Tuesday, May 5, 2009

menghitung hari-hari slide

Sejak balik rumah akhir-akhir ini hidupku terasa penuh.Tiba-tiba limpahan love berterbangan semakin banyak sampai tak sempat nak kutip dan simpan.Lantas tercetuslah suatu kehidupan berciri muka longgar dan mandi tak basah, makan... er makan mesti kena kenyang kalau tak kenyang nanti akan menjadi shrek, ya dan itu sangat horror.(Ceh ayat bukan main lagi,semain-main tak nak mengaku kalah).

Begitulah lain nya cerita kehidupanku yang penuh dan separuh.(Er penuh bermakna lengkap bersama ibu bapa, separuh bermakna dengan si dia, Ah kena tipu, KAHKAHKAH 1-0).Maksud saya separuh bersama saya sahaja.Okey tak faham tak apa sebab tak ada final exam untuk entry ini, jadi tak perlu susah-susah study.(Huhuh engkau nak cerita apo ni jah, lempang lelaju kang).

Okey macam ni, setelah kembali ke pangkuan ibu bapa aku telah diberikan sebuah pemberian yang sangat comel dan canggih.(Ceh nampak sangat aisya neh jakun).Oh ya daripada ayah, bukan dari jiran sebelah rumah ayu.Remember the last last and last time ayah promise nak bagi something pada adorable daughter dia neh. Apa? tak dengar, kuat sikit sebut, ya ya ya handphone.HAHAHAHA.Saya sudah dengar, cukup-cukup tak perlu jerit-jerit.(Boleh baling pasu bunga di komputer masing-masing).

Pada hari ahad lepas ayah telah membawa kami sekeluarga ke butik Sony Ericsson berhampiran Leisure Mall Cheras.Aku telah menjadi terpinga-pinga kenapa dibawa ke mari.(Penipu sangat padahal dalam hati dah bertanggo lala, bersalsa,break dance dan histeria di tempat kejadian).Tapi alah masih buat muka ketat, biasalah nak tunjuk cool.Dengan tak beri salam terus menerpa ke arah model-model hp disitu.Lepas tu terus ada amoi menerpa ke arah aku mem-promote hp yang mahal-mahal kat aku.(Apa kau ingat muka aku ni mahal?, ya sebab tu la dia tunjuk model yang sesuai dengan muka mahal aku ni, tapi sayang nya aku tolak mentah-mentah) HAHAHA, habistu tak akan nak pergi tolak muka amoi mentah-mentah pulak.Macam tak berbaloi je.Padahal? Er aku je yang tahu.(Ceh bukan apa sangat nak rahsia-rahsia pun)


Lepastu macam ada konflik harga di tempat kejadian bersama ayah.Tapi masih steady.Disebabkan ayah yang recomend brand neh aku pun layan je, sebab siapalah aku nak demand.But actually ayah tak kisah, still bagi chance untuk buat choice.Lepas 20 minit usha dan pheewit hp;


ayah : So kaklong nak yang mana?
aku : huh? Err (Pandang ayah, mak dan adik)

ayah : pilih antara yang row ni (tunjuk 6 pilihan)

aku : betul ke ni ayah? boleh ke, ayah kata tadi ......

ayah : tak apa amik je

aku : Emm (pandang mak)

mak : amik je, amik je (sambil merampas 1 phone di row pilihan tadi) untuk tunjuk pilih yang tu.

ayah : yang mana?

aku : (ayok ayok tak tau, yang mana neh? isk isk) susah gila nak jawab

mak : amoi sekejap aa, anak saya memang susah nak buat pilihan, nak beli pun lama.

amoi : haiyo tak apa, lama pun tak apa....... (sambil membebel untuk convince kan aku)

aku : Em yang ni la (muka terus longgar 1 saat selepas itu)


taaadaaa!!!


peachy pink W595 limited edition

Comprehension


So samsung soul hanya tinggal kenangan.Remember with whom I fall in love with?.Ayah penah menyaksikan hp kawan dia tercempak jauh dan laju but still boleh guna and it is by Sony Ericsson.Plus it provide sliding model yang paling bagus compare to samsung & nokia.Ayah pilih originality sebab certain tough reason, thats why pergi beli kat butik dia, sebenarnya aku tak kesah pun nak beli kat mana-mana, asal murah lagi best.HAHA ayat standard IEEE.

