Sunday, January 24, 2010

Hati bunga

Malam tadi dah tertidur dengan hati yang berbunga.Bila bukak hati nampak banyak sangat bunga sampai melimpah ruah.Dah lama sangat tak tidur dengan bunga,asyik tidur dengan bantal je.T______T Kehkeh,anyoyingkah? whatever..

I am happy, thanks for made my day.
.
.
Alhamdulillah

Saturday, January 23, 2010

Mendung

Hari ni rasa bosan sebab I rasa mendung.Dah 3 hari rasa mendung selari dengan cuaca kat sini.Macam ni la kehidupan yang bagaikan roda impian tu.Cuma takda menang duit dan pilih huruf.Huh? Minggu lepas adalah minggu gembira, kemudian sebelum tidur, I mula risau apa yang akan I sedih pada minggu ini.Tak tahulah siapa ajar, supaya siap-siap fikir perkara minggu depan.Kalau tahu akan menangis, rasanya nak menangis siap-siap sahaja sekarang, supaya minggu depan tak payah nangis dah sebab minggu ni dah nangis.Boleh tak jangan koyakan blog I?.KAHKAHKAH.Sekarang sudah tahu.T____T.Demikianlah cerita roda.Kesimpulannya,hormatilah orang tua.(Tetiba).
.
.

Huh? Memang elmo betul minah ini.
Okeh kejap, pergi lap hingus jap kjahd swhd.
.
sambung

I tak berapa berkhasiat.Mood juga merundum.Tak boleh fokus setajam mata pisau masa buat kerja, setajam mata hati sahaja yang mampu.hwg!@#$%^&*.Rindu dekat blog memang melimpah ruah,tapi tak tahu nak tulis apa, macam blur tahap 8.4 Farenheit ke apa entah.Last week ada perkara happy berlaku.I harap semoga ia menjadi titik permulaan dan bakal diberkati dalam keredhaan-Nya.Tak boleh nak cakap sekarang, sebab semuanya masih awal.Mari kita usaha dan jangan jadi LOSER.HAHA.Terima kasih kepada segelintir kawan yang memahami dan banyak bagi 'resourse' sebagai tanda sokongan.Kita lihat bagaimanakah ending kisah NUR KASIH ini.EKEKEKEKE.

Baiklah cik heelism tulis blog tapi macam tak nak beritahu.Nak beritahu tapi tak boleh beritahu.Kalau bagi siku agaknya baru dia nak beritahu? HAHA ok tak kelakar.Memang aku mendung.Dah nak pergi angkat baju, sebab dah mendung.Jumpa lagi semasa sunshine keluar.

Thursday, January 7, 2010

Entry bosan

Baiklah nampaknye ada pula beberapa orang wartawan !@#$%^&& yang tertanya-tanya tentang Shawls Heelism, yang bila pakai je terus cakap WALA CANTIKNYE DIRIKU BEGITU BERHARGA HARUS BELI LAGI SECARA BANYAK.HAHA.Tak percaya sudah nama kau dolah........(jangan lupa lirik zaman kanak-kanak)..Maka akan diusahakan untuk memenuhi permintaan hati rakyat.Ewah.I akan beritahu anda kelak ye.Jangan ke mana-mana.Pastikan anda kembali dan mengunakan kuasa hujung jari untuk membeli di sini.Ting!

Oh ya, I masih status single student lagi,masih belum berkerja, sedang praktikal dan masih papa kedana.KAKAKA kalau tak mention tak boleh ke? macam tak boleh sebab nanti kot kot ada yang ajak kahwin, I takda duit lagi.!@#$%^&* Harap maklum.Ini lawak.Jangan dare tanya siapa ajak kahwin.Sebab ini lawak,Oh benci kena explain.

Collegues macam mana? mereka I semua mengancam.Terror and very nice.My boss pun, sangat kind, futurist and intelligent.So, sangat bersyukur kerana berkerja dengan enviroment yang macam ni.Rupanya I spend 13 hours di luar rumah.T______________T.Tssskk.Penat.Semoga semuanya terus sukses.Untuk kawan-kawan UMP yang baru mula practical, Goodluck!

Facebook buat masa ni macam tak cukup vitamin.pasif + no feedback.Sorry, cuma I boleh confirm kan siapa yang add sebagai kawan.Emm siapa-siapa yang dah queue lama tapi tak acceptable tu I wonder,siapa.Its okey kalau tak kenal, add and tegur I, but if tak kenal tapi add and macam loser boleh merangkak ikut pintu ignore okeh.Kalau setakat nak increase listing baik tak payah, baik pergi tolong emak buat cekodok lagi bagus, dapat pahala.

