Monday, May 24, 2010
Am I able?
past few months i feel hope
past few days i'm so excited about to go 'THERE'
but
past few hours i feel so sad
.
.
.
about discover something
the hope make me more alive
then now it turns into more suffer
am i able to afford it..
again?
Ya allah, only you know the best for me.
Friday, May 14, 2010
Friday, May 7, 2010
Mainan Jiwa
Tapi ini antara yang sukar dicerita..
dan mungkin tak akan dicerita.. *wink
.
.
hey,'you'..
yes y.o.u!
Listen this..
(Oh i really wish u could hear)
.
.
.
Tajuk Lirik/Lagu: Mainan Jiwa
Artis: Rini AF7
Semanis vanilla
Di atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu..
Selembut mentega
Yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja..
(*)
Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..
Halus karamel
Dihidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu
Senyaman aroma
Dari cangkir latte
Perasaan tenang ku denganmu..
(Ulang *)
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..
(Ulang *)
Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Oh.. Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Apa sebenar..
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naif
Ataupun sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita
Apakah sebenar-benarnya.. Katakanlah..
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..
p/s: I fall in love with this song.Its mean!!.Anyway I like the effort showed by farina being sexy, Its really working babe! How bout u guys seduction secret weapon? Haha.Please don't answer here.Enjoy the hint with the video.*wink
Monday, April 26, 2010
Damn Serious
'Nampak SEMAKIN berisi la'
OMG.This is damn serious!
nice stress huh?
i.HATE.me
T______________T
Wednesday, April 14, 2010
Tak sempat beli ikan bilis,Ini serius!
Aku stress
Engkau strees tak?
Aku dah tak suka drive,walaupun lesen 'P-PECUT' belum tamat masa untuk aku bergelar pemandu F1.HAHAHA.Sebab aku penat nak drive hampir 3 jam setiap hari dah menempuh 8 kali tol,dihiasai trafic jammed yang agak membanggakan.
Aku sibuk
Sampai tak sempat menghulurkan bantuan kecemasan di dapur bersama emak.Malah kadang kala emak yang tolong iron kan baju kerja dan mengemaskini bilik anaknye ini.(Mengemaskini membawa maksud,bilik dah kemas,nak kemaskan lagi je.Macam 'update' tahu?) HAHAHA.Penulis ini paranoid gila dikatakan 'tidak kemas'.Pathetic bukan?
Apa kurangnya ayah, tidak kurang apa-apa,memang hensem habis.HAHA(tetibe). Ayah juga selalu mengulurkan bantuan CPR seperti tolong isikan air untuk bekal aku, check air kereta, panaskan enjin kereta, membuka pagar garaj dan kadang kala, mengisikan minyak kereta dan men-top-up kan touch n go anaknya ini.kepada ayah yang baik hati bolehlah juga men-top-up kan lagi touch n go anakanda yang semakin hari semakin susut nilainye macam tak cukup zat sahaja.Bak kata bidalan, semakin banyak top up semakin hensem ayahanda.!@#$%^^&.
Oh dan yang paling terharu adalah apabila ibu dan bapa tertidur menunggu kepulangan anaknya di ruang tamu sehingga jam 1.10 pagi, hampir sebulan..mungkinkah saya perlu menurunkan katil mereka ke ruang tamu? Heh.
Kali ini betul-betul telah mencabar fizikal dan metal aku.Terima kasih tak terhingga kepada mak ayah dan rakan-rakan yang bagi semangat.Aku dah nak corupt sebab itu tajuk pun kedengaran romantis.Sekian berita.
Pagi berupa nenek kebayan
Tengah malam berupa cinderella jadi-jadian
Aku rindu normal dan kecantikan! bye.
Wednesday, March 31, 2010
Mimpi yang pelik lik lik
Saya bertanyakan pendapat pada rakan tapi mereka merasakan saya bakal dipinang oleh Jurutera Keretapi.Masalahnya saya langsung tak nampak kereta api atau sentuh kereta api dalam mimpi tersebut.Kalau pembuat jalan kereta api..er macam dah berlambak je..yang macam buat jalan raya.Yang pakai baju glow in the dark warna hijau striking tu.HAHA ok jangan panjangkan hal ini.Boleh jadi stroke.
