A Flash-based Mobile Learning System for Japanese Language as A Third Language
Jam 5, kami jelitawan ber-3 meluru-luru mencari makan.(Ya allah apa rupa-lah jelitawan sangat rakus mencari makanan?)Okeh tiba-tiba macam rajin je nak pergi cari makan jauh-jauh, (Bukanlah jauh sampai ke kuantan tuh) usha punya usah Fac Electric ada buat event kat kilang depan hostel.Kami pun jalan dengan steady nya, sampai-sampai terus kecewa sebab gerai makanan sangat kurang.Boring-boring tak bernafsu kat benda lain dah masa tuh, nak makanan sahaja!.Kau tengok tuh ya Allah aisya ingat Allah-ingat Allah.Dalam-dalam kecewa tuh aku terbeli jugak secawan cendol.Ntah kenapa cendol padahal sebelum ni memang tak heran habis. Se-kurun boleh kira berapa kali je makan cendol.Jahyu pulak beli kueh 3 bijik.Kami lepak-lepak sekejap menikmati keindahan alam UMP dan manusia-manusianya. (Apa engkau ingat kami terlalu rakus mencari makanan?) HAHAHA.Sambil berbual mesra meluahkan aktiviti yang bakal dilakukan pada masa hadapan di UMP.Aik? UMP lagi? nampak sangat kasih sayang kami terhadap UMP tak berbelah bahagi.KAH KAH KAH.
Lepas pergi beli nasik bungkus kat cafe, tiba-tiba Jahyu ajak makan roti canai kat cafe.Owh sudah lama lah bukan aku tak melepakkan diri di cafe.Sambil membasuh-basuh mata, haissh lama okeh tak buat kerja neh, kerana terlalu sebok dengan komitmen belajar.Eceeeeeeh.Lepas makan kami dengan slow-motion pergi tinggal kan cafe, sebab macam sedih nak tinggalkan pusat syurga makanan tersebut.HAHA weh bila masa pulak jadi syorga neh.Naik bilik Jahyu pasang cite kartun IGOR.Sambil tengok nasi bungkus aku dengan tak bermaya.KEH KEH.Jahyu suruh makan takut sejuk nanti tak sedap.Aku pun ikutlah cakap dia,tapi hanya 7 suap berjaya aku telan daripada nasi berbukit tuh.(Aku tak pernah ambik nasi berbukit apatah lagi bergunung-ganang tapi sebab tadi aku order nasi goreng maka terhasil-lah nasi goreng berciri gunung tertinggi dalam polisterin).
Aku pernah cakap kat Jahyu, boleh tak order makanan panas tapi nak nasi separuh jer? sebab selalunya memang aku tak habis makan nasih penuh.Tapi Jahyu kata tolong jangan malu kan dia, time dia buat order.HAHAHAHAHA.So aku tak pernah lagi order nasi goreng kampung separuh.Yang aku berusaha nak habiskan adalah dengan meng-invite orang-orang yang dekat dengan sekliling aku untuk makan bersama.Romantik bukan? HAHAHA.Padahal Jahyu and Jahfar dah sedia maklum taktik aku tuh kalau tak habis makan.Isk-isk-isk.Oh oh lepas menonton kartun IGOR tak habis tersebut aku telah faling in sleep secara tidak sedar.HAHAHA.Adoiyai.Bila tersedar sambung balik tengok.Last-last aku surrender dan naik katil pada jam 9.30 malam.Ternyata nasi goreng aku yang masih tinggi dalam polisterin itu statik sampai pagi ini.Inilah akibat sekeping roti canai telur yang tak berdosa tersebut.
Saya tahu anda boring baca entry neh, tapi siapa suruh bacalah bukan? Bila aku terlalu termotivasi macam buat project mobile sampai tak ingat nak makan tersebut tiada siapa dapat membedung lagi.HEHEHE.
Sekian mahu pergi bersiram kerana selepas ini akan pergi berjalan-jalan dengan Jahyu dan Along untuk release tension sebelum final exam bermula dan untuk hooorey last kuliah hari khamis lepas.
Entry neh tak siap lagi nanti aku sambung.Nak pergi ronggeng rokiah dulu.
No comments:
Post a Comment