Elmo ke kak? KUIKUI tidak.Rasa macam boring je entry neh.Baiklah saya sendiri akan keluar ikut pintu belakang sekarang.KEHKEHKEH.

Wednesday, December 30, 2009

Rawak awal 2010

Sekarang baru tahu dekat ofis boss terlupa nak block blogger.com maka lebih baik kita terus buat dia lupa.Tapi dia ingat nak block blogspot pula.Maka saya telah memberi arahan supaya jangan teruskan mem-block apa-apa.Engkau gila? Boss block muka aku baru tahu.KAHKAHKAH.

Baru pulang ke tanah air pada 24hb lalu kerana urusan lawatan akademik dan cultural exchange.
Berikut adalah perjalanan kami yang tercungap-cungap.Gambar? yang ni ada perkara separuh sedih, tapi akan show the trailer kemudian hari.Ceh melampau guna 'trailer'
KL-HONG KONG-CHINA-HONG KONG-KL-SINGPORE-KL

Dimaklumkan kami juga membawa bersama kulit kering, bibir luka, dan kegatalan yang hampir tidak terkawal dari sana.Comel bukan buah tangan yang kami bawa ini? HAHAHA.Di sebabkan perubahan cuaca yang begitu ternaik, yakni dari 38 ke 12 dan ke 8 darjah celcius.Maka ole-ole ini yang paling dekat dengan kami sume.Saya pasti anda semua tak mahukan ole2 yang sama kan.Kerrrrr,,!@#

Baru sahaja melalui freakin panic kerana ada 4 wheel drive yang sangat damn pergi potong kereta aku masa dekat selekoh, maka terkemek la kereta dan terkesan la fobia dalam diri.2 hari ayah hantar pergi kerja.1 hari je escort macam raja.2 hari menangis pikirkan ujian Allah dan manusia bodoh dan cuai macam tu.Kita semua mampu berfikir, maka gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin.

Teruja sangat sebab dekat ofis tak boleh bukak facebook dan blogspot dan gmail.Anda teruja? Teruja sikit kan sebab I tak update blog? Kita kena guna opposite vocab bagi psycho sikit diri kita supaya always think positif.Engkau kalau merepek memang always positifkan aisya? EKEKE.

Kini aku dan LRT bagai pinang dibelah dua, sebab kemana sahaja selalu bersama.Eh bukan sepatutnya macam belangkas atau isi dan kuku ke? Semua tak boleh, sebab LRT bukan buah ianya..!@#$%^& Ok fine, sebenarnya aku nak bagitahu aku pergi kerja naik lrt je.Kalau jumpa tolong la senyum dan prihatin, I physco tengok orang tak sensitive terhadap masyarakat, macam I rasa akan dikenakan hukuman gantung jika tak bagi tempat duduk pada orang yang sepatutnya.Serius tak tenang.

Kehidupan merentasi 16 stesen lrt setiap hari memang mencabar.Ok lepasni confirm boleh apply kerja dekat rapidkl jadi pilot lrt.!#^&(*)%

Para reader’s yang comel sekalian, terima kasih sebab selalu komplen blog tak update. HAHA.Rasa macam nak bagi award je siapa komplen paling kerap.Yang komplen blog boring tu boleh jalan ikut pintu belakang.Biasa dia.Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan nyawa kembali kepada blog ini.Tapi kena minta bantuan EYWA.Huh? Aah AVATAR BEST.(tetiba).Sekian rindu semua secara pukal.

Tuesday, November 24, 2009

Sudden message

Baru je received old message from someone..
.
.
.
.


"I will come to MALAYSIA on 1st week of Nov"

.
.

....maka I pun terkejut berok mak yeh.Am I bad? *Speechless
the end.

Sunday, November 15, 2009

Packing for forever

I nak balik dah kul 3 pm ni.So what? HAHAHA.Ihhhhhhhhh, ni balik lain.Memang lain, sebab nak tinggalkan UMP dah.Dah 5 tahun I bersarang kat UMP ni.I nak bersarang tempat lain pulak untuk proses evolusi seterusnya, supaya graf daya kemajuaan menunjukkan perubahan yang efisen.Ceh cakap macam proses ayam nak bertelur kat space ship je kan.Ok whatever, ada beberapa perkara I nak conteng sebelum bertelur,eh tak sebelum vacum sarang.HAHA.


1. Malas gile nak packing barang berupa 5 tahun.Boleh bayang tak? Tak boleh takpe cuba lagi,sampai tertidur.HAHA.Mak tanya, ni nak jemput dengan contena ke dengan keretapi.T__T

2. Thesis, en Azwan tak marking lagi.Hari ni dia tak call, so maybe esok jumpa dia, walaupun esok dah nak balik.Harap en azwan tak terlajak tidur sampai I dah sampai rumah T___T

3. Baju 1 bakul tak basuh lagi, padahal mesin basuh dekat beberapa tapak je.I tunggu baju tu jalan sediri kat mesin basuh, tapi..... hampa.