ayah : So macam mana?

aku : er macam mana apa?

ayah : yelah macam mana, nak masuk dalam mesin basuh lagi ke?

aku : HEHE, er...taaaaaaaakk

ayah : Jangan sampai kawan ayah perli 'pembersih betul anak kau ni, hp pun dia nak basuh'

mak : kalau masuk mesin basuh lagi, gunalah public phone

aku : Eer akak rasa future feature kena buat water resistance la kan ayah?

ayah : HAHAHA, eleh takut lagi la tu makna nya.

aku : (sumpah tak akan masuk lagi dalam mesin basuh, masuk dalam hati je.Ceh)

summary

Dari comprehension di atas, aku rasa ayah suruh aku pakai hp neh sampai ke hujung nyawa, sebab tu dia pilih sony yang boleh tercempak selaju 200km/h dan setinggi 400 m serta yang penting masih boleh digunakan.KAHKAHKAH.Ye saya faham maksud tersirat itu.


Anyway

Apa pun I love you ayah! Thanks sangat.Fyi aku telah mendapat present birthday dengan begitu advance sekali.Seriously not even once ever in my life asking for handphone.Ayah yang nak bagi sendiri.I never ask.If i ask what will happen? everyone will collapse in no time.HAHAHAHA.Kerana aku akan request sebuah hp yang berciri hp + mesin basuh auto intelligence.EKEKEKEK.Emak sangat comel kerana telah memberi semangat untuk kuasa memilih dengan selamba yaya nya.HAHA.Padahal mak pun nak tapi tak dapat.Tapi mak tak heran, heran sikit je kan? dan buat-buat tak heran EHEHE.Lepas tu kami jalan-jalan di leisure mall.Seronot nya!


Oh!!


R306 white flip

Adik juga telah mendapat birthday present berciri flip juga.[ 3 MEI 2009 ] Walaupun jeles, tapi tak jeles sangat.HAHAHA.(Eh ayat apa neh?).He is more than deserve.Happy birthday adik.Sweet 20.I love you so much.Aku ada lekatkan birhday card dekat peti ais.Nanti akak dah kayo boleh beli kad birthday yang ada muzik pulak.(Ceh, ingatkan nak bagi hadiah kereta ke apa, HAHA).Kalau bagi pun, bagi satu hari je, esok dan selamanya aku pulak pakai kereta tu.HEHE Ah aku gurau serius je la.

tumpang lalu dulu.Nite dan nah bunga untuk anda semua.Ececececeh.



Tomorrow : Pleasure sick of ASP.NET (class 9 am-5 pm) *sigh

Friday, May 1, 2009

Its Over

yeah-yeah-yeah-yeah HIHI HUHU HEHE HAHA.(Sambil bertango lala.Ewah.)Pheewwit-pheewit. Ah apasal comel sangat muka neh bila final exam dah habis.Tak ada final exam dah lepas ni, kecuali kalau aku further study lagi.Tapi buat masa neh niat tu kita sorok dalam hati dulu, sebab otak dah tepu, suruh rehat.(Kantoi otak boleh suruh-suruh).Em final exam kali neh macam menusuk kalbu sikit dari sem lepas,TSK TSK TSK aku pasti akan termenung jauh selepas examiner merampas paper aku.(Dalam hati nak je rasuah dia chewing gum dentyn dalam pencil case aku tu, supaya dia bagi tambah jawapan lagi, tapi aku takut nanti dia suruh aku extend.HAHAHA.Gila punya keramat perkataan tuh.Seriau.

