Wednesday, December 30, 2009

Rawak awal 2010

Sekarang baru tahu dekat ofis boss terlupa nak block blogger.com maka lebih baik kita terus buat dia lupa.Tapi dia ingat nak block blogspot pula.Maka saya telah memberi arahan supaya jangan teruskan mem-block apa-apa.Engkau gila? Boss block muka aku baru tahu.KAHKAHKAH.

Baru pulang ke tanah air pada 24hb lalu kerana urusan lawatan akademik dan cultural exchange.
Berikut adalah perjalanan kami yang tercungap-cungap.Gambar? yang ni ada perkara separuh sedih, tapi akan show the trailer kemudian hari.Ceh melampau guna 'trailer'
KL-HONG KONG-CHINA-HONG KONG-KL-SINGPORE-KL

Dimaklumkan kami juga membawa bersama kulit kering, bibir luka, dan kegatalan yang hampir tidak terkawal dari sana.Comel bukan buah tangan yang kami bawa ini? HAHAHA.Di sebabkan perubahan cuaca yang begitu ternaik, yakni dari 38 ke 12 dan ke 8 darjah celcius.Maka ole-ole ini yang paling dekat dengan kami sume.Saya pasti anda semua tak mahukan ole2 yang sama kan.Kerrrrr,,!@#

Baru sahaja melalui freakin panic kerana ada 4 wheel drive yang sangat damn pergi potong kereta aku masa dekat selekoh, maka terkemek la kereta dan terkesan la fobia dalam diri.2 hari ayah hantar pergi kerja.1 hari je escort macam raja.2 hari menangis pikirkan ujian Allah dan manusia bodoh dan cuai macam tu.Kita semua mampu berfikir, maka gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin.

Teruja sangat sebab dekat ofis tak boleh bukak facebook dan blogspot dan gmail.Anda teruja? Teruja sikit kan sebab I tak update blog? Kita kena guna opposite vocab bagi psycho sikit diri kita supaya always think positif.Engkau kalau merepek memang always positifkan aisya? EKEKE.

Kini aku dan LRT bagai pinang dibelah dua, sebab kemana sahaja selalu bersama.Eh bukan sepatutnya macam belangkas atau isi dan kuku ke? Semua tak boleh, sebab LRT bukan buah ianya..!@#$%^& Ok fine, sebenarnya aku nak bagitahu aku pergi kerja naik lrt je.Kalau jumpa tolong la senyum dan prihatin, I physco tengok orang tak sensitive terhadap masyarakat, macam I rasa akan dikenakan hukuman gantung jika tak bagi tempat duduk pada orang yang sepatutnya.Serius tak tenang.

Kehidupan merentasi 16 stesen lrt setiap hari memang mencabar.Ok lepasni confirm boleh apply kerja dekat rapidkl jadi pilot lrt.!#^&(*)%

Para reader’s yang comel sekalian, terima kasih sebab selalu komplen blog tak update. HAHA.Rasa macam nak bagi award je siapa komplen paling kerap.Yang komplen blog boring tu boleh jalan ikut pintu belakang.Biasa dia.Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan nyawa kembali kepada blog ini.Tapi kena minta bantuan EYWA.Huh? Aah AVATAR BEST.(tetiba).Sekian rindu semua secara pukal.

Tuesday, November 24, 2009

Sudden message

Baru je received old message from someone..
.
.
.
.


"I will come to MALAYSIA on 1st week of Nov"

.
.

....maka I pun terkejut berok mak yeh.Am I bad? *Speechless
the end.

Sunday, November 15, 2009

Packing for forever

I nak balik dah kul 3 pm ni.So what? HAHAHA.Ihhhhhhhhh, ni balik lain.Memang lain, sebab nak tinggalkan UMP dah.Dah 5 tahun I bersarang kat UMP ni.I nak bersarang tempat lain pulak untuk proses evolusi seterusnya, supaya graf daya kemajuaan menunjukkan perubahan yang efisen.Ceh cakap macam proses ayam nak bertelur kat space ship je kan.Ok whatever, ada beberapa perkara I nak conteng sebelum bertelur,eh tak sebelum vacum sarang.HAHA.


