Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Sebelum study week bermula

Ala terlepas hari ahad nak update blog, tadi kejar blog tapi tak sempat jugak.Gila laju dia lari.Fuuuh..Kau pernah main kejar-kejar dengan blog sendiri? (Macam biasa intro kalau tak thrill tak best lah bukan?) KAH KAH KAH.Tapi kalau betul pernah, sila snap pic dan send email pada saya sebagai bukti bagi terbeliak sikit mata neh sebab selalu bagi soalan thrill pada anda semua sampai histeria nak jawab.

Hari sabtu lepas kami pergi ronggeng rokiah dengan Jahyu,Jahin dan Jahlong.Aik? HAHAHA apasal nama mereka pun ada Jah neh? Apasal neh? Kompius-kompius.Excuse me, suka hati I la.Actual plan nak pergi dengan Jahfar n Jahyu tapi Jahfar sibuk pulak dengan komitmen baru beliau mencari decoration untuk hantaran kahwin abang kepada BF dia.Then kami teruskan sahaja misi 007 tersebut tanpa dia dengan beberapa perkara kejadian aneh dan angelic sangat.(I tell You)


Perkara 1
Mula-mula pergi beli tiket along balik terengganu, lepas tu pergi Megamall tengok wayang dan window shooping.Ecehh ye ye oh je.Mase nak naik parking pusing-pusing 4 tingkat kat megamall tu aku berdrama queen kejap memberhentikan kereta secara tiba-tiba.Habis cuak semua dalam kereta takut ter-reverse ke belakang.HAHAHA.Hebat tak aku buat drama 'just kidding' macam tuh? thrill gile kan? kan? kan? Sebenarnya aku pun pura-pura cool padahal risau juga, sebab enjin macam nak mati, so aku pergi la tukar gear.Tak pernah-pernah pulak macam ni sepanjang aku drive.Tapi takpe, bila lagi nak thrill. Tak payah susah-susah pergi theme park, atau genting ke apa, naik mesin-mesin mencari keseronokan berciri mencabut nyawa tersebut.


Perkara 2
Pergi beli tiket wayang cerita "He just not that into you" semua pelakon-pelakon hot.Along yang suggest nak tengok cerita neh.Serius aku dah lama tak tengok genre romance kat wayang.Not bad cerita dia.Pada sesiapa yang single dan dah steady di sarankan tengok.Sebab boleh bagi lelaki terpikir sikit sebab-sebab kenapa perempuan terlalu concern pada perkara remeh temeh dan apa yang selalu mereka bual kan dengan kawan baik mereka dan juga beberapa perkara berkaitan pikat-memikat.HAHAHA.Oyya ada juga couple anoyying yang bersandiwara sebaris dengan seat kami, membuat kami rasa 'vibrate' geli geleman terdengar dialog-dialog manje mereka.Eeeuuwww.Along saksi paling kuat kena tempias.Sumpah geli.Yuks!.Kalau nak bersandiwara meluat sila pergi sejauh 100 km dari orang ramai.Kami tak selera okey!!!@@##**&&^%$)(*


Perkara 3

Pergi window shooping dan tershooping.HAHAHA.Maknaya tak sengaja, nak buat macam mana manusia tak pernah lari dari ter-eksiden.Ah time macam neh banyak lah kau punya alasan drama.Along dan ain grab 2 baju, Aku sehelai.Jumpa pulak en.azwan a.k.a supervisor PSM dan pensyarah aku dengan wife dia.Punyalah dia heran macam mana aku boleh sampai ke sini.Selalu je en.azwan tak percaya aku boleh bawak kereta walaupun kurang ketinggian default.Ceh see the orang lah.HAHA.Cakap je la nak suruh belanja pizza.Apasal aku neh susah sangat nak pilih baju? cuba korang jawab sikit.Eh-eh lari topic next!


