Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

entry panjang

Hari ini aku bangun jam 7.45 pagi okeh, ye kalau anda tak percaya aku lagi tak percaya.Sudah maju-sudah maju.(Clap your hand sikit-lah)EKEKEKE. Sebenarnya ada peristiwa di sebalik batu.Semalam aku berhempas pulas menyiapkan assignment terakhir en.jiman sampai terlupa nak makan.Eceh kau kata? Serius neh.Lepas dah submit, baru lah histeria mencari makanan, sebab masa tu tak payah cakap la punya lapar sampai boleh dengar perut sendiri nyanyi lagu tanggo, perut Jahyu lak nyanyi lagu cintaku 100%, perut Jahfar lak lagu Tomok ntah apa ntah tajuk dia tak berapa nak ingat sangat.Tak penting pun nak ingat wat masa neh.HAHAHA.


A Flash-based Mobile Learning System for Japanese Language as A Third Language



Jam 5, kami jelitawan ber-3 meluru-luru mencari makan.(Ya allah apa rupa-lah jelitawan sangat rakus mencari makanan?)Okeh tiba-tiba macam rajin je nak pergi cari makan jauh-jauh, (Bukanlah jauh sampai ke kuantan tuh) usha punya usah Fac Electric ada buat event kat kilang depan hostel.Kami pun jalan dengan steady nya, sampai-sampai terus kecewa sebab gerai makanan sangat kurang.Boring-boring tak bernafsu kat benda lain dah masa tuh, nak makanan sahaja!.Kau tengok tuh ya Allah aisya ingat Allah-ingat Allah.Dalam-dalam kecewa tuh aku terbeli jugak secawan cendol.Ntah kenapa cendol padahal sebelum ni memang tak heran habis. Se-kurun boleh kira berapa kali je makan cendol.Jahyu pulak beli kueh 3 bijik.Kami lepak-lepak sekejap menikmati keindahan alam UMP dan manusia-manusianya. (Apa engkau ingat kami terlalu rakus mencari makanan?) HAHAHA.Sambil berbual mesra meluahkan aktiviti yang bakal dilakukan pada masa hadapan di UMP.Aik? UMP lagi? nampak sangat kasih sayang kami terhadap UMP tak berbelah bahagi.KAH KAH KAH.

Lepas pergi beli nasik bungkus kat cafe, tiba-tiba Jahyu ajak makan roti canai kat cafe.Owh sudah lama lah bukan aku tak melepakkan diri di cafe.Sambil membasuh-basuh mata, haissh lama okeh tak buat kerja neh, kerana terlalu sebok dengan komitmen belajar.Eceeeeeeh.Lepas makan kami dengan slow-motion pergi tinggal kan cafe, sebab macam sedih nak tinggalkan pusat syurga makanan tersebut.HAHA weh bila masa pulak jadi syorga neh.Naik bilik Jahyu pasang cite kartun IGOR.Sambil tengok nasi bungkus aku dengan tak bermaya.KEH KEH.Jahyu suruh makan takut sejuk nanti tak sedap.Aku pun ikutlah cakap dia,tapi hanya 7 suap berjaya aku telan daripada nasi berbukit tuh.(Aku tak pernah ambik nasi berbukit apatah lagi bergunung-ganang tapi sebab tadi aku order nasi goreng maka terhasil-lah nasi goreng berciri gunung tertinggi dalam polisterin).

Aku pernah cakap kat Jahyu, boleh tak order makanan panas tapi nak nasi separuh jer? sebab selalunya memang aku tak habis makan nasih penuh.Tapi Jahyu kata tolong jangan malu kan dia, time dia buat order.HAHAHAHAHA.So aku tak pernah lagi order nasi goreng kampung separuh.Yang aku berusaha nak habiskan adalah dengan meng-invite orang-orang yang dekat dengan sekliling aku untuk makan bersama.Romantik bukan? HAHAHA.Padahal Jahyu and Jahfar dah sedia maklum taktik aku tuh kalau tak habis makan.Isk-isk-isk.Oh oh lepas menonton kartun IGOR tak habis tersebut aku telah faling in sleep secara tidak sedar.HAHAHA.Adoiyai.Bila tersedar sambung balik tengok.Last-last aku surrender dan naik katil pada jam 9.30 malam.Ternyata nasi goreng aku yang masih tinggi dalam polisterin itu statik sampai pagi ini.Inilah akibat sekeping roti canai telur yang tak berdosa tersebut.

Saya tahu anda boring baca entry neh, tapi siapa suruh bacalah bukan? Bila aku terlalu termotivasi macam buat project mobile sampai tak ingat nak makan tersebut tiada siapa dapat membedung lagi.HEHEHE.