1. Malas gile nak packing barang berupa 5 tahun.Boleh bayang tak? Tak boleh takpe cuba lagi,sampai tertidur.HAHA.Mak tanya, ni nak jemput dengan contena ke dengan keretapi.T__T

2. Thesis, en Azwan tak marking lagi.Hari ni dia tak call, so maybe esok jumpa dia, walaupun esok dah nak balik.Harap en azwan tak terlajak tidur sampai I dah sampai rumah T___T

3. Baju 1 bakul tak basuh lagi, padahal mesin basuh dekat beberapa tapak je.I tunggu baju tu jalan sediri kat mesin basuh, tapi..... hampa.

4. Baju kat ampaian tak angkat lagi,entah dah kering ke belum.Ingatkan baju boleh hantar sms 'angkatlah dah kering ni jah oi' atau 'belum boleh angkat lagi, lagi 23 minit baru betul kering'

5. Dokumen LI tak settle lagi.Maybe faks je nanti.

6. Surat resign kerja part time tak buat lagi.Harap lan boleh tolong, tapi dia ugut suruh pergi seminar windows 7, baru boleh tolong.Tsskk kejam nye.

7. Muka nak balik pun tak siap lagi.Huh? Memang muka selalu terbengkalai sejak buat PSM2 ni, jadi tak heran la I tak dapat surat cinta sem ni.agagagaga.Ngantuk nye, kenapa barang tak boleh pack diri dia sendiri?

8. Niat nak belanja Khalis pun tak tertunai lagi.Haih, sorry Khalis.Promise theres gonna be someday.

9. PDA fakulti pun tak pulang lagi sebab haritu pergi lab semua tutup.JP takda.Tsssk.Harap shahrul boleh tolong.Tolong ye adik manis.hihi.

10. Mintak maap kat nad sebab berjanji gigi palsu dengan dia semalam.Mesti dia bengang bila bukak blog I, sebab kata nak update, tapi habuk pun takde.Naaaaaaaad minta ampun, akak ingat dah update rupanya akak update dalam mimpi je.!@#$%^& Entry tu pun tak sempat nak publish.Jangan marah-marah, nanti rias nora danish tertukar dengan rias norliah ghani pulak, kat muka nad tu.T_T

11. Ni yang terhegeh tulis blog kenapa? Pergi packing la aisyaaaaaaaaaaaaaaaaa..Sedey sebab ayu tak sound suh kemas, sebab ayu dah balik.tssk.



Oklah, dah kena sound dengan mak,macam dia tahu je I tak kemas lagi.Nanti I update lagi.Banyak sangat benda nak cerita.Anyway seronok dapat dating dengan YAN tadi.Rase macam tak abes lagi benda nak cerita.Sob sob sob.Gonna miss u yan.Love u!

Thursday, November 12, 2009

PSM II

28 HARI TAK UPDATE BLOG
nak tau kenapa?
Sebab P.S.M

PROJEK SARJANA MUDA
title : residence reporting system using mobile

Kalau kawan-kawan perasan entry yang lepas-lepas, semua entry bercirikan kesedihan dan kesulitan.Ya, masa tu aku sedang berjuang menyiapkan PSM.Banyak sangat dugaan yang tuhan berikan, sehingga aku boleh dikatakan menangis hampir setiap hari bermula dari tarikh 6 Okt- 2 Nov.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar doa hambanya dan dia kurniakan aku penolong2 yang baik hati datang membantu.Banyak perkara yang aku belajar ketika dalam kesulitan tu.It is a miracle, tiada apa yang mustahil, semuanya kehendak Allah, kita perlu berusaha dan bertawakal dan yakinlah kepada-Nya.InsyaAllah, memang ada bahagian rezeki untuk kita.

Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang banyak bagi semangat.Hanya Allah yang dapat membalas doa kalian.Teringat plak keadaan masa bilik senyap je semua tengah bersekang mata buat PSM, tibe-tibe tension, dengar la suara sayup-sayup nangis.Sapa nangis? Ayu, farin n aku la.HAHA.Thanks juga pada roomateku!! Semoga kita semua diberikan kemudahan dalam menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.Amin.

Lepas ni pergi internship, lepastu boleh grad dah.InsyaAllah.Harap-harap en.jiman, kak maz n en.azwan dapat bagi result yang elok.TQ !



A big thanks to danial, khalis and ayu!