Perkara 4

Kemudian beransur ke ECM, jalan-jalan lagi sebab ain nak beli big apple.Then ayu masuk the body shop cari produk penjagaan bibir sebab nya bukan untuk mengedik tapi untuk prevent supaya jadi lebih healthy.Lately aku having conversation dengan ayu pasal lips care camne nak bagi nampak fresh dan sihat macam angelina jolie tu.(FYI angelina ada insuran lips , kau boleh cube pergi musnahkan lips dia dengan tonyoh vaselin expired, tak rugi, nanti dia dapat pampasan) .HAHAH.Apa neh punya jeles sampai menghasut orang? Bawak mengucap sikit aisya.Well remaja lah bukan cakap pasal neh dengan girlfriend.HAHAHA.Memang sangat remajalah terbang duit sana sini lepas beli lips scrub, lips care dan lips remover apa semua.Tapi tak apa invest untuk keyakinan dan kesihatan itu sangat berbaloi bagi aku.'kerana diriku begitu berharga'.Ewwwwaahh.Pandai menjawab.Okeh sekarang ada rutin baru 3 kali seminggu scrub dan daily apply lips care tuh.Lecehkan jadi wanita? Yang penting jangan "Menang membeli, Alah memakai".HAHAHA.




Perkara 5
Dah habis cop duit kat ECM pergi cop duit kat giant pulak, pergi belanja barang dapur, ikan, bawang, belacan, bunga cengkih, daun sup.Fuyyoo gila dahsyat aku belanja.Okey tak ada kepentingan lagi nak belanja berciri emak-emak.Hanya belanja barang berciri instant remaja.HAHAHA.Biasalah tu, habis tu kau nak suruh aku masak atas muka Jahyu? .Ha jawab-jawab.EKEKEKEKE.Kang dia cop muka aku dengan kuali, naya aku.Dah le solo lagi neh.(Apa aku cakap neh? apasal aku cakap macam neh? apesal comel sangat cakap macam ni?).HAHAHAH.Aku along dan ayu sempat beli shawl sehelai.Situ memang murah.I tell you, rasa macam nak beli semua.Tapi tak apa tak baik tamak nanti aku kena puasa sampai raya lak nak cover allowance.


Perkara 6

Lepas shopping, terasa lapar sangat-sangat (Ooo kau masa shopping tak heran pasal perut, yelah of-course la lapar mata bukan?) kami singgah makan di SMS (sinar mesra seafood) sebelum kembali ke pangkal jalan sebagai student berdedikasi ke UMP.Pergh ayat tak nak kalah.(sila delete kalau tak suka).HAHAHA.Masa neh aku macam heran Jahyu pergi bukak pintu kereta, padahal macam dah lock tadi. Lepas tu apa lagi berbunyi sakan siren kereta tersebut, dah macam ambulans pun ada.Semua pandang kami okey.Serius mendapat perhatian yang sangat lama lagi umum meriahnya.Aku pulak cari kunci kereta tak jumpa-jumpa sampai along tolong carikan dalam handbag sendiri lagi.HAHAHA.Apa lagi terus blah dari tempat kejadian dengan rakusnya, sebab tak tahu nak sorok muka kat dalam baju siapa.Sumpah malu, naik pink muka.

Kerana diriku begitu berharga..Terima kasih photoshop.HAHAHA.

Perkara 7
Along tiba-tiba histeria bila dapat tahu hp dia takda dalam handbag aku.(Dia tumpang sebab tak bawak beg plastik letak purse and hp).HAHAHA.Okey aku guraulah.Aku punya resah gelisah pikir tak akan nak patah balik kat SMS tadi,Ahh kejadian tadi pun tak habis malu lagi.Along punya ayat histeria bukan dengan macam risau pasal hp, tapi lagi risau pasal abah dia marah.Last-last jumpa dalam beg plastik giant.Dah le silent mano lah nak dongar adik manis oi.Ades suspend betol la along neh.Lepas neh kena belajar bawa handbag okek? Kalau taknak handbang bawak beg galas pun cukup manis dah .Akhirnya kami sampai ke UMP dengan tenang hati dan rasa macam nak tercabut dah kaki neh.Tengok cermin tak jugak kurus-kurus.HAHAHAHA.


Sampai bilik terus collapse dengan cemerlang.

