Saturday, May 23, 2009

Pindah ke gold coast Ausie

Semalam iaitu bersamaan hari jumaat aku dan roomate aku telah berpindah ke gold coast, untuk persediaan sem baru di university of griffith.Hooreyy.Ewaaah sukati je buat statement tak ada copyright taw.Gila punya jauh tu padahal tinggal 1 sem je lagi.Okey tak baik tipu pembaca nanti berdosa.Ampun-ampun.Yang ke Ausie tu kita tengok 2 tahun lagi okey.Ecececece.HAHAHA.Aik kenapa gelak? Serius ah serius.


Dari KK3 C4308 kena pindah ke KK1 C14105.

Fyi kami kena pindah ke blok budak lelaki.Aiyoh lemah betul dengar, sebab dah boleh terbayang dah suasana kerahan kerja membersih yang perlu dibuat.* Menangis dulu 3 tempayan (T_________________T).

Sebelum mengangkut barang call dulu emak, pergi mengadu.(Ceh baru kena pindah dah mengadu memang kuat sentap betul ah dia neh) Habistu takan nak pergi mengadu kat 999.Lepas mengadu, komplen, sentap apa semua, emak cakap sabar, masa transfer barang tu berzikir banyak-banyak, ingat Allah.Ya rabbi, gulp terdiam aku kena smash dengan emak macam ni.HAHAHA.Yelah masa tu kemas-kemas barang pun dah penat, kelas pack 9 pagi - 5 ptg, balik dah penat.Makan kat cafe tak sedap, koop pukul 2 pun tak bukak lagi.Wowo banyak betul songeh? Sebagai manusia biasa aku berhak nak rasa macam ni.Kalau rasa terjejas boleh keluar dari sini.Now.HAHA.Ayok tak tau.


Siap sewa kereta okey sebab tak larat nak menapak, naik lrt, naik bas apa semua nak pergi C14.Eh-eh terover pulak.Kalau kau tengok barang aku, mesti kau tanya, ni memang tak nak balik sampai bila-bila ke? atau Kau akan tanya, ni je ke barang? apasal tak bawak sekali meja makan, mesin basuh, vacum, tv apa semua? HAHAHAHA.Nak kena eh? Meh sini.

Sebelum angkat barang, hari khamis malam tu dah pergi tengok bilik, bising-bising. Aik? HAHA, yelah kotornya bilik budak lelaki ni.Tak tahu nak describe dengan kata-kata.Ayohmat get set go! Ting ting ting.Aku, farin dengan ain bertukar jadi bibik yang elegan lagi sofitiskated.Mengemaslah kami macam boleh diiktiraf jadi bibik profesional ke apa.Sapu dekat 10 kali, padahal bilik sekangkang kera je pun.Ades nasib baik tak tahu siapa tuan punya bilik.Kalau tahu nak masuk dalam list REJECT SHOP.HAHAHA.

Kerja mengangkat bermula dari jam 9.30 malam lagi.Bawa turun kat cafe sampai jam 11.15 malam.Tu pun ada lagi barang tak bawa turun lagi.Tiba-tiba jam 10.30 hujan.Uwaaa habis basah barang yang ada kat cafe masa tu.*Menangis lagi 3 tempayan.Sadisnya terkedek-kedek turun pergi alihkan barang.Lambat dah basah dah pon.Mencabar minda, emosi dan fizikal betul.Jam 11.15 ambil kereta letak barang untuk transfer ke c14, 3 trip sampai jam 1 pagi.Dah jam 12 tiba-tiba kak guard pergi kunci jalan shortcut.*Menagis lagi 3 tempayan sebab kena lalu jalan jauh.

Walaupun hujan,

aku redah je angkat barang. Dah tak kisah basah, comot, foundation cair, muka mengerikan, bulu mata palsu tercabut, heels apa semua.(Eh jap HEELS? HAHA memang cari nahas diri sendiri je ah). Kalau ada orang nak ngorat masa ni pun, tak layan.Serius.*Tapi sempat cakap esok jam 12 mengorat balik.HAHAHA.Masa ni rasa rugi je tak pergi cari pakwe dulu-dulu.Kalau tak boleh dia tolong sekali.Sweetkan?EKEKKE. Ceh tapi tak apa, tengok dah siap kemas dah, sikit habuk pun takda, shining je, decorate pun dah settle, dah lah angkat barang separuh mati dari tingkat 3, naik turun dekat 15 kali.Lepastu drive lagi sendiri, bawa naik balik barang ke tingkat 1.Comel betul lah, apasal comel sangat neh, tabah dan steady je tak mengharapkan bantuan gentleman pun.PEEEWITTT.*wink *wink


Lepas angkut barang histeria kelaparan, penatnya nauzubillah nasib tak perlukan CPR ke apa, sebab last makan jam 12.30 tengahari.Pastu pergilah drive ke gambang point pergi beli makanan jam 1.30 pagi.(Comel betul drive lagi sendiri walau penat gileeeeeeeeeeer).Eh tapi sebelum makan tadi nampak macam dah kurus je,HAHA sesiapa berani nak tambah statement kurus? Aku mana penah kurus, berani kau, nak kena?HUHU HAHA HEHE .

Balik terus pengsan tak sedar diri. Okey dah settle semua, hari-hari seterusnya kita boleh skodeng bakal suami yang pergi balik masjid hari-hari. Erk? Tempat sangat strategik nak skodeng.Nak join? HAHA.Esok kita pergi ECM beli teropong okey? Oh walau penat gilers, aku happy sebab ada mesin basuh kat aras blok aku.Unbelievable.Ini seperti suatu penghormatan buat pecinta teknologi mesin basuh automatik. Network pon takda la sesengal C4 dulu.
*Menangis 3 tempayan lagi sebab terharu.
.
.
.
.
Oh en.aziman telah menyerahkan kad walimatulurus kak fatin liyana dan pasangannya kepada aku untuk serah kepada kawan-kawan yang lain.Jemputlah datang 30 hb ni kata en.aziman.Terharu I sebab ...er masa dah habis.
.
Okey cite dah habis nak pergi memanfaatkan air mata 12 tempayan, untuk pinang sultan melaka. Cerita 'fighting' aku postpone dulu.Maaf atas kepenatan yang melampau dan jadual yang pack sesak nafas.



6 comments:

  1. panjangnye...;(
    tak sampai hati nak baca..;(

    ReplyDelete
  2. muhahaha jgn baca sila eja satu per satu.

    ReplyDelete
  3. aisya mmg..
    suka jdk sasterawati negara..
    hahaha..=p..

    ReplyDelete
  4. uit,
    ayat kalo x hiperbola terlebih mmg xboleh kan???

    ReplyDelete
  5. ayat mmg power la kak ecah! hiperbola gile..! pewittt!

    ReplyDelete
  6. hanisahismail : haha, meh nak tmbah sikit, macam miss universe pun ada kan?

    fatihamazlan : natural beauty nak wat cne

    kami yg cume : ehem blushing i taw.

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com