Network conflict,tak dapat detect IP add, cuak gile tak boleh run application dekat PDA.Pastu Tokmoh tolong, rupanya conflict setting kt USB.Lama gile try n error last kali success.Thanks tokmoh.
Booth PSM, takda mood nak hias cantik-cantik.Nervous sangat sampai tak tdo semalaman.
Dah pack up,nak balik hostel dah.Pose dulu dengan along, ayu n farin.
we are final year student so what? haha

Yes!! dah abes azab PSM!

Muka lega dah habis presentation PSM

Friday, October 16, 2009

Terima kasih


Terima kasih ya Allah, kerana mendengar doa hamba-Mu
Terima kasih ayah dan emak, kerana doamu, nasihatmu serta kesungguhanmu
Terima kasih sahabat, kerana mendengar dan menghulurkan semangat

Dikala aku hampir jatuh,
mereka datang menghulurkan bantuan

Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu supaya sebaik-baik kebaikan dapat dibalas kepada mereka sehingga di akhirat.Amin.



Kuatlah wahai aisya! Jauhi putus asa dekati usaha! Berdoa dan berzikirlah. InsyaAllah Allah maha mendengar dan maha penyayang ke atas hamba-Nya.


Sekian,
Yang masih berjuang dalam keparahan,
AISYA

Tuesday, October 13, 2009

Selamat Hari Jadi Bonda

12 Oktober 2009
Umur mak adalah 41 tahun

Selamat Hari Jadi


Puan Sadiah Hj. Kamsir


Akak mendoakan, semoga semua impian mak menjadi kenyataan dan keluarga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.Amin.



I love you so much! you are my priceless and irreplaceable heart beats!
and
currently I miss to have you in my hug
need to refill my love encourage again

T____T


from
daughter in hard situation
warm regards

Wednesday, October 7, 2009

Hari ini

Hari ini

Tak dapat jumpa lec,
Tak dapat tukar tiket bas,
Tak dapat lagi penyelesaian psm,
Tak dapat access internet macam dulu,
Tak dapat offer letter internship yang baru,

Dapat jatuh, sampai luka dan berdarah.

T_____________________T

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini, berikan ku ketenangan disebalik kebuntuan dan kesusahan, berikan ku kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian-Mu dan berikan ku kekuatan dari mudah pecah dan putus asa.Amin..

Semoga mak, ayah dan sahabat-sahabat dapat sedekahkan doa dan semangat untuk aisya di sini. Terima kasih tak terhingga.

Tuesday, October 6, 2009

Tension !@#$&@!

Saya



T.E.N.S.I.O.N


rasa nak scream out! dan nak penuhkan setempayan air mata T_T kemudian pos dekat sultan melaka supaya dapat LI dengan dia.

!@#$%^&*()!!@#$%^&*fhjajsl@#$%ajskj#YUIO!@#$%

nak mak..tsk tsk tsk..
SEDIH..


p/s: i need love and courage

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 09

InsyaAllah kita akan beraya pada hari esok, jadi Aisya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Carta perjalanan raya tahun ini, bermula pada hari raya pertama

KL-MUAR-JB-SINGAPORE-SELANGOR



Takda siapa nak langgar anda kalau baring di tengah jalan raya pada hari raya pertama di KL.
T______________T

Pandu berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang.Semoga lebaran kali ini memberi seribu makna pada kita semua.I sangat seronok dapat habiskan masa dengan mak buat kuih raya tahun ni.Di entry akan datang saya akan update tentang ciri-ciri kecantikan dan kemusnahan kuih raya pertama dalam hidup saya.KAHKAHKAH.

Seperti 5 tahun sebelum ini, saya akan beraya dengan my best gurls sebelum pulang ke UMP.Telah menjadi aktiviti wajib setiap tahun.Tak sabarnya.

Salam Lebaran dariku,
Aisya

Tuesday, September 15, 2009

Luahan hati sebelum pulang

Jam 11.30 am nanti akan berada di atas bas dengan membawa muka gembira dan hati berdebar. Muka gembira sebab balik boleh makan sedap-sedap, dan tak sabar nak buat cookies raya.Hati berdebar sebab esok akan ada interview dekat bangsar south.Seram noks, jap lagi nak study sikit pasal company tu.Tempat pun I tak tau dekat mana.Harap ayah dapat tolong esok.T____T.Lusa pun ada juga interview dekat cyberjaya.Rasa macam taknak pergi tapi Bak Abang Adi kata, pergi jela amik experience, buat muka menagih simpati pulak, ni asyik nak buat muka vogue je. HAHAHAHA bila pulak I buat keje full time buat muka vogue neh? .Baiklah jangan muntah nanti batal puasa anda semua.HEHE.