Semalam punya malam pukul 4.30 pagi baru aku naik katil sebab tak dapat tidur.Dah pukul-pukul dah mata neh supaya tidur tapi tak boleh jugak.Padahal nak pergi exam pukul 9.Aku dah risau takut esok tertidur masa jawab exam.Tapi alhamdulillah, tak rasa mengantuk hanya rasa nervous nak mati dan tak cukup masa.(3 jam tak cukup kau kata? boleh keluar sekarang!) TAK NAK!! HAHAHA.Cukup-cukup tak perlu kita ungkit kisah lama, sekarang boleh simpan kisah lama dalam kasut.Lepas tu ungkit lagi tapi yang lain pulak, lepas balik exam terus collapase dengan tak sedar diri.Bila sedar diri terus ajak rakan-rakan pergi pasar malam. HAHAHA.Aku telah membeli air kelapa secara tamak iaitu secara bungkus dan secara minum.Sebab tak tamak sangat minum air kelapa (Kau ingat aku tak sedar diri ke apa?) , aku telah pilih goreng pisang sebab Ah siong nak belanja aku dengan ayu.Tenkiu ayu sebab buat Ah siong rasa sampai nak belanja kita berdua.KAHKAHKAH.Eh tenkiu Ah siong.

4 Mei - 12 June neh, aku akan menghadiri short course 3p Industry-based certification program. Akan menserabutkan kepala dengan ASP.NET secara kritikal di UMP.Uwaa sangat rindukan rumah dan Kuala Lumpur.(Ceh padahal rumah kat selangor).Apa yang ada kat KL tuh? Huu banyak sangat tempat cuci mata seperti ,snow car wash KLCC, sentosa island, Disneyland... ok nampak sangat tipu dah, kesimpulan nya banyak jugak tempat menghabiskan duit.Tapi saya memang rindukan Kuala Lumpur.Perlu pergi.Harus pergi.

Perlu stop di sini akan kembali ke pangkuan ibubapa jam 10 pagi nanti.Tak pack up pun lagi.Buat pertama kali menyaksikan ayu pergi kerja (Skim pelajar bekerja), bangun tidur 44 kali dia cuba membuka pintu tetapi gagal, tapi berjaya buat aku sedar dan terus menghulurkan pertolongan berjenis peewit tersebut. Sepatutnya dia berkata "Terror gila! boleh bukak pintu".Sebaliknya ayu hanya terus sumpah pintu tersebut tersebut sebanyak 200 patah perkataan dalam masa 200 km/h. KIHKIHKIH.
Walaupun ayat neh macam korang tak heran tapi pergi lah rasa bukak pintu kat bilik kami.Sangat thrill sampai kena sumpah hari-hari.Kelmarin kena sumpah jadi dam, semalam kena sumpah jadi si tanggang, hari ni kena sumpah jadi batu belah batu bertangkup, esok maybe ayu sumpah jadi karipap boleh lah dia makan pintu tu nanti kalau tak boleh bukak.EKEKE.

Eh-eh bukan kata nak stop ke tadi? Hee baiklah kalau tertinggal bas nanti padan muka aku yang comel neh.Tata kawan-kawan jangan rindu aku secara melimpah ruah tau.I miss you too.Ceh tetiba.Nanti I balik I bawak sourveniour untuk you all berciri entry baru!!! yeahhhhhhhhhhhhhhh.

Monday, April 27, 2009

Laundary war

Hari ni bangun pagi-pagi je histeria dalam keadaan bisu, sebab takut sangat melihat isi kandungan bakul laundary yang hampir mencecah bumbung langit ke 7.(Ceh nampak sangat tipu).Aku tarik nafas dalam-dalam dan terus declare 'laundary war' (Oo apa kau ingat declare couple je boleh?) dengan bengis nya.(Sempat selit).Aiseh man sekali teringat ayu cakap mesin basuh blok aku meroyan tak nak operate macam biasa.Then dengan gagah macam badang aku mengangkutla ke sana sini, mencari mesin basuh yang ok kat blok lain.Sangat thrill, kalau kurang sabar dah boleh jadi incredible hulk ke apa.Ini semua kerana sumpahan gurun sahara di UMP tempoh hari.(Alasan-alasan-alasan)

Lepas basuh baju dan jemur, terus balik ke bilik dengan keletihan tahap kayoh beca keliling negeri pahang.(Aik baru basuh baju, dah nak pengsan?) Tiba-tiba tersasul sebuah phrase berbunyi

"Uwaa penat nya taknak kawin lah macam neh"

Tak sempat pikir, terus tergelak roomates aku semua.Diorang lagi mahu tambah pain aku dengan cakap kata-kata berupa

"Habis tu kalau husband suruh basuh baju dia pakai tangan macam mana?"
"Kalau dia cerewet macam mana?"
"Kalau dia ugut, tak dengar kata boleh jadi isteri derhaka, macam mana?"