4. Baju kat ampaian tak angkat lagi,entah dah kering ke belum.Ingatkan baju boleh hantar sms 'angkatlah dah kering ni jah oi' atau 'belum boleh angkat lagi, lagi 23 minit baru betul kering'

5. Dokumen LI tak settle lagi.Maybe faks je nanti.

6. Surat resign kerja part time tak buat lagi.Harap lan boleh tolong, tapi dia ugut suruh pergi seminar windows 7, baru boleh tolong.Tsskk kejam nye.

7. Muka nak balik pun tak siap lagi.Huh? Memang muka selalu terbengkalai sejak buat PSM2 ni, jadi tak heran la I tak dapat surat cinta sem ni.agagagaga.Ngantuk nye, kenapa barang tak boleh pack diri dia sendiri?

8. Niat nak belanja Khalis pun tak tertunai lagi.Haih, sorry Khalis.Promise theres gonna be someday.

9. PDA fakulti pun tak pulang lagi sebab haritu pergi lab semua tutup.JP takda.Tsssk.Harap shahrul boleh tolong.Tolong ye adik manis.hihi.

10. Mintak maap kat nad sebab berjanji gigi palsu dengan dia semalam.Mesti dia bengang bila bukak blog I, sebab kata nak update, tapi habuk pun takde.Naaaaaaaad minta ampun, akak ingat dah update rupanya akak update dalam mimpi je.!@#$%^& Entry tu pun tak sempat nak publish.Jangan marah-marah, nanti rias nora danish tertukar dengan rias norliah ghani pulak, kat muka nad tu.T_T

11. Ni yang terhegeh tulis blog kenapa? Pergi packing la aisyaaaaaaaaaaaaaaaaa..Sedey sebab ayu tak sound suh kemas, sebab ayu dah balik.tssk.



Oklah, dah kena sound dengan mak,macam dia tahu je I tak kemas lagi.Nanti I update lagi.Banyak sangat benda nak cerita.Anyway seronok dapat dating dengan YAN tadi.Rase macam tak abes lagi benda nak cerita.Sob sob sob.Gonna miss u yan.Love u!

Thursday, November 12, 2009

PSM II

28 HARI TAK UPDATE BLOG
nak tau kenapa?
Sebab P.S.M

PROJEK SARJANA MUDA
title : residence reporting system using mobile

Kalau kawan-kawan perasan entry yang lepas-lepas, semua entry bercirikan kesedihan dan kesulitan.Ya, masa tu aku sedang berjuang menyiapkan PSM.Banyak sangat dugaan yang tuhan berikan, sehingga aku boleh dikatakan menangis hampir setiap hari bermula dari tarikh 6 Okt- 2 Nov.

Alhamdulillah, Allah maha mendengar doa hambanya dan dia kurniakan aku penolong2 yang baik hati datang membantu.Banyak perkara yang aku belajar ketika dalam kesulitan tu.It is a miracle, tiada apa yang mustahil, semuanya kehendak Allah, kita perlu berusaha dan bertawakal dan yakinlah kepada-Nya.InsyaAllah, memang ada bahagian rezeki untuk kita.

Terima kasih kepada family dan kawan-kawan yang banyak bagi semangat.Hanya Allah yang dapat membalas doa kalian.Teringat plak keadaan masa bilik senyap je semua tengah bersekang mata buat PSM, tibe-tibe tension, dengar la suara sayup-sayup nangis.Sapa nangis? Ayu, farin n aku la.HAHA.Thanks juga pada roomateku!! Semoga kita semua diberikan kemudahan dalam menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.Amin.

Lepas ni pergi internship, lepastu boleh grad dah.InsyaAllah.Harap-harap en.jiman, kak maz n en.azwan dapat bagi result yang elok.TQ !



A big thanks to danial, khalis and ayu!

Network conflict,tak dapat detect IP add, cuak gile tak boleh run application dekat PDA.Pastu Tokmoh tolong, rupanya conflict setting kt USB.Lama gile try n error last kali success.Thanks tokmoh.
Booth PSM, takda mood nak hias cantik-cantik.Nervous sangat sampai tak tdo semalaman.
Dah pack up,nak balik hostel dah.Pose dulu dengan along, ayu n farin.
we are final year student so what? haha

Yes!! dah abes azab PSM!

Muka lega dah habis presentation PSM

 
design by suckmylolly.com