Bangun tidur je dengar jahyu ketawa, terkekek-kekek, lelap balik dengar jugak dalam mimpi.!@#$%^.Suka betul si jahyu tu tengok rancangan 'spontan' thru youTube.Lepas tu I pun tumpang sekaki join sebab dah terjaga dari tidur.HAHAHA memang kelakar habis la rancangan tu, nak terbarai pankreas tau.Ceh over plak eh.

Lately I asyik kena pau je dengan budak sekolah.Minta credit transfer.Ewah-ewah sukahati je dorang ni tau.Memang la nampak macam berduit, tapi sebenarnya papa kedana adik oi.Akak serik dah nak bagi no fon dekat adik-adik konon-konon nak contact akak fasi ye.Sudahnye pergi pass no fon dengan abang dia pulak.(-_-").Entah-entah abang nye baru form 6.Stress I.


Anyway guys, kalau nak berkenalan dengan girl bagitahu je honestly nama anda dan mana dapat no fon dia.Kalau anda approach secara gentleman dan sopan, takda sebab dia nak marah.Dah la nak berkenalan dengan kita lepastu taknak jawab soalan kita.Janganlah tambah point rejection.Dia tentulah nak tahu anda ni dari sumber mana.Takda bran ke ? HAHAHA.Baru je tanya dapat mana no fon terus cuak? Alahai.Letih la nak layan macam ni.Oh ye kalau setakat nak testing power tu tak payah la.Okeh.Banyak laei kojo lain nak buat kekdahnye.
T______T.Misteri-misteri nusantara ni I dah tak layan dah.Darjah 6 dulu boleh la.HAHA kantoi.

Apapun, doakan Aisya selamat sampai ye.InsyaAllah.

Monday, September 14, 2009

DCS0407 Gathering at restaurant nelayan KL



































Finally 110909 , we reunite again after almost 3 years separation.Thanks a lots for coming even though staying far away from KL and dead busy with the jobs.But we make it! I really enjoy our come back.NGEH NGEH NGEH, chit chat, gossiping, break-fast, karaoke, bowling, sleep over, sweet talk, cam whoring, hangout and shopping!! .Hope to see ya again soon in more sweet time.DCS0407 rocks! Miss you and love you guys.

UMP-ians Ter-chenta

Wednesday, September 9, 2009

Tart jangan lupa lirik

Hujan renyai-renyai, aisya membawa payung sambil menghampiri dia dari belakang.Aisya mahu menyapa tetapi perasaan takut membuat langkahnya terhenti.Takut jika dia telah melukakan hati lelaki tersebut.Aisya menguatkan semangat nya yang lemah dan lesu itu, lantas dia memajukan langkah sekali lagi,dengan jarak 3 tapak dari belakangnya,Aisya tekad, dan mula bersuara..

I love.....

*Kring-kring, bunyi telefon bimbit


Hello....


*Tiba-tiba
Depress

Kesimpulannya Aisya hanya berjaya bercakap I love Hello.!@#$%^&UI.Memang musnah harapan nak buat confession I love Teeeeeeeet tu.Lantas beliau depress selama 3 minit. Bukan senang nak buat confession bila bertahun-tahun tak buat.Cakap apa neh? !@#$%^

Mimpi pun musnah dengan panggilan Hello dari along, untuk mengajak sahur ke cafe.Alahai along......baru nak romantik titanic, dah walkie talkie I.Korang rasa patut ke kita suruh along bertanggunjawab ke atas mimpi anganku musnah ni? .KAHKAHKAH.Sumpah I tak tahu siapa lelaki tersebut.Jadi jangan tanya, ini amaran.AGAGAGA.

Keheningan pagilam (malam+pagi) di pecahkan dengan suara-suara comel bebe lulu, jahyu, and along.Ini merupakan 2nd time I sahur dekat cafe UMP pada tahun ini.First time hari tu dengan along je.Tiba-tiba sahur kali ini terasa macam antara yang paling fun sekali.Lepas makan, I buka kuih tart raya yang I order dekat Lela.

