Hmm how to start? Macam segan pulak sebab dah lama tak mem-blog.
*Haha.Please la bagi saya tumpang lalu kejap.Hilang kan nervous.Huu over tau.
.
.
.
Tahu tak lagu 'AIR PASANG DALAM' ?
Alaaa lagu yang masa zaman kanak-kanak tu.Masa nyanyi lagu tu kita akan sep-sep tom-tom dengan kawan kita.Kenapa eh kena sep-sep tom-tom? Tolong jangan nak cari sangat jawapan tu.HAHA.
Sebenarnya saya baru sahaja discover tittle lagu yang betul.T___T
Sebelum ini saya dengan bangga telah menyanyikan lagu itu dengan permulaan lirik..
'AIR PASAR MALAM..' YE, Air pasar malam ok. Cube cerita sikit air pasar malam tu rupe dia macam mana?
Sumpah tak tahu.Kat wikipedia pun tak wujud weh.haha.
Selama 20 tahun ini rupanya lirik yang saya nyanyikan itu telah dicetak rompak oleh diri sendiri.T_____T
Ni pon sebab ayu tegur, tak sengaja ter-menyanyi .
Kalau ayu tak dengar, mungkin kebenaran ini tidak akan terbongkar sampai bila-bila.
Bayangkan diumur 70, bersep-sep tom-tom dengan cucu sendiri,
Bukankah ini perkara yang sangat menyegan kan nenek nya?
Bila cucu dia tanya, neny what is 'air pasar malam'? *Wah cucu aku speaking.Dah tua-tua dah tak larat sangat nak amik helmet sorok muka sendiri dari cucu.
Siapa ye yang ajar saya lagu ni? Nak jugak tanya-tanya dia kot-kot dia pon nyanyi macam saya? HAHAbis la.Nasib bukan lagu kebangsaan,kalu tak rosak.isk.Anak-anak ini adalah lesson learn.
Saturday, October 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment