Friday, March 13, 2009

Peng-anti lelaki

Cite basi walaupun dah basi aku masih terasa fresh dan histeria bila dapat tahu.


28 february 2009

Nabilla adrina selamat bertunang bersama pasangan.


0 false false false MicrosoftInternetExplorer4

Kawan baik mase dari darjah 6 lagi yang tersangat anti lelaki bakal mendirikan rumah bertangga pada 1 ogos 2009.


Histeria aku dia buatnya dapat berita macam ni.Dalam kehisteriaan aku mahu mengucapkan tahniah, semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keredhaan illahi.Amin.Aaaaaaa betul ke ni nabilla?

  • Dia sendiri tak percaya dia dah tunang dan bakal berkahwin.
  • Dia paksa aku datang jugak majlis nikah dia kalau tak nanti dia.. haih korang tak akan dapat imagine apa dia nak buat pada aku.
  • Dia diantara segan dan tidak segan meminta aku belikan present wedding dia berupa mircowave.Aku tengah korek akal mana nak cekau duit.Yang terbayang hanya wajah ibunda dan ayahanda.HAHAHA.
  • Dia selalu tanya aku, soalan yang susah aku nak jawab contoh ”Kau bila lagi?”
  • Dia selalu buat aku histeria bila bercakap dengan dia, aku rase dia patut ganti syafinaz bila dia bersara dari jadi cikgu vokal.
  • Dia selalu nak beat aku time exam kat sekolah dulu dan buat aku histeria nak belajar tamak-tamak.Bila dapat result kami akan histeria sama-sama.HAHA.
  • Dia selalu suruh aku masuk larian balapan.Sebab lepas lari aku akan histeria kepenatan macam nak koma dan dia pun sebagai anggota st.john ambulan menunjukkan keperihatinan beliau kepada aku konon-konon sebab kalau aku tak lari dia tak ada pesakit nak rawat dan terasa boring.HAHA ada ke patut? (Aku pun tak percaya aku boleh lari-lari masa hari sukan, ni cikgu paksa aku masuk tapi apakan daya, aku dapat no 2! Nak bangga sikit.HAHA)
  • Dia selalu buat aku histeria bila nampak anjing balik dari sekolah sama-sama dengan dia.Dia pun terkejut histeria macam mana aku boleh lari laju gila dari dalam track dan dari member aku ain yang pernah diisytihar sebagai olahragawati sekolah bila anjing kejar kami.HAHA.Oooo baru kau tahu aku pemecut sebenar! Huh riak nya aku, ah cuba kau suruh aku lari sekarang, belum sampai kiraan 3 aku dah lari jugak tapi lari pergi tidur.HAHAHA.Stupidos punya anjing sampai sekarang aku histeria nampak kau tahu!.
  • Dia tak suka aku cakap dan gedik-gedik dengan lelaki.Kalau aku buat dia akan menyampah tahap extreme programming sampai dia nak hapuskan lelaki tu tapi bukan hapuskan aku.HAHAHA.Tapi aku tak buat pun kan nabilla? Manalah aku reti gedik? Apa tu gedik ? tak reti-tak reti seyes!(dun slap me).


Huh tapi akhirnya kau dulu dipertemukan jodoh, aku pun gembira akhirnya kenyataan kau ”taknak berkahwin seumur hidup” telah kau renyuk-renyuk kan dan buang jauh diperantauan.Puas aku pujuk kau dari dulu lagi, supaya melihat ”kahwin” dalam perspektif yang positif diatas syariat agama sehingga kau membentak bantah aku secara degil dan akhirnya.. alhamdulillah..Aku tengah histeria kegembiraan dan terkejutan diatas keputusan kau ini.


  • Aku akan rindu nak gelak dan menangis dengan kau.
  • Aku akan rindu nak paksa-paksa kau tidur rumah aku dan rasa masakan aku dan tambah banyak-banyak kali.
  • Aku akan rindu kau selalu nak buat aku marah sampai tergelak.
  • Aku akan rindu nak belajar naik kenderaan awam dengan kau, sampai kau dengar je aku komplen tak sudah-sudah.
  • Aku akan rindu nak menari sama-sama sambil tengok cd konsert spice girls, konon-konon kita ni spice girl malaysia.Aku geri dan kau emma a.k.a baby spice.Port selamat rumah aku sebab parents aku kerja.HAHA.
  • Aku pun akan rindu nak jeles-jeles tengok koleksi gambar spice girls yang kau dapat.
  • Aku akan rindu jugak usik kau sampai kau blushing marah gila kat aku sampai aku terhegeh-hegeh pergi pujuk kau.HAHAHA.
  • Aku akan rindu tengok kau terblushing-blushing bila family aku bawak kau jalan-jalan dan pergi makan-makan.