Haih horror nya situasi tersebut.Aku cadang nak buat berus baju macam selipar je, sebab boleh simply berus pakai kaki.(Sangat kreatif lah bukan?).Kalau banyak sangat baju tuh dan cerewet gila meh aku berus dengan muka-muka sekali.KAHKAHKAH.(Eleh berani ke kau buat?).Tak pon buat berus yang ada remote control, boleh aku jalankan tanggugjawab membasuh demand tersubut sambil menonton desperate housewives dengan control dari jauh.Waa hebat hebatlah idea aku neh.(Tiba-tiba rasa macam terharu sebab kata hebat kat diri sendiri).Jadi saya menyeru bakal-bakal isteri supaya bertindak kreatif dalam menjalankan tanggugjawab anda.Ops u better talk to the hand la aisya.

Adoyai dalam banyak-banyak kerja rumah aku paling lemah bab membasuh neh.Bukan apa aku seorang manusia yang sangat suka memanfaatkan technology development secara sepenuh hati jiwa dan raga.Cewah bagus tak orang macam aku yang sangat cinta pada teknologi?.Meh aku nak propose satu mesin basuh berciri basuh, kering, seterika dan siap lipat, kalau terror pergi buat mesin tu susun baju yang dah lipat tu dalam wordrobe elok-elok. Hush nak kena lempang ke apa neh kalau mak baca? .Hey hey si developer sila cipta macam yang saya nak neh, cepat sikit, surely i akan beli punya.Tak payah beli set tv hifi dan honda jazz dulu pun takpe. (Pergh biar betul? tekad gila perempuan neh)


Cakap pasal laundary, aku teringat masa form 4 masuk asrama buat pertama kali dalam hidup aku.Aku heran sangat kenapa aku basuh baju sangat lama.(Guna tangan).Padahal ada member aku datang lewat sikit basuh tapi dia habis dulu.Arghh aku sangat tension kenapa aku begitu lembap sekali, maka aku menangis sampai call mak dan suruh dia jawab persoalan yang susah dari test fizik tersebut. KAHKAHKAH. Mak sangat kesian dan terus memberi tips-tips membasuh baju dengan betul, cepat, bersih dan harum mewangi.Mak siap perli aku, supaya hentikan cara membasuh baju sampai nak kilat dan bertukar warna pada baju tersebut.Er anda tak paham? Mungkin aku nak baju yang aku basuh tu kembali macam kat kedai kondisinya. (Er emak bukan kah itu kreatif?) Banyak lah kau punya kreatif padanlah kau basuh baju berjam-jam itu horror tak hengat sekolah namanya.Sekarang aku sudah tahu dan terror, sebab basuh baju guna tangan dan otak.HAHA.(Ceh sempat lagi nak berdrama)






Ehem ehem.Okey sesiapa mahu masuk meminang saya, haruslah ada hantaran berbentuk sebuah mesin basuh terror dengan penuh kasih sayang.Kemudian baru saya percaya bahawa cinta kamu tulus ikhlas seindah mesin basuh baru automatic terror kita.
(Ah aku gurau la, tapi ada unsur serius 20% disitu) KAHKAHKAH.

Saturday, April 25, 2009

Adik

Entry kali ni khas buat satu-satunya adik yang aku ada kat dunia neh.Adik angkat tu cerita lain.Dia neh dah masuk belajar kat The Otomotif College seminggu dah.Siang tadi mak call, cakap adik pergi library buat assignment.Fuyoooooo.Terkojut den.Dah besar rupenya adik aku neh.Lama dia tunggu offer sambung belajar, sebab dah tak tahan sangat tunggu dia pergi gak kolej idaman dia neh.Tak apa walaupun tak dapat IPTA, janji dia minat apa yang dia nak buat tuh dan tak give up easily tengah jalan.Berani lah kau nak give up tengah jalan.Nak kena? (Ceh aku lupa adik aku pun budak silat). Anyway adik CONGRATULATION.You must try hard to accomplish your Diploma in Automotive Technology with flying colors, which is contain more and more bright color than me. InsyaAllah.Of course you can do it.You go bro.Hope your dreams come true.





