Thursday, February 2, 2012

Tentang sesuatu

Tidak tahu mengapa kali ini hatiku agak tersentuh dengan kata-kata mak tentang perihal jodoh. Malah hampir sahaja menitiskan air mata, tapi berjaya untuk tidak menumpahkan dihadapan mak.*pelakon terhebat. Lazimnya aku sentiasa ditanya, lagi-lagi sejak kebelakangan ini. Dan jawapan yang paling kerap ku berikan adalah senyuman tanpa mengambil hati dan kadang kala tidak mengambil kisah langsung.

Tidak berdendam, malah memberi laluan pada makcik-makcik aku yang sering menasihati.

Aku cuba menukar 'kerimasan' kepada satu sudut positif 'mengambil berat'. Tanda sayanglah tu.hehe.Ah orang terlebih dahulu makan garam sudah menasihati dengar sahajalah.Tak rugi pon kan?

Tapi kali ini agak berlainan.
.
Apabila ditanya lagi tentang berkawan rapat dengan sesorang..
Selalunya aku pasti menidak.
Seboleh-boleh mereka cuba mengorek tentang apa sahaja cerita berkaitan.Sampai tergeram-geram pon ada. Lucu. Mungkin aku punya alasan tersendiri untuk berlaku agak tertutup tentang 'cinta'.
.
Cintakah itu?

Mungkin beberapa faktor menyebabkan aku memikirkan perihal ini kebelakangan ini.
Terima kasih mak dengan kata-kata tersentuh itu.Memang benar mengundang muhasabah akhirnya.





Ya allah sekiranya, aku jatuh cinta
maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
 
design by suckmylolly.com