Wednesday, August 12, 2009

Efek spice girl dalam percintaan

Anda pernah tak jadi kipas susah nak mati? Yang tahap tak boleh blah.Aisya kau apasal aku dah elok-elok jadi manusia, kau tanya aku pernah jadi kipas ke tak? Soalan ini sungguh tak boleh blah.KAHKAHKAH.Yela meh I explain in English; its mean DIE HARD FAN.Anda memang, bila cakap bahasa ibunda macam buat-buat susah nak faham, bila cakap english berkerut-kerut lagi tak paham, sebab ayat si Aisya semua english broken heart punya style HAHAHAHA.Kau jangan kutuk pembaca tegar mereka semua muet band 6,Kang diorang bagi pantun dalam english mengelupur kau nak balas.Eh macam comel lah pantun english.Nanti kita cuba.

Ok sambung,

Ye tahap bila kau ternampak mesti kau toleh buat kali kedua. Contoh situasi bila balik tuisyen UPSR terlalu sebuah kedai jual majalah Galaxie atau Lime, lepastu ternampak spice girl tersidai kat muka depan pegang Impulse body spray cap Spice girl.

Kau memang tak dapat di bendung lagi sampai paksa diri beli majalah tu, kalau tak beli memang kau rasa kau akan dapat suspek H1N1 ke apa entah, serupa macam ada ancaman kalau tak beli. KAHKAHKAH.Lepastu balik rumah kau potong semua gambar spice girl yang ada dalam majalan walaupun terselit gambar kaki posh spice bawah kaki david beckham.!@#$%^&*(J

Lepastu tampal dalam album khas buat riak kat kawan-kawan macam kaulah manusia paling banyak kumpul gambar spice girl kat dunia ni.HAHAHA.Lepastu macam lipas kudung ajak mak dan ayah pergi pasaraya Hiong Kong nak cari Impulse body spray Spice Girl.Walaupun bau impulse tersebut buat kau pening nak termuntah 88 kali, kau tetap steady bawak impulse pergi setiap kali kokurikulum sekolah dan spray kat baju buat ambik hati sendiri, sebab dah beli tapi tak spray sekali seumur hidup macam tak fun la pulak dan mungkin timbul rasa menyesal seumur hidup kalau tak show off kat kawan-kawan.jshdsjbfkdjbHAHAHA.


Anda pernah?

Ye, I pernah dan situasi di atas adalah yang paling terbenar sekali.I mula menjadi kipas susah mati spice girl sejak darjah 5.I ada semua koleksi album spice girl, dan 2 daripadanya I beli dengan mengumpul duit belanja sendiri yang emak dan ayah berikan.

I bersyukur sebab terpilih untuk suka spice girl, walaupun sebenarnya tak ada siapa yang pilih berdasarkan pemilihan.HAHA.Macam biasa, suka lari dan merepek.

Statement apa kau buat ni? Bukankah lebih bagus kalau kau sokong artis tempatan macam Ramlah Ram dan Boboy.Sebenarnya banyak sangat improvement yang I dapat sejak menjadi kipas susah nak mati kepada Spice girls kerana : [tak lebih dari 21 patah perkataan]


1. I bersungguh gigih hafal semua lagu dalam album mereka.1 huruf tak tinggal.
2. Bila tak faham lirik lagu vocabulary, I rajin tahap Wall-E pergi bukak kamus, cari satu per satu maksud vocab.
3. Lepastu I former group sendiri jadi Spice girl cap Malaysia.Cari kawan yang sehati berdansa, eh sejiwaLepastu main cop-cop nak jadi siapa.Macam I jadi Ginger spice -Geri Heliwell, Nabilla jadi Baby spice - Emma Buntton Ain jadi Sporty spice - Mel C, Hafizatul jadi Mel B dan Effa jadi Posh spice - Victoria Beckham.Kemudian kami saling bertukar maklumat, cerita mimpi dan lumba menghafal lagu.I sanggup tangguh hafal sifir 12 sebab nak hafal semua lagu spice girl.
4. Ayah sangat sporting pergi belikan VCD spice girl live in concert in wembley dan Istanbul.Apa lagi histeria terus anak perempuan beliau.Terus eksyen kat satu dunia dia ada VCD WTFun tersebut.Balik sekolah bawak geng spice girl, tukar baju macam character masing-masing,buka VCD live in concert, ambil tempat masing-masing, menari dan miming mengikut artis kegilaan mereka secara sebijik.Kalau tengok victoria garu kepala pun, nak buat jugak.WTHAHAHAHA.Hasilnya? Kami pandai melaram, menyanyi, menari dan berlakon.See? macam AF lah bukan? Rupanya AF dan wujud waktu kami darjah 6 lagi.
5. Lepastu sedikit kesuntukan masa nak mengulagkaji untuk UPSR kerana sibuk buat konsert pirate kat rumah.HAHAHA.Nasib baik mak dengan ayah kerja, kalau tak maunya I kena paksa masuk batu belah batu betangkap dengan mak I setiap hari.TSK TSK TSK.Perangai yang ni jangan salin.I larang.
6. Bila result UPSR keluar mak I sangat depress bila tengok subjek english A tapi bahasa malaysia B.Memang I mengaku I sangat lemah dalam bahasa malaysia masa tu, I tak faham kenapa selalu menghasilkan karangan darjah 2 sewaktu I darjah 6.Mungkin sebab tabiat membaca masih senipis kulit bawang semasa itu.HAHA.