Ah.Aku rindu sangat kat dia neh.Dia jela tempat aku gaduh dan ketawa.Dia sanggup main masak-masak dengan aku waktu kecik dulu.Malah aku pernah paksa dia main batu seremban, congkak dan barbie dengan aku.HAHA. Dia cuak dan nangis bila aku main pura-pura mati sebab gaduh dengan dia.Sebab selalu je ugut dia macam tu, dia dah jadi bijak sikit dengan geletek aku nak tengok aku mati tipu-tipu ke betul-betul.Cis kantoi.Dia sangat cermat simpan pemberian ayah sejak dari kecik lagi.Pantang nampak kereta mainan.Aku pernah jeles sangat-sangat bila ayah belikan dia control car yang besar sebab dia setuju untuk bersunat umur 5 tahun. Dah la ayah bawa aku sekali masa tuh.Mana aku tak hangin dan berpinar masuk kat toys'r'us tu.Mata aku selalu je bersinar bila jalan kat row barbie.Ibarat syurga buat kanak-kanak. Sesiapa sahaja masuk kat situ akan rasa gian tak nak balik.Serius neh (I tell U).Tak percaya boleh buat experiment dan rasa kan sendiri duit anda kering kontang atau anda mahu dengar budak melalak dan meragam 24 hours? Pilih-pilih.Sangat danger tempat tu.

Lepastu ayah frame pic kereta dan gantung kat bilik dia.Kereta mainan dia paling sayang sampai besar adalah jenis hotwheels.Banyak gila okey.Berbakul-bakul kereta mainan dia, kadang-kadang rasa menyemak je mainan dia tuh. Ayah hadiahkan dia basikal sebab dapat nombor 6.Oya kami pernah tukar chewing gum selepas dah kunyah dalam mulut, sebab nak rasa perisa masing-masing. (Euwww aku ke masa tuh?) HAHAHA aku pun macam tak percaya je.Senang sangat nak pujuk adik mase kecik-kecik dulu, pergi je mcdonals dan dia akan kembali happy.Kalau aku merajuk? mak aku cakap mucung mulut aku boleh sangkut hanger.Mcdonals pun tak jalan.Kalau adik dapat jam spiderman aku pun akan dapat jam the little mermaid.Seriusly dia banyak sangat mengalah dengan aku.Dia sanggup je pakai hp buruk yang dah macam boleh masuk muzium ke apa.(Eh i pun tak heran apa?.HAHA)Dia sangat jarang melawan cakap aku.Walaupun aku pernah ejek dia gemuk waktu dia darjah 4 dulu. KAHKAHKAH.Sekarang aku dapat balik sumpahan gemuk tuh.Argh !@#&**(^#%^2 CIS CIS.

Dia banyak sangat knowledge about car.Selalu share knowledge dengan ayah dan kadang-kadang dia boleh perbetulkan apa yang tersasul oleh ayah.Argh aku sangat hangin kalau tengok magazine mereka bersepah-sepah.(Rasa macam nak sumpah jadi tayar buruk pon ada jugak.)Paling aku suka buat bila mak suruh aku buat sesuatu, lepas tu aku suruh adik buat dan cakap mak yang suruh.EKEKEKE.Padan muka.Bila aku further study dialah yang teman mak dengan ayah kat rumah.Thanks sebab tengok-tengokan mereka dan rumah.Sooner will be my turn and you go for study pulak.Aku rindu nak tarik telinga dia dan suruh dia pergi kedai beli belacan, sayur, telur apa semua.Aku rindu nak rasa thrill dan sakit hati bila nak kejut dia dari tidur.(Rasa macam nak wrestling dia pun ada masa tuh)Aku paling selalu suruh dia basuh toilet dan buang sampah.Kalau dia tak nak buat memang aku akan merajuk secara comel dan hodoh dalam satu masa (Horror gile).I miss you so much. Belajar rajin-rajin okey.Sayang kamo secara banyak dan melimpah ruah.Walaupun selalu je cakap akak garang macam harimau dan selalu bising bila balik bercuti kat rumah.(Aku terima takdir dilahirkan pada tahun harimau, aaaaaaaummm dun blame me) Oya ayah ada belikan dia 125z lepas sekolah.Aku? hon basikal pon aku tak dapat.Sekarang dia bahagia dengan PSP dia.Kau rasa aku hangin tak?