Sekian mahu pergi bersiram kerana selepas ini akan pergi berjalan-jalan dengan Jahyu dan Along untuk release tension sebelum final exam bermula dan untuk hooorey last kuliah hari khamis lepas.





Entry neh tak siap lagi nanti aku sambung.Nak pergi ronggeng rokiah dulu.

Wednesday, March 25, 2009

O bulan

march 24,2009 jam 23:18:26
Tiba-tiba hp aku bunyi, masa aku tengah syok-syok layan cerita titanic. (Aisehmen cut feeling betul) Macam aku kenal je nombor ni.Lepas dengar suara terus aku cam.Ok hampir 2 tahun tak terima panggilan dari nombor ni.Sangat terkejut monkey comel, tapi macam biasa aku malas nak histeria, buat penat je nak histeria banyak-banyak kali sebab lately selalu histeria, nanti 'histeria' tu dah jadi semacam tak best pulak bila digunakan kat next phase. Er boleh eh macam tu? So aku rajinkan diri nak show off cool plak. HAHAHAHA.Anyway thanks for the call.Ingat I ke? (Hey-hey your words tu,Kasi volume low sikit.Pergi Malu sikit.)
.

Kenapa tiba-tiba bulan ada kat sini neh? Sekarang masih bulan mac.So what?


Balik je dari test jepun terus lari lintang pukang tonton 3 movies Yeebaa angree-angree! (Kau tengok tu, dia neh suka sangat laju-laju bila bab macam ni.ISK-ISK.) iaitu B13, Role models, n Titanic.

Remember? You jump, I jump.

Tiba-tiba mood romantik naik mendadak-dadak sampai paras beku, aisberg.(Pergi salahkan movie titanic tu) Lepas tu romantik sorang-sorang pasang lagu aku dan dirimu by Ari lasso & Bcl. (Sebab lagu My heart will go on takda) Ecececece.Lepas tu ter-flash back movie B13 dengan innocent, yang hero dia tu sumpah hensem.Even dia kena flying kick lepas tu terfly sana-sini pun nampak hensem.Serius.HAHA.Eh-eh boleh tak bawa berzikir banyak-banyak, lepas kau cakap orang hensem tak tentu pasal neh kenapa? Kau ingat readers kau tak jeles ke? HAHA.Ok-Ok sumimasen readers hensem-hensem-desu.(Sila ambik 'rasa' kena mempuji ni sekejap).

Remember?
You jump, I sleep.
.
.
.
.
Sleep dengan mengemas perasaan supaya tak bersepah-sepah.

Tuesday, March 24, 2009

Moshi-moshi

Lately hari semakin panas, memang kalah spf 15 yang aku guna hari-hari maybe kena up yang spf 150 punya foundation.Pakai payung pun rasa macam tak pakai.
Malam pun terasa panas.Rasa macam nak pergi beli swimming pool balloon yang boleh tiup-tiup tu letak kat bilik.Kalau panas terjun je dalam tu.Nak tido dalam tu pun boleh, apatah lagi kuak letang yang tak seberapa.
Rasa macam nak pergi buat rivision dan homework dalam shower pon ada.
.
Tiba-tiba malam ni hujan.Setelah sekian lama tak menghujankan UMP.(Syukur-syukur)
.
Esok ada test bahasa jepun (Mesti aku histeria kalau tak dapat jawab, dah agak dah, HAHA.)
.
Tensen, lampu bilik aku tiba-tiba nak berkelip-kelip macam LCD rosak.Budget aku suka?
.
Study laju-laju pastu jalan-jalan kat blog laju-laju jugak, Amik hangin laju-laju.(Sempat tu)
.
Esok kuliah full sampai kul 8-6.(Jangan komplen, jangan ponteng tak baik!)
.
Tadi kat lab SQA nama aku kena panggil 3 kali oleh puan.Sebab nama saya best ke puan?
.
Project mobile tak siap lagi (T____________________________T) Uwa.
.
Buat sekian lama nya saya telah men-top-up kan hp sendiri dengan penuh kasih sayang hari ini.Thanks ayah telah mentopup kan akak 3 kali berturut-turut.Sampai tertunggu-tunggu masa nak credit habis.HAHA. Supaya dapat topup kan sendiri (OO kau berlagak eh.HAHA tunggu sikit masa lagi.Tengok la macam mana kau histeria.)
.
Semua dah tido.Nak tido jugak.ZZZZZZZZZZZZZ kroh-kroh.moshi-moshi.