Dan satu lagi, kesinambungan mimpi tersebut, saya dipanggil 'JAH' oleh unexpected person. Jika anda mengikuti saya, bukan ikut ke pasar malam ke apa tapi mengikuti blog neh anda akan faham siapa JAH dan bagaimana ia dibentuk (pemberitahuan secara malu2 rabbit, saya tak berapa ngam dengan cat T____T) Heh who cares?
Baiklah mari kita sambung.
Saya ingatkan dia akan memanggil saya "daaaaaaaaaaaaaarrling ling ling ling" (Sebutan panjang 6 harkat diikuti tone yang pudar di pengakhirannya, ceh gedik gila siap bagi procedure HAHA) T__T tapi...... ku sangkakan sayang sampai ke petang rupanya petir di tengahari. HAHAHAHA. Ini sangat tidak dijangka.Saya pun apa lagi terus sebak tak semena-mena pergi takung air mata 3 tempayan.
.
.
Tak ada apa sangat mahu bercerita dengan anda,tapi saya rindu membelog.Hah bacalah cerita yang tak ada apa-apa sangat ni.Anda bagaimana???? Pernah mimpi yang pelik-pelik seperti menganyam laptop !@#$%^&*(..hehe.Mari sharing.
.
.
Mungkinkah malam ini saya akan bermimpi membuat jalan kapal terbang pula?
.
.
Awww..Jurutera airplane? itu sangat cute! hew hew.
Monday, March 29, 2010
Pesta buku hanya tinggal kenangan
Pada kekangan waktu yang terhad mana mungkin,saya dapat menyarung high heels, bersolek smokey eyes, berselendang ala-ala tiupan angin bayu membawa diriku..dan beratur mendapatkan tiket clash of the titans bersama rakan sebaya sambil bercerita tentang cara membuat asam pedas.Heh mana mungkin.Kerana itu saya telah mencari alternatif lain supaya saya tidak hidup terbosan-bosan menunggu train yang delay, stress dengan penumpang low civic dan sesak nafas menahan penangan bau tindak balas kimia semula jadi selepas tak sempat mandi.HAHAHA.
Kini saya atasi dengan membaca yang kadang kala membuat saya senyum sendirian,air mata bergenang dan bertenungan tajam kuasa supersaya di sudut 190 darjah pintu lrt tanpa sedar orang sekeliling pandang dengan penuh rasa kagum.KEKEKEKE. Perkara paling buruk adalah apabila saya overide train dan tiba lewat di destinasi cinta.Ini memang men-stress kan saya.
Oh mungkin saya patut sertakan bidalan ini, Banyak membaca,banyak overide lrt.HAHA.Tak tak, bukan itu maksud saya. Maksud saya kini saya cuba mengisi waktu kekangan sempit dengan membaca buku.InsyaAllah,saya percaya bacalah apa pun buku yang masih berlandaskan syariat,nescaya dapat membantu memajukan fikiran walaupun 0.01%.
Saya akui sudah lama tidak berbuat demikian.Maksud saya membaca dengan mukasurat yang beratus-beriban.Kalau bacaan ringan itu memang rutin kesukaan saya.Dulu,saya tahan duduk berjam membaca sampai teremosi.Emak juga emosi bila saya terlupa untuk menghulurkan bantuan kecemasan di dapur. HAHA.Tapi saya tidak boleh berbuat demikian semasa di universiti. Saya emosi bila mengadap buku 5 minit.HAHAHA.Saya tidak pilih untuk makan banyak untuk senang tidur,tapi saya pilih untuk membaca sampai tertidur.HAHA.Nampak sangat ke buku tu macam bubbly saya? .
Ceh.Nampaknya entry ini tidak boleh serius.Mari kita tamatkan disini secara serius.TATA.Oh lupa BF maksud saya disini adalah BookFeed, bukan seperti yang anda fikirkan.Heh.