Aku suka kawan dengan kau.Aku pun takda kakak dan adik perempuan, sebab kau seorang yang sangat tabah melalui ujian getir seawal waktu sekolah, kau tegas dan tahu apa yang kau nak walaupun kau ni memang degil macam batu lesung.HEHE.Op-op dah nak jadi isteri orang kena berlemah lembut, kau kan nak lalu bawah pedang nanti (Bakal husband kerja tentera udara, er kenapa tak lalu bawah kapal terbang ke? ).Sejak aku pindah sekolah form 4 dan pindah rumah kita dah jarang nak jumpa-jumpa.Sampai kau pindah rumah jugak dan sambung belajar di UM.


We make it nabilla! Sama-sama dapat masuk U.Jom histeria sambil bertango!!



InsyaAllah sebelum kau nikah ni kita jumpa dan berongeng sepuasanya sebelum kau bergelar isteri orang.Sebab lepas kau dah kahwin kita dah tak boleh macam-macam lagi kan.? Kau pun memang nak baby cepat-cepat kan? Mesti kau dah busy lepas ni.Macam kelakar je melihatkan keadaan kau yang sedang jatuh cinta dengan tunang sendiri.HIKHIK.Al-maklumalah PENG-anti lelaki sedunia dah jatuh cinta.KAHKAHKAH.Tapi aku sedar tuhan itu maha kaya dan berkuasa keatas hambanya.Lihat sahaja miracle yang terjadi pada sahabatku ini.


Mesti kau histeria gembira masa dia propose kau kan? Yela kenal pun tak lama.Aku plak yang melting ni apasal? HAHAHA.

Menghitung hari menuju hari bahagia.Sweet nya..hmm termelting melimpah ruah



(T________T)

Love u and miss u secara banyak!





Tuesday, March 3, 2009

Jambatan tak siap

hoyeeh-hoyeeh-hoyeeh.(sambil bertango lalala)
.
.

Akhirnye habis bab marketing subjek technopreneurship aku baca.Terror tak? (Bukan ke sepatut nya aku bersyukur? Aisya ingat tuhan ingat tuhan isk-isk tolong jangan malu kan diri sendiri boleh tak.HAHA.) Alhamdulillah..ye aku sangat bersyukur kerana dapat mengahkan diri habiskan satu bab walaupun dah rasa meronta-ronta nak tutup buku dari petang tadi.Hep-hep tak baik itu ilmu Aisya!.Okay okay sebenarnya aku ada test technopreneurship khamis ni, sebab tu study bagai. (Padahal ada lagi beberapa bab tak habis baca lagi.Jangan berlagak ok?).Apa-apa pun doakan aku yep para readers tercinta.Yep diulang sekali lagi, para readers tercinta.

Di sebabkan weekend kami tak pergi kemana-mana,(Alasan je ni) tiba-tiba masa tengah study aku pun keluar kan mentol bercahaya kepada roomateku tertera " Jom makan sms " malam ni.HAHA nampak sangat aku tak khusyuk masa tu.Isk-isk. Err.. bukan maksud nya nak makan sms hp tapi makan di Restoran sinar mesra, tempat favourite lepaking kami melepaskan rasa mengidam yang pelbagai level.Ya Allah, ayat apakah ini seperti hilang pedoman.Tak sangka pulak roomateku semua setuju.(Ingat saja je nak test diorang tu tahan godaan tak, ternyata kalah.EKEKEKE). Kami pun bertolak kul 10, Ya Allah macam manalah kan badan tak solid kalau makan pun dah pukul 10.Isk-isk.Sebab nak tunggu ain habis meeting petakom kena lah pergi kul 10.Kalau tak kul 8 tu dah pergi dah.(alasan-alasan-alasan)

Di sms

Masa kami masuk je restoran tu tiba-tiba semacam ada segerombolan pakcik lewat umur yang macam pandang pada kami dan mempelawa kami duduk dengan mereka.(Ini bukan perasan tapi kenyataan ok, kerana mereka menggunakan body language yang sangat jelas) Eeuw please la no way, mereka itu semacam dah berumur dan sudah berkahwin lah bukan? Kalau tak berkahwin lagi pun mungkin sudah terlalu bujang yang sangat lama tempohnya.Boleh tak anda memperlihatkan kelakuan yang setaraf umur anda?, huh tak faham betul, anoyying gile kerana siap bermain-main mata lagi.Nyampah tau tak!.

