Monday, May 18, 2009

Hutang

Kebanyakan orang secara rawaknya pernah mengalami kesempitan wang bukan? Dan kita akan mencari orang terdekat untuk membantu kita meringankan beban dalam erti kata lain berhutang. Kalau tidak pernah itu saya kira sebagai satu bonus tuah buat anda kerana anda memang berada didalam golongan yang berada.Tahniah-tahniah.Bila kita sentuh bab wang kebanyakan individu akan meletakan isu ini sebagai isu yang sensitif.Macam isu jerawat landing kat muka kau tak bagi salam. Betul? Okey kita akan bercakap tentang orang yang berada didalam golongan yang sederhana dan kebawah dimana perbelanjaan wang digunakan tanpa sewenag-wenangnya.

contoh :
bukan seperti engkau pergi jalan-jalan dengan awek kau tiba-tiba dia ternampak sepasang heels LV berharga RM20 000 di pavilion dan meronta-ronta manja menginginkan nya dengan duit anda.Lantas anda terus masuk ke butik tersebut dan membayarnya dengan selamba yaya tanpa setitik peluh pun menitik kerana atas dasar sayang tersebut.Er sayang ke?

Bukan-bukan, tapi ia lebih menjurus kepada terus mencari alternatif mengelak dan berfikir pantas daripada peluru pepandu akan kebaikan meninggalkan perempuan berciri gila duit tak sedar diri, rupa tak seberapa siap untuk berpasangan dengan anda yang telah banyak hutang kerana dia.HAHAHA bukankah begitu jika sudah geram? Tak payah tipu, itu sikap tipikal yang harus anda rasa.

Kalau tak rasa dan terfikir? Ayok,memang sah gambar anda berada di bawah katil seorang bomoh.Pergi cek cepat, aik semua cukup? oh barangkali gambar di fb,fs telah dicetak untuk kegunaan menjampi seranah.(HAHA habisla semua akan men-delete gambar sebenar masing-masing) Sekarang anda sudah dapat sedikit gambaran bukan? Membantu orang yang berada dalam keadaan terdesak dan kesusahan sangat disayangi oleh Allah.Tahniah kerana anda telah memberi satu pertolongan yang mulia serta ikhlas.Ikhlas tak? ha cube cek pakai statescope sikit kat hati anda tu.

Disamping memberi, tahukah anda pemiutang juga sangat berharap pembayaran balik dapat dilakukan dengan kadar segera? Lagi cepat lagi bagus. (Lagi-lagi student macam saya nih, manolah eden ado income) Mungkin kedengaran seperti tidak ikhlas tapi engkau tahu ke disebalik senyuman yang menghulurkan pertolongan itu ada isu pecah kepala fikirkan perbelanjaan yang harus disekat demi belas kasihan sesama umat? Engkau tahu? Engkau kisah? Yang kau harap semoga dia bagi pinjam sejumlah wang yang kau mahukan sebab dia nampak macam senang, ada mak bapak supporter dan isu wang macam angin bayu je bagi dia.(Ceh sempat pulak bermain dengan angin).Dalam erti kata lain, mungkin dia tak kisah.Dan kau rasa waktu itu isu bayar balik belakang cerita.

Dalam ajaran Islam, hutang-piutang adalah muamalah yang dibolehkan, tapi diharuskan untuk extra hati-hati dalam menerapkannya.Kerana hutang boleh menghantarkan seseorang ke syurga, dan sebaliknya juga menjerumuskan seseorang ke neraka.Tidak kiralah hubungan sedekat suami isteri atau saudara mara, atau pakwe makwe.Kita mana tahu hati dia sama ada tegar atau tidak menghalalkan walau 10 sen. (Malu sikit ah kalau kau asik mintak awek kau support kau, apasal la si wanita ni tegar sangat? angkat kaki je dengan orang tak tahu malu macam ni.)

.
.
.



Kalau engkau adalah golongan itu, tolong lah ubah jajahan minda berciri pentingkan diri tu.Disebalik kau harus bersyukur, kau juga perlu bersedia mensiapkan muka setebal yang mungkin (Tebal comforter dikira nipis dalam isu ini, HAHA mungkin setebal tayar kapal terbang lebih bagus) kerana:

1. Perlu mendidik diri berhadapan dengan pemiutang dari semasa ke semasa sehingga pembayaran hutang langsai.Dalam erti kata lain, kau tak perlu pergi belajar sampai masuk universiti semata-mata nak tuntut ilmu mengelak.Tak payah.