Tuesday, April 7, 2009

preview cuti-cuti kuantan

Remember my exciting matters last week? yeahhhhh-yeah.(Seruan excited neh sebab tu jadi camni).My last weekend sangat productive.Sampai hari ahad malam kena telan ubat batuk dan selsema.(Tengok-tengok hyper sangat sampai makan angin dan makan makanan tak henggat korang).Sangat tired dan terus pengsan dengan cemerlang.Ceh padahal tak drive pon.Jadi pemandu pelancong yang bagi salah jalan adalah.KAH KAH KAH.Tapi takpe ayah tak marah.Apalah besar sangat dosa sebuah sign board.(Eh-eh tetiba nak salahkan sign board).

Even though tired.Im really happy! Thanks ayah.
Dah lama tak rasa vacation macam ni, walaupun akak macam sedikit blur why kuantan? why? why? why? HAHAHA.This time tidur memang best sangat.Eh kau pergi vacation sebab nak cerita pasal tido ke? (Sila bercakap dengan tangan!).

Miss u ayah, mak and adik.

Later on I update the story ok.Got some stuff to settle down first.Esok ada final Jepun and technoprenuership presentation and business plan submition.Wish me luck guys.


rindu belog jugak muah!
(Sedang pelok belog dan cium dia 3 kali)

Siapa neh? sumpah comel.Dah la pandai berlakon, pemandu pelancong yang cemerlang, sayang belog melimpah ruah macam kekasih awal dan akhir pulak tuh.Eceh.Dah-dah merepek dah.KAH KAH KAH.Tumpah lalu dulu.Rindu anda.

Sunday, March 22, 2009

Segamat wedding

Keletihan 1G.
.
.
Dah bagitau kan arituh nak pergi segamat, sebab wedding abang ayu.Ok sepatutnya gerak kul 9.00 pagi tapi ter-lajak bangun,a(Ter- maksud nya tak sengaja ok) HAHA alasan. Biasalah weekend sickness macam korang tak pernah kena jer, Eley dahla tu ngaku jer la.kan? kan? kan? Sudah la takda air kat blok, punyala aku dengan farin jadi traveler mencari air dengan penuh ke-tension-nan.Haih dari aku masuk UMP sampai dah nak expired jadi student pun masih tak settle lagi pasal air kat UMP ni.Nasib lah aku ni buat-buat alah biasa tegal biasa (Eh betul ke?)


My first plain shawls dengan adik sayang

Al-kesimpulannya bertolaklah kul 9.39 pagi.2 kereta je dari UMP.1 keta me,along,farin and jamie (Farin punya abg sayang) and keta 2 Ijat and faizal (Ayu punya abang sayang).Aku takde abang sayang so aku bawak adik sayang je iaitu along HAHAHA.Ijat tu aku tak tau la dia ada sayang sayang ke tak sebab tu kawan faizal pastu dia tu macam malu-malu blushing jer, tangkap pic pun taknak (Save sikit aku punya camera memory kad)HAHA oit-oit tak baek kedek tak baik-tak baik.Ingat Allah aisya.Ingat Allah.Macam Ijat tu heran je dengan kau punya camera.AGAGAGA.

Kanan ni Ijat.Ni jer pic paling besar dapat snap mase dia khusyuk makan.

Sampai-sampai je macam biasa aku akan kena hug dengan mak ayu ketat-ketat ciuman bertubi-tubi.HAHA.Eh-eh ni bukan komplen ye, habistu ni apa? Ni..er takda apa-apa.Tapi aku suka.TITIK.Meriah jugaklah wedding abg ayu ni, al-maklumlah 1st time ada kenduri besar-besar.Tahniah-tahniah.Sudahlah pulak tu pengantin di hidangkan dengan tarian zapin dari budak-budak comel.Sumpah jeles, macam nak buat je kat wedding aku nanti.(Nanti?).HAHA apa akal lah kan nak buat tarian zapin kat selangor.Lepas tu macam jakun-jakun tengok outfits budak zapin tu terutama diorang punya crown tu.Mengigil sangat-sangat mengidam nak try letak kat atas kepala.Serius.HAHA lepas bodek-bodek secara comel dapat jugak rasa.TADA.

Puteri gunung-gurun, Puteri gunung ledang, Puteri gunung-ganang,Puteri gunung-genting


Tengok tu, jeles-jeles nak jugak
Er kenapa akak-akak yang over excited neh, Pergi malu sikit.