Kemudian sudah la tergelak-gelak kuat di restoran dengan suara yang tak berapa nak macho, boleh la pulak mengorat kami. Siap bertukar tempat duduk untuk mendekati di table kami dan cakap-cakap ngorat.Subhanallah, paling tak best bila banyak sangat mata-mata yang memandang ke arah table kami berempat (Jahyu,Jahfar,Jahin,Aisya).Kami sangat malu seperti kami yang mengudang kontroversi ini berlaku.Apakah salah, kami comel bergaya dan masih tidak berkhawin? HAHAHA.Ello pakcik, anda sangat menjengkelkan okay, tak nampak ke kami tak berminat? Boleh tak pergi sekolah khas dan ambik subject body language? Aarrgh tension nya, kami mahu makan dengan aman ok? bukan dengan pencemaran telinga dan mata.

Pencemaran telinga : Mengeluarkan kata-kata ngorat dan gelak yang tak terkawal.
Pencemaran mata : Kelakuan menjengkelkan dan keserabutan diri dan wajah mereka.(seperti tajuk di atas, baca sendiri.)

Sehingga Jahyu yang tadi nya rungut lapar sangat-sangat dah menjadi hilang selera dengan pencemaran segerombolan pakcik-pakcik tu.Jauh sekali nak panggil abang, mind you rasa nak panggil atok pon ada tadi.Dimanakah pengangan rukun negara malaysia yang mereka selalu sebut sewaktu di perhimpuan sekolah dulu? " kesopanan dan ketatasusilaan".Adus ingat-ingat la tuhan, anak bini di rumah pakcik.Kenapa perlu memperlihatkan kelakuan seperti itu? Menyimpang jauh dari kesesuian umur anda.Eh kalau sesuai pun kami tak layan okay,jika dengan cara tak berhemah dan diri yang tak terurus itu.Sangat geli-gelaman lah kami semasa makan.HAHAHA.Sudah sampai ke dalam kereta nak balik pun mereka boleh lagi nak panggil-panggil kami.Ya Allah macam apa je.MELUAT. Nasiblah mereka tidak mengekori kami balik.Syukur,Alhamdulillah cuak juga pada mula nya.(biasalah aku punya imaginasi kan kadang-kadang terlampau hyper sampai ke kurun 24 aku pikir kan apa bakal terjadi diatas kesinambungan kejadian di sms tadi)HAHAHAHA.

Di esso

Aku rasalah kan Jahyu tu sebab sampai tak selera kena usik dengan mereka-mereka tadi boleh la pulak nak isi minyak kereta dengan minyak diesel.Aku pun pelik tahap monkey, kenapa lah Jahyu ni pergi amik pam yang tertera "diesel" dan selamba je picit pam tu.Lepas aku tegur baru dia perasan, tapi dalam perasan-perasan tu rupanya dia tak tahu yang kereta pakai petrol biasa jek.Erk biar ben??? KAHKAHKAHKAH gelak 120 km/h aku mengenangkan kisah si JAHYU dan PAM DIESEL.Lawak sungguh la kawan aku yang satu neh.Nasib baik la bukan, dia tak tanya kalau isi guna minyak urut pun boleh eh?.Memang la nak kena sepak laju-laju masa tu jugak.

Kesimpulannya, disebalik peristiwa menjengkelkan tu aku terhibur jugak dengan lawak sengaja si Jahyu malam ni.Kami punya la rasa annoying sampai tak sempat pun nak snap pic masa makan tadi.

Oya

Aku juga melihat ada pasangan yang membenarkan anak mereka berlari-lari main tak pakai selipar di restoran tu.Tak pakai selipar ok? Ello ko tak takut ke anak ko kena jangkitan pada kaki dan kulit.Kotor ok, banyak bakteria di situ.Lepas tu boleh la pulak Jahyu bukak cerita pasal kawan dia, sangat bangga tak pakai selipar pergi ke mana-mana.(Er perlu ke bangga?) Sudah nye mereka menggelarkan budak bangga itu sebagai orang asli.Mesti la bercorak teruk tapak kaki dia bukan? Sudah dapat ku bayangkan.(Lihat la bila aku tak dapat kawal imaginasi aku neh.Haih.Aisya talk to the hand!).