Inilah Mahmud Shah bin Salehudin shah.Orang cakap adik aku hensem.Betul ke?

Pic masa muda-muda dahulu kala kat langkawi

Cintaku cintamu


Tetap dalam hati
siang malam menanti
tak jemu aku dibuai kerinduan

belum pernah ada getaran sebegini
memang benar aku dilanda
cinta kepadamu

Tahukah anda makna tersirat dari bait-bait di atas.Owh adakah begini perasaan cinta yang sebagaimana anda pernah lalui? Tell me.Tell me.Owh Owh perasaan apakah ini.(sedang sesat dalam diri sendiri).

(Apa kau ingat Aisya neh terror sangat nak cipta bait seperti itu?) Aku copy paste je sikit dari lagu cintamu - siti nurhaliza kenapa? kerana tak tahu macam mana dah nak taip perasaan teruja kerana boleh kembali ke pangkuan blog.Oh ya anda jangan expect sangat saya akan menulis entry berciri cinta setelah menghilangkan diri selama 6 hari, i guess.Kenapa? (Ah banyak la engkau punya soalan). Takan kau tak tahu? atau saja nak buat aku ulang-ulang ayat berciri
"alah bisa tegal normal" tersebut? Aik normal? KAHKAHKAH, yelah adakah aku akan jadi meroyan sana sini kalau aku sebut perkataan single? Ceh.Tentulah masih normal bukan? Cewaaaaah sangat kuatlah dia neh.Steady jer.HAHAHA.(Gelak profesor klon cicak man)

Well setelah aku histeria 8 hari kerana ketiadaan air di UMP,(Sumpah kau taknak tahu rupa aku histeria) kini aku kembali normal kerana dapat kembali mandi secara normal iaitu di bathroom, hostel bukan di bilik kuliah, di setesen minyak esso, di klinik, di tangki statik yang buat aku sakit kepala cari tempat nak letak towel kat mana kerana wall yang terlalu tinggi dan melampaui batas aku yang rendang neh, di pantai balok, di megamall, di genting highland, di ... okey cukup jangan over.Gila punya thrill 8 hari tersebut, thrill dari kau naik mesin-mesin permainan outdoor kat genting highlands tanpa separuh restu tersebut.

Puas hati cerita 8 hari thrill masuk paper, aku decide untuk bersara sambung entry 'emosi air' the series tersebut.(Walaupun sebenarnya ada reader yang request aku sambung series entry itu sebagai healing for the wounds untuk release tension) Kau biar betul, aku buat entry sikit punya emosi, kau kata entry aku berciri fun dan serupa enjoy the show.KAHKAHKAH. I love anda.(Ceh tetiba pulak).At least anda visit dan ada jugak yang nak baca.Terima lah love saya yang berterbangan banyak-banyak neh secara percuma.HAHA.


Sungguh anda sangat comel semasa membaca blog.(Boleh letak cermin depan komputer semasa baca blog Aisya&Heelism untuk intai diri sama ada comel atau tidak semasa membaca blog tersebut).Ewaah.Oh oh kalau buruk boleh buang cermin itu.Untuk elak nightmare. KAHKAHKAH.