Lepastu bertolak ke UMP jam 6 ptg.Ada ke mak dia suruh tido sana.Saya bukan tak nak makcik nanti saya asyik nak duk atas pelamin jer, nanti sampai ke sudah makcik tak boleh nak kemas bungkus pelamin tu kang.HAHAHAHAHA.Makanan? Memang best, kan aku dah cakap mesti best punya lah.Punyalah banyak lauk sampai tak tersempat nak rasa semua tapi sempat makan untuk yang 2nd round before balik.EKEKKEKE.Aku salute betul lah orang kg.Ayu nih.(Felda palong timur) Hubungan kemasyarakatan dorang sangat tinggi macam KLCC.Dahlah lauk banyak ada bermacam-macam jenis kuih dan kerepek sumbangan mereka, dan ada pula band kugiran.Rasa macam nak test power je secara live tapi malaslah aku kan low profile.KAHKAHKAH.(Dun slap me).Tak baik-tak baik mempopularkan diri kat kg. orang lain, nanti yang dah feymes tu nak letak mana kan? kan? kan?.Nampak sangat aku neh full of consider person.HAHAHA.


Overall nya im happy.Thanks ayu sebab jemput.Buat lagi and jemput me lagi ok.Next siapa pulak kawen? jeng-jeng-jeng.Oklah malas nak bebel panjang-panjang.(Ni kau kata pendek? pergh!) HAHA.Layan je pic yang aku sidai tu.Letih.Letih sebab makan-memakan, tengok-tengok orang, bercakap-cakap, mempuji-puji, drive dengan rela dan berangan tak sudah.HAHAHA ok-ok aku get out sekarang jugak.Relex korang jangan sound aku.Terima kasih sebab baca walaupun entry kali ni sangat plain and flat skrin.Aku pun manusia biasa yang terkadang bermalasan dan hangin mendayu-dayu keletihan.


adik manis
Dengan abang sayang mereka :

faizal n ayu amik berkat ke? Yang tak tahan tu bukan kat pelamin tapi kat bilik.Apa cer?
Jamie n farin yang sangat rajin melayan keletah budak-budak sampai dorang tak makan saman, makan nasi jer.HAHA.

Monday, March 16, 2009

gantung keluar a.k.a hangout






Tumpang lalu.

mana boleh tahan Jahyu dah update pasal beronggeng rokiah kat kuantan. Aku pun nak jugak hupdate.Tak kira-tak kira boleh eja tak?. Jahfar pun.Er jahfar? Jahfar tak pernah update sebab dia takda blog.Dia selalu blog dalam hati seorang diri.Readers dia tentula yang terdekat dengan hati iaitu para jantung limpa usus paru-paru dan buah pinggang.Erk buah ada pinggang? ok tak kelakar, move-move!

Sebenarnya kejadian mengeluarkan diri dari KOTAK UMP ni tak dirancang pun, pada hari jumaat kami kelaparan dan ketepuan otak membuat homework yang melimpah ruah, jadi terasa fikiran sangat sempit untuk teroka penyelesaian, sempit sangat tak muat nak gapai jawapan.Argh.. SQA punya assignment yang susah tahap critical thinking, SPM yang aku sakit hati cari template attachment untuk closure phase, MOBILE yang perlukan pc berciri canggih manggih, laju maju, untuk develop project.Eh-eh bukan ke aku tak datang lab mobile last friday? Ye aku tak datang kerana sakit telah terjah kedalam kepalaku tanpa izin.cepat kau minta maaf kat aku,cepat! HAHAHA ok-ok aku dah maafkan kau.Sebab kau lah aku TERPONTENG.

Nak dijadikan cerita, kami ter-rancang untuk ter-keluar sebab terasa macam ter-sudah lama tak ter-jalan-jalan.Aku pun tak henggat kurun ke brapa last aku tengok wayang (okey tipu).Tapi memang lama sangat-sangat.(aku takde part time lover nak ajak aku tengok wayang macam Jahfar) Erk..tak-tak aku tak komplen.Takpe-takpe nanti aku beli wayang tengok puas-puas, Ah tapi jangn nak mimpi la, wayang kulit cokia boleh la aku beli.(Aisya boleh tak tengok fulus kat purse ada brapa sen? pastu mengucap panjang-panjang ok?)Apa aku mengkrepek ni?