Aku nak pesan awal-awal,


Anak ku sayang, jika pergi ke mana-mana luar rumah wajib pakai selipar ye sayang. WAJIB.Ibu tak suka sayang bawak bakteria banyak-banyak kat rumah okay.Mungkin nanti ibu perlu mop 3 kali sehari, lain la kalau ayah ada hired maid untuk ibu atau membelikan ibu mesin mop yang sangat alergic pada kekotoran macam dalam cerita wall-e tu.Kalau ada pun tetap kena pakai selipar di luar rumah! TITIK!.

yang sangat mengambil berat,
Ibumu yang menawan hati.








HAHAHAHA.Agak-agak anak aku baca tak nanti? Apesal la aku neh, agaknya terlebey makan kismis kut.(Kismis menjadi makan kegemaran aku lately, padahal dulu tersangatlah membenci kismis.) Tu la orang kata, jangan benci nanti jadi sayang dan kita akan mahu setiap hari serta terjadi kenyataan pula.KAHKAHKAH.Kalau macam tu boleh tak aku nak membenci seorang pilot doktor jurutera arkitek ceo........Aisya talk to the hand!

Er ok, tumpang lalu.Salam.Nite.

Monday, March 2, 2009

Terkena sound

Op-Op Perhatian!
Aisya&Heelism sudah terkena amaran keras.

Bawak bertenang semua.Okay-okay saya paham anda sedang memberontak mahu melepaskan PUJI-PUJIAN ke atas setiap entry yang saya poskan.Saya tersangat lah berterima kasih kepada anda kerana sangat prihatin terhadap setiap baris-baris ayat yang saya taipkan.(Tanda penghargaan terhadap readerss tersayang). (Sedang terharu melimpah ruah).

Untuk pengetahuan anda layout comel yang saya gunakan ini tidak ada funtion mengkomen entry.(Ke memang dia tahu, sebab korang nak kutuk blogy Aisya&Heelism? then dia disable kan function tu?) KAHKAH.Hoit tak kelakar ok.Saya pun tak seberapa nak paham kenapa punya sengal part comment is disable.

Jadi saya akan menukar layout saya ASAP, supaya anda dapat meninggakan nota puji-pujian yang romantik pada setiap entry saya.

So nak ucap thanks a lot in advance pada anda semua (Semacam nak histeria pun ada sebab terharu.Ok Aisya please control depan audience ok, lepas ni boleh bertango dan bersalsa,Yahoo!)


Nak tukar layout ni agak memakan masa sikit, jadi saya mengharapkan kesabaran anda supaya jangan koyak-koyak kan blog saya dulu ok.Jangan buat reformasi di sini.Al-maklum la tuan rumah agak bizi sket lately, so nak buat window shooping layout blog buat semacam ada kekangan.(Padahal guna yang free jek)


Ok sekian,

Aisya&Heelism
Arigato gozaimasu.Ashiteru.Sumimasen.

Karnival megasale Jom Masuk U di UMP

Shooping brocher =P

Sabtu lepas ada karnival Jom masuk U yang berlangsung di UMP.
Timb.PM pun datang untuk merasmikan karnival untuk bahagian zon pantai timur.
Memang UMP pagi-pagi buta dah buat announcement through speaker kat setiap blok hostel suruh turun memeriahkan karnival tu.Kuat okey, speaker tu depan bilik aku jer pulak tu.Nak berdarah telinga tahan nak memelihara telinga comel aku ni.(Kenapa aku macam mengarang laporan lawatan sambil belajar ni?) nyampah-nyampah.HAHAHA.Ok sambung laporan seterusnya.

Macam biasalah weekend.Ala weekend sickness yang pagi-pagi tu, macam korang tak pernah kena jek kan? Takpon korang hipokrit.Bangun kul 11 pastu bila awek tanya cakap bangun kul 9 kan? kan? kan? KAHKAHKAH.Standard deviation lah tu.Er keluar dah formula statistic aku.