One more paper to go on this 30th.Kemudian boleh teruja keriangan ikut burung terbang ke apa semua untuk declare no war againts final exam anymore.HUHU HAHA HEHE.Err mungkin aku akan facing final exam lagi tapi mungkin selepas 2 tahun akan datang di UK atau ausie.Cewaaah. Okey urusan tuh kita simpan dalam hati dulu.Walaupun macam tak penting sangat nak bagitau anda bahawa aku telah menonton 12 movie semalam.Pergh apakah makna semua neh? KAHKAHKAH. Maknanya bosan lah tahap dewa, peterpan, ungu (okey tipu) itu pun kau tak tahu ke? (Neh kalau mak ayah tahu neh agaknya time tu jugak dia suruh aku mengucap agaknya) HEHE excuse me mak, akak tengah cari mood study untuk next paper.*Grinning.Wallaweh.(Aisya boleh tak kau ingat tuhan sikit).

Mak jangan salahkan akak, salahkan Hardisk jiran sebelah neh dengan Hardisk ayu.Siapa suruh simpan cerita banyak melimpah ruah sampai anak mak neh jadi overdose tak sengaja.Sumpah aku tak suka kau sikit wahai external hardisk.Kau pergi main jauh-jauh sebelum paper last aku mula.Excuse me sikit.Shooh-shooh.Hah lagi satu mak kena salahkan connection internet sebab buat akak hampir pergi bunuh dia sebab *(&^%#@$%^&&* gile kerana di tag sebagai 'limited connection' cis cis cis selama 4 hari! Memang buat aku sentap histeria anemesia alzhameir betol.Ceh.Alahaaaaaaaaaaaaaai UMP.Apa lagi kau nak boikot? air? internet? final exam? (Eh-eh final exam?) Haish.Kalau kau nampak aku pegang pisau ke apa tu maknanya aku nak pergi bunuh dia la tuh.Baik kau jangan tegur ke apa nanti aku terus fragile kang susah pulak.

(T____________________T)






Okey grade 1 subjek dah tau."Haish nasib baik hensem".Phrase neh bukan aku cakap tapi all of the girls in my class pernah cakap kat sir tuh.HAHAHA.Anda memang comel apabila marah dan merungut dengan menyebut phrase di atas.Serius comel.But anyway im agree with the phrase sebab memang matching sangat.EKEKEKE.Tiba-tiba jadi kesian pada orang yang tak hensem.(Aisya kau boleh get out skang!).Ok boleh bersurai semua dan pergi tanya rakan anda sama ada anda hensem atau tidak.(Eh-eh dia neh).Tumpang lalu.



Sunday, April 19, 2009

Emosi air part 4

Masa neh aku tak nak siapa-siapa pun melainkan AIR!!
.
.
.
Walaupun steven gerrard propose aku, aku tak heran
Walaupun xabi alonso nak couple dengan aku time neh, aku bagi talk to the hand dulu
Walaupun keanu reeve nak bagi aku chance berlakon cerita I love Water dengan dia pun time neh, aku suruh dia tangguh dulu.
Walaupun Malaysia nak nominate aku sebagai miss universe pun aku sanggup tolak tepi.serius shit.
Walaupun UMP buat pengumuman batal Final Exam aku...
Err ye aku sokong!!!! pastu baru aku cari air.
Uwaaa nak air, air, air, air, air, air...


Aku yang emosi berair-air

Emosi air part 3

Toilet kat klinik aku mandi tempoh hari sudah kering kontang.Malam tadi aku gagahkan diri untuk menapak seorang diri bersama baldi dan toiletories ke blok kuliah.Merentas beberapa fakulti dan beberapa jabatan lain.Dan macam biasa ada orang yang sivik rendah ni pergi ketuk pintu toilet aku mandi tu macam nak pecah.Kau tahu tak perasaan mandi dengan terkejut-terkejut seorang diri? Huish mana aku tak terkejut, kot kot lah pintu yang aku kunci tu boleh terbukak.Aku pun tak tahu la macam mana nak explain kat orang bodoh macam tu.Maybe explain pun dia tetap jugak bodoh.Jadi tak payah explain baik aku selesaikan urusan aku dan pergi cepat-cepat lepastu kau pergi experience sendiri kat tempat aku mandi tu macam mana kondisi nya.