So AIM kami tengok wayang dengan jagung pop dan pergi karok.Sebab semua pun cerita macam tak best kami tengok cerita geng upin ipin, Pergh memang best la, aku dah lah susah sket nak impress animasi malaysia, yang ni memang aku thumbs up la! ganbate!!!!

Korang dah tengok? memang aku recommend pergi tengok sekarang gak! now-now! Kami punyala konsentrasi sampai tak habis pun jagung pop kami, di ulang jagung pop tak habis! aik biar ben, punyala tamak-tamak nak beli yang besar pastu separuh pun tak habis.Tengok-tengok aku pengfokus yang bagus kan (Ok jangan cakar blog aku).Pastu nak pergi karok tapi full pulak so, pergi jalan dulu penatkan kaki dan pergi melelehkan air liur.


Aku akhirnya tertewas dan histeria bila masuk kedai kasut nose dan ada paparan discount 50% (Tak payah bayang macam mana aku kena histeria) Terus terfalling chenta dengan sebuah kasut sampai termelting-melting kat situ jugak. Ya rabbi, mengucap-mengucap sebelum beli. Masa tu habis terblink-blink pancaindera aku macam lampu LCD.HAHAHA.Walaupun dah 44 kali fikir dan buat kajian, aku beli jugak akhirnya.Kan aku dah kata Jahyu memang pembakar semangat kentang aku.Tengok la dia pun beli jugak.

my new sweetheart,muah! no regret baby.

OMG pura-pura terkejut sebab tershooping.OPSS SORRY TERSHOOPING!

Pastu dah dapat, apa lagi catwalk pergila tempat karok cepat-cepat sebab takut pergi singah-singah lagi nanti kena gadai lipstik plak nak membeli.12 lagu kami karok, sampai jiran sebelah ngorat pun tak perasan.HAHAHA.Diorang siap snap pic kami, mase tu terasa macam betul-betul tengah buat konsert.Feeling habis melimpah ruah.Histeria jiran sebelah tengok kami.SIYES tak tipu.Sampai diorang nak amik signature kami, suruh sign dekat bahu.Tapi kami cool je dan profile rendah. (Eley padahal korang nak no fon kan? kan? kan?) KEKEKKEKE.Kau percaya ke?

Macam biasa lepas nyanyi terus berlari tak cukup tanah cari makanan.Ya Allah, kau tengok tu, isk-isk.Betul apa, masa nanyi tu dahlah keluarkan tenaga banyak, suara, gaya, pose, idea, nak luaskan ruang sempit otak supaya balik boleh buat assignment(ecececeh) mestilah lapar.Yang best nye aku dapat makan eskremmmmmm, yaaaaahhooo.com.my! (Ya allah kesian betul budak ni jakun macam tak pernah makan ais krim seumur hidup, tengok la pastu histeria nak habiskan, mula la cari mulut orang lain untuk disumbat.)KAHKAHKAH.Maaf pada si mangsa.

Sebab semacam tak sempat kami tapau je,pastu pergi terminal Jahyu nak beli tiket balik kg. sebab sabtu ni kenduri kawen abg dia.Pastu ter-singgah bazar depan terminal dan ter-beli sehelai shawl yang bling-bling.Pastu balik histeria nak buat gaya ala-ala siti pakai selendang.KAHKAH siyes jadi!(Pose gaya siti tak boleh sidai sebab nanti semua nak amik pic aku masuk melody) HAHAHA.


peringatan : shawl yang ni bukan beli satu percuma satu ok.
Adik manis bersama menjeling.Ni cilok kat Jahyu punya blog.

Overall nya aku happy sebab dapat hangout tengok wayang, makan jagung pop, makan eskrim sundae strawberry, makan nuggets dengan sauce bbq, beli heel dan shawl.Pastu aku pun histeria tengok duit dah kering kontang.HAHAHA padan muka aku yang comel.Balik before tidur sempat tengok cerita the day after tommorrow.BEST-BEST.Nak tengok kasut Jahyu ? pergi tengok sendiri.
.
.
.
.
Now tengah histeria sambung membuat homework yang banyak melimpah ruah.Tak percaya? boleh keluar.HAHAHA.tengok-tengok.Takut tak?
 
design by suckmylolly.com