA.Hebat tak aku buat drama 'just kidding' macam tuh? thrill gile kan? kan? kan? Sebenarnya aku pun pura-pura cool padahal risau juga, sebab enjin macam nak mati, so aku pergi la tukar gear.Tak pernah-pernah pulak macam ni sepanjang aku drive.Tapi takpe, bila lagi nak thrill. Tak payah susah-susah pergi theme park, atau genting ke apa, naik mesin-mesin mencari keseronokan berciri mencabut nyawa tersebut.
Perkara 2
Pergi beli tiket wayang cerita "He just not that into you" semua pelakon-pelakon hot.Along yang suggest nak tengok cerita neh.Serius aku dah lama tak tengok genre romance kat wayang.Not bad cerita dia.Pada sesiapa yang single dan dah steady di sarankan tengok.Sebab boleh bagi lelaki terpikir sikit sebab-sebab kenapa perempuan terlalu concern pada perkara remeh temeh dan apa yang selalu mereka bual kan dengan kawan baik mereka dan juga beberapa perkara berkaitan pikat-memikat.HAHAHA.Oyya ada juga couple anoyying yang bersandiwara sebaris dengan seat kami, membuat kami rasa 'vibrate' geli geleman terdengar dialog-dialog manje mereka.Eeeuuwww.Along saksi paling kuat kena tempias.Sumpah geli.Yuks!.Kalau nak bersandiwara meluat sila pergi sejauh 100 km dari orang ramai.Kami tak selera okey!!!@@##**&&^%$)(*
Perkara 3
Pergi window shooping dan tershooping.HAHAHA.Maknaya tak sengaja, nak buat macam mana manusia tak pernah lari dari ter-eksiden.Ah time macam neh banyak lah kau punya alasan drama.Along dan ain grab 2 baju, Aku sehelai.Jumpa pulak en.azwan a.k.a supervisor PSM dan pensyarah aku dengan wife dia.Punyalah dia heran macam mana aku boleh sampai ke sini.Selalu je en.azwan tak percaya aku boleh bawak kereta walaupun kurang ketinggian default.Ceh see the orang lah.HAHA.Cakap je la nak suruh belanja pizza.Apasal aku neh susah sangat nak pilih baju? cuba korang jawab sikit.Eh-eh lari topic next!
Perkara 4
Kemudian beransur ke ECM, jalan-jalan lagi sebab ain nak beli big apple.Then ayu masuk the body shop cari produk penjagaan bibir sebab nya bukan untuk mengedik tapi untuk prevent supaya jadi lebih healthy.Lately aku having conversation dengan ayu pasal lips care camne nak bagi nampak fresh dan sihat macam angelina jolie tu.(FYI angelina ada insuran lips , kau boleh cube pergi musnahkan lips dia dengan tonyoh vaselin expired, tak rugi, nanti dia dapat pampasan) .HAHAH.Apa neh punya jeles sampai menghasut orang? Bawak mengucap sikit aisya.Well remaja lah bukan cakap pasal neh dengan girlfriend.HAHAHA.Memang sangat remajalah terbang duit sana sini lepas beli lips scrub, lips care dan lips remover apa semua.Tapi tak apa invest untuk keyakinan dan kesihatan itu sangat berbaloi bagi aku.'kerana diriku begitu berharga'.Ewwwwaahh.Pandai menjawab.Okeh sekarang ada rutin baru 3 kali seminggu scrub dan daily apply lips care tuh.Lecehkan jadi wanita? Yang penting jangan "Menang membeli, Alah memakai".HAHAHA.
Perkara 5
Dah habis cop duit kat ECM pergi cop duit kat giant pulak, pergi belanja barang dapur, ikan, bawang, belacan, bunga cengkih, daun sup.Fuyyoo gila dahsyat aku belanja.Okey tak ada kepentingan lagi nak belanja berciri emak-emak.Hanya belanja barang berciri instant remaja.HAHAHA.Biasalah tu, habis tu kau nak suruh aku masak atas muka Jahyu? .Ha jawab-jawab.EKEKEKEKE.Kang dia cop muka aku dengan kuali, naya aku.Dah le solo lagi neh.(Apa aku cakap neh? apasal aku cakap macam neh? apesal comel sangat cakap macam ni?).HAHAHAH.Aku along dan ayu sempat beli shawl sehelai.Situ memang murah.I tell you, rasa macam nak beli semua.Tapi tak apa tak baik tamak nanti aku kena puasa sampai raya lak nak cover allowance.
Perkara 6
Lepas shopping, terasa lapar sangat-sangat (Ooo kau masa shopping tak heran pasal perut, yelah of-course la lapar mata bukan?) kami singgah makan di SMS (sinar mesra seafood) sebelum kembali ke pangkal jalan sebagai student berdedikasi ke UMP.Pergh ayat tak nak kalah.(sila delete kalau tak suka).HAHAHA.Masa neh aku macam heran Jahyu pergi bukak pintu kereta, padahal macam dah lock tadi. Lepas tu apa lagi berbunyi sakan siren kereta tersebut, dah macam ambulans pun ada.Semua pandang kami okey.Serius mendapat perhatian yang sangat lama lagi umum meriahnya.Aku pulak cari kunci kereta tak jumpa-jumpa sampai along tolong carikan dalam handbag sendiri lagi.HAHAHA.Apa lagi terus blah dari tempat kejadian dengan rakusnya, sebab tak tahu nak sorok muka kat dalam baju siapa.Sumpah malu, naik pink muka.
Perkara 7
Along tiba-tiba histeria bila dapat tahu hp dia takda dalam handbag aku.(Dia tumpang sebab tak bawak beg plastik letak purse and hp).HAHAHA.Okey aku guraulah.Aku punya resah gelisah pikir tak akan nak patah balik kat SMS tadi,Ahh kejadian tadi pun tak habis malu lagi.Along punya ayat histeria bukan dengan macam risau pasal hp, tapi lagi risau pasal abah dia marah.Last-last jumpa dalam beg plastik giant.Dah le silent mano lah nak dongar adik manis oi.Ades suspend betol la along neh.Lepas neh kena belajar bawa handbag okek? Kalau taknak handbang bawak beg galas pun cukup manis dah .Akhirnya kami sampai ke UMP dengan tenang hati dan rasa macam nak tercabut dah kaki neh.Tengok cermin tak jugak kurus-kurus.HAHAHAHA.
Sampai bilik terus collapse dengan cemerlang.
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhh banyak nyer perkara..
ReplyDeleteaku baca esok boley tak?
haha
huhuhu~
ReplyDeletesuke donut gk..
hak3.
jom kite pegi makan sesama server room belanja.yeah!
ReplyDelete