Sunday, February 7, 2010

Ingatiku dan hutangku dalam doa mu.

Soalan 1: Bangga tak bila dapat bagi pinjam duit dekat orang yang dah bekerja, walhal anda masih belajar?
Jawapan 1: Tak.

Soalan 2: Bila dia dah mampu, tapi masih tak langsaikan hutangnya, anda rasa apa?
Jawapan 2: Semoga Allah bagi hidayah dekat dia.Takan nak pergi cubit gigi dia?

Soalan 3: Malu tak nak minta hutang dekat orang sebab anda terdesak?
Jawapan 3: Malu macam tengah naked.!@#$%^

Soalan 4: Bengang tak bila dia perlukan duit baru dia ingat anda?
Jawapan 4: Nyanyi lagu akem, eh tak tak, Urut dada sahaja, selawat banyak-banyak.Berangan sahaja esok ada orang bagi bunga dekat stesen lrt secara romantis untuk alih stress.HAHA.Kantoi engkau stress.

Soalan 5: Kenapa bila takda duit je dia cari anda?
Jawapan 5: Mungkin dia ingat, hamba memiliki mesin pencetak duit dan pencetak muka terbengkalai.

Soalan 6: Rasa apa bila tak dapat tolong dia?
Jawapan 6: Rasa serba salah + masin telur asin sikit-sikit.

Tapi ada seorang sahabat ingatkan;
"Jangan sesekali menyesal diatas pertolongan dan kebaikan yang pernah awak buat"
"Terima kasih awak =) "

Soalan 7: Ada apa-apa pesanan penaja?
Jawapan 7: Bawak-bawaklah muhasabah diri, doalah semoga diterangkan hati untuk terima hidayah dan ilmu tentang hutang.Orang berbudi kita berbahasa.Gunakan jalinan umat dengan sebaik-baiknya.



Ehem, "Ingatiku dan hutangku dalam doa mu", ada sesiapa penyanyi yang berminat nak buat album tajuk ni? Boleh sign agreement dengan saya.HAHAHA.


2 comments:

 
design by suckmylolly.com