Wednesday, December 30, 2009

Rawak awal 2010

Sekarang baru tahu dekat ofis boss terlupa nak block blogger.com maka lebih baik kita terus buat dia lupa.Tapi dia ingat nak block blogspot pula.Maka saya telah memberi arahan supaya jangan teruskan mem-block apa-apa.Engkau gila? Boss block muka aku baru tahu.KAHKAHKAH.

Baru pulang ke tanah air pada 24hb lalu kerana urusan lawatan akademik dan cultural exchange.
Berikut adalah perjalanan kami yang tercungap-cungap.Gambar? yang ni ada perkara separuh sedih, tapi akan show the trailer kemudian hari.Ceh melampau guna 'trailer'
KL-HONG KONG-CHINA-HONG KONG-KL-SINGPORE-KL

Dimaklumkan kami juga membawa bersama kulit kering, bibir luka, dan kegatalan yang hampir tidak terkawal dari sana.Comel bukan buah tangan yang kami bawa ini? HAHAHA.Di sebabkan perubahan cuaca yang begitu ternaik, yakni dari 38 ke 12 dan ke 8 darjah celcius.Maka ole-ole ini yang paling dekat dengan kami sume.Saya pasti anda semua tak mahukan ole2 yang sama kan.Kerrrrr,,!@#

Baru sahaja melalui freakin panic kerana ada 4 wheel drive yang sangat damn pergi potong kereta aku masa dekat selekoh, maka terkemek la kereta dan terkesan la fobia dalam diri.2 hari ayah hantar pergi kerja.1 hari je escort macam raja.2 hari menangis pikirkan ujian Allah dan manusia bodoh dan cuai macam tu.Kita semua mampu berfikir, maka gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin.

Teruja sangat sebab dekat ofis tak boleh bukak facebook dan blogspot dan gmail.Anda teruja? Teruja sikit kan sebab I tak update blog? Kita kena guna opposite vocab bagi psycho sikit diri kita supaya always think positif.Engkau kalau merepek memang always positifkan aisya? EKEKE.

Kini aku dan LRT bagai pinang dibelah dua, sebab kemana sahaja selalu bersama.Eh bukan sepatutnya macam belangkas atau isi dan kuku ke? Semua tak boleh, sebab LRT bukan buah ianya..!@#$%^& Ok fine, sebenarnya aku nak bagitahu aku pergi kerja naik lrt je.Kalau jumpa tolong la senyum dan prihatin, I physco tengok orang tak sensitive terhadap masyarakat, macam I rasa akan dikenakan hukuman gantung jika tak bagi tempat duduk pada orang yang sepatutnya.Serius tak tenang.

Kehidupan merentasi 16 stesen lrt setiap hari memang mencabar.Ok lepasni confirm boleh apply kerja dekat rapidkl jadi pilot lrt.!#^&(*)%

Para reader’s yang comel sekalian, terima kasih sebab selalu komplen blog tak update. HAHA.Rasa macam nak bagi award je siapa komplen paling kerap.Yang komplen blog boring tu boleh jalan ikut pintu belakang.Biasa dia.Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan nyawa kembali kepada blog ini.Tapi kena minta bantuan EYWA.Huh? Aah AVATAR BEST.(tetiba).Sekian rindu semua secara pukal.

 
design by suckmylolly.com