Walaupun I nyanyi lagu spice girl lagi lancar dari I baca sifir 12 , I tetap bangga sebab waktu tu I selalu dapat subjek english A sampai tingkatan 3.Ini bukan show off nama dia, HAHA, namun benar I mengalami banyak peningkatan, kerana meminati mereka, cinta terhadap bahasa inggeris semakin melimpah ruah secara semula jadi, bagai pungguk rindukan bulan bila tak sebut perkataan english sehari.Ini methaphora yang melampau ah aisya ni.Nyampah, bagi sonnet218 kang ternganga nak terjemah.HAHAHA anda tolong sikit, buat-buat tak suka mencabar I hehe.

Jika sebelum itu I sangat merasakan english sangat susah tetapi hari ini tidak lagi, sebenarnya bahasa malaysia lebih susah.Ini pendapat I, maka dengan cara ini I cuba bantu kawan-kawan yang lemah bahasa inggeris.Daripada lagu turun ke hati dari hati turun ke kamus.So far its really works even dengan cousin & relative pun I try bantu.Jadi kepada sesiapa yang masih mencari jalan untuk memupuk cinta english boleh la cuba cara I ni.Allhamdulillah ayah juga banyak membantu, dengan memotivasi kan I album spice girl terakhir GOODBYE dan belanja beli T-shirt spice girl WTFun tersebut sebanyak 2 helai.HAHAHA.
.
.
Kenapa sampai tingkatan 3 je engkau dapat A dalam english, macam mana dengan tingkat 4&5?

Untuk pengetahuan anda spice girl telah bubar selepas mengeluarkan album ke-3, maka I sangat depress.Bila kita depress mestilah ada beberapa effect terhadap diri kita dan tambahan pula pelajaran menjadi semakin susah hari demi hari.Maka gred seperti A B C sering mempersendakan I dalam Exam.HAHAHA.Tapi I tetap cari alternatif untuk maintain.Walau tak sehebat mana pun malah menggunakan english broken heart style HAHA, at least I ada level confident yang okey untuk speaking dan writting secara spontan sampai ke hari ini.Dan I masih mengharapkan lebih banyak improvement dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan rasa cinta yang terpatri di hati.Cewaaaaaaah.

Kesimpulannya
kau pergi cari band/artis kesukaan kau yang kau rasa dia akan kekal lama sampai kau yang pergi bubar dulu sebelum mereka.Supaya tahap kecintaan kau tak memberi effect macam I (Sungguh malu buat pengakuan tak berdosa ni sampai kau pulak yang depress kenapa mereka tak bubar-bubar.HAHAHAHAHA.


Okey dah lebih 21 patah perkataan maka harus berhenti disini.Sekian.Boleh bersurai.


2 comments:

  1. dulu spice girl mmg menjadi kipas susah mati semua budak2 pompuan.. ehhehehehhee

    ReplyDelete
  2. eyda chan : oh kamo pon suka ye spice girl.mmg sgt feymes n melethop dulu.i siap mimpi spice girl dtg tdo umah i, siap ckp melayu.mmg x boleh blah punye mimpi la.hahhaha

    ReplyDelete

 
design by suckmylolly.com