Sunday, April 19, 2009

Emosi air part 3

Toilet kat klinik aku mandi tempoh hari sudah kering kontang.Malam tadi aku gagahkan diri untuk menapak seorang diri bersama baldi dan toiletories ke blok kuliah.Merentas beberapa fakulti dan beberapa jabatan lain.Dan macam biasa ada orang yang sivik rendah ni pergi ketuk pintu toilet aku mandi tu macam nak pecah.Kau tahu tak perasaan mandi dengan terkejut-terkejut seorang diri? Huish mana aku tak terkejut, kot kot lah pintu yang aku kunci tu boleh terbukak.Aku pun tak tahu la macam mana nak explain kat orang bodoh macam tu.Maybe explain pun dia tetap jugak bodoh.Jadi tak payah explain baik aku selesaikan urusan aku dan pergi cepat-cepat lepastu kau pergi experience sendiri kat tempat aku mandi tu macam mana kondisi nya.

Aku tahulah, aku pergi mandi takda bf teman macam kau.Lepastu kau nak guna kuasa veto bf kau tu untuk ketuk-ketuk pintu macam nak pecah apasal.Kang aku pecahkan muka kau baru tau.Berlagak bagai la kau eh &*^^#$%!(&6! .Sumpah rasa macam nak sumpah kau jadi si tanggang ke apa kat situ.Ah baik aku sumpah kau jadi water park bagus jugak.Ciss nak tak nak aku mandi je la walaupun takut-takut jugak takda orang kat situ.Yang penting aku selesa.Balik aku jalan slow-slow menuju ke hostel sebab tak nak kasi sweating.Mungkin juga ada orang sangka aku enjoy bersiar-siar dengan baldi seorang diri macam perempuan gila ke apa.Ah sesiapa berani kacau aku memang aku cop muka kau dengan baldi aku ni.

Hari ni bangun pagi-pagi je dah hangin monsun barat daya dah aku.Kau pernah tak bangun pagi-pagi tension? Bukan tension pasal dah habis study ke belum,tapi tension pikir pasal lepas ni macam mana kau nak cari air. Bukak memo jeng jeng jeng UMP sediakan bas jam 8.30 pagi untuk aktiviti mencari air bersama.Thrill gile aktiviti yang di anjurkan neh, tapi aku tak dapat join sebab masa tu aku tengah beradu sambil mimpi tengah bergembira di sunway lagoon.Gile thrill macam baguskan?Tempat kau ada buat aktiviti neh ? jawab-jawab.HAHAHA.Aku tak larat nak beratur panjang-panjang kat tangki air macam nak beli tiket wayang kat KLCC tu, sampai turn aku je kang air dah abes, mahu aku tak bakar UMP neh? Aku jugak tak sanggup nak angkut sebaldi air turun naik tingkat 3 sebab nanti dah sampai atas tinggal separuh je air dalam tu.Aku tak nak jadi orang yang kurang bijak menghargai usaha aku.HAHAHA.Apasal kau gelak? Nak kena?

Sudah tentulah aku pergi tunjuk perasaanlah bukan, kat siapa? kat ayah dengan mak.Aku suruh mak pos laju air banyak-banyak kat sini.Tapi macam takda orang buat je.Aku mengadu kat ayah, nanti ayah bagitau reporter NSTP buat report datang UMP.Bagi bukak sikit kerajaan negeri Pahang neh.5 tahun ++ beb isu air tak pernah selesai.Ntah-ntah sampai cucu aku belajar kat UMP pun isu air tak selesai lagi.Pahang neh punyalah banyak air, boleh pulak setiap semester kami takda air.Member aku pergi mandi kat tol gambang, ada makcik kerja kat situ tutup air mase diorang sedang-sedang mandi kat situ.Eh-eh makcik neh pon.Low sivik jugak rupanya.HAHA kesian-kesian.Macam WTH !.Dia tak kasi student mandi kat situ.Bila ada orang luar singgah baru dia bukak balik air tuh.Adei.Hari ni baru MPP release memo cakap, buat aduan pada pihak tertinggi.HAHAHAHA wei apasal cepat sangat kau buat aduan? Apasal kau tak buat aduan neh sem depan je weh?

Aku pun tak paham kenapa perlu tunggu macam gurun sahara baru lori air nak datang.Ke kau nak tunggu UMP hangus baru nak panggil bomba? Oh oh ada unsur ugutan disitu.Tolong lah jangan tutup cafe kesian kat kami neh nak pergi makan.Kalau ada megamall, R&R, food court, kat depan UMP neh kami tak kesah sangat.Kami tak kesah pun makan pinggan polisterin sambil minum air bungkus plastik pegang sebelah tangan.(Yang sebenar nya tersangatlah kesah!!!!!! !&@^^#)Study? bukan topik utama masa study week.Tak berminat seriusly shit.Main topik kita adalah AIR dan student yang desperate.Peruntukan masa mencari air lebih lama dari aku fokus study untuk satu bab.Tension tahap extrem programming dah neh.



Arghhh esok dah minggu final exam!! Apakah nasib hari esok???

6 comments:

  1. kesiannye ngan korang..
    aku penah rase penglmn tuh..
    haishh... mmg x tahan..
    dah laa tiap kali takde air.. msti time ujung sem nk pekse.. WTH..!!!!
    mmg rase nk ngs.. nk mncarut2.. haishh..
    papepn.. korang sabr laa eh..
    sume neh dugaan yg akan mnjadi kite lebeh kuat..yargh... common guyss.. korang leh bertahan... thnk positif..

    all the besh... jgn tensi sbb air korng nye final terganggu k...

    gud luck..

    ReplyDelete
  2. uwaaaaa siyes punya seksa woo.tadi mandi dekat esso pukul 2 tau bru dpt mndi.Cne time xm nanti xtau la......selalu je time xm week xde air sadis tau..

    ReplyDelete
  3. sadis ak membaca entry2 berkaitan ngn air nih..
    hehe,tp nk wt cmne kan..
    ump mmg ade mslah tu dr dlu!ntah pape je..
    ak phm..ak phm apa yg korang rase,
    xpe syah,menguatkn otot2 tangan dan kaki..=p..
    neway, gud luck exam!!

    ReplyDelete
  4. biase laa tuh.. kite sume blaja kt obersea.. korang blaja kt gurun sahara.. nisah kt zimbabwe.. aku kt korea.. hahahaa..

    jd.. berTABAH..!!

    ReplyDelete
  5. siyes!!

    adik aku, kawan2 adik aku, adik jiran aku, adik rakan2 blog aku diharamkan memohon masuk ke ump sebab krisis air nih..
    tak rela keturunan aku bau kambing!!!

    hehehe..
    cian korang ;(

    meh i belanja u mandi nak?

    ReplyDelete
  6. hanisahismail : nisah i dah ade muscle ada ke org nak neh.HAISHH..Dah macam THE ROCK da neh.HAHA

    seeenisot:haha miss the mumbligs things with u guys.im touched seriously miss u damn much.

    dude: dude!! how dare u? arrghhh..marilah kite ternak kambing byk2 untuk support malaysia punya economi.Ceh belanja mandi? kek coklat nak la!!!!!! =p

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com