Hah? kata nak buat kuih raye kenapa order? Jawapan dia C.Cari sendiri, lepastu blame la tart tu kalau nak.I tak paksa.T______T.KAHKAHKAH.
.
.
I buat syarat siapa nak makan kuih tart I semua kena nanyi lagu raya.I tak kira, walaupun lulu kata I ditaktor.HAHAHA paling tak boleh handle bila, paksa lulu nyanyi.Nak tunggu lulu nyanyi je ibarat dah boleh raya dulu 3 purnama noks.Lama betul.Kesian Jahyu dengan along kena tunggu turn.Akhir sekali dia buat confession konon-konon nak skip fear fun factor neh.Excuse me sikit.Cannot heh! Rupanya lulu penah kena tahan dengan cikgu dia waktu sekolah darjah satu sebab tak tahu nyanyi lagu raya.Siapa dah nyanyi baru boleh balik.KAHKAHKAHKAHKAH T_________T.I kesian sangat sampai rasa nak nangis 1 sungai + gelak sikit-sikit.KAHKAHKAH.Padan lah dia fobia.Sekarang kita kena fikir macam mana nak suruh dia lagi fobia.MUAHAHA.I tak sangka ada orang tak tahu nyanyi lagu raya dalam dunia ni.I macam terkesima 30 saat.Tapi muka dia betul-betul menggambarkannya.


Akhirnya semua berjaya makan kuih tart, walau tak berjaya sebagai artis.Riuh sekampung kalau mereka conference.Kalau lah aktiviti bergelak boleh menguruskan badan............alangkah bahagianya hidup.Pasti berkebaya setiap kali raya.AGAGAGA.Apa pun I tetap enjoy the show tadi.Love u guys.

I love Hello ? (-_-") .Memang stress disebalik tart.Sampai disini sahaja hiburan kita, bawa-bawa mengucap pula lepas neh.Salam.

Sunday, September 6, 2009

Salam kuih raya dihati

Rindu nak update dah tak terbendung lagi.Hari raya semakin menghampiri.Hari kemenangan dirai, sediakan muka berseri-seri.Ceh sempat lagi buat pantun blog raya.HAHAHA.Baiklah I mengaku, memang takda bakat buat pantun.Sekali sekala bagila I feeling shakespere kejap.

Tiket balik ke kampung halaman jatuh pada 16 hb. iaitu 4 hari sebelum raya.Kemudian pada 17 hb. I ada interview internship di Bangsar.Dah 3 interview I reject, dasat betul sekarang, internship pun kena interview bagai, macam cari kerja permenant.Tssssk T_______T maka I harus pasrah sekarang, kalau lambat pasrah nanti, jawabnya I naik pelamin dulu kekdahnya sebelum interview internship.HAHAHA memang tak boleh handle kalau bab berangan je nak 4 flat, cubalah kalau study pun macam tu.

Mungkin lately kawan-kawan banyak cakap hal-hal serius seperti kahwin, gaji, anak, rumah, keta, cincin sehingga I histeria ketakutan.Ceh over tau.Ye kesedaran umur meningkat tu tersangat lah tebal di dada dan di muka.Kes steady tiada pun memang tersedar-sedar sangat. KAHKAHKAH.Aik kenapa engkau gelak? Perbuatan seperti ini selalunya nak buat nampak macam kes terlalu biasa sampai takyah kisah pun tak apa.HAHA.Takpelah yang tu kita simpan dalam hati dulu.jdijkjhhh.


Raya kali ni beriya I plan dengan mak nak buat kuih raya, memandangkan dah umur 23 tahun, I rasa dah sampai masanya nak jadi gadis melayu didapur.Lepas dah berjaya boleh lah apply masuk gadis melayu.Untuk cantikan resume buat menantu pilihan.Tolong jangan encourage saya.HAHAHA.Seriusly kali terakhir buat kuih raya dengan mak waktu I sekolah rendah darjah 4 kot, umur 10 tahun.Tu pun main-main je.Lepastu mak busy kerja, so kuih semua kena order.Jadi I dah tekad walau ada 4 hari sebelum raya I nak buat jugak kuih raya sekurang-kurangnya 1. Bukan satu biji, satu balang yang sekurang-kurangnya ada 50 biji.Jadi harapan I semoga kuih tak hangus, malah berseri dan sesedap seperti pembuatnya.Eceh.Kuih apa? Biarlah rahsia, sekurang-kurang nya kalau tak menjadi boleh I bagi nama baru, sampai anda jadi terlalu curios nak tahu.

