
Saya telah menjalani hari-hari yang produktif selama seminggu kecuali pada 14 mei 2009.Telah memonteng kelas ASP.NET dengan alasan sangat penat.Program 3P pun dah call suruh datang kelas jugak petang tu, tapi tahukah anda saya akan ke kelas untuk tidur dan membuat muka buruk sepanjang berada di kelas? Jadi sebelum semua histeria nak suruh saya blah dari kelas, baik saya tak payah pergi langsung.Harap encik yang rindukan saya itu boleh bersabar.(Ceh pandai-pandai je)
Saya telah mengambil keputusan untuk menyertai kursus asas keusahawanan siswa anjuran JHEPA UMP di TOK BALI, pasir putih, KELANTAN last minit. Untuk menganalisa diri sama ada berpotensi untuk menjadi usahawan atau berpotensi untuk menjadi belanjawan.HAHAHAHA.Ceh apa kau ingat aku tak berat hati ke nak tinggalkan kelas 5 hari? Berat-berat hati, berat lagi barang aku bawak balik dari pergi kursus.EKEKEKE.Biasalah tu tak dapat di bendung, saya bukan pemboros tapi membantu usahawan melariskan perniagaan mereka.Cewahh.HAHA.Ayat memang tak boleh blah.
Overall saya sangat berpuasa hati dengan aktiviti yang dijalankan, kecuali ada beberapa perkara berkaitan penginapan yang agak kurang selesa dan perlu di perbaiki lagi dari semasa ke semasa, supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada sesi kali ke 9.InsyaAllah.

"makan layan diri eh"
"Lauk kari ada tu"
Aik kari? Tetiba terjah kari pulak.HIKHIKHIK.Masa tu makcik tu ambil masa juga la nak menjawab, tak pasti dia tak faham atau tak dengar.Muka dia sangat blur.


Sempat skodeng pada hari pertama.Gambar curi.By ayu.Eceh padahal nak skodeng kekasih hati.Yela, masa ni muka masih ketat, tak kenal lagi.Nak senyum pun separuh separuh, takut-takut berani, tapi kalau masih boleh buat muka comel adalah dikira sebagai satu perkara yang boleh dibanggakan.ceh.





Dalam tak sempat nak jawab soalan sendiri diatas, tiba-tiba ada seorang makcik yang berniaga berhampiran situ pergi tegur budak tu.Dia tanya " napa mung ni?" Tapi budak tu tak jawab.Pastu makcik tu cakap lagi "tak payah layan dia ni dik, dia memang macam ni, dia ni perempuan bukan lelaki" Lepas tu danny cakap kat budak tu nak pergi solat kat masjid berhampiran dan tinggalkan dia disitu terbaring mengelupur.Aku kesian sangat tengok budak neh.Sejurus selepas guys dan danny pergi, budak tu dengan selamba yaya nya bangun dan kayuh basikal dengan muka tak berperasaan.
Ceh apa motif budak tu? Oh oh what? Danny mendukung seorang perempuan? Omg Omg.Bestnya dia.Ciss tak guna saja je nak ambik kesempatan ke atas makhluk hensem tersebut (Okey kantoi).Tapi serius muka budak tu tak macam perempuan langsung.Percubaan untuk 'kejadian' kami tak menjadi.HAHA.





Hari ke dua, bergambar dengan kak zainun urusetia KAKS (pinky one) Birthday dia masa neh.



Petang pergi jalan-jalan kat pantai tok bali.Sangat sweeeeeeet.Fyi Tok Bali terkenal dengan tempat mendaratkan ikan.Masa jalan-jalan kat pantai pun ada orang menjaring ikan.


Ni yang comel ni matair siapa pulak? HAHA matair diri sendiri.Lagi-lagi yang kanan tu.Pewwit.
Ceh sempat merendek
Merendek juga, pewwit sorang pun sorang la.Ah ada kau kesah?













Lepas main polis entry dalam air.HUHU HEHE HAHA.Lepas tu main batu seremban pulak.Sangat mencabar minda dan emosi okey.Tak percaya anda boleh cuba sendiri.





Dah sampai rantau panjang,jauh nya perjalanan 2 jam dari tok bali. 1 2 3 ayohmat get set go, shooooping!! huu lumba main shooping-shooping.Siapa duit paling kering, dia lah yang paling padan muka.HAHAHA.Tak puas pun jalan-jalan sebab bagi masa 2 jam je.Kedek betul plus minus masa untuk solat dan makan maka sejam je la boleh cuci mata.Balik duduk dalam bas 10 jam.Amik kau! sampai UMP tercinta jam 2.30 pagi.Esoknya ponteng kelas.Hoooray.


Highlight.
1. Setiap hari breakfast nasi, nasi, nasi dan nasi.
2. Walaupun penempatan di kelantan tak terlalu terancang, tapi rumah mereka sangat besar-besar I tell you.
3. Batik di sana sangat cantik.seriusly.
4. Banyak usahawan tempatan di kelantan terutama orang melayu.Sangat Impresed.
5. Banyak kedai emas milikan melayu di kelantan, dan ramai makcik-makcik memiliki barangan kemas yang besar-besar.Pergh.
6. Banyak pakaian tradisonal yang memukau pandangan dan nafsu.Harga? affordable dan murah.
7. Banyak sign board bertulisan jawi dan kalimah suci.
8. Keropok lekor sangat sedap.Mahu lagi..
9. Banyak sangat pengusaha perniagaan bundle dan barang-barang nya sangat superb.
10. Kalau cakap luar, biding harga tak semurah yang dijangkakan.Jadi semasa shooping sila salotape rakan anda sebelah yang boleh cakap kelantan sebagai peranan tawar menawar.
11. Kami telah membuat persembahan penutupan secara senyap tapi gundah gulana didalam.Serius persembahan itu aku akan ingat sampai hujung nyawa.Sangat malu sampai tak tahu dah nak sorok muka dalam baju siapa.Tu la siapa suruh tak prepare, malamnya asik sangat berjalan-jalan ke wakaf che yeh.HAHA.Bagus betul kami sangat sporting sampai sengaja tadah malu secara lebat. Tapi guys semua support.Thanks sebab bagi semangat dekat 7 orang puteri neh.Ecececeeeh.
Okey sudah lapar selepas buat entry panjang-panjang.Jom makan.Ala ayu nak pergi dating, ain pun pergi dating, petangnya farin pulak nak pergi dating.Ceh berdating la aku dengan sebuah komputer.Sob sob sob.
Ko memang boleh instantly dapat certificate untuk menjadi seorang belanjawan yg sangat berjaya! Orang gi kursus blajo nak wat duit, ni belanja duit shoping je aku tengok nih.. hahahahahhaha
ReplyDeleteweh sambil menyelam minum air.last sekali aku pergi kelantan masa sekolah tadika tu..So aku sangat jakun okey.Aku membantu usahawan disitu, maka harus beri pujian.HAHA.Okey spending untuk raya dah tutup.*sigh.
ReplyDelete