Kami memang sangat cintakan waktu tidur kami walaupun sesaat tak nak membazir.


Nampak tak? betapa jimat nye kami sebab tidak suka membazir.Tapi apabila terganggu nya waktu fokus jimat tidur kami yang ke 44 kali.Kami pun bangun tak semena-mena mandi tanda memberontak.HAHAHA.(Padahal bangun terus pegi mandi tu maknanya lapar dan nak mencari makanan).Ya Allah apa kes lah aku bangun-bangun cari makanan? Isk-isk Aisya boleh tak bawak mengucap?.Orang bangun pagi-pagi ingat tuhan bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup di dunia lagi.Errk.Ok-ok aku memang suka sound diri sendiri.


Kami pun terus la menuju ke tapak karnival.Tapi list target paling atas adalah tapak tempat makan-memakan.HEHEHE.Yela bukan senang UMP nak bagi makan free, lagi sekali adik-adik kita harus guna pepatah; jangan suka membazir.Kami pun makan dengan budak-budak sekolah sekali.Ramai nya budak-budak sekolah (Semacam jakun sebentar, macam tak pernah pergi sekolah lah bukan?).Aku meramalkan agaknya dari seluruh pelusuk pahang datang kat sini, sebab bas-bas sekolah juga tersangat lah banyak sampai semacam nak menjual bas second hand pon ada lah jugak.Ok tak kelakar next!

Kemudian nya kami pun pergi la kompleks sukan meninjau booth-booth IPT yang ada kat dalam situ.Ada 20 booth IPTA dan 21 booth IPTS kut la.Ada gak nama IPTS yang aku tak tahu rupanya wujud kat malaysia ni.Kira bagus la kerajaan buat event macam ni disamping memperkenal kan IPT masing-masing dapat jugak aku info secara pukal pasal R&D, short course, scholarship etc dan etc.Aku banyak survey program master, InsyaAllah kalau ada rezeki memang ada niat nak sambung master program, tapi aku prefer nak sambung kat oversea, konon-konon nak merasakan enviroment lain.(Ecececeh).University mana, masih dalam research lagi.(Tu dia)
.
.
Jap boring la pulak, lari setempat jap.
.
Tengah terhegeh-hegeh mengusha tu adalah jugak beberapa orang kakitangan yang in charge pergi tanya soalan yang tak patut kat aku neh,

Adik ni tingkatan berapa? Nak sambung bidang apa?

Huh korang rasa patut ke aku ditanya soalan yang susah tahap PHD tu? patut ke? patut ke? Adess.Aku siap search kat google cari info aku kena buat muka apa time camni.(Okey tipu) Aku nak je jawab tingkatan 10 tepu ! KAHKAHKAH tapi tula aku manalah mahu merosakkan nama ump bukan? Maka, aku dengan sangat sopan memberi kenyataan penuh kesabaran dan keikhlasan pada orang-orang yang tak berdosa tu.Macam biasa tak payah explain panjang-panjang, memang sudah termaktub natural beauty aku.Wooo wooo Aisya boleh tak jangan riak kat blog sendiri?

Aku melihatkan ramai orang-orang semacam pergi megasale pun ada kat karnival tu.Nak tahu sebab apa? Sebab diorang punya cara bawak goodies bag tu, macam ada karnival megasale seluruh malaysia yang berpusat kat UMP.HAHAHA.Serius, banyak sangat goodies bag mereka ok? Tak cukup sebelah tangan, dua-dua belah diorang guna, nasib tak guna kaki jugak.Er apakah? Walaupun panas sangat sangat aku mengirakan berbaloi la sebab dapat jugak free notebook, penssss, bookmark dan file.(Macam budak sekolah la gembira nya, lagi-lagi Jahyu gembira sampai bertango).Bila tengok benda ni, rasa macam berjuta jugak la kut goverment invest nak running program besar macam ni.

Anyway, congrats gov ganbate!.

Acronymn : Kami = Jahyu, Jahfar, Aisya


Sekian,


yang menyediakan laporan

_______________________
(Pustakawan tingkatan 10 tepu)



Saturday, February 28, 2009

Shopping tingkap

Fuh.penat.
rehat jap.(Sambil mengkipas-kipaskan diri)
.
.
.
Baru lepas window shopping tadi.
.
Through online jek.Hahaha.Ades dah lama tak wat keje camni.(Camnila perempuan kalau tak dapat shopping depan-depan belakang-belakang pun jadi) belakang-belakang? huh? camne tu.Jap lagi aku search kat google.Korang pun tau.Jahyu wajib! Isk-isk.Ni sekadar aktiviti mahu mengurangkan stress dan melelehkan air liur.Ops bukan saya tapi Jahyu.Erk sian asik kena tuduh je.Nih antara citarasa Aisya&Heelism.

