Thursday, August 20, 2009

Kematangan ovari bergerak seiring dengan peningkatan usia

Kadang-kadang rasa terharu bila readers sound suruh update blog.Balik bilik terus terkebil-kebil tengok blog.Macam minta simpati supaya blog boleh update sendiri jhsjdhijhjfb.Yelah kadang-kadang nak suruh jiran sebelah updatekan blog tapi macam segan mati tak mau ke apa entah. Dah engkau pernah marah jiran, sebab sidai baju basah kena baju engkau yang suku basah mesti ah dia gerun sampai nak buat kontrak tolong update kan blog tanpa gaji.Tapi kalau dah natural beauty baik, tak leh nak kata apa dah.HAHAHA.Jangan sentuh ah bab laundary-laundary ni I memang sensitif.

Anda pernah rasa terharu bila kena sound? T_T .Keluar sekarang kau Aisya! .Taknak blog I suka hati I la.HAHAHA

Kalau ada mak comel dia mesti tanya pada anak gadis, sudah ada bf atau tidak.Bila cakap ada, mulalah suruh jaga diri apa semua, bila kata takda sudah risau ingatkan kita nak kahwin umor berapa.Waa macam pantun la pulak.Tiba-tiba jadi sesitif.Macam anda sentuh bab pregnant di ikuti muka berkerut ketakutan hodoh nya, kau je yang tak tahu.HAHA.Ye wanita macam kawan-kawan I semua suka baby, mahu pengalaman perot besar tapi takot nak melahirkan.HEHE bak kata along, boleh tak tidur je bile dah due,bangun-bangun je baby dah lahir .


Okeyla hambik hambik nak sangat entry! sentap lah wahai kaum adam. T_T

Adakah anda tahu bahawa waktu terbaik untuk hamil bagi seorang wanita? Er jangan panik, maksud I disini adalah dari segi umur.Salah, jawapan nya adalah pada umur 24 tahun di mana sistem biologi sedang menyokong kuat keinginan atau dalam erti kata yang lebih kurang sama adalah berada di tahap kesuburuan yang paling baik. (Teruk betul ah aisya ni, tak sempat nak jawab terus blame salah laju-laju)

I tau lepas je baca perenggan ni, engkau semua sedang berkira-kira waktu kahwin dengan pasangan bukan? HIHIHI comel betul muka engkauorang khjkbhlh.Info ini I dapat daripada membaca sebuah majalah mingguan wanita suatu ketika dulu.Kadang-kadang bila I baca majalah dan rasa tertekan eh tak, tertarik I akan salin info tersebut dalam hati , eceh dan juga buku bergambar Heels WTWow I.Bagila I chance nak tulis entry bermanfaat sikit sekali-sekala.Asyik entry bertemakan hiburan ronggeng rokiah sahaja bila kita nak maju ke depan? HEHEHE.Eh ada tak I mention I suka membaca tadi? Ok takpe abaikan,sebab tak akan menjejaskan CGPA anda semua.

Baiklah kita move on dengan lebih ringkas dan maju ke depan, bersedia?

Sebenarnya semasa kita dilahirkan kita mempunyai kira-kira 1 juta ovum * waah banyak nye.Kalau lah ovum boleh bertukar menjadi duit? Banyangkan koleksi heels I.T___T .Yang lelaki tak payah tanya I kat mana ovum anda, kang I dah depress kang terus dah malas nak maju ke depan dah terus tutup blog.Sambung, apabila akil baligh pula ada 300 ribu ovum dan dalam pada itu hanya 300 sahaja akan dibebaskan daripada ovari semasa proses ovulasi.

Kematangan ovari bergerak seiring dengan peningkatan usia.Okey yang ni salin.

Kelebihan hamil pada usia 20-an

1. Wanita pada usia begini jarang mempunyai masalah penyakit kewanitaan seperti fibroid dan endomentriosis
2. Malah fizikal mereka lebih kuat dah sihat *Ini tidak dipengaruhi dengan milo sahaja
3. Kurang mengalami risiko kompilasi kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan diabetis
4. Risiko rendah untuk melahirkan bayi pramatang dan kurang berat berbanding wanita berusia 35 tahun malah dapat melahirkan bayi comel seperti KITA.
5. Tidak mempunayi masalah untuk bangun beberapa kali dalam semalaman semata-mata mahu menjaga bayi, tapi yang ni I tak berapa yakin untuk ayu.Haruslah bayi itu menangis bunyi alarm lagu cina nak pass away supaya dia terjaga.T__T poor baby.
6. Masih bertenaga untuk melakukan rutin harian pada keesokan harinya *Alamak yang ni macam helah bagus untuk husband tak hire bibik untuk kita. HAHAHA.

Dalam kelebihan juga pasti ada kekurangan bukan? Itulah kontra kehidupan yang bergerak seiring menjadikan hidup lebih matang dan lebih bersedia.Eceh ayat jhskjdjsjk.

1.Kebanyakan wanita 20-an masih kurang bersedia, masih mencari-cari kerjaya dan sedang membina tapak kukuhkan kerjaya
2. Walaupun bagus dari segi biologi tetapi dari segi keewangan boleh membebankan kita, yelah keluar-keluar kembar 5.Haa terus tutup kilang.HAHA.
3. Kurang pengalaman berhadapan dengan kerenah bayi, maka selepas ini kita boleh cadangkan universiti buat program mesra bersama bayi olololo supaya mahasiswa lebih bersedia.HAHA
4. Kerap tertekan dan suami terbeban dengan keadaan isteri
5. Kurang bersedia untuk berkorban masa, mungkin juga ada masalah perlakuan.Yela sebelom ni asyik tulis blog dan main fb je.


Disini juga I sertakan risiko keguguran mengikut umur.
20-24 tahun : 10 % (Kurang berlaku sindrom down dan cacat anggota badan)
35-39 tahun : 18 %
40-44 tahun : 35 %

Ini soalan Berani mati I kepada kawan-kawan, Bila Jah oi? nak maju ke depan perot tu. HIHI Kepada lelaki, bolehlah ambil iktibar ini, dan simpan dalam hati, bila dah banyak duit baru boleh keluarkan iktibar ini hanya selepas berkahwin okeh.HAHA.Iktibar lah sangat jakjgkjgk.Baiklah memandangkan Blog Aisya&Heelism ada usaha untuk mencapai piawai standard blog educational, maka anda harus menjawab soalan saya selepas membaca semua summary diatas.Jawab jika mahu maju ke depan. HAHA.[30 markah]


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 5. Tidak mempuyani masalah [salah ejaan]

    30 markah - 100 markah = -70 markah

    haha...yeah bleh kawin laju2

    ReplyDelete
  3. erk... lagi dua tahun 24.. ko lg la.. lg setahun cmne ni..?? kene cpt2 kuar dr kelab.. haha.. kene cari perintis yg bakal memerintah dn menjaga kelab kita dgn setianye... huu...

    ReplyDelete
  4. zerox : hrp2 xde.okeh boleh kawin dlm litar f1.kuikuikui

    ReplyDelete
  5. nisa : errk aku lg setahun eh.hahaha.jom la kita advertise kelab kita, buat interview session cari presiden baru yang benar-benar layak.agagagaga.

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com