Aku tahulah, aku pergi mandi takda bf teman macam kau.Lepastu kau nak guna kuasa veto bf kau tu untuk ketuk-ketuk pintu macam nak pecah apasal.Kang aku pecahkan muka kau baru tau.Berlagak bagai la kau eh &*^^#$%!(&6! .Sumpah rasa macam nak sumpah kau jadi si tanggang ke apa kat situ.Ah baik aku sumpah kau jadi water park bagus jugak.Ciss nak tak nak aku mandi je la walaupun takut-takut jugak takda orang kat situ.Yang penting aku selesa.Balik aku jalan slow-slow menuju ke hostel sebab tak nak kasi sweating.Mungkin juga ada orang sangka aku enjoy bersiar-siar dengan baldi seorang diri macam perempuan gila ke apa.Ah sesiapa berani kacau aku memang aku cop muka kau dengan baldi aku ni.

Hari ni bangun pagi-pagi je dah hangin monsun barat daya dah aku.Kau pernah tak bangun pagi-pagi tension? Bukan tension pasal dah habis study ke belum,tapi tension pikir pasal lepas ni macam mana kau nak cari air. Bukak memo jeng jeng jeng UMP sediakan bas jam 8.30 pagi untuk aktiviti mencari air bersama.Thrill gile aktiviti yang di anjurkan neh, tapi aku tak dapat join sebab masa tu aku tengah beradu sambil mimpi tengah bergembira di sunway lagoon.Gile thrill macam baguskan?Tempat kau ada buat aktiviti neh ? jawab-jawab.HAHAHA.Aku tak larat nak beratur panjang-panjang kat tangki air macam nak beli tiket wayang kat KLCC tu, sampai turn aku je kang air dah abes, mahu aku tak bakar UMP neh? Aku jugak tak sanggup nak angkut sebaldi air turun naik tingkat 3 sebab nanti dah sampai atas tinggal separuh je air dalam tu.Aku tak nak jadi orang yang kurang bijak menghargai usaha aku.HAHAHA.Apasal kau gelak? Nak kena?

Sudah tentulah aku pergi tunjuk perasaanlah bukan, kat siapa? kat ayah dengan mak.Aku suruh mak pos laju air banyak-banyak kat sini.Tapi macam takda orang buat je.Aku mengadu kat ayah, nanti ayah bagitau reporter NSTP buat report datang UMP.Bagi bukak sikit kerajaan negeri Pahang neh.5 tahun ++ beb isu air tak pernah selesai.Ntah-ntah sampai cucu aku belajar kat UMP pun isu air tak selesai lagi.Pahang neh punyalah banyak air, boleh pulak setiap semester kami takda air.Member aku pergi mandi kat tol gambang, ada makcik kerja kat situ tutup air mase diorang sedang-sedang mandi kat situ.Eh-eh makcik neh pon.Low sivik jugak rupanya.HAHA kesian-kesian.Macam WTH !.Dia tak kasi student mandi kat situ.Bila ada orang luar singgah baru dia bukak balik air tuh.Adei.Hari ni baru MPP release memo cakap, buat aduan pada pihak tertinggi.HAHAHAHA wei apasal cepat sangat kau buat aduan? Apasal kau tak buat aduan neh sem depan je weh?

Aku pun tak paham kenapa perlu tunggu macam gurun sahara baru lori air nak datang.Ke kau nak tunggu UMP hangus baru nak panggil bomba? Oh oh ada unsur ugutan disitu.Tolong lah jangan tutup cafe kesian kat kami neh nak pergi makan.Kalau ada megamall, R&R, food court, kat depan UMP neh kami tak kesah sangat.Kami tak kesah pun makan pinggan polisterin sambil minum air bungkus plastik pegang sebelah tangan.(Yang sebenar nya tersangatlah kesah!!!!!! !&@^^#)Study? bukan topik utama masa study week.Tak berminat seriusly shit.Main topik kita adalah AIR dan student yang desperate.Peruntukan masa mencari air lebih lama dari aku fokus study untuk satu bab.Tension tahap extrem programming dah neh.



Arghhh esok dah minggu final exam!! Apakah nasib hari esok???
 
design by suckmylolly.com