Clutch, Alahai comel nye..Nak cubit boleh tak? HAHA.

Handbag medium yang menarik perhatian ku berjuta kali.Owh terlebey sudah!

Crossbody handbag yang sangat-sangat ku nantikan.Sudah falling chenta secara banyak dengan ini. (T_________T) uwaaaaa..

Align CenterL size handbag ke goodies bag? KAHKAH.Sangat suka kerana besar dan boleh sumbat segala macam barang termasuk bawang, cili padi, ridsect, ubat gegat, gergaji dan touchlight.(Er ni untuk women safety okay! Bahaya tak aku?)

Apparel that im looking for, huu gorgeous nya semua.Im drolling.slurrrrp..hish!


Accessories , erm ekceli i tak reti sangat pakai acessories ni, main belasah jek mix and match.Ni la barang yang paling jarang sangat dibeli.HAHA tak yah cakap gempak la aku memang tak reti bergaya pun, berangan je reti la.

Watch pun antara yang jarang sangat-sangat dibeli.Memang la isk-isk sebab aku tak pernah beli sendiri melainkan mak dan ayah yang belikan.HAHAHA.Aku mana ada duit jah.Paling boleh jalan pun aku hamek jam dinding kat umah tu pakai kat tangan.Hoit tapi aku pakai mesti bertahun-tahun ok.Paling lama aku pakai G-shock casio dari form 2 - Diploma tahun 2.HA kira-kira berapa lama tu? Garang tak aku ? HUAHUAHUA.
p/s : walaupun sebenarnya hati aku berdarah-darah mahukan jam baru.


Dulu aku tak pernah suka nak pakai jam jenis yang macam over ladiesy and girly nih.Tapi..lepas tengok yang ni tetiba rasa macam tersuka yang teramat sangat.Mungkin ini tanda sifat-sifat kewanitaanku semakin growing up.(Tak nak ngaku tuh isk-isk pentipu betul)HAHAH.Ok korang tak payah bayang yang bukan-bukan memang aku original perempuan ok! huh apa ni? Aisya talk to the hand! cepat get out before reader lempang blog anda.!
This is the highest voting result from my window shooping.Ada sesapa yang mengaku diri baik hati dan pemurah tak? Angkat tangan cepat!!! Belanja saya shooping ni......Saya sudah falling chenta secara mendadak dengan barang-barang ni.Hoit Aisya tengok sikit dalam purse tu ada berapa "hengget"? HAHA nak beli tali beg pon tak lepas la.Boleh lagi nak berangan bagai.KAHKAHKAH padan muka aku kena sounda dengan diri sendiri.Errkk..

Dalam banyak-banyak handbang yang aku survey ni je handbag yang sesuai tuk JAHYU.Memang matching tahap Ph 8.8 dengan character diri dia tuh.Jahyuuuuuu suke tak? nanti orang hadiah kan tau mase u naik pelamin nanti.Boleh pakai mase u honeymoon dengan hubby kat hawaii.ekekkeke.

p.s tak baik kalau menolak pemberian kawan baik.Lagi-lagi yang seriusly tahu apa yang terbaik untuk anda.Terima dengan redha dan hati terbuka ok? i lebiyuuu la.Mesti anda nampak hot dan sexy pakai handbag ni.Siyes tak tipu.Penah ke i tipu u jah?
.
.

Letih window shopping boleh tak sesapa tolong bagi massage kat mata i? anyone?
(Apsal aku cam gedixx je dalam entry kali neh.Tak paham aku.GET out skang.Nyampah.)
Er aku sound diri aku ok? Anda teruskan membaca, jangan lupe baca prev entry yang anda miss dulu.HAHA.
miss ke?

.
.

Some info about women and shopping
  • Women spend eight years of their life shopping : While keeping their families fed and clothed -and indulging in a little retail therapy - the average woman will shop for an astonishing 25,184 hours and 53 minutes over a period of 63 years.