2. Walaupun kau malu sampai naik merah muka dah macam trafic light (Yang sebenarnya takut, sebab tak ada duit nak bayar) kau harus mendidik diri untuk maintain-kan kau punya hubungan dengan si pemiutang.Ni tiba-tiba seabad sekali pun kau tak pernah nak tanya khabar dia. Tahu-tahu dia dah kembali kepada maha pencipta.Ayok, tak tau.Ooo kau mentang-mentang dah dapat, sepah dibuang eh? Malu sikit ah dengan diri sendiri.Kau jangan sampai si pemiutang anggap kau insan tak mengenang budi.Apasal kau takut sangat? Dia bukan along nak pergi kikis biji mata kau sebab tak bayar hutang, dia kan saudara kau juga.

3. Pemiutang akan sentiasa mengingati anda.Walau anda membuat pembedahan plastik sekali pun dia tak akan pernah lupakan anda lagi-lagi kepada penghutang yang berhutang nilai besar.Nilai besar itu bergantung kepada si pemiutang untuk meletakkan jarak nilai yang dirasakan besar.Faham? Kalau engkau bersifat empathy, engkau mungkin akan faham apa yang saya maksudkan disini.

4. Mendidik dan mendisiplinkan diri untuk meletakkan tarikh bayar.Bukan nak suruh anda pecah kepala buat detail akaun, gantt chart, atau ambil ijazah perakaunan sebab nak bagi tarikh definately bayar balik, sebaliknya anda hanya perlu taksirkan atau anggarkan sahaja bila tarikh yang anda rasa, boleh bayar balik hutang tersebut.Apabila anda mempunyai target maka kesusahan mencipta ketebalan pada muka dapat dikurangkan, selaras usaha murni anda untuk tidak menangguh menyelesaikan isu sensitif ini.Tapi dengan syarat sekurang-kurangnya melafazkan tarikh bayar balik dihadapan beliau sendiri.(Sah-sah! ceh macam akad nikah pulak) Supaya ia terlekat dalam minda masing-masing sebab nanti engkau nak main-main pun engkau akan fikir malu dan janji kau kepada dia.

5.Menunda-nunda hutang padahal mampu adalah kezaliman. (HR. Thabrani, Abu Dawud).

6.Barangsiapa menunda-nunda pembayaran hutang, padahal ia mampu membayarnya, maka bertambah satu dosa baginya setiap hari.(HR. Baihaqi). Ayok.Salin-salin.



Oh ya
kita tak boleh terlalu berlapang dada atau mensempitkan fikiran tentang si pemiutang kerana masing-masing ada adabnya :

7. Beliau faham anda didalam kesusahan dan telah mempertimbangkan keputusan sebaik mungkin untuk memberi pinjaman kepada anda.Termasuk risiko yang bakal dihadapinya.Disini beliau yakin kerana Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam membayar hutang (tidak menunda-nunda). (HR. Bukhari, Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi).

8. Tidak terlalu kejam untuk tidak memberi ruang kepada anda untuk membayar balik.Adab yang lain nya sebaiknya memberi tempoh pembayaran kepada yang meminjam agar ada kemudahan untuk membayar. (HR. Muslim, Ahmad).

9. Tapi mengharapkan berita baik daripada anda.(Boleh rujuk point no.2).Dalam kata lain jangan sampai tak nampak bayang.

10. Mungkin beliau sentiasa mendoakan anda supaya murah rezeki, dijauhi malapetaka dan dipermudahkan urusan.Disamping mengharapkan anda dapat menunaikan janji anda kepadanya.

11. Tak berapa pandai nak buat muka tebal meminta anda membayar hutang.(Sedangkan sepatutnya anda yang bermuka tebal)Kau ingat si pemiutang suka terhegeh-hegeh mintak hutang kat kau? Excuse me sikit, kau jangan tak tahu sebahagian daripada mereka menghabiskan masa berfikir macam mana nak mintak hutang dekat kau dengan cara paling sopan tanpa menjejaskan air muka kau.Nampak? nampak? orang mulia akan sentiasa fikir cara paling mulia untuk mendekati orang yang mungkin terlupa akan pertolongannya suatu ketika dulu.Jadi kau tak berasa malukah dengan orang seperti ini yang masih mengangkat darjat engkau walau dia dalam kesusahan? - kerana Si pemiutang hendaknya menagih dengan sikap yang lembut penuh maaf. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi).