Jangan gelak, nanti engkau menyesal tengok kuih raya I dekat blog.Semua sibuk nak hantar komen.
'Aisya, I menyesal gelakkan U, ternyata kuih U memang fabulous, raya tahun depan I nak tempah 4 tempayan ye'

HAHAHAHA.

Balik rumah minggu lepas, I terkejut bila mak belikan I, 3 buah buku resipi masakan.Sumpah I tak minta.I tak tanya banyak, I selak gambar lepastu terus tanya mak I."Hari ni mak nak masak apa? " KAHKAHKAH, memang annoying aku neh suka buat-buat tak faham.Nasib mak memang memahami. Baiklah I taknak dah pukul canang satu kampung, kang tak jadi buat kuih I malu sampai raya pun nak pakai tudung saji, shawl tak layan dah.HAHA.Dengan itu, kita bersurai sekarang.Salam.

Saturday, September 5, 2009

Eppy Birthday to Jahyu

Ayu, Sya nak ucapkan selamat hari jadi yang ke-23, (5 sept 86) mak aih tua dah ekau jah.HEHE.Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan jodoh dengan matahir tu ha.Cincin jahyu tu asik berkilau-kilau je sakit mata menusuk kalbu.*Hee jeles-jeles.Thanks ayu for the friendship.I love you so much!

Noridayu Othman 23 years old

Lepas ni mesti kita dah berjauhan, jangan lupe sya okey, err tetiba macam touching plak.Mestila sebab bertahun duduk satu bilik sesama dari umur belasan sampai ke puluhan.Okey perlu stop kalau tak banjir blog kang.Mesti ekau faham eden macam mana kan kan kan.Jaga diri baik-baik dan cepat-cepat kahwin.Cepat-cepat dapat baby boleh kita jodohkan mereka.HAHA cakap macam sya dah ada baby sarah je.Orang nak jadi flower girl boley?

Tsssssssssssssssk.

T__________T

Aisya & Ayu | Jahya & Jahyu

Shawls Heelism runaway project

Salam girls, hari ni baru sempat nak upload design shawls heelism.Sorry for the late runaway project, KAHKAHKAH.Aisya excuse me sikit eh.Baiklah, baiklah anda boleh tambah budget model depan model neh asdfdasdf supaya hati terteram time puasa-puasa macam neh tsk T___T .

Boleh la cuci mata bersih-bersih, abaikan si budget model tak boleh blah itu, sebab tak cukup modal nak hire gissele bunchen, dan abaikan backdrop yang tak berapa nak melethop tu.Macam ni lah kalau bermodel dalam bilik hostel sendiri.HAHAH.Jutaan terima kasih kepada fatihah mazlam selaku photographer, tanpa anda maka tidak lancar lah projek ini.Tak lupa kepada kedua ibu bapa ..okey okey we got it Aisya! HAHA Okey I stop la ni, takde sekapur sireh dah, sireh bukan nye sedap.jsnjksndkj.

Kalau berminat boleh berhubung dengan I secara direct, melalui hp, email : nazatulaisyah@gmail.com, fb, ym : akane_tales, oovoo: cinderella_eisya, skype : cinderella_eisyaz atau di suite c14105



Bubbles bleue rm 9.00 availableBubbles cookies rm 9.00 available
roses are orange rm 9.00 available
titanic love rm 14.00 available
somerset day rm 9.00 available
retro wave rm 9.00 available
kungfu candy rm 14.00 available
button honey rm 14.00 available
(sold 1 - lulu : grey)

paris loves rm 14.00 available

midnite missuki rm 14.00 available
romantic evening rm 14.00 available
retro jazz rm 9.00
sold out - alin emao
burberry revolusion rm 9.00 available
(sold 2 - ain & along : cok/white)
grey red anatomi rm 9.00
sold out - syamsul
purple vass rm 9.00
sold out - syamsul
green voguey rm 9.00 available
blue havoc rm 9.00
sold out - syamsul
sunset heart rm 9.00
sold out - cikna
weekend love rm 9.00 available
aidilfitri starry rm 9.00 available
(sold 1 - along)

earth crush rm 9.00
sold out - cikna
(sold 1 - ayu : black)

pantun untuk you all sikit,
Aidilfirti semakin hampir
shawls heelism semakin habis
cepat-cepat beli
bila pakai mesti berseri


 
design by suckmylolly.com