Friday, January 27, 2012

Ombak rindu

Ah, mungkin aku sudah terlambat untuk bercakap tentang ombak rindu. Ya filem yang meletop letop diadaptasikan dari sebuah novel penulis bernama Fauziah Ashari dan dilakon layarkan oleh Osman Ali. Tak berpeluang menonton diwayang kerana sibuk dengan kerja plus I really push my self almost to the limit for certain reason.








Haa see intro pun dah macam dalam novel.Sekejap sahaja aku sudah teradaptasi ke atas diri sendiri. KEHKEH. Eh heelism ni suka baca novel ke? Selalunya kalau ada waktu yang terlampau lapang atau VTT iaitu "virus tibe-tibe" datang menyerang aku akan bertekad membaca novel, sampaikan susah nak buat kerja lain. Wah alangkah bagus kalau mase study dulu pun macam neh, heh tapi apakan daya tiada daya untuk sekomit ini. Sebab kalau aku dah penggang novel selalunya perkara bawah ni bakal terjadi:


1. Overide LRT stesen, letih betul nak patah-patah balik
2. Tidur lambat sampai pukul 3 pagi
3. Letak novel dekat dengan bantal, alarm subuh bunyi terus raba novel, haha. Lepas solat sambung baca sampai lupaaaa nak bfast, tengok tengok dah pukul 12 weh.
4. Mak akan sebut nama penuh sebab kelekaan aku, mase ni terus nak tercampak novel sebab siren terkejut dah bunyi.Hihi.


Sebab tu aku bukan selalu baca, tapi suka baca. Thanks sarah, sebab bagi pinjam novel ombak rindu kat akak. Aku sebenarnya tahu tentang cerita ni bermula dari baca novel, kemudian barulah faham akan lagu ombak rindu nyanyian adira & hafiz yang sangat best tu, dan akhir sekali aku tengok dvd ombak rindu yang baru sahaja katam minggu lepas. Sangat ketinggalan LRT.


Maybe, sebab dah baca novel aku macam high expectation sikit ke atas filem ombak rindu, hmm walaupun so-so tak dinafikan basah jugak la baju banjir.HAHA.Tapi basah lagi kot baju mase baca novel dia.


Kesian izzah, dirinya disimpan disorok-sorok, seperti perempuan simpanan, mengungkapkan cinta pun terasa sukar walaupun hakikatnya terasa sangat ingin meluahkan pada hariz. Walaupun hariz melakukan perkara yang tak baik terhadap izzah, izzah tetap memberi peluang.Memberi peluang kerana izzah tiada pilihan? Ah tapi betapa untungnya izzah akhirnya dicintai hariz.


Hmm sesaknya dada bila disimpan-simpan, seolah-olah kehilangan kepentingan dimata orang. Mahu memberontak pun seolah terkunci kerana keadaan. Adakah sabar akan membawa kepulangan yang berbaloi atau hanya membodohkan diri sendiri akhirnya? Dengan harapan yang semakin terkumpul mungkin kesabaran itu dapat dipanjangkan waktunya, mengikut rentak keadaan, menunggu sehingga tiba masanya nanti dengan segunung harapan. Tapi kadang-kadang walaupun kita sabar harapan juga boleh berkecai kerana takdir bukan? Tapi percayalah setiap ujian tu bakal menguatkan dan mematangkan kita.
.
.
Ada lagi 2 novel baru yang belum habis katam, masih mencari masa. See? novel baru 1 belum katam dah tak tahan nak beli novel lagi satu haihs. Mungkin selepas ini aku senang dijumpai di kedai-kedai buku?

No comments:

Post a Comment

 
design by suckmylolly.com