  • Women Love Shopping For A Variety Of Reasons : “Everyone has different reasons for apparel shopping and it’s very interesting to see how life situations can influence how much, or how little, a woman enjoys the process,” says Melissa Bastos, Manager of Market Research for Cotton Incorporated. “And the reasons aren’t always what you might expect.”
  • Study Shows Women Have Shopping on the Brain : A new study has determined that women think about shopping as much as men think about sex. 74% of 778 women admitted to thinking about shopping once per minute. The ages of the survey group were 19 to 45 years old
  • I Am Woman, Hear Me Shop: Who's the apple of marketers' eye? It's not free-spending teens or men 25-50. It's women, thanks to their one-two punch of purchasing power and decision-making authority. Working women ages of 24-54 of whom the U.S. has some 55 million have emerged as a potent force in the marketplace, changing the way companies design, position, and sell their products.

Selamat Ulang Tahun Ayah

Ayah,

Selamat ulang tahun yang ke-50!
Semoga semua impian ayah menjadi kenyataan
Semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan usia
Semoga Allah memelihara kita sekeluarga
Amin.

Akak sayang ayah secara banyak!
.
.
.


P.S Tak sangka ayah dah 50.Cucu pun takda lagi.Err..saya tak bermaksud apa-apa.titik.

Tag 2 ?

I have been tagged by hanisah zubir, Sorry sebab lambat buat.Tapi kira okay dari ayu yang tak buat-buat.KAHKAHKAH.Jahyu sedang ketandusan idea bagaimana untuk membelah bahagikan kasih sayang nya terhadap blog "pengcover majalah pisang" nye tuh.Wes mangan, Jahyu kalu tak update jauh la impian hang nak kalahkan majalah mangga tu.Dia tak pernah buat entry pasal title tak boleh belah blog dia tu kan?.(boleh belah title ke? tak koyak dan berdarah ke blog dia nanti?).

Ok lah nanti korang ramai-ramai paksa dia laju-laju bagi 44 sebab kenapa dia pilih cover majalah pisang tu kenapa tak durian atau ciku.Erk.
Tah hape-hape tak kelakar pon kan.euww aisya get out skang!
Nyampah tau tak! (ok aku taknak emo.sebelum blah aku nak jawab tag nisah dulu nanti kot-kot la aku kena failed subject blog, tak terpasal kena repeat exam.)HUH? Apa aku mengkrepek nih?

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.
I AM

Really exhausted with a lot of workload, I feed my brain with raisins and heelism everyday for extra energy.Err feed brain? you do that? KAHKAHKAH.

I WAS BORN

In kuala lumpur.Not in the victoria secret fitting room in suria klcc ok.Huh? Apasal tetiba jek neh.

MY FAV COLOR


Is yellow.Do i look yellow to you? Can you give me a yellow of love Physically? HAHAHA.

THINKING OF HAVING


This elegance, handsome, gentle, outgoing and delicious device.Oh..andai nya aku halal untuk mu.Eerr ok ayat tak berapa nak sesuai.Ketandusan IQ kritikal.

MY FAV SERIES

Desperate housewives.They are all hot and miscellaneuos! Feewit! I miss this so much.HUKHUK.

MY RANDOM FAV FOOD

Haagen-daze ice cream..please im craving now.Buy me with the factory too.I meant it.HAHA.

MY FUTURE BF

HONDA JAZZ.wait for me baby, im gonna kiss and drift you one day.Ayat student terlampau ke aku guna? heww tak kesah kan sayang kan? ekekeke.

I REALLY WANT TO GO TO

Shooping!!! Boleh tak shooping dan bayar guna duit gadai assignment? Kalau kumpul memang banyak nih. (Soklan atas tu memang susah so takyah jawab okay.)

I WISH FOR

Work-life balance.Esp to my family and my future beep.I miss you so much and uncounted.
future beep? apatu? HAHA saje je nak buat suspen la tuh.Padahal er..padahal..(ayat tergantung tak payah baca dan cuba selesaikan.)
.
.
.

Okay dah bosan dengan blog sendiri, maka terpaksa mencari medium lain, Ohya adakah anda berfikir sebijak saya medium apakah itu? Apa? Katil? huuu pandai nye anda ni sepatut pergi oxford uni dari tadika lagi.SIYES.Ok zassZZZZZZZZZZZzzzzzzzz.



 
design by suckmylolly.com