Friday, March 20, 2009

underneath kelapa

Pukul 6 tadi pergi hantar ayu balik naik bas balik ke kg.segamat kat gambang, lepas tu terus meluru ke pasar malam dengan Jahfar, along dan faizal (Abg sayang kepunyaan Jahyu).Semacam dah lama tak pergi pasar malam, tentula bukan pergi membeli ikan, ayam, sayur, belacan, bawang sebab takda kepentingan lagi.ewah-ewah ayat? (Tengoklah beberapa tahun lagi akan menjadi aktiviti wajib untuk aku like aunty-aunty.HAHAHA)

Jiwa aku sangat bergetar bila lalu kat gerai yang jual air kelapa. Hampir tergoda, dug dap dug dap, menghitung keputusan nak beli ke tak nak- nak beli ke tak nak?

Tiba-tiba zassss..

Terpancar satu memory berupa kelip-kelip yang masih tidak lost dalam otak aku.Suatu ketika dahulu di pasar yang sama dan di gerai yang sama dan air kelapa yang mengoda-goda telah membuat aku falling chenta.(suspen kan?)Terus aku membeli dan minum, lepas tu dua minggu demam selsema akibat penangan air kelapa.Hamik kau!.(Aik ? Bukan ke orang minum air kelapa sebab nak hilangkan panas badan?) Memang sengsara, aku dan tisu memang berkawan rapat-rapat sangat waktu tu.

Pastu kau rasa aku beli tak?

Kalau ada air kelapa suam dah lama aku beli 1 tong.(Kau tengok tu tamak haloba betul.Bukan ke dia ni dulu tersangatlah benci akan air kelapa? ) Ok i repeat again ayat ni dari "entry jambatan tak siap" - Tu Tu la orang kata, jangan benci nanti jadi sayang dan kita akan mahu setiap hari serta terjadi kenyataan pula.KAHKAHKAH. Lepas tu kalau tak habis, bagai histeria cari orang minum sama-sama sebab taknak membazir.Aik? Padahal mesti korang cakap "tah hape-hape nak beli air kelapa pun kena buat calculation decison making.Euw complicated betul life budak ni.Rembat sudey" kan? kan? HAHA aku tau-aku tau.Kantoi!. Kau tau kenapa? Sebab aku sensitif terhadap air atau ais yang tak well condition. Maksud aku "tak masak".Dan tak semena-mena aku akan mendapat flu yang horror.HUHU tak ada ciri-ciri robustness betul.

Sebab hati dah nak histeria mengidam, maka aku membeli dengan bercirikan innocent.
"Taknak ais satu ye"HEHE.
(warning diri sendiri : Sila tanggung aral melintang yang datang meluru-luru nanti sendirian!)



Jahyu
Tadi Jahyu call suruh drive carefully hari sabtu ni ke segamat lagi-lagi kat jalan 'pudu' menuju ke rumah dia tu.Dia takut aku terlanggar lembu.Dia pesan bawak 80 km/h je max, tapi aku cakap ok maybe aku bawak 18 km/h je nanti.(Jangan buat-buat terkejut monkey ok) Pergi segamat buat apa? Abang Jahyu kahwin.Pastu pesan lagi suruh bawak camera, sebab takut pic dia takda nanti.Ades macam risau nak pergi berkhatan.Erk.Dan dia juga tengah histeria pikir nak pakai tudung apa dengan baju dia nak pakai hari sabtu ni, Sebab semua tudung yang dia bawak semua out of matching.EKEKEKE .Jahyu susah-susah pakai tudung saji je la.Unik dan exotic lagi.Aww.

Hari rabu
Aku tak ter-pergi kuliah.Awalan "ter" - merujuk perbuatan tak sengaja dan innocent.HAHA.Hep-hep mentang-mentang dah super duper senior nak tunjuk stripe pulak.Er serius aku takda pun baju stripe.(Jangan percaya).Jahyu n Jahfar pun ter-ponteng.(kau tahu-tahu je la kalau dah satu bilik) Maybe keletihan sangat kut sebab lately menyiapkan homework yang banyak melimpah-ruah.(Alasan-alasan-alasan) alhamdulillah SQA dan SPM dah settle tinggal presentation dan 2 lecture je lagi Kot.YES-YES.Tapi masih histeria dengan projek mobile dan technoprenuership yang masih tak ending-ending lagi.

Hari khamis
Semangat pergi kuliah tapi alangkah tak suka nya aku bila kuliah kensel.Arrghh..tensen.(Sejak bila aku tak suka kuliah cancel? ) HAHA.

Hari jumaat
Lab mobile application development.Nak datang ke nak ter-ponteng? HAHAHA.Datang-datang last week aku tak datang pun en.aziman tanya.Ye saya paham sangat saya student favourite en kan? kan? kan? since diploma lagi kan? kan? kan? EHEHEHE (blush).HAHAHA.
.
.
.
Tuuuuuuuutttt..
(Semacam sound tv yang habis siaran.Kau ingat bunyi apa?)
OK semua boleh bersurai sebelum semua rasa nak koyak-koyak kan blog AISYA&HEELISM.
 
design by suckmylolly.com