contoh lain situasi :
Selepas kau main nyorok-nyorok dengan pemiutang, dan sudah lama tak bagi salam, tiba-tiba kau terjah minta nak pinjam sedikit wang lagi.Ewaah kau memang jenis manusia kulit nipis ah, padahal selang beberapa bulan tu kau dah syok tukar handphone baru, beli perfume anna sui dan apa semua lepastu kau tadah muka lagi mintak wang.Sebab sawan lupa nak bayar hutang kolej.Lepas si pemiutang cakap takda duit dah, kau pergi beralih mintak kat ayah dia pulak.Mentang-mentang ayah dia baik, kau boleh buat manja-manja tumpang sekaki minta topup selain hutang.Aik topup pun kau mintak kat ayah orang lain? Disini kau dah konfius, mana ayah kau mana ayah orang.HAHA kesian.Lepas dapat sekali, buat lagi, almaklumlah orang yang kau sasar tu memang ada income.Yang paling tak boleh blah lepas kau buat perangai macam ni separuh mati kau suruh orang itu jangan bagitahu mak bapak kau.Kau rasa enjoy? Tapi engkau tahu tak atas perbuatan kau ni MUNGKIN boleh menimbulkan rasa 'wondering' pada hati wanita lain? Yakni keluarga atau isteri beliau? Ayok....fikir-fikirlah apa bentuk bencana yang bakal kau salurkan kepada mereka? .Dosa macam mana pulak? Janganlah kau berfikiran sempit selain mementingkan diri sendiri, kau tak pikir pihak lain? kau jaga sikit la kelakuan kau tu.Memang buruk dari batu lesung.Eh aisya marah? bukanlah kan aku kata ini contoh.contoh.

.

.
.

Kesemua perenggan ditulis dengan niat bukan untuk menuju kepada individu tertentu.(Kalau makan cili terasa pedas ye tak, kalau tak pedas-pedas? HAHA tak tau la nak cakap apa meh makan cili melalui mata, azab ke tak? hoho Ya Allah aku gurau je).Ia ditulis berdasarkan pengalaman dan ideologi sendiri serta sedikit fakta yang jelas berdasarkan hukum agama.Bukan bermaksud semua yang dikatakan adalah benar belaka dan tidak pernah salah.Yang benar dan fakta itu kita pelajari okey.

Kerana saya juga manusia yang tidak sempurna, yang masih mengharapkan bimbingan dan teguran.Jika saya dibetulkan maka saya sangat berbesar hati,tetapi jika komplen yang menjatuhkan sorry sikit.Lagi-lagi apabila saya menulis perkara yang tidak menjejaskan orang lain.Memang nak kena ah.Siapa suruh sawan tak bagi salam.Apa yang kurang kita tambah.Mari kita membuat pendekatan yang baik dan berkongsi apa yang dirasakan ada hikmahnya.Wallahualam.










Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa (yang berutang) di dalam hatinya tidak ada niat untuk membayar utangnya, maka pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yang memberi piutang. Jika masih belum terpenuhi, maka dosa-dosa yang memberi utang akan dialihkan kepada orang yang berutang.” (HR. Baihaqi, Thabrani, Hakim).

_____________________________________________________________

Rasulullah pernah menolak menshalatkan jenazah sesorang yang diketahui masih meninggalkan utang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Sabda Rasulullah, “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali utangnya.” (HR. Muslim).

4 comments:

  1. ni mesti sbb lulu utang buku jepun kt kak sya tp x bayar lagi kan?
    hehe..
    nnt lulu bayar ekk

    ReplyDelete
  2. wahh haiii...
    panjangnye bebel?

    ala aku utang budi kat ko pon nak kira ke?
    kira setel k..

    ReplyDelete
  3. wah.
    entri terpanjang di dalam blog sya.
    xpe,saye ttp membaca dgn berhati-hati agar tidak keciciran mana-mana ayat.hahaha..terharu sya.
    hehe.
    bagus jugak entri ni,
    agar dua-dua pihak terasa.

    ReplyDelete
  4. espreedupree : eh ada eh,lupe sgt.xpe2 ada masa lagi.hehe.

    dude : hehe peluh tangan menaip, basah keyboard.er hutang budi? bank in eh dude.HAHA.

    tito: ha tula sya pon macam tak caya panjang gile.tapi xleh lawan u la tito.entry berjela-jelaaaaaas.hehe.ye2 mari kita sedar